All About

Good Food




Assalamualaikum dan selamat petang pada semua yang sudi singgah disini,hari ni dah lapan hari kita berpuasa,syukur ALHAMDULILLAH masih lagi ALLAH bagi kesempatan untuk kita melalui bulan yang mulia yang penuh barokah ni, yang untungnya kita surirumah ni setiap apa yang kita lakukan dengan hati yang ikhlas pasti akan berganda2 pahala nya apa lagi memasak dengan penuh kasih sayang untuk keluarga tersayang walaupun nampaknya simple tapi kalau ikhlas pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal ..

HARI ni kak Noor nak kongsikan resepi lamb chop versi akak punya dah lama dibuat macam ni,anak2 kata sedap so teruskan yang macam ni,simple saja pun sebenarnya...

Bahan2 untuk lamb chop
Beberapa keping potongan kambing dibersihkan
2 sudu lada hitam dimesin kasar
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
1 sudu sos lada hitam
garam dan gula secukupnya

Perapkan kambing dengan bahan2 mesin dan bahan tumbuk campur gula dan garam dan biarkan selama 30 minit atau lebih,kemudian panggang lah diatas pemanggang ajaib masing2 hahaha tak kisahlah pemanggang apa yg dipakai janji kambing tu masak ok tapi letakkan sedikit minyak tau sebelum nak panggang !!!

Untuk sos lada hitam
Panaskan sedikit planta,masukan sedikit lada hitam yg dikisar tadi bersama sedikit halia dan bawang putih yang ditumbuk kacau biar wangi masukan bancuhan tepung jagung,kacau biar pekat,letakan kiub ayam secukupnya dan sedikit kicap manis,kalau nk lebih masin boleh tambah garam

Nasi goreng tu akak buat biasa saja lebihkan sayur lah carrot yang di slice nipis campur daun bawang dan sedikit cendawan, sebab ada yang tak puas tak makan nasi so jadi ikutlah selera anak2 ni,kentang pun masing2 punya fav,ada yang nak pegedil jadinya memang kena buat lah pegedil tu ikut resepi Bundo kalau ada yang nak semak boleh klik kat  SINI lepas tu ada lagi anak2 request wedges dan curly fries jadi tak mau  menghampakan walaupun seorang semuanya di masak,tapi wedges dan curly fries akak goreng yg frozen punya hahaha janji ADO...



DAH siap masak letakan kat dalam pinggang besar sbb dayang2 lamb chop ni kan ramai,letakan nasi dulu,pastu of coz lah lamb yang kita panggang diatas pemanggang ajaib tu,letakan pegedil,wedges dan curly fries lepas tu curahkan sos lada hitam kat atas lamb chop,boleh jugak letakkan sedikit mayonis dan ready untuk disantap masa berbuka,ni hidangan berbuka puasa akak dua hari lepas heee baru ada masa buat N3 apo dayo sibok jo hari2...

ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam,tentu masa ni dah santai2 sikit kan,lepas berbuka tadi,solat segalanya pun dah beres terawih dan tadarus jadinya baru lah dapat masuk ofis satu ni
ALHAMDULILLAH Kek Pisang Dua Seri juadah berbuka tadi,pepagi tadi teruja tengok dari blog 
Juwita Fariz kebetulan ada pisang jugak kat umah tulah  fenin dok fikir nak masak apa,malas jugak nak goreng2 selalu,buat kek ni Alhamdulillah anak2 pun suka jugak, bahan yang digunakan tak banyak sangat yang biasa ada kat dapur kita surirumah ni kan...
Untuk JUWITA FARIZ  izinkan akak kongsikan resepi Ita kat sini ya,mana tau ada teringin nak buat untuk menghabiskan pisang tu,tapi sorry lah ya akak punya tu taklah secantik Ita punya yang cute takpe next time mungkin lebih mengancan lagipun pisang dan coklat nya tak sama tinggi haha



Bahan-bahan:

Lapisan bawah 
1 cawan tepung gandum 
1/2 cawan serbuk koko 
3/4 cawan gula perang
1 sudu kecil serbuk penaik 
1/2 sudu kecil soda bikarbonat 
1 1/4 cawan susu segar 
1 sudu kecil esen vanilla 
1/2 cawan minyak masak sayuran 
 secubit garam 


