All About

Good Food

Assalamualaikum dan salam pagi kamis untuk semua adik2 blogger
Dua tiga hari lepas akak jenjalan di "tamu" istilah pasar malam lah kalau kita orang Malaysia tu
Tapi diBrunei ni dipanggil "tamu" round punya round terjumpa daun palas ni tiba2 je teringin nak makan Ketupat palas walaupun hariraya masih lambat dan puasa pun belum kalau hati dah 
Berkobar2 nak makan Kak Noor buat je ikut hati ni 
Walaupun taklah cantik sangat balutan nya tu sebab dua tiga tahun sekali membuat lagipun time kita nak guna daun palas ni takde lah pulak,so makan je bila2 time dia menyerah diri  kan heheeee

Sorry adik2 semua tersangat lah tak cantik balutan ketupat tu tapi rasanya memang mantop lah
Untuk ketupat  tak de lah sukatan yg khusus pun main agak2 je
Akak masakan santan dalam kuali kacau sehingga mendidih masukan sedikit garam baru masukan beras pulut dan kacaulah sampai santan tu kering, tutup periuk dan kecikan api, biar sampai 15 -20 minit barulah ditutup api * tak perlu masak sangat sebab kita akan kukus lagi  *dan biarkan sejuk sekejab dan bolehlah dibungkus dengan daun palas ni


Bahan2 rendang 
2 ekor ayam kampong  dibersihkan dan dipotong kecil
5 sudu cili kering kisar
10 ulas  bawang merah*
5 ulas bawang putih *
2 inci lengkuas *
4 batang serai *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
3 sudu kerisik
3 cawan santan
gula merah dan garam secukupnya
daun kunyit dan daun limau purut secukup nya
sedikit minyak untuk menumis

CARA NYA
Kisar semua bahan2 yang bertanda * sehingga halus
Panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan kisar sehingga wangi dan layu
Masukan cili kisar dan kacau biar sebati dan pecah minyak baru masukan ayam kampong dan santan
Selalu kacau dengan api yang sederhana bila dah santan hampir kering boleh lah masukan kerisik,garam dan gula merah, daun limau dan daun kunyit
Kak Noor suka rendang  yang agak berkuah sikit senang nak makan dengan nasi ke,roti ke...
Sebab nya kak Noor guna 2 ekor ayam tu IALAH..........hahaha untuk di frozenkan lagipun alang2 kita buat rendang biar lah dapat makan 2,3 kali sebab banyak songeh hehe
Untuk family akak yang tinggal berempat ni 2 ekor ayam kampong dapat makan 3 kali so frozenkan lah 
Bila2 nak makan lagi cuma panaskan je save tenaga dan waktu..  
Mungkin malas jugak kot hehee                                



Macam  hari raya lah pulak ni berketupat segala


Lepaskan geram makan ketupat sekali hadap 3 biji hahaha dan ratah ayam kampong 
SEDAPPPPPPPPPPP 

Selamat petang semua adik2 kak Noor ,menu apa agaknya untuk minum petang ni ya,untuk peneman sang kopi ke,sang teh ke atau sang kesukaan masing2 lah tak kisahlah janji happy
Petang ni akak macam malas2 rajin gitu so mencari pastri puff  dalam frezer yang dah lama beli tapi belum ada mood nak buat,tak banyak songeh sangat cuma masak kastard je untuk resepi ni boleh dikatakan mudah jugak lah lagipun buah strawberry dan anggur tu dah tinggal sikit sebelum kehabisan dalam perut biar buat sesuatu bagi berbaloi2 kan


Bahan2nya
Puff pastri jenama KAWAN secukupnya
Buah 2 fav masing2 di belah dan dilapkan kering
Kuning telur untuk disapu di atas puff

Bahan2 kastard
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula 
1 1/2 cawan susu segar atau susu cair
1 sudu teh esen vanilla
sedikit mentega


Untuk pastri
Untuk yang saiz besar ni Kak Noor main pusing2 je sebab pernah makan yang orang buat  pastu buat jugak yang kecil2 supaya senang nak masuk mulut lagipun pastri ni macam rapuh bila dah masak jadi kalau buat kecil2 lebih mudah lah
Kak Noor potong puff pastri tu dan masukan dalam acuan tart yang comel dan tekan2 sikit lah kemudian sapukan dengan telur baru dimasuk oven pada suhu 180C selama 20 -25 minit


Untuk Kastard
Masak semua bahan2 kastard kecuali mentega sehingga pekat dengan menggunakan api yang kecil supaya tidak hangus slow and steady lah 
dah macam kilat2 sikit tu boleh lah ditutup api dan masukan mentega sambil dikacau rata


Untuk membuat Puff  Kastard
Ambil puff yang sudah dimasak tadi masukan kastard ditengah nya susun lah buah ikut kreativiti masing2 
nak lebihan buah ke kastard terpulanglah kita yang nak makan, akak suka lebih2 kastard tu SODAP BAH ..

!


Assalamualaikum teman2 blogger yang sudi singgah kat teratak kak Noor ni
Pagi ni akak menggoreng angel hair je untuk anak2 kesekolah buat yang simple2 je sebab lepas jadi tukang masak kena bergegas jadi  supir pulak, begini lah rutin harian pepagi kalau hari sekolah
Sebab tu lah akak suka hari cuti dok kat umah dapat masak2 dan makan2 dan yang best lepak2 kat depan 
LAPPY!!!!!! ini yang paling best 
Tapi kena bereskan kerja2 memasak dulu hehe
Nanti boss tak bayaq gaji pulak..


