All About

Good Food



ASSALAMUALAIKUM pada semua yang sudi bertandang kesini dan meninggalkan komen2 positif 
dan negatif?? Eh takde lah yang negatif semuanya menggumbirakan je THANKS very much ya tapi kalau ada pun negatif apa salah nya kalau untuk kebaikan kak Noor sedia terima seadanya,memang lah kak Noor akui sememangnya akak memang belum pandai dalam ber BW ni maklum lah dah veteren baru nak belajar,lain lah dengan adik2 yang masih muda belia senang lah loading kan,akak ni selalu lambat lah dalam segala hal cuma yang cepat MAKAN JE hahaha...


Hari ni akak nak kongsikan satu resepi yang selalu dan mesti ada pada setiap rumah pada hari raya kalau diBrunei ni lah,kiranya menu wajib jugak lah ni, kalau dulu masa belum pandai membaking first puasa dah start booking kek ni kalau tak takut tak kena terima lagi, tapi sekarang sejak selalu merajinkan diri di dapur boleh lah tak lah pandai sangat tapi seadanya saja lah,dah tak payah booking lagi hahaha itu yang best lagipun akak dah dapat resepi mudah dengan menggunakan tepung optima walaupun agak mahal tapi berbaloiii tak banyak songeh sangat dan bahan nya pun tak banyak, untuk kek span ni hanya perlu 5 bahan saja jom tengok dulu resepi nya

Bahan2nya untuk Kek Span
12 oz  or 325 gm tepung optima
6 oz  or 175 gm mentega
5 biji telur gred A
2 oz or 50 gm air sejuk dari petiais
sedikit esen vanilla

Semua bahan2 diatas dimasukkan dalam mixer dan dipukul sehingga gebu dan putih 
Masukan dalam loyang 10" x 10" nak bakar lah didalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 220'C  selama 30 minit  dah masak di potong 2
Boleh jugak menggunakan loyang 8" x 8" tapi mesti 2 loyang lah untuk buat dua lapisan.
Dah masak sejukan sekejab

Bahan untuk cream cheese
125 gm cream cheese Philadilphia
375 gm susu segar atau susu cair
35 gm gula 
40 gm tepung jagung
1/2 buku cheese cheddar diparut boleh jugak dikurangkan

Campurkan sedikit air kedalam tepung jagung dan gaullah sehingga sebati,masukan susu dan gula dan kacau sehingga sebati masak di atas api dengan api yang perlahan sehingga pekat
Angkat dan tutup api masukan cream cheese dan gaul  sehingga rata..
Lapislah kek span tu dengan cream cheese,letakkan kek span lagi sekali dan cream cheese dan akhirnya taburkan cheese cheddar yang telah di parut
Masukkan dalam petiais supaya mudah untuk memotong dan lebih sedap dimakan sejuk




Yang kecik2 kat belakang tu lebihan adunan sebab akak guna loyang 10 x 10 so adalah lebih untuk 4 biji habuan testing2 heee
YANG PASTI KEK CHEESE BERTABUR NI  SANGAT SEDAP untuk yang suka cheese lah sebab tekstur nya yang sangat lembut ditambah dengan cream cheese yang manis masin menambahkan kelazatan kek ni anak akak sangat suka yang bercheese gini biasa lah anak2 tengah membesar kan
Mama tumpang sikiiiiitttttttt je heheee..




ASSALAMUALAIKUM  dan selamat pagi pada semua yang sudi  mengunjungi blog Kak Noor,semenjak dua menjak asyik "mengepam" je tapi kalau hati dah suka nak buat cemana kan!!! lagi pun sayangkan nasi hari2 mesti lebih punya, buat nasi goreng pun selalu  tak laku jugak,tapi kalau buat apam ni ramai yang suka,so daripada membazir nasi tu baik lah buat apam ni kejab ja licin pinggan



Tapi untuk kali ni kak Noor guna setengah adunan saja sebab nasi pun cukup 1 cawan je jom kita tengok Bahan2nya

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula boleh tambah atau kurang ( pada tekak kak Noor dah ok manis )
1 peket yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
Kelapa parut putih secukupnya


Cara nya
Masukkan semua bahan2 kedalam mangkok besar kecuali nasi dan air,gaulkan dan ketepikan kejab
Kisar nasi hingga betul2 hancur dan campurkan dengan bahan2 yang di gaul tadi dan biarkan sebati
Perapkan selama 3 jam atau lebih sehingga adunan naik dan ber awan
Panaskan kukusan terlebih dahulu
Masukan adunan dalam acuan dan kukuslah selama 10 ke 15 minit untuk acuan yg kecil tapi kalau guna tray yang besar lebihkan masa kukusan lah
Dah masak gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan sedikit garam
Lepas tu boleh lah dihidangkan dengan kopi kaw2 ke! teh kaw tarik ke! terpulang fav masing2 lah tapi bagi akak mestilah kopi kaw2 punyeee



JOM TAK SABAR NAK BREAKFAST NI HEEEEEE
SIAPA CEPAT DIA DAPAT HAHAHA..