Lapisan atas 
 2 cawan tepung gandum 
¾ cawan gula 
4 biji telur 
1 sudu kecil serbuk penaik 
1 sudu kecil soda bikarbonat 
1 sudu kecil ovalette 
I cawan pisang dilenyek 
1/2 cawan minyak sayuran


Cara-cara :

  1. Panaskan air dalam periuk pengukus. Tutup penutup pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak menitik diatas kek. 
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata 
  3. Masukkan minyak masak dan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.Kacau hingga sebati. 
  4. Masukkan kedalam loyang bersaiz 9 inci dan kukus selama 10 minit.
  5. Sementara lapisan bawah ikukus sediakan lapisan atas.Putar telur dan gula dengan pengadun elektrik hingga kembang. Masukkan ovalette dan putar lagi hingga betul-betul kembang. 
  6. Didalam bekas berasingan ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. 
  7. Masukkan pisang lenyek, minyak kedalam adunan telur tadi dan putar lagi hingga sebati. 
  8. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar setelah itu tambakan esen pisang. 
  9. Setelah lapisan bawah habis dikukus, masukkan adunan pisang ini diatasnya an kukus 40 minit.
  10. Setelah siap sejukkan dan boleh dihias mengikut kegemaran masing-masing.



INI saja nak show sikit mug yang adik akak BALQIS NAZID kasi by hand dari seorang kawan kat KL masa gi Uk dulu,baru teringat nak show hahaha cantik kan!! Thanks Qis ur hadiah tu bersama telekung dan buku masakan tu pun lupa nak ambik gambar jugak next time ya...



Ni kek pisang lepas dimake up tapi taklah secantik sifu nya pun 
Takpe tak pandai lah tu kan,mesti kena belajar mendeco lagi ni dari Eric heee


Assalamualaikum dan salam pagi jumaat untuk semua nya yang sudi berkunjung kesini,selamat berpuasa ya rasanya sekejab saja dah hampir seminggu kita menunaikan ibadah puasa ni bermakna ada lagi 3 minggu untuk sampai ke syawal apa yang adik blogger sediakan untuk menyambut syawal yang mulia ni ya,bagi kak Noor belum pun ada apa2 persiapan pun hari2 sibuk dengan melayan menu anak2 ni lepas satu2 tapi sebagai ibu kita kena lah jugak mengikut sebab kalau tak selalu pun berkumpul macam ni bila dah diaorang jauh baru lah terasa kekurangan ahli keluarga,jadi dalam bulan puasa sessi menjamu anak2 lah disamping bertadarus bersama2,makan tu makan jugak kan bekalan akhirat nak jugak dicari..

Hari ni kak Noor nak kongsikan menu fav budak2 ni pasta vegetarion,tak payah susah2 guna daging or ayam boleh jugak kita guna kekacang,samaada bake bean atau kacang kuda ni,sebelum ni kak Noor dah buat dan boleh tengok resepi SINI ya,cuma kali ni akak tukar bentuk je dulu spaghetti tapi kali ni masih lagi kategori pasta,apa tu nama nya !! curly pasta ke hahaa tak hingat langsung ni.tak kisah lah tu janji pasta



Kak Noor pun suka pasta ni sebab takde daging dan ayam,dah boring rasanya makan daging ayam,nanti sekali lagi kita cuba buat pasta yg bubuh ikan pulak hehe
UNTUK ADIK2 AKAK SEMUA SELAMAT BERAMAL DAN SELAMAT MEMASAK UNTUK FAMILY TERSAYANG KERANA KALAU KITA MEMASAK SENDIRI LEBIH MENGERATKAN IKATAN KEKELUARGAAN SESAMA KITA SEBAB KITA MEMASAK DENGAN PENUH KASIH SAYANG, HANYA SESEKALI TU BOLEH LAH MELAWAT BAZAR RAMADHAN UNTUK MENGHILANGKAN PENATTTTTTTTT HEE


 Selamat petang semua nya, petang ni terlebih rajin nak kongsikan resepi pegedil Bundo yang sangat senang dan mudah, semua kak Noor ikut cara Bundo yang goreng dulu kentangnya baru tumbuk,tapi breadcrumbs kak Noor tak secantik yang Bundo punya ada emas2 lagi hanya apa yang ada kat umah saja..