Dah nama nya pun sempoiii bahan nya tak lah banyak sangat

Secukupnya angel hair direbus dan salut sedikit planta
5 biji cili padi tumbuk
3 ulas bawang putih cincang
sedikit daging salai 
sedikit taugeh
kicap manis dan masin
garam jika perlu
planta utk menggoreng



Cara NYA
Panaskan sedikit planta dalam kuali masukan bawang putih
Goreng sampai wangi,masukan cili padi
Kacau pastu masukan kicap manis dan masin dan daging salai 
Boleh lah masukan angel hair rasa kalau kurang masin boleh lah tambah garam
Akhir sekali masukan taugeh dan sedikit sawi 
Tak payah lama nanti taugeh tak krup krap tak sedap pulak
Dah boleh makan time panas2 SEDAPPPPP!!!!
Lepas ni boleh cau jadi SUPIR  haahaha



Assalamualaikum  dan selamat petang untuk adik2 blogger semua, masa ni akak sedang berajin2  nak makan  muffin pisang, untuk yang dekat boleh lah datang terus ke rumah kak Noor dan yang jauh tu kalau rasa kena telan air liur saja lah ya tak dapek den nak nolong ni , PERTAMA kali buat muffin berpisang ni aduiiiii mak sangat lah sedapnya betul !!!!sebab sekejab je kita nak ke suatu tempat tuttttttttt HAHAA..


Bahan nya pun tak lah complicated sangat yang biasa ada kat umah je

1 cawan /120 gm tepung naik sendiri
2/3 cawan gula / 120gm gula
1 sudu kecil  bicabonate of soda
secubit garam
1/2 sudu teh serbuk cinnamon
100 gm dark chocolate dipotong
1 biji telur
120 gm butter cair
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji pisang di lenyek

Untuk topping 
Potongan pisang secukupnya
butter cair 



Cara nya
Panaskan oven 350'F atau 180'C
Masukan tepung,gula,baking soda,garam ,cinnamon dan dark chocolate kedalam mixer putar bersama dengan telur dan butter suam jugak vanilla
Masukan pisang yang dilenyek dan putarlah sehingga pekat dan sebati
Sudukan 3/4 adunan dalam acuan muffin dan letakan hirisan pisang di atasnya
Sapukan dengan sedikit mentega cair diatas nya dan bakarlah selama 25 - 30 minit atau sehingga masak


SANGAT SEDAP MUFFIN NI DENGAN RASANYA YANG AGAK LEMBAB2 GITU MEMANG PUAS HATI LAH 
NAK IKUT SIKIT KATA2 SHAHRIAH TAK CAYA SUDAH!!!!
KAK NOOR YANG KENYANG NI heheee..

DI ANTARA KEBAIKAN PISANG
Ianya berserat tinggi ketika kita sukar membuang air,pisanglah jadi bahan pembantu tindakan nya sangat cepat dan memudahkan proses pembuangan air besar
Pisang mempunyai tenaga yang tinggi, sebab tu lah buah ni boleh digunakan sebagai sumber tenaga dan anti keletihan
Pisang jugak mempunyai vitamen A bukan sahaja untuk kebaikan kulit tetapi untuk kesihatan mata
MEMANG BANYAK LAGI KEBAIKAN PISANG NI NAK TAHU LEBIH LANJUT
KENA BELI MAJALAH SEDAP bilangan 47 macam2 cerita pisang ada disana ..




Salam Isnin untuk semua pengunjung yang tak jemu2 untuk bertandang kesini walaupun makanan yang dihidangkan seadanya saja tiada yang istimewa,tapi itulah reality kehidupan akak ikan memang tak boleh tidak mesti kena masak walaupun ada ayam ke daging sebab dah memang kegemaran big boss,buat lah ikan masak ape pun dia pasti tak pernah menolak...

Menu hari ni simple je menggunakan bahan2 yang ada sekitar rumah hanya tiga  bahan je pun mangga  kantan jugak serai,yang lain tu mesti lah kena impot jugak ..

Bahan2nya
1 ekor ikan merah sederhana besar dibersihkan digaul garam dan kunyit dan goreng
1 biji mangga muda diptong dadu
1 kuntum bunga kantan dihiris halus
1 inci halia dihiris kecil memanjang
2 batang serai dihiris kecil
3 sudu sos manis Thailand
5 biji cili padi ditumbuk kasar *kalau tak suka pedas takyah pun ok
4 ulas bawang putih dicincang kecil
sedikit garam

Cemana nak buat 
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumislah bawang putih,halia,serai dan cili padi sehingga wangi.
Masukan sos Thailand kalau kurang boleh tambah utk lebihkan kuah nya masak sehingga mendidih tambahkan mangga, bunga kantan dan garam
Sudah masak curahkan di atas ikan yang telah di gorengkan tadi
Aduh wangi bunga kantan tu macam tak sabar nak makan,kalau ada daun pudina extra tu boleh diletakan atas ikan untuk double2 wangi lagi

SELAMAT MENCUBA DAN PASTI TERUJA!!! macam2 rasa ada PEDAS MANIS MASAM MASIN dan setentunya rasa IKAN MERAH yang lazat tu heheee...




Tak dapat ikan makan eksesori dia pun cukup lah tu kan,tapi kak Noor memang tak suka sangat tang isi2 ikan tu lebih favourite tang sirip, kepala dan ekor,pendekata suka tulang lah hahahaa


Assalamualaikum teman2 blogger semua yang sudi singgah kat blog Kak Noor yang masih banyak kekurangan ni, tapi walaupun serba serbi kurang teringin jugak nak mencuba resepi dari Puan MC Shahriah kita tu,walaupun akak dah buat ikut  benda yang ada kat umah akak ,sorry Sha ya biasalah kadang2 ingat benda tu dah ada korek punya korek rupanya serbok koko takde,tapi akak gantikan dengan parutan coklat bar sebab itu je yang ada yang sewaktu dengan serbok koko ni..lepas tu akak tak buat sebiji besar tu sebab utama malas nak potong bila anak2 nak makan kalau buat cupcake senang je hangkut sebiji2 mummy dapat ber blog hahaa...