Selamat petang dan selamat bersantai2 di petang2 ni walau apa pun aktiviti kita yang penting hati senang apa lagi di minggu2 cuti sekolah utk rakan2 di Malaysia tentu ramai yang dah berada dikampong halaman masing2 bagi yang balik kamponglah atau di tempat2 percutian bagi yang bercuti tu tak kira lah didalam or luar negara yang pasti time makan mesti kena makan jugak,time minum petang mesti nak cari jugak kueh2 kan heeee jom kita tengok kueh akak ni, sebenarnya chicken pie nii akak buat masa nak sambut rakan2 fb yang kerkunjung kat umah minggu lepas,biasa lah kalau kita buat utk makan sendiri elok je jadi nya,tapi kalau nak kasi orang makan memang ada yang tak kena,mungkin Allah tak suruh kita riak sangat kot nak menunjuk kan orang heee sebeno nya makcik ni memang tak pandai jugak kan..



Kalau tak salah bulan lepas kot akak dah buat chicken pie ni tapi untuk testing2 makan sendiri lah, agak cantik jugak lah, kalau ada yang teringin boleh lah tengok resepi kat SINI RESEPI CHICKEN PIE tapi bila dah nak kasi orang jauh makan dah buruk pulak rupanya tapi alhamdulillah rasa nya tetap mantop cuma luaran nya aje yg agak kurenggg



Alhamdulillah tetamu yang datang kata sedappppppp!!! mungkin nak jek ke tak tau lah, tak kisah lah tu janji kita jamu tetamu apa ada nya saja  yang termampu  kan..
Tapi macam nak buat lagi je masih tak puas hati dengan penampilan chicken pie ni 
biasa lah alah bisa tegal biasa kalau kita selalu buat mesti lama2 akan cantik dan molek jugak kan



OK LAH selamat bercuti ya mesti minggu ni ramai yang gantung peyok makan kat luar,kat restoren,kat hotel yalah nak menjamu anak2 lah kata kan lagipun sesekali happy kan mereka tak salah kan,anak2 happy kita ibubapa pun turut gumbira jugak heeee




Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua ya...
Sebenar nya ni resepi semalam tak sempat nak masuk entry biasa lah tu kan vip sibok manjang
so hari ni pagi sikit lah dapat tulis entry
dah lama sebenarnya tak makan pucuk ubi masak macam ni,selalu nya akak masak pucuk ubi mesti nak bubuh kunyit tapi tengok kat blog CMG  tu dia buat putih jadi macam teringin jugak,apa lagi kutip pucuk ubi keliling rumah terus buat lemak putih ni..
sedap sangat tau tapi biasa lah akak masak ikut citarasa family akak lah ubah sana sini 
yang pasti masak pucuk ubi ni sekejab saja hilang dari mangkuk tu makna nya sedap lah tu kannnn...


Bahan2nya

secukupnya pucuk ubi di rebus dan diramas buang pahit 
5 ulas bawang merah *
7 biji cili padi nak lebih kurang terpulang *
segenggam ikan bilis *
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
2 biji cili merah dihiris
garam dan gula secukup rasa

Cara nya

Bawang merah,cili padi dan ikan bilis di mesin kering jangan terlalu hancur
Masukan santan cair dalam periuk,masukan bahan mesin dan masak sehingga hampir mendidih masukan pucuk ubi yg direbus,garam dan sedikit gula
selalu dikacau supaya tak pecah minyak,bila dah mendidih dan pucuk ubi dah lembut masukan santan pekat dan kacau lagi sekejab dah cukup rasa boleh ditutup api
SEDAP DIMAKAN DENGAN NASI PANAS + IKAN GORENG + SAMBAL KICAP 
TAK PERCAYA??? 
MESTI TRY HEEEE..