Bahan nya
8 biji kentang kupas cuci bersih dan goreng lalu tumbuk
200 gram isi ayam dikisar akak masak kejab dalam kuali
daun sup dan bawang dihiris kecil
garam dan lada sulah secukupnya

Semua bahan2 diatas disatukan dan di bulatkan atau dileperkan,celupkan dengan telur kemudian celup lagi sekali dengan breadcrumbs dan gorenglah sehingga masak,dihidangkan bersama sos fav masing2 sebenarnya ada lagi kawan2 pegedil ni tapi belum sempat berposing lagi hahahaa sabau ya..




Sedang menunggu untuk berbuka tapi dah confem pegedil ni mesti sedap punya hahaha
tak sabar nak rasa ni..


Selamat mencuba untuk yang lain2 ya



ASSALAMUALAIKUM  dan salam sayang untuk semua yang sudi singgah di blog akak ni,hari ni akak nak kongsikan resepi yang menjadi kegemaran kita sejak zaman dolu2 sampai kini yang tak lekang dek panas dan tak lapok dek hujan heee, masih lagi dalam situasi berpuasa ni jangan marah2 tau biasalah kalau sedang berlapar ni salah sikit udah nak melenting kan BANYAKKAN BERSABAR YA itulah cabaran dan untuk menambah pahala kita jika sekiranya kita bersabar MUDAH2AN ALLAH memberikan kita hati yang tulus dan bersih dalam menjalani ibadah puasa kita sepanjang bulan ini..

Apam ni akak dah buat masa hari ke3 berpuasa biasalah dah sibuk2 memang tak sempat nak update dan selalu delay sehari dua hari tak kisahlah tu kan janji ada gambar nya walaupun makanan nya dah habis ditelan perut heeee




Bahan-bahan nya

  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula melaka diracik halus
  • 3 sudu gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu kecil yis
  • 3/4 cawan air
  • secubit garam dan kelapa  parut
Cara memasaknya
  • Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan sehingga gula melaka larut dan sejukan.
  • Larutkan yis bersama dengan 3/4 cawan air,kacau sehingga yis tidak berbiji
  • Masukan campuran gula melaka dan gula putih,campurkan larutan yis kedalamnya dan kacau
  • Akhir sekali masukan tepung dan secubit garam dan kacau supaya tidak berbiji.
  • Tutup dan biarkan selama 40 minit atau sehinga naik 3x ganda
  • Tuangkan kedalam loyang yang telah dilengserkan dengan marjerin.
  • Kukuslah sehingga masak selama 30 - 35 minit
  • Sejukan dan gaul lah dengan kelapa parut yg sudah di gaulkan sedikit garam..


SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA YA...


ASSALAMUALAIKUM  dan salam hari selasa untuk semua nya,hari ni dah 4 hari kita berpuasa,masih lagi budak2 kat umah minta kuih yang tak pernah miss ni cucur udang yang semestinya ada udang,kebetulan ada kawan yang datang membawa udang ingat dalam 2 kg jugak,rezeki lah tu namanya kan,sebab frezer akak pun dah agak kosong ni sekarang ni sebab asyik busy je sampai tak sempat nak kepasar makan apa yang ada dulu hahaha,nasib ada udang pemberian rakan akak ni so jadilah cucur udang idaman anak2 ni,makan dengan kuah rendang semalam,budak2 mana suka cicah rendang diaorang ni lebih selesa cicah sos je jadi mama lah yang sibuk menghabiskan rendang dengan cucur udang ni heee..

Resepi akak memang simple je
2 cawan tepung gandum
20 ekor udang dibersihkan
1 biji bawang besar dihiris
1 biji cili merah dihiris
sedikit serbuk kunyit
sedikit baking powder
sedikit baking soda 
sedikit cili flakes
air secukupnya
minyak untuk menggoreng,garam dan gula sikit

Campurkan kesemua bahan2 dan agak2 bancuhan tu,biar agak kental sikit,jangan terlalu cair,untuk meranggupkan cucur udang tu semasa minyak sedang panas tu,masukan sesudu minyak panas dalam bancuhan,dan gaulkan biarkan rata baru digorengkan dengan menggunakan sudu atau senduk terpulang lah ya,memang sedaplah kalau time panas2 tu,untuk bulan puasa ni tak boleh goreng awal sangat nanti sejuk,ni hidangan masa puasa ke2 memang dah dekat nak berbuka baru boleh goreng,panas2 memang yummyyyyyyy...