Bak kata MC Sha,mudah giler!!! tulah akak buat ni sebab malas jugak nak buat yang terlampau payah bebeno tu lagipun kalau dah teringin nak makan tu memang capai je apa yang ada kat umah janji buat,tak banyak pun bahan2nya kan Sha hehee

125 gm mentega di cairkan
150 gm gula kastor
2 biji telur
150 ml susu segar
1 sudu teh esen vanila

Bahan2 yang di ayak bersama

200 gm tepung bluekey * kak Noor guna tepung gandum 
2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar serbuk koko * kak Noor guna parutan coklat bar
secubit garam

Cara nya mudah sangattt..

Masukan semua bahan2 kek ni kedalam mixer dan putar lah dengan kelajuan maksima selama 5 minit atau sehingga sebati lah tu,lepas tu masukan kedalam acuan yang telah di alas kertas minyak dan mentega sikit atau buat macam kak Noor ni ambik paper cup dan masukan ikut banyak yang mau,dan bakar pada suhu 170 C selama 40 ke 45 minit tapi kalau guna cawan2 comey ni kejab je dalam 20 ke 25 minit je,SORRY bangat sebab akak dah bubuh terlebih jadi bila dah masak dia terlebih keluar lah yg tak diingini tu jadi comot mot sikit tapi rasanya tetap mantoppppp
Pastu yang comot mot tu akak sembunyikan dengan letak coklat kat atas tu 
HAHAHAA teruja ni anak2 akak tengok sempat ambik gambar 3 biji ni je yang lain dah lesapp..



Assalamualaikum dan selamat tengahari kawan2 semua, dengan mood yang kureng baik makan pun ala kadar saja,anak2 boring katanya makan nasi,mungkin nak bagi mama rehat kot hahaha,mama suggest buat mee ok tak?? dengan persetujuan sebulat suara wah happy mummy ni tak banyak songeh sangat kalau buat mee hokieen ni,so hari ni no nasi no lauk hanya mee je...

 Bahan nya simple je

  • 1 bungkus mee kering dicelur dan digaul minyak bijan untuk wangi
  • sedikit isi ayam dipotong kecil
  • 1/2 cawan ikan bilis *
  • 10 biji cili padi * atau lebih or kurang terpulang tahap kepedasan masing2
  • 3 ulas bawang putih *
  • Kicap manis dan masin secukupnya
  • 1 kiub ayam or ikan bilis
  • sedikit sos tiram
  • bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah
  • sedikit sawi ( tapi sawi boliaw kobis pun ok jugak hee )
  • sedikit daun bawang dan cilipadi dihiris
Cara  membuatnya kuah nya
  • Tumbuk  atau mesin bahan  yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak kemudian tumis kan bahan tumbuk sehingga wangi, kemudian masukan isi ayam,kicap manis dan masin dan masak sehingga ayam layu
  • Tambahkan air secukupnya jangan terlalu banyak maksudnya yang sedang2 saja ok
  • Kemudian tambah lagi kiub,sos tiram dan bancuhan tepung jagung,garam dan sedikit gula.
  • Akhirnya masukan sayur dan boleh tutup api sebab tak perlu lama masak
  • Bila nak hidang cedokkan kuah dalam 2 senduk panaskan kejab di api masukan sedikit mee yg dicelur pecahkan telur golek2kan kejab baru angkat masukan kepinggan dan letakan hirisan cili dan daun bawang
  • Telur biar yang half done gitu baru sedap dan ngancam,mesti sorang sebiji telur baru anak2 suka jangan sharing2 tau...




Selamat petang untuk semua adik2 dan siapa saja yang selalu singgah kat sini, untuk anak2 mama yang jauh di sinun tengok gambar je lah ya,tapi mama tau U all tak suka sangat pengat ni kan, selalu kalau buat mama dan bapa saja yang makan,tapi sebab teringin petang ni buat jugak untuk selera sendiri..


Resepi nya mudah saja asalkan ada ubi,biasa nya akak selalu guna satu jenis ubi saja kemudian di campur dengan sedikit jagung,nak jadi lebih glamour pengat ni suatu hari akak pergi pasar terjumpa macam2 jenis ubi,ada purple,ada kuning so angkut lah semua biar meriah sikit pengat akak,tapi jagung pulak tak jumpa,sebab dah tak tahan nak merasa buat saja hanya ubi2 takde jagung,pun SODAPPPP..
Bahan-bahan nya

  • 3 jenis ubi * akak guna ubi keladi,ubi keledek purple dan ubi keledek kuning semuanya dibersihkan dipotong dan rebus
  • santan secukupnya
  • gula merah dan gula putih
  • sagu direndam terlebih dahulu
  • daun pandan
  • sedikit garam
Cara memasaknya
  • Masukan santan,gula merah dan putih,sagu dan daun pandan masaklah sehingga gula hancur.
  • Tambahkan sedikit garam dan tiga jenis ubi yang sudah direbus,guna kan api yang perlahan selalu kacau supaya tak pecah minyak
  • Sudah mendidih dan cukup rasa nya boleh lah dihidangkan samaada sejuk atau panas,kalau nak lebih sejuk boleh tambahan beberapa ketul ais..
  • Cuaca yang suam2 kuku pun sedap ni makan pengat ni JOM!!!! nak layan lah kejab benda sedap ni..


Sesungguhnya takde kena mengena dengan buku masak Kak Nita kat belakang tu ya entah reti makan ke tidak Kak Nita tak tau lah saja nak promosi je buku yang dah lama akak beli..