ASSALAMUALAIKUM  dan selamat pagi isnin semua adik2 bloggers
Pepagi gini tentu dah sarapan kan maklum kalau disini matahari dah tinggi segalah
Kalau belum sarapan memang perut keroncong dan berdondang sayang lah
Hari ni ter rajin sikit nak buat apam yogurt ni sebab yogurt dah nak expired tapi belum lagi kena guna
So daripada kena bagi kat Cik Pah baiklah Cik Noor yang makan dulu hahaha

Bahan2 nya

1 1/3 cawan gula
2 cawan tepung
1 cawan yogurt asli
1 sudu teh ovallete
1/2 sudu teh baking powder
1 biji telur
pewarna kuning dan hijau,boleh jugak nak gantikan dengan warna lain,biasa lah orang Kedah memang tak dapat lari dari warna hijau dan kuning heeee

Caranya
Sediakan kukusan yang telah dipanaskan
Masukan kesemua bahan kecuali pewarna dalam mixer dan pukul sehingga gebu dan putih
Asingkan 5 sudu besar dan masukan pewarna kuning
Yang selebihnya letakan warna hijau dan masukan dalam piping bag dan paipkan 3/4 kedalam cawan,kemudian paipkan warna kuning di atas nya dan kukuslah selama 15 - 20 minit sehingga apam kembang dan masak

KEMUDIAN DAH BOLEH SANTAP LAH DENGAN SECAWAN KOPI KE, TEH KE OR MINUMAN FAV MEMASING SEDAPPPPP NI DIMAKAN TIME PANAS-PANAS..





ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk semua yang sudi singgah di dapur kak Noor ni
Hari ni teman2 diMalaysia nampaknya sudah bercuti,tapi akak di Brunei masih on lagi sekolah belum start cuti INSYAALLAH minggu depan lagi seminggu lah giliran orang2 Brunei lagi ber hora2 tapi dah tua2 ni taklah se hora mana pun hari2 pun mesti ke dapur jugak,lagipun cuti sekolah seminggu cuma pejam celik celik pejam dah buka sekolah semulah kan.....



Hari ni sebenarnya akak memang ada kenduri kawin tapi biasa lah anak2 sekarang ni kalau dah besar dah tak mau ikut lagi ke majlis kawin mawin ni panas katanya,tapi walaupun sekarang dah banyak keja kawin buat kat dewan yang ber aircond gitu masih jugak anak2 tak mau ikut,ALASAN NYA lama menunggu time untuk makan tu,mungkin ada yang tak tau style orang2 Brunei yang makan nya sekaligus,kalau dalam kad jemputan tu tulis pukul 12 makan jangan datang lewat alamat balik perut kosong lah sebab semua makanan sudah di simpan balik hahahaaa itulah tradisi orang2 Brunei yang mesti di ikut tapi rasanya cara ni tak memenatkan tuan rumah kan,lepas tetamu makan tuan rumah dan boleh santai sebab memang takde orang lagi kecuali keluarga saja,aduhh membebel pulak akak ni kan,jom tengok resepi hari ni..




Bahan2nya
 1/2 ekor ayam dipotong kecil dan dibersihkan
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci kunyit hidup *
5 biji cili padi *
2 keping asam keping
1 sudu jintan manis digoreng tanpa minyak dan dimesin kering
1 sudu jintan putih digoreng dan dimesin kering jugak
1 batang serai di ketuk
beberapa keping daun limau purut
cili hijau besar secukupnya dibelah
beberapa biji tomato dibelah
garam  dan gula secukup rasa

Cara nya
Kisarkan bahan2 yang bertanda * sehingga halus
Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan2 kisar sehingga wangi masukan serai dan ayam dan biarkan bahan2 kisar sebati dengan ayam,kalau perlu boleh lah tambah sedikit air
Masak lah sehingga ayam betul2 lembut masukan garam dan gula jugak asam keping,cili hijau,daun limau dan buah tomato,rasa lah ikut kegemaran masing2 masam,manis,pedas,masin wajib tu kan
Boleh jugak dimasak sehingga kering atau dibasahkan tambah lah air utk yang suka menghirup kuah ok
Makan dengan nasi yang panas dah lengkap ni 
SELAMAT MENCUBA PADA YANG SUDI
PADA YANG TAK SUKA TENGOK AJE LAH YA HEHEEEE...



Lepas ni nak gi orang kawin makanan ni ditinggal kan untuk anak2 disamping lauk fav dia orang ayam goreng dan sayor,biasa lah anak2 tkde ayam goreng tak sah lah makan nasi heee




ASSALAMUALAIKUM  semua rakan blogers yang sudi jengah kat  dapur akak ni
JUTAAN terimakasih di atas sokongan anda yang sudi follow akak dari sehari ke sehari makin bertambah follower akak, walaupun masakan akak tak lah sehebat blogger yang tersohor
Masih banyak kekurangan dalam blog akak ni maklum lah baru tiga bulan heheeeee
INSYAALLAH segala kekurangan akan dibaiki lagipun kesuntukan masa dengan tugasan harian yang membuatkan ON OFF je blog ni...