ASSALAMUALAIKUM dan selamat berpuasa untuk adik2 blogger semua,hari ni dah hari ke3 kita berpuasa semoga ALLAH berikan kesempatan untuk kita meneruskan RAMADHAN sehingga kehujungnya dan menikmati SYAWAL yang sangat ditunggu2 MUDAH2AN ALLAH panjangkan usia kita semua 
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN

Berbalik pada resepi mashed potato ni sebenarnya akak buat ni masa first day puasa baru bekesempatan untuk buat entri hari ni hanya dapat tengok gambar je lah ya,semuanya dah masyuk dalam perut budak2 anak kak Noor yang sangat suka dengan benda ni,masing2 nak lebih nampaknya kena try lah sebab biasanya akak tak pernah panggang lagi kalau mashed ni biasa nya rebus dan gaul segala bahan lepas tu skop dengan skop aiskrim dan curahkan sos dia,tapi sejak dok tengok ulangan MC kat tv tu macam nak try lah jugak yg main bakar2 ni ternyata sangat sedap sekali hadap saja oleh anak2 akak,ada lagi dibelakang tabir tu ingat dapat dalam 20 biji lebih jugak lah semuanya.





Bahan2nya
4 biji kentang US yang besar dan hitam tu dibuang kulit direbus dan dilenyek
2 sudu planta marjerin
4 sudu susu cair
sedikit cheese mozarella optional tkde pun tkpe *kes nak habiskan cheese heee
sedikit garam


SEMUA bahan2 tu digaul dan dibiarkan sebati,masukan dalam piping bag yang ada nozel bunga dan tekan lah ikut kreativiti masing2 lepas tu bakar dalam oven sehingga kekuningan dan dimakan begitu saja pun sodap,tapi anak2 akak lebih suka dengan sos lada hitam,jadi akak buatlah panaskan sedikit planta,kemudian masukan bancuhan tepung jagung,kiub ayam,serbuk lada hitam,dan air secukupnya dan masak sehingga pekat tambah sedikit kicap manis utk perasa dan pewarna dan curahkan ke mashed tadi.
ALHAMDULILLAH anak2 makan sehingga menjilat jari esuk lusa nak try lagi ni heeee



Selamat mencuba untuk pencinta kentang memang tak rugi tengok program Masterchef tu dapat idea2 yang sihat untuk makan HAHAHAA...


ASSALAMUALAIKUM dan selamat berpuasa untuk hari yang ke2 hari ni,nampaknya hari ni dah kurang kot sengal2 badan dan mesti dah macam biasa je kan walaupun berpuasa ALHAMDULILLAH!!!!
BULAN RAMADHAN ni tak boleh cakap banyak2 sangat mesti lebihkan kerja atau baca QURAN ke semoga bertambah pahala puasa kan,jadinya hari ni akak nak kongsikan satu resepi mudah dan senang yang bako2 je jom tengok resepi dulu..

Bahan2nya utk ikan
Ikan terubok fresh( tinggal setengah je bahagian ekor cukuplah utk sorang haha)
1 sudu cili kisar
garam,kunyit serbuk dan air limau sedikit

*Ikan dibersihkan dan digaul dengan air limau, garam,cili kisar dan serbuk kunyit diperapkan dalam setengah jam atau lebih kemudian dipanggang di atas api,atau dalam oven pun ok tapi kalau di atas api lagi sedap bau dia ghau ghau bau dia heeee

Bahan2 utk air asam
5 biji cili padi atau lebih ditumbuk kasar
2 biji cili besar ditumbuk kasar
4 biji limau kasturi ambil jus nya dan hiris ambik kulit nya sikit lah
1 sudu air asam jawa pekat
1/2 biji bawang besar dihiris
1/2 biji tomato dihiris
*asam pedas ni tkde belacan tau boleh jugak pada yg suka bako dulu baru masukan dalam air asam ni

Gaul semua bahan2 air asam ni dicampurkan dengan garam dan gula sikit jugak air suam secukupnya,kalau boleh gaul dengan tangan baru dapat rasa air tangan sendiri mesti lebih sedap kan
SELAMAT MENCUBA MESTI TAK CUKUP IKAN DAN AIR ASAM NI 
heheehe



Lepas ni jom kita tadarus AL QURAN sebab siang2 ni kurang aktiviti dapur sebelah pagi ni kan
Selagi sempat tu buat lah ya mana yang patut
Semoga puasa kita diterima ALLAH 
INSYAALLAH AMIN..