 Assalamualaikum dan salam jumaat untuk semua warga blog yang dikasihi dan dirindui walaupun hanya di alam maya tapi terasa dekat dan mesra walaupun kak Noor baru je berjinak2 dengan blog ni lebihkurang 2 bulan tapi kehadiran adik2 semua amat2 dihargai, pada  yang sudi bertandang dan meninggalkan jejak kalian kat blog akak ni, rasanya kak Noor yang paling tuaaaaa dikalangan adik2 semua HAHAHA dan sorry jugak seandainya banyak kekurangan pada blog ni jangan mengumpat dibelakang tau tak baik tu hari2 jumaat ni heheeee aduii dah melalut lah pulak jom tengok menu hari ni..


Menu kegemaran keluarga yang tak lekang dek panas dan tak lapok dek hujan,kari ayam,mesti tukar2 kalau tak kari ayam, kari ikan yang penting mesti ada yang merah2 baru semangat anak2 kak Noor makan,bahan2 pun tentu ramai dah tau kan cuma kali ni kak Noor guna sedikit kerisik untuk menghidupkan rasa kampongan kari ni..
Bahan-bahan nya

  • 1/2 ekor ayam dibersihkan dan dipotong kecil
  • 2 sudu rempah kari ayam
  • 1 sudu cili kering kisar
  • 1 inici halia *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 3 biji kentang di potong kecil
  • 2 sudu kerisik
  • 2 cawan santan separa pekat
  • sedikit kulit kayu manis,bunga cengkih dan lawang dan buah pelaga
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula
  • 1 sudu air asam jawa
Cara memasaknya
  • Tumbuk bahan yang bertanda * sehingga lumat
  • Panaskan periuk masukan sedikit minyak dan tumislah bahan tumbuk bersama2 dengan kulit kayu manis,bunga cengkih dan lawang dan buah pelaga,tumis sehingga wangi masukan rempah kari dan cili kisar yang telah dibancuh dengan sedikit air panas.
  • Kacau sehingga pecah minyak masukan ayam dan kentang, kalau perlu masukan sedikit air supaya tak kering sangat.
  • Sudah pecah minyak boleh lah masukan santan,asam jawa,garam, gula dan kerisik dan masaklah sehingga lembut ayam dan ubi,kalau nak berminyak dan cantik kari pelahankan api tu terpaksalah sabo sikit biar lambat asalkan cantik heee


Pada yang tak suke nasi boleh lah makan kari ni dengan roti ke,roti canai,murtabak atau roti jala,selera ditangan sendiri "terfulang lah ya " tapi bagi akak nasi tetap nombor 1 kecuali lah ditempat yang susah nak dapatkan nasi terpaksa kena ikut rentak lah janji kenyang je...


Assalamualaikum semua kawan2 yang sudi singgah disini...
Semenjak dua menjak ni mood memasak makin menjadi2 sampaikan benda ni kalau dulu2 nak sebut pun tak reti, tapi yang heran nya sekarang dah teringin pulak nak  buat hahaa,ini kali ke2 kak Noor buat lasagna ni,first time buat ikut betuiii2 dalam kotak lasagna tu yang siap ada resepi nya, of course lah style omputih punya yang tak pedas yang lebih ke masam sikit sebab guna sos tomato,tapi yang ni akak dah buka mata sikit ikut citarasa sendiri lebih rasa timur kita ada pedas dan kari sikit,korek2 resepi dari blog tersohor Matgebu kak Noor tambah itu ini ikut citarasa family..

 Bahan2nya

  • Kepingan lasagna secukupnya
  • Cheese mozarella pun secukupnya jugak
  • Cheese cheddar kak Noor tak bubuh sebab dah mewah dengan cheese mozarella tu
  • Inti ayam * boleh jugak guna daging cincang
Bahan2 inti
  • 1 keping dada ayam dicincang halus
  • 2 biji bawang besar didadu kecil
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 inci halia jugak ditumbuk
  • 1 sudu cili kisar * nak lebih terpulang
  • 2 helai daun bay * kak Noor tak guna sbb tkde
  • 1 tin tomato plum * akak guna cili sos 1 cawan
  • 1 sudu rempah kari * akak guna 2 sudu haha nak pedas banyak
  • 2 sudu tomato puri * akak tak guna sebab dah lebihkan cili sos
  • 1 tin cendawan butang * kak Noor guna mix vege 1 cawan sebab bos tak suka cendawan
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan utk white sos
  • 600ml susu segar
  • 3 sudu tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • secubit garam
Cara membuat inti nya
  • UNTUK INTI : Panaskan sedikit planta kemudian masukan bahan tumbuk dan bawang besar dan tumis sampai layu,masukan rempah kari,cili kisar dan cili sos jugak dada ayam dan mix vege,masak sampai berubah warna masukan garam dan gula dan ketepikan,kalau boleh biarlah inti ni basah jangan terlalu kering..
  • UNTUK WHITE SOS : Panaskan susu bersama tepung kacau dengan whisk jangan sampai berketul masukan sedikit garam dan serbuk lada hitam masak sehingga pekat dengan menggunakan api yang perlahan,angkat dan sejukan.
  • PENYEDIAAN LASAGNA : Panaskan air sehingga mendidih masukan sedikit minyak dan celur kepingan lasagna sehingga lembut,angkat dan letakan di atas dulang yang disapu sedikit minyak masak
  • Sapukan bekas lasagna dengan sedikit mentega dan letakan kepingan lasagna tadi biar memenuhi ruang dasar bekas,sudukan inti ayam or daging diatas lasagna,letakan cheese mozarella dan white sos,lapis lagi dengan kepingan lasagna,inti,cheese mozarella dan white sos dan buatlah sampai habis dan yang terakhir inti dan cheese mozarella ditabur diatas lasagna
  • Bakar pada suhu 175'C ( oven antik kak Noor suhu nya 220'C) selama 30 - 35 minit atau sehingga masaklah ya..
  • Pada pencinta pasta memang sedap bangat ni budak2 kat dalam umah kak Noor ni walaupun mata tak biru rambut tak perang tapi kalau pasta posto no 1 hahaaa sedappppppppp mama tumpang dua kaki..