Untuk resepi kali ni akak nak kongsikan resepi apam polkadot lagi tapi yang versi bakar
Sebenarnya bukan sengaja pun nak bakar tapi disebab kan urusan yang tak dapat di elakan
maka terjadilah  yang begini
BUKAN APE nak cepat punya pasal,lagipun kalau bakar tak payah tunggu api dapur tu
biarkan ON JE lepas tu bila cukup timer dia OFF sendiri haha so boleh lah ditinggalkan dalam oven tu



CERITA nya begini....
AKAK memang dah siapkan adunan apam ni  dan dah nak kukus pun tiba2 ada yang tefon minta akak keluar ada urusan PENTING !!!! jadi daripada adunan tu terbiar gitu cepat2 akak masukan dalam acuan muffin yang agak besar supaya cepat habiskan adunan tu dan masukan dalam oven terpaksalah di bakar saja  sebab kalau bakar tak payah tunggu kalau dia masak nanti,tapi kalau kukus kalau tak tungu mau hangus tu dapur comey akak HAHAA
LAGIPUN oven akak tu dah di "timerkan" bila dah cukup time dia akan OFF sendiri so memang selamat lah kalau ditinggalkan



APA nak buat kadang2 time emergency gitu kita kena fikir cara paling pantas nak selesaikan MASAALAH
TAPI Alhamdulillah selepas akak balik tengok apam bakar ni ok je cuma agak keras sikit kat atas tu tpi rasanya masih ok lah lagipun intinya nuttela bila dah besar jadi banyak lah nuttela didalam nya kan so 
TANG TU LAH  part yang paling bestttt rasa coklat nuttela tu
Untuk yang nak mencuba boleh lah semak  resepi  APAM POLKADOT kat sini ya semua nya sama cuma kali ni terpaksa di bakar kan HAHAHA..







ASSALAMUALAIKUM semua rakan2 blogger or bukan blogger disaat akak menulis ni sahabat2 akak dah selamat sampai kerumah masing hanya diaorang tinggalkan gambar je sebagai kenangan mengusik jiwa pepagi ni yang biasanya ramai, tapi hari ni dah tinggal sorang terkonteng2 begitulah kehidupan kan semua nya tak kekal lama tapi cukuplah hanya beberapa hari dia orang tinggal kat umah ni dah membawa seribu kenangan manis suka gumbira yang penting tiada nestapa hahaha
GAMBAR DI ATAS DI AMBIL DISEKITAR PONDOK BURUK AKAK SEMUANYA BEREBEN HITAM SEBAB TIME TENGAHARI PANASSSSSS...



GAMBAR NI BEST SEBAB MANUSIA YANG PALING RENDAH JADI TINGGI HAHAA TULAH YANG MAHAIIIIIII TU KAN...



KALAU PASAL POSING MEMOSING BOLEH TAHAN MAKCIK2 NI KAN HEEEEE



GAMBAR NI MASA KAT UMAH KAWAN AKAK LINDA NO 3 DARI KIRI JUGAK MALAYSIAN YANG TINGGAL KAT BRUNEI...



NI KAT AIRPORT SEMALAM SAAT2 SEBELUM SAHABAT BOARDING BERJUMPA DAN BERPISAH TU ADAT LAH KAN....
RELAKAN  ISNYAALLAH NANTI AKAK PUN NAK NAIK BELON JUGAK HEHEEE


SEBELUM BERANGKAT POSING MASIH BOLEH SENYUM TU 
INSYAALLAH DI LAIN KESEMPATAN BOLEH JUMPA LAGI

LEPAS-LEPAS NI BARU LAH BOLEH POST  MASAKAN SEBAB BELUM ADA MOOD MEMASAK  HAHA TENGOKLAH  PETANG  KE MESTI MOOD MARI KAN...