ASSALAMUALAIKUM  apa kabar semua nya hari ni!! tentu semuanya sihat walafiat dibulan yang mulia ni terlebih dahulu akak memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya ada salah silap yang disedari atau tidak pada adik2 semua SELAMAT BERPUASA UNTUK ADIK2 YANG DISAYANGI hari ni first day puasa jangan lasak sangat ya heheeee maaf jugak kerana dah lama tak update blog ni sebab sangattttttttttt sibuk TUNGGU LAH YA NANTI AKAK BAGITAU APA SEBENARNYA hehehee dalam dok sibuk2 tu sebelum anak2 balik sempat lagi testing resepi Macaroon lagipun dah rembat Silicone Macaroon Mould kat suatu kedai yang menjual barang2 dapur di UK baru ni nama kedai tu LAKELAND(kak Noor "menggila" kat kedai tu hahaha geram tengok barangnya ) jadi nya semangat nak buat macaroon tu terlebih lah sebab dah ada mould ni,memang mudah lah kalau ikut resepi dari ITA MASAM MANIS tapi pastikan semua bahan2  mesti betul2 kering,InsyaALLAH rasanya lepas ni akan ada yang kedua dan ketiga lagi sebab anak2 akak sangat suka walaupun ianya agak manis,mungkin akak buat jugak untuk hari raya chewah dah ada mould ni senang tak yah lagi guna kertas dan kerja pun menjadi lebih mudah dan cepat, terimakasih  banyak2 pada ITA dan izinkan akak berkongsi resepi ITA kat blog akak jugak yang untuk panduan anak2 dara akak nanti.



 Bahannya


80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A

65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna


Langkah 1Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan


Langkah 2Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar( boleh rujuk ke blog ITA MASAM MANIS untuk lebih faham ya )  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (SILA RUJUK LAGI KE BLOG ITA )(anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!
Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.(Kak Noor punya almond mungkin tak kering sangat sebab itu lah ia nya agak kureng kembang macam Ita punya, tapi bahan lain perfecto ikut sifu) hehee
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.(sebab first time akak hanya guna satu warna saja )


Langkah 3Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.


Langkah 4Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.
Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!
Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka. Ita suka letak Nutella sedap!





Konon2 nya nak buat sambut anak2 lah tapi not bad lah anak2 kata sedap,cuma mama belum puas hati sebab macaroon nya agak kureng tembam,INSYAALLAH nak try lagi lepas2 ni untuk persiapan raya supaya lebih menjadi gumuk dan tembam macaroon akak hee



Gambar yang di atas dan di bawah ni lah rupanya silicone macaroon mould tu,hanya satu akak beli lepas tu pesan lagi dengan anak2 yang baru balik ni diaorang bawa dua lagi haha baru puas mama buat 
MACAROON lepas ni dah ada 3 set heeee



Selamat mencuba untuk adik2 akak,ganache nya Nutella paling best,boleh jugak guna peanut butter kalau tak mau manis sangat.


ASSALAMUALAIKUM  adik2 blogger dan semua nya yang sudi jenjalan kat blog akak ni
Alhamdulillah akhirnya sampai jugak hajat anak2 nak makan nasi ayam akak yang ala2 caca marba gitu
Memang nasi ayam ni dah selalu buat pun akak tak lah ikut resepi sesapa pun just hentam - hentaman janji orang nampak nasi ayam dan yang penting rasa nasi ayam tu,sukatan nya pun akak taklah ada yang betul2 buat ikut secukup rasa dan sesuka hati haha,sebab lebih cepat rasa nya apa lagi kalau buat di awal pagi time pukul 3 pagi mesti kalau boleh nak cepat siap ja maklum sensorang kat dapur,lagipun kak Noor tak suka kelam kabut kalau boleh semua nak buat awal,lebih santai...




Ok terus jelah ke bahan2 nya tu ya

Untuk Nasi
Halia dan serai dihiris secukupnya
sedikit halba dan kayu manis jugak daun pandan dan garam
Halia,bawang putih dan bawang besar dimesen (buat banyak tau utk nasi,perapan ayam dan sambal)
Masukan  halia,serai hiris jugak halba,pandan,kayu manis didalam air kukusan dan kukuslah ayam agak2 dalam 1/2 jam sehingga ayam lembut  angkat dan toskan