Selamat petang untuk semua sahabat disini, petang ni kes sayangkan keledek yang dah di rebus dan di lecek untuk buat donat keledek beberapa hari yang lepas,biasalah rebus dulu baru sukat gram nya rupanya sedikit je yang dipakai tu,jadi baki nya simpan frezer Alhamdulillah masih ok tiada cacat cela nya,so kak Noor main campak2 je takde sukatan pun buat jemput2 ni,tapi di akhir "kejadian" nya akak jadikan doh lah macam untuk buat donat jugak..


 Biasa lah nama nya baki so memang tak lah banyak sangat keledek tu,lepas tu akak main agak2 je masukan tepung naik sendiri,campak sikit baking powder,cheese mozarella tu pun nak habiskan stok lama,gaul je pastu masukan garam dan gula,gula lebihkan sikit sebab anak2 suka yang manis,teringat nak bubuh telur kasi lembut sikit tapi sebiji je,pastu air lah agak2 untuk lembutkan adunan ni,macam yang kak Noor tulis kat atas di akhirnya mesti jadikan adunan ni macam doh tu,lepas tu boleh buat bolat dan goreng dengan minyak yang sederhana panas, dia akan naik gebu dan bulat2 gini makan panas2 sangatttt sedap, kak Noor try cicah lebihan sambal tumis udang tu fulamak !!!terangkat lah,tapi sebab sambal nya sikit tak sempat nak ambik gambo

Yang pasti lain kali rasa nak buat lagi dan nak buat sambal tumis sekali baru ngancam habis makan dengan jemput2 aka cokodok keledek ni,lembut dan gebus tak percaya!! mesti cuba lah baru tau heee..


Assalamualaikum pada siapa yang sudi singgah kat sini, hari ni Kak Noor nak masak 2 in 1 masak pagi dapat makan dua kali pagi dan tenghari save masa dan tenaga,lagipun nasi goreng cornbeef ni lama dah tak buat jadinya kalau makan sekali je tentu anak2 tak puas hehee * tu ayat mama yang agak malas sikit hari ni heehe,terus ke bahan2 nya ya apa yang ada kat dalam petiais tu Kak Noor masukan je sebab nak habiskan stok esuk nak shopping sayur dan segala macam..


Sebenarnya untuk nasi goreng ni Kak Noor terpaksa masak nasi baru  semata-mata nak buat nasi goreng sebab nasi semalam dah licin,lagipun nak makan dua kali mesti guna nasi yang agak banyak lah,kak Noor bagitau bahan2 je ya sebab sukatan nasi tu terpulang lah pada individu lah nak masak untuk sorang ke untuk ramai ...
Bahan2nya

  • Nasi secukupnya 
  • 1 tin cornbeef atau daging cincang
  • Sayuran ikut ada yang ada ya,disini akak guna capsicum hijau dan kuning,kacang panjang dan carrot
  • 10 biji cili padi nakkurang atau lebih hak asasi sendiri ..
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • Telur secukupnya
  • secukupnya sos tiram
  • garam dan sedikit gula
  • minyak untuk menumis
Cara nak masak
  • Bawang merah, bawang putih dan cili padi di mesin kasar dan tumis lah bersama minyak secukupnya,biarkan sehingga wangi masukan cornbeef dan kacaulah sehingga sebati
  • Masukan sayuran,sos tiram,nasi,garam dan sedkikit gula ya * dah jadi tabiat mesti masuk gula dalam apa saja masakan tapi kalau ada yg tak suka lupakan je ..
  • Masa nak hidang buatlah telur mata lembu letak kat atas tu mesti anak2 terbuka mata besar tengok nasi goreng ni heehee
  • Sebenarnya makan nasi goreng ni dah lengkap sebab semua sayuran dah cukup tapi Mr hubby ni tak boleh kering2 maklum lah dah berumur mesti nak yang berkuah jugak so kak Noor buat tomyam ayam simple2 je janji ada kuah
  • Dah siap menu simple dan cepat hari ni yang berkaler2 bak rainbow 
  • Kalau rajin boleh lah buat kueh untuk petang kalau tak telan air liur je tengok kueh orang heeee




Resepi emergency untuk majlis doa selamat sedara semalam, tak kan nak jalan dengan tangan kosong pulak kan, tanya anak2 nak makan ape??apam polkadot ke cream puf?serentak budak2 ni menjawab apam polkadottttttttttt.lagipun memang dah lama jugak tak buat ni, baru ni tengok kat blog Balqis dia buat Kak Noor pun  buat jugak lah hahaa asyikkk meniruuuuu je  kan akak ni..


Resepi nya simple je tak banyak songeh sangat cuma bila nak buat ni je yang rumit dan lambat sikit,tapi kalau nak seribu daya kan walaupun lambat kalau dah anak2 nak makan tu tak terasa susahnya pun...
Bahan2nya

  • 3 biji telur sejuk 
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gula halus
  • 150 ml susu segar 
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling strawberry ke apa secukupnya tapi disini akak guna nuttela sebab permintaan nya nuttela hee
  • pewarna sukahati lah
Cara membuatnya
  • Masukan semua bahan2 apam kedalam mixer * kecuali filling dan pewarna
  • Pukul lah dengan kelajuan maksima selama 6 ke 8 minit sehingga kembang
  • Bahagi kan kepada beberapa bahagian dan masukan pewarna kesukaan,lepas tu masukan dalam piping beg,kalau takde piping beg masukan dalam plastik putih biasa pun ok jugak
  • Ambil acuan tart dan letakan mangkok kertas didalam nya dan paipkan adunan kedalam nya agak2 1/2 kemudiam paipkan filling kesukaan dan paipkan adunan lagi sampai menutupi filling tu agak2 3/4 cup kertas tu lah,kemudian dot kan dengan warna pilihan
  • Buatlah sehingga habis adunan dan kukuslah selama 10 ke 15 minit tapi pastikan kukusan telah dipanaskan terlebih dahulu dengan api sederhana saja..
  • Filling tu terpulang fav keluarga,kaya  atau peanut butter pun ok jugak sedap,tapi anak2 akak lebih suka nuttela jadinya mummy nya pictkan nuttela je..