Assalamualaikum semua adik2 dan rakan2 yang lain..
Aduh lama nya rasa tak menulis entri ni rindu sesangat dengan kawan2 disini
Malam ni baru ada kesempatan untuk menulis sepatah dua kata sebab dah rindu sangat tapi cuma dapat Tengok gambar dulu lah resepi nya kemudian ya heheee
Gambar di atas tu chicken pie dan chilled blueberry cheese tart yang dihidangkan masa
Rakan fb datang berkunjung kat rumah akak hari isnin baru ni


Yang paling tinggi tu ialah karipap pusing tapi akak tak buat tau !! yang tu order je
Yang akak buat hanya tart dan pie je maksudnya yang simple lah sebab kesuntukan masa



Ini pulak gambar nasi hujan panas yang main hentam2 je tapi dia orang kata sedap jugak hehee kembang semangkok si makcik ni tak lah penat sangat memasak kan ...


Kari ayam yang dibuat rempah sendiri untuk mendapatkan kelazatan yang lebih ummpphhh  hehe


Sweet and sour ikan merah bersama dengan tomato ceri boleh tahan je lah hee


Ni pulak kerabu mangga bersama dengan bunga kantan dan ikan bilis yang paling laris sekali...


Sambal belacan dan kuncu2 nya yang tak boleh tinggal nyaman bah..


Dua orang rakan Fb Za Zaira dan Piah Dungun Anak Cikngoh bersama seorang ustazah yang jugak dari Trengganu kite 
Alhamdulillah mengiratkan ukhwah sesama islam semuanya dengan izin Allah jua..


Piah dan ustazah yang pertama kali berjumpa bukan main rancak lagi berbual..


Bersama Hajah Saodah orang Penang yang dah menetap di Brunei  
Sahabat Fb yang jadi reality semoga bertambah erat persahabatan ini...
INSYAALLAH akan bersambong lagi bila keadaan mengizinkan 
SELAMAT MALAM SEMUA YA!!!!


ASSALAMUALAIKUM  adik2 bloggers yang disayangi yang selalu singgah kat dapur akak 
Hari ni hari yang paling sibok dan disamping tu hari yang gumbira jugak sebab akan berjumpa dengan
Orang jauh INSYAALLAH pada petang nanti, kita akan berbesar hati sekiranaya ada rakan2 yang sudi bertandang dirumah kita betul tak?? apa lagi mereka datang dari jauh terpaksa baik belon dulu kalau tak confirm tak sampai punya, semoga rakan2 akak tu akan selamat sampai diBrunei Darussalam ni dengan selamat nya,hehehee tak sabar ni nak jumpa kawan FB yang sorang dari Trengganu dan sorang dari KL,begitulah kan kalau kawan dah baik jadi macam sedara lah pulak syukur kepada ALLAH kerana menemukan kami heehee tak sedih cuma happy bangat ni



Jadi untuk menyambut kedatangan rakan2 dari jauh tu akak dah sediakan tart ni lebih awal sebab tart ni kena sejukkan dalam petiais dulu kalau tak tak sedap nanti, akak dah try memang sedap tart ni,resepi ni akak ambik dari RAHEL YANG TERER MEMBAKING TU please Rahel akak kongsikan resepi kat  sini lagi izinkan ya sebab lain kali memang nak buat lagi anak2 sudah boking mama buatkan utk raya nanti boleh?? hahaha makna nya sah sah sedapppppp..

Terus ke bahan2 ok sebab lepas ni nak jadi lipas kudong hahaha

Bahan pastri manis
80 gm mentega tanpa garam
180 gm tepung gandum di ayak
50 gm gula ising di ayak
1/2 sudu teh susu tepung
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan kuning telur
1/2 sudu makan putih telur
1/2 sudu teh esen vanila

Cara buat pastri
1. Guna tangan,gaul mentega, garam , gula icing,telur dan esen vanila hingga sekata
2. Masukan tepung gandum dan susu tepung,gaul hingga menjadi doh yang lembut
3. Ambik sedikit doh tekan dalam acuan tart dan buat sampai habis
4. Bakar tart dalam ketuhar yang di panaskan pada suhu 200'C selama 25 minit
5. Setelah masak biarkan suam,keluarkan tart dari acuan dan biarkan sejuk

Bahan inti blueberry cheese cream
250 gm cream cheese dibiarkan pada  suhu ruang
100gm non diary whipping cream diputar hingga gebu dan bertanduk
70 gm gula icing
4 sudu besar blueberry pie filling
Blueberry pie filling secukupnya utk diisi dalam tart

Cara menyiapkan chilled blueberry cheese tart
1. Isikan satu sudu kecil blueberry pie filling dlm kesemua tart dan ketepikan
2. Putar cream cheese dan gula icing hingga licin dan tambah 4 sudu besar blueberry filling dan teruskan putar hingga rata
3. Masukan whipping cream dan kaup balik kan sehingga rata
4. Masukan adunan cream cheese kedalam piping beg yang sudah diletak nozel bulat
5. Paipkan blueberry cream cheese kedalam tart tadi
6. Sejukan dalam petisejuk sebelum dihidang

SEMUA KENKAWAN PASTI CUBA TART NI TAK RUGI TAU!!!! SEBAB RASA NYA LAZATTT
THANKS RAHEL akak suka sangat tart ni ...