SEDAP


SEDAPPPPPPPP

Memang ramai yang tertarik masa akak bawa kat majlis tu semlama siap ada yang meng order lagi hahaa





Sambal Udang Petai Banjir 

Dah lama teringin nak masak sambal ber petai2 ni tapi sebab terlalu sibuk terpaksa pendamkan dulu,lagipun akak masak akak je yang makan sorang hahaaa kesian kan, kalau masak ni mesti kena buat sambal tumis lain lagi untuk anak2 dan bapa anak, diaorang tak pandang pun yang ni,mungkin tak pandai nak menilai kehebatan dan kelazatan  petai ni kot kan,biarkan saja kak Noor dapat makan banyak heeeeeeee


Sambal ni Kak Noor makan dengan nasi lemak tulah sebab nya terlebih banjir sikit tu,nasi lemak kalau tak banyak sambal tak sah,jadi biarlah dia banjir sikit musim hujan2 ni kan heee

Bahan2nya macam sambal tumis biasalah tapi kak Noor tak letak belacan pun sebab boss akak alergik to belacan jadi nya malas lah nak bubuh jugak,akak masak banyak sebenarnya separuh untuk sambal ikan bilis dan separuh lagi utk sambal udang petai ni save masa dan kerja jugak kan

  • 10 ekor udang segar di bersihkan
  • petai secukupnya
  • 4 sudu cili kering kisar
  • 3 ulas bawang putih *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 1 sdu besar gula merah
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • garam dan sedikit minyak


Cara membuatnya

  • Tumbuk bahan yang bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga layu dan wangi masukan cili kisar,dan gorenglah sehingga pecah minyak
  • Masukan air asam,gula merah dan garam,kalau nak banjir macam ni tambahlah air banyak2 hahaa
  • Dah rasa semua nya boleh lah masukan udang, tak perlu lama sangat udang di atas api nanti jadi keras pulak,dah udang masak baru masukan petai,just kacau2 je petai tu kalau over cook nanti warna nya jadi kelabu gitu dah tak hijo..
  • Sedap dihidangkan dengan nasi lemak ke nasi putih biasa pun sangat sedap jugak,yang pasti kalau ada sambal petai nasi mesti kena masak lebihhhhhhhhhhhh...


Assalamualaikum!!!! biasalah kalau teringat kan anak2 yang jauh pasti membelek album2 lama maka terjumpa lah gambar2 ni,gambar di bawah ni time dah tak larat sangat nak bawa kaki tu yang tersangat lah lenguh berjalan hahaaa aduii mencari tempat berteduh untuk merehatkan kaki,kami masuk dalam satu tempat entah tak ingat nama nya disana ada lah show untuk kanak2 kami yang tua2 ni turut tumpang jadi kanak2 nasib takde yang menghalau hahaa hampir  sejam jugak lepak kat sana,ada lah restoran fast food kat sana tu tapi tak sure kehalalan nya kami hanya menahan air liur sambil makan bekalan buah kami alahaiiiiiiiiiii


Kebetulan masa pergi sana first day sampai snow turun dengan lebat nya,bagi anak2 yang first time tengok snow memang teruja sampai sanggup bersnow kat luar kedai tu tak mau masuk, tak kisahlah tu kak Noor biarkan dia orang jadi jakunis kejab

 Time ni dah kehausan sangat anak ke2 bawa kuar untuk cari coffee bean bagi memanaskan badan yang dah sejuk gedi tu kata orang Kedah haaha,tapi yang lain masih happy bermai snow sebab tu lah takde gambar dia orang kat sini heheee


Otw nak kuar mencari segelas kopi kaki dah start sakit lagi tapi masih mampu "mengelik" camera tu ..


Nampak tempat yang boleh duduk kami tak lepas peluang walaupun di atas kerusi tu sejuk bangat dengan snow sapu2 je tetap letak punggung,tak kisahlah tu nampak macam tempat budak2 kecik je tapi orang tua bangka ni yang duduk,orang sana tak kenal kita go head je  hehe..
 Jumpa lagi tempat duduk kami tak lepaskan peluang,lagipun tak selalu datang pun posing je kan..



 Ok cukup dulu untuk kali ini sebab dah jumpa pintu tu dah dekat dengan coffee bean, tak sabar nak minum time ni,lepas tu anak ke2 pergi join adik2 dan kakak nya,tinggal lah kak Noor dan Pakwe tu melayan coffee dan makan roti yang entah apa2 hahaa..

Tiramisu Capuccino

Dah lama sebenarnya kak Noor nak buat lagi Tiramisu ni, pertama kali buat masa tu belum ada blog segala ni, masa tu guna kek,tapi kali ni nak try guna biskut Saviordi,yang khusus untuk buat Tiramisu, kebetulan masa jenjalan kat kedai jual barang2 kek ni terjumpa biskut ni,sebenarnya Kak Noor pun tak pernah tengok jugak sebelum ni biskut Saviordi hahaha "jakunis" kan Kak Noor ni, ia nya ringan sangat 30 biji dalam satu bekas tu fulamak harga nya dapat beli ayam dua ekor tapi dek kerana nak try pejam mata je bayar kat counter tu aduiiiiii.



Memang tak lah jauh beza rasa nya guna kek atau biskut ni, tapi agak manis lah kalau ada yang tak suka manis boleh lah kurangkan gula tu ya,yang penting sedap sangattt lagipun kalau kat luar kita makan tiramisu was2 jugak takut dia orang masukan alkohol ni dah pandai buat sendiri boleh tunjuk terer bila ada majlis apa2 hahahaa baru 2x buat dah nak tunjuk terer ape daaa..


Jom kita tengok resepi boleh lah tahan jugak ni kalau nak beli kena awal bulan lah,kalau dah ujung bulan tu haha kecuali orang tu kayo rayo oklah

  • 250 gm cream cheese philadilphia
  • 250 gm Saviordi lady finger (24 keping )
  • 200 ml sour cream * kak Noor guna yogurt plain tu je
  • 150 ml whipping cream
  • 150 gm * boleh kurangkan sebab agak manis
  • 1 sudu besar gelatin + 50 ml air * dikacau
  • 300 ml air panas + serbuk cappuccino instant * asingkan 50 ml untuk dibancuh kedalam adunan cream cheese nanti
  • coklat makan apa saja * kak noor guna dark chocolate diparut untuk hiasan atas tiramisu




Cara membuatnya

  • Pukul whipping cream sampai kental dan biarkan sebentar
  • Dalam mangkok lain,pukul cream cheese,gula halus dengan menggunakan mixer sampai lembut dan kembang
  • Masukan larutan gelatin dan 50 ml air cappuccino tadi dan pukul lagi,campurkan whipping cream dan kaub balikan dengan senduk je jangan terlebih kacau pulak ya
  • Celupkan biskut kedalam air cappuccino dan aturkan kedalam loyang sehingga tertutup permukaan loyang.
  • Tuangkan adunan cream cheese ke atas biskut sehingga menutupi biskut,dan buatlah sehingga habis biskut dan cream cheese
  • Parutkan coklat di atas tiramisu ni dan sejukan sekurang2nya 6 jam atau semalaman pun lebih baik lagi sejuk lagi best wooo...
  • Siapa tak mencuba rugi tau sedapppp sangat bagi kak Noor lah tak tau lah selera masing2 kan heheee




t


Kita ni selalu kalau masam mesti nak ikut kawan2 apa lagi bila tengok gambar2 yang cantik dan menarik  pos dari kawan mesti dalam hati nak tiru je kan,tak tau lah pada orang lain tapi pada Kak Noor ish teringin sangat nak buat kalau tengok resepi yang mudah2 tu haha sama jugak dengan donut ni dari resepi Izah Muffin Lover sebab teruja tengok gambar dia tu lah maka nya akak buat ni ..


Tapi ini kali ke2 buat selepas sehari maksudnya kemarin buat hari ni pun buat haha,lagipun dah kebetulan ubi tu masih berbaki jadi nya untuk puaskan hati berdonut2 saja lah akak dan family dua hari berturut2,mesti sedapppppppp lah tu kan kalau tidak masakan akak buat lagi hahaa


Untuk Izah Muffin Lover izinkan akak kongsikan resepi tu kat blog akak jugak ya ,tak banyak sangat pun bahan2 nya

  • 200 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu kecil yis mauripan
  • 100 gm ubi keledek jepun * kak Noor guna keledek biasa tu je
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 50 gm gula halus
  • 1 1/2 besar mentega
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60 ml air
  • gula icing utk di salut
  • minyak untuk menggoreng


Cara membuatnya

  • Kupas keledek rebus sehingga empuk dan lenyek ketika masih panas2 sehingga halus dan sejukan
  • Satukan tepung,gula dan yis dan gaul rata,masukan keledek yang telah di lenyek bersama bahan2 lain kecuali air, gaul rata dan masukan air sedikit demi sedikit sehingga doh yang lembut dan elastik
  • Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan plastik atau kain supaya dia mengembang
  • Canaikan dan terap dengan acuan donut dan letak di atas dulang yang di tabur sedikit tepung dan biarkan kembang lagi selama 20 minit 
  • Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan dan salutkan dengan gula icing atau coklat
  • Kak Noor salut dengan gula je sebab kalau salut coklat nanti tak terasa sangat kesedapan donut ni lebih ke rasa coklat lah pulak nanti, jadinya kak Noor biarkan rasa nya yang original gitu..





Assalamualaikum, rakan2 yang sudi menjenguk blog Kak Noor, disamping hobi yang boleh mengenyangkan perut akak jugak suka hobi yang boleh mengenyangkan mata dan menyejukan pandangan jugak menghilang stress didapur hahaha,dah lepas bab main masak2 akak selalu kuar rumah tengok orkid2 ni.


Ini antara orkid2 akak yang berkembang hari ni, yang best orkid ni tahan lama berbulan2 sekali dia berbunga tulah yang menyerikan rumah akak yang tak seberapa ni hehee


Gambar ni " terkelabu" sikit tapi masih nampak bentuk orkid kan


Tapi sayang Kak Noor tak ingat nama orkid2 ni kalau tau  best jugak dapat letak nama kat sini selalu akak panggil orkid putih,kuning,oren haha

Sebenarnya tak susah sangat nak menjaga orkid ni hanya yang penting dan tersangat penting ialah AIR mesti cukup,akak selalu siram sebelah petang je tapi kena banyak lah sebab pasu nya tu kan berlubang so kalau siram banyak pun memang no hal punya dia akan turun ke tanah jugak..


Ni haa orkid purple Kak Noor cemana cantik tak??


Sila jamu mata ya ambik lah kalau ada yang  bekenan dihati hehe


Yang jenis ni memang tak putus2  berbunga pulak kalau berbunga mesti lebih dari setangkai,mungkin sebab dia kena letak dekat dengan pintu depan  yalah mungkin nak menyambut tetamu yang datang kot...