Pasti tetamu berpuas hati nanti eheehe perasan lah pulak makcik ni kan!!



Ada sesiapa yang nak datang  umah kak Noor ke akak buat tart ni lagi heheee jom ramai2 ke Brunei Darussalam yang indah dan pernai ni moh booking tiket yuk!!

Kalau akak takde selama dua tiga hari ni jangan cari tau mesti  akak sedang melayan tetamu didepan mata lah tu,tetamu di alam maya harus tunggu nanti akak update kan gambar2 tetamu nya hehee


SORRY  pada adik2 yang akak tak sempat nak melawat pagi ni INSYAALLAH dah reda nanti pasti akak akan terbang kesana kemari di angkasa nan luas HAAHAHAA..
MOOD happy ni...


Assalamualaikum dan salam sabtu untuk semua,dah lama tak buat butter prawn ni sesekali melayan udang cam gini best kan, akak selalu pilih yang seredak dan daun kari tu sedap dan wangi,udang  beso tu biar lah anak2 je yang makan,lagipun mama dah lama makan udang sekarang ni giliran anak2 lagi,fakta lah tu kan lagipun siapa tinggi kolestrol kena pandang2 je udang tu jangan pegang2 sendiri mau ingat lah kan
sakit sendiri tanggungjawab..heeeeee


Resepi ni akak korek dari blog Dayang Jack memang sedap sangat dan cara buat pun tak lah susah, kali ni rasa nya berpuashati lah,sebab sebelum ni memang pernah cuba jugak butter prawn tapi resepi lain tak menjadi sangat,terimakasih  untuk Dayang Jack izinkan akak kongsi resepi ni ya
Tapi kejadian nya tak lah secantik yang dayangjack punya walaupun agak hitam mungkin sebab tuan yang buat ni hitam kot tulah jadi nya udang pun ngikut jejak tu heheee apa2 hitam ke kuning tetap SEDAPPPP!!


Buttered Prawn
resepi : dayangjack

Bahan2nya

  • 10 ekor udang XL dibersihkan dan dilumur garam dan serbuk kunyit (kak Noor lebihkan udang sebab udang XL lari jadi udang saiz L je kot ni)
  • 3-4 biji kuning telur dikacau sedikit ( kak Noor guna 4 biji )
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1/2 inci halia dicincang
  • sedikit susu cair - optional (kak Noor tak guna sbb dayang tk guna jugak heee)
  • 1 tangkai daun kari ( akak guna 3 tangkai sebab daun kari banyak haha)
  • 4-6 biji cili padi dihiris ( akak guna 10 biji sebab hantu cili heeee)
  • gula secukupnya
  • 100 gm mentega

Cara nya




  • Cairkan mentega di dalam kuali dengan api perlahan. Apabila sudah cukup panas tuangkan perlahan-lahan kuning telur sambil dikacau perlahan-lahan tanpa henti dengan senduk (tangan kiri memegang bekas untuk kuning telur dan angkat tinggi sedikit macam nak buat teh tarik sementara tangan kanan memegang senduk. Putar secara sehala sahaja). Angkat dan tapiskan sebaik sahaja minyak mentega tadi berbuih. (kalau nak garing, boleh biarkan lama sedikit tetapi jangan sampai hangus). Ketepikan.
  • Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng udang hingga masak. Angkat dan toskan. 
  • Kemudian cairkan/panaskan lagi sedikit mentega atau minyak masak(anggaran 1sudu besar), tumis bawang putih dan halia hingga garing. Masukkan daun kari, cili padi dan gula secukupnya. 
  • Masukkan udang dan separuh daripada telur tadi. Gaul-gaulkan. Boleh juga masukkan sedikit susu cair jika suka (DJ kurang gemar letak susu cair). akak pun tak letak susu jugak semua nya nak ikut DJ
  • Tutupkan api. Masukkan lebihan telur tadi dan gaulkan lagi. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sebagainya. 




  • Kalau ikutkan hati memang habis ni satu pinggan meratah tapiiiiii SABO TU SEPARUH DARIPDA IMAN 
    RILEKSSSS makan seredak nya cukup lah heheeee

    Assalamulaaikum dan selamat petang untuk semua adik2 bloggers,dah petang ni baru dapat bersiaran
    sangat busy dengan tugas2 harian dan tak kering tangan dan tak cukup kaki tangan rasanya
    nak menyiapkan kerja2 rumah,tapi dah petang ni ok sikitlah dapat lah masukkan entri muffin ni
    asyik dok geram je tengok entri adik2 semua yang berjenis2 kuih tradisi moden dan segala macam 
    tak kisahlah apa saja entri kita janji masakan kita kena makan oleh ahli2 keluarga
    biasa nya kak Noor masak ikut kesukaan anak2 je sebab dia orang yg nak makan,kita ni suka buat je makan nya tidak,lagipun dah puas rasa nya makan2 ni biarlah diaorang yg makan lagipun anak2 sedang membesar kena jamu cukup2 kan betul tak???



    Tak payah panjang cerita nanti ada jugak yg bosan kita terus je ke resepinya,
    Sebenarnya muffin ni akak dah pernah buat  jadi sesiapa nak rujuk resepi nya boleh lah klik kat 
    BANANA MUFFINS RESEPI  ni ok,memang sedap rasa pisang dan chocolate disatukan,tapi kali ni kak Noor sengaja tambah eksesori kacang kat atas muffin tu sebab dalam rumah kak Noor ada sorang tu hantu kacang,bukan KACANG HANTU tau HAHAHA..




    SENGAJA nak tayangkan gambar Sultan kak Noor ni,numpang2 sultan orang pun jadi lah kan,lagipun Sultan yang baik hati mesti lah kena sebut2 kan betul tak??
    Kalau ada yang tak nampak bagitau akak nak tunjuk kan ya hehe


    ADUH!! dah tak sabar nak makan ni meh lah kopi kaw2 dah stanbye utk peneman sang mufiin ni jangan malu2 ya ambik satu sorang tak cukup kat dapur ada lagi ni hehehee
    MACIH YA SUDI SINGAH SINI :)


    Selamat petang semua adik2 bloggers, hari ni memang busy sangat masuk kuar,kuar masuk ofis ni biasalah VIP yang tak bertauliah ni kan,hari2 berkhidmat untuk keluarga,alhamdulillah baru  selamat landing kat umah ni dan sedang santai2 ...
    Sebenarnya gambar eskrim ni dah di ambil 2 minggu lepas kot tapi tak sempat nak masuk entri asyik lupa je,hari ni buka frezer nak makan lagi eskrim maklum dah panas2 gini teringat lah benda2 sejuk macam ni, baru teringat yang gambar dulu belum lagi ditulis entri hahaha, tapi eskrim yang hari ni punya akak makan wow lebih ngancam dari yang atas tu tau,yg penting lebihkan kacang dan cekelat tu,pisang pun dah tinggal hitam2 sikit tapi still ok lah masih rasa manis pisang heee



    Sebenarnya mudah je nak buat eskrim yang ala banana split ni,bahan2 nya
    Pisang beberapa biji di belah
    Eskrim perisa jagung dan coklat
    Hersheys syrup
    Kacang fav masing2,jagus ke badam ke

    Cara nya
    Letakkan pisang yang dibelah dalam bekas yg agak panjang lah
    susunlah ikut kreativiti masing2
    Skopkan eskrim jagung dan coklat kat atas pisang
    Picitkan hersheys syrup atas eskrim 
    Taburkan kekacang idaman hati 
    Akhir sekali picitkan lagi sekali hersheys syrup tu 
    Lepas tu tentu semua dah tau kan kan 
    MESTILAH MAKAN!!!!! cepat2 makan tau nanti CAYAQ ESKRIM NI 
    Dah habis satu nak buat lagi lah heheehe..




    ASSALAMUALAIKUM dan salam hari kamis untuk semua adik bloggers
    Menu ape agaknya hari ni!! Kak Noor ni nak lari dari asam pedas dan kari kalau kepala ikan ni 
    Asyik2 itu je kan kalau beli kepala ikan, hari ni try buat sambal tumis,macam buat ikan yang isi jugak cuma
    Gantikan dengan kepala je sedap rasanya dah try tang mata tadi tu hahahaa
    Sapa suka korek mata ikan macam kak Noor angkat tangan please!!!!!!!!