Jenis yang sama dengan yang di atas tapi ni sebelah kiri nya lagi sebab bunga pun nak juak berpasangan kan..

Ini yang colour oren selalu berbunga janji cukup minuman nya..


Sila lah jamu mata kat taman orkid kak Noor ni free of charge hahahaa






Hari ni nak menjamu selera Pak Haji, sebab dah selalu sangat ikut selera anak2,sesekali tu ikutlah selera darling hubby jugak hehee bukan nak ngampu ke tapiii kadang2 tu ngampu jugak hahaa nak berehat time weekend ni sebab kerabu ni tak banyak songeh sangat

Bahan nya simple je

  • 2 biji mangga muda dihiris kecil memanjang,jangan parut sebab nanti berair cepat
  • 10 biji cili padi hijau dan merah *
  • 2 ulas bawang merah *
  • sedikit ikan bilis dipanggang,akak masuk oven je bagi ranggup sikit
  • sedikit daun kemangi
  • sedikit kacang goreng tumbuk
  • sedikit air lemon
  • 1/2 biji bawang besar dihiris separuh bulat
  • garam dan gula secukup rasa


Tak payah masak pun

  • Tumbuk atau mesin kering bahan yang bertanda * siapa suka belacan boleh lah taruh belasan Pak hubby no like belacan so "mini" nya pun no bubuh lah heee
  • Gaul lah semua bahan mesin dengan mangga,ikan bilis,perahan lemon,garam dan gula jugak kacang tumbuk,dan taburkan dengan daum kemangi kat atas tu wallah !!!! sangat wangi dan sedap
  • Di ratah begitu saja pun ok ni utk kurangkan makan nasi makan kerabu ni dulu dah kenyang tentu nasi nya makan sikit je hahaa


 Rugi kalau sesiapa yang tak nak cuba menu pembangkit selera ni,yang penting hari ni tak percik2 minyak kat baju, bab tumbuk2 suruh je maid tumbuk hahaa...


Resepi murtabak ni kak Noor dah ambik lama dah dari adik kak Noor nun jauh di Kedah sana sebab memang dah tersohor resepi nya ni hehee, kalau letak kat pasar malam tu memang laris lah sekejab je licin,tapi dah tinggal jauh ni terpaksalah kena buat sendiri walaupun agak malas sangat pada mula nya,dah tanya anak2 nak tak mama buatkan murtabak yang Cik buat tu,masing2 angkat tangan,aduiii nampak gaya nya memang kena buat lah ni..

Dua hari dok study resepi macam susah jugak  sebab tak pernah buat tapi bila dah buat tu macam tak lah susah sangat pun,lepas ni ada lagi yang request murtabak daging lah pulak,mesti kena buat lagi ni,bahan2nya boleh tahan jugak ni tapi kalau dah teringin nak makan walaupun bahan panjang berjela pasti nak buat jugak kan

Untuk Doh

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 5 sudu susu pekat
  • Air panas secukupnya
Semua bahan2 di atas dicampur dan dibancuh dengan air panas,tak lah panas yang menggelegak tu tapi janji boleh di uli dengan tangan kira oklah tu,jangan pulak terlalu sejuk ya,pastu jadikan doh lah buat bulat2 biasanya dapat lah dalam 20 biji itu kata sifu Jah, kalau boleh buat awal doh semalaman ke masuk dalam petiais baru lembut senang ditebar,opps lupa pulak dah jadi bulat2 tu letakan sedikit planta di atas bola golf kita tu heee

Untuk Inti 
  • 2 sudu rempah daging
  • 2 sudu rempah kurma
  • 1 sudu rempah masala
  • 4 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • sedikit kayu manis dan bunga lawang
  • 3 biji kentang dipotong dadu
  • 2 cawan daging ayam cincang
  • garam dan gula dan sedikit minyak untuk menumis
Cara masak inti
  • Tumbuk lumat bahan yang bertanda * dan tumislah dengan sedikit minyak bersama2 dengan kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi masukan tiga jenis rempah tadi.
  • Kacau sehingga sebati dan pecah minyak masukan daging ayam dan kentang,masaklah sehingga kedua2nya lembut masukan gula dan garam secukupnya dan ketepikan.


Bahan-bahan sayur

  • 1/2 biji kobis dihiris kecil
  • 2 biji bawang besar dhiris kecil
  • daun sup dan daun bawang  secukupnya dihiris kecil
  • 4 biji telur
Cara nak buat murtabak
  • Ambil 2 senduk atau lebih inti yang dimasak tadi,gaulkan dengan telur,bawang besar, daun sup dan daun bawang jugak kobis dan gaul lah sebati.
  • Ambil doh tebarkan nipis2 dan masukan inti dan lipat lah kiri kanan depan belakang hehehe pastu gorenglah dengan sedikit planta sampai garing
  • Time menggoreng ni yang tak tahan wangi sangatttttttt, boleh dimakan dengan kari ke,makan begitu saja pun orait gak..
  • Buatlah sampai habis doh tu,tapi kalau tak habis dapat disimpan dalam petiais tau asal jangan lama sangat, kalau apa2 hal terjadi gue tak tanggung jawab tau..



Lazatttt sangat dimakan panas2 lepas goreng tu 10 biji kejab saja licin oleh kami berempat,tu belum lagi anak yang kat luar negeri tu balik,kalau budak2 tu balik mesti double adunan murtabak ni sebab semuanya hantu samaada roti canai ke murtabak ke,alahai kesian anak mama yang jauh tu Faizah, Maisarah dan Nabilah takpe ujung bulan Jun kita dah boleh jumpa dan kita makan dan kalau perlu mama buat kat sana ok heheee

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home