    Kalau sambal ikan akak suka serai nya banyakkk best wangi dan lazatttt
    Resepinya mudah kalau ikut cara akak

    Bahan2nya
    Beberapa keping kepala ikan dibersihkan digaul garam dan kunyit dan digoreng
    3 sudu cili kisar * kak Noor memang stanbye cili kisar dalam esbok tak pernah putus hehe
    5 batang serai *
    5 ulas bawang merah *
    3 ulas bawang putih *
    1 inci kunyit hidup * yg serbuk pun ok ambil secubit lah
    1 biji buah tomato *
    sedikit sos tomato,garam,gula dan kicap manis sedikit

    Cara masak
    Mesinkan bahan2 bertanda * sehingga halus
    Panaskan kuali masukan sedikit minyak dan tumislah bahan mesin sehingga wangi, kalau terlalu pekat masukan sedikit air dan masaklah sehingga cili betul2 masak,masukan sos tomato * utk gantikan asam jawa,garam,gula dan kicap manis,kalau suka berkuah tambah lah air,lepas tu masukan kepala ikan yang digoreng tadi,golek2an kejab dah boleh angkat lah
    MAKAN DENGAN NASI PANAS ~ SEDAPPPP
    Dapat gigit2 tepi kepala tu bersama dengan mata ikan tu lagi heheeeeeeeeeeeeee


    ~ LOVE YOU YESTERDAY ~ LOVE YOU STILL ~ 
    ~ ALWAYS HAVE AND ALWAYS WILL ~
    AND ALWAYS LOVE  adik2 bloggers semua !!!!
    Yang sudi singgah kat dapur kak Noor 




    ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi  untuk semua adik2 blogger yang disayangi
    Hari minggu lepas kebetulan sudah gi jenjalan shopping barang2 makan ternampak base pizza kosong ni
    teringin pulak nak buat untuk anak2 breakfast hari ni ,lagipun dah ada base tu memang rajin lah nak buat topping nya sebab tak lama sangat proses nya kan hehee malas pun ada jugak.
    lagipun tak ramai sangat  yang nak makan pun dua base pizza tu pun sudah cukup untuk kami berempat..wah kuat nya makan kan..tapi kita kat sini tak kuat sangat makan dibandingkan dengan orang putih or mat salih tu pernah akak tengok diaorang ni makan sebiji sorang yang besar lagi tu!!!! dah tu bukan pizza saja banyak lagi eksesori lain yang diaorang order tapi maintain je diaorang makan sampai habis hahaa sebab tu lah badan diaorang besar2 dan tinggi2 rupanya kuat makan heheee
    jangan marah hah siapa yang keturunan mat salih kat sini tapi kebenaran jugak lah tu..


    Boleh terus ke bahan2 nye ok,pagi2 tak boleh cakap banyak sebab belum sarapan belum aktif,pizza ni akak buat style sendiri je hentam2 apa yg ada kat umah..

    Bahan2nya
    2 base pizza kosong
    tomato sos secukupnya
    cili sos secukupnya
    udang dikupas kulit secukupnya
    sotong dihiris bulat secukupnya
    sosej dipotong bulat secukupnya
    1 biji bawang besar dihiris dadu
    1 kiub ayam
    capsicum merah,kuning dan hijau di potong dadu
    cheese mozarella dan oregano secukupnya
    sedikit minyak utk menumis

    Panaskan sedikit minyak dan tumislah bawang besar sehingga wangi,masukan udang,sotong,sosej dan kacau lah biar sebati masukan sedikit cili sos dan kiub ayam
    masukan semua jenis capsicum dan kacau lagi biar sebati tak perlu lama nanti kaler capsicum dah tak lawa
    * kak noor tak masukan cendawan sebab dalam rumah akak ada yg tak suka cendawan so lupakan je lah
    tapi kalau ada yang suka boleh lah masukan cendawan ok
    kemudian ambil doh pizza sapukan dengan sos tomato biar rata dan masukan lah bahan2 topping tadi di atas nya dan aturkan biar rata letakan cheese mozarella dan oregano di atas nya dan bolehlah dibakar didalam oven yang sudah di panaskan pada suhu 180C selama 15 ke 20 minit atau sehingga masak lah..

    Untuk memudahkan kerja akak buat malam before tidor lepas tu masukan dalam petiais,pagi2 ni akak terus masuk oven je tak susah2 lagi kan mudah dan cepat,hanya 15 minit dah boleh makan pizza kan 




    Teruja tak tengok udang yang bergolek yang hampir jatuh tu  nasib baik dalam pinggan kalau tak sayang woooooooo kan hehee
    Aduh tak sabarnya nak makan ni panas ~ panas ~

    Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home