Panaskan sedikit minyak dan tumislah bawang besar,halia dan bawang putih yang diblender tadi sehingga wangi dan masukan beras,goreng sekejab jika kurang masin boleh lah tambah sedikit garam,masukan air kukusan ayam tadi secukupnya,akak selalu lebihkan air setengah dari sukatan beras,maksudnya kalau beras 1,air mestilah 1 1/2 ,kemudian pindahkan ke rice cooker dan masaklah seperti biasa,sebelum tu masukan sedikit safron untuk menguningkan nasi tu,takde safron boleh jugak guna kunyit


Untuk perapan ayam
Lumurkan ayam dengan bahan mesen agak2 jelah ya campurkan garam secukupnya dan sedikit kicap jugak sedikit minyak bijan dan peraplah dalam 1/2 jam lepas tu boleh di goreng atau dipanggang,tapi sbb anak2 suka goreng jadi akak goreng jelah bagi ranggup sikit sedappp..

Untuk sambal merah
Mesen secukupnya cilipadi dicampur cili besar agak2 ya kalau nak pedas lebihkan cilipadi tu + lebihan bahan mesen sedikit + garam + gula + kicap manis + sedikit cuka dan sedikit sos cili kemudian masaklah sehingga pekat,rasa lah ikut kesesuaian masing2

Untuk sambal kicap
Panaskan sedikit minyak bijan,masukan sedikit bahan kisar tadi,kacau sehingga agak garing + kicap manis + kicap masin dan sedikit air dan biarkan mendidih sekejab boleh di tutup api,agak2 lah jangan terlalu cair dan pekat ya..



Sediakan ulam2an salad,timun dan tomato dan akak tambah petai yang tak pernah dibuat orang sebab ada yang minta nak makan petai mentah tak kisah lah sendiri yang nak makan sendiri yang busyuk hahaha




Ni lah nasi ayam akak yang ala2 caca marba tu ada yang bekenan??? ahhaa 
Sebenonya akak tak pandai sangat pun yang adik2 punya lagi sedappp kan tapi oklah tu janji anak2 kata 
CEDAPPPPP MAK!!!


INI untuk dessert first time akak buat MACAROON  cemana jadi tak,tapi rasanya macam kureng jadi sikit lah tak mengembang sangat takpa lain kali nak try lagi, resepi macaroon next N3 ok heee




Assalamualaikum adik2 dan semua yang sudi singgah dan meninggalkan jejak,lately akak sangat busy sampai takde masa untuk mengunjungi rakan2 semua,banyak majlis2 doa tahlil dan arwah perlu dihadiri maklum dah dekat puasa  ni sana sini buat majlis, esuk pulak anak2 jauh tu balik tapi cuma dua orang je dulu,budak2 biasa lah sebelum balik mesti nak request mama masak,tulah fav diaorang NASI AYAM tengok nasi ayam yang dimakan kat UK hari tu aduiii simple lah sangat tapi dek kerana lapar layan je lah,hari ni nak berkuntau kat dapur rasa nya nak buat yang lebih ummphh sikit daripada kat atas tu INSYAALLAH untuk memenuhi permintaan anak2



Masa akak keluarkan N3 ni anak2 ni dah dalam plane tunggu nak landing je esuk pagi ni tu lah happy bangat tu heee dan mama pun sibuk jugak menyediakan juadah fav diaorang sampai  terpaksa bangun awal jugak takut tak siap dan tak sempat sebab kul 8 pagi mesti kena jalan dah ke airport heheee



TAPI sayang sorang lagi anak mama ni belum lagi dapat join family kena sabar lah dulu ya,INSYAALLAH kakak pasti dapat balik dekat raya nanti,kami semua menunggu kepulangan kakak 
AYAT2 TAK MAU SEDIH LAH TU....



HAHAHAHA macam nenek kebayan lah pulak ni,masa mana budak2 ni ambik gambar tak sedar tut tut dah ada dalam camera macam tua sangat lah pulak makcik dan pakcik ni kan..
Bila anak2 dah berkumpul kat umah memang mama tak kering tangan lah memasak untuk budak2 ni tentu banyak menu kena request ni tambahan pulak dekat puasa sabo je lah,mesti masa untuk BW kena kurangkan sebab melayan tetamu yg didepan mata ni heheeee

Tunggu menu NASI AYAM akak tau entahlah sempat snap gambar ke tidak sebab kalau time lapar budak2 ni terus ngap je hahaha...






ASSALAMUALAIKUM selamat pagi semua nya,dah lama tak berkuntau kat dapur sendiri,seminggu lebih dok bersilat didapur anak2 yang tak cukup bahan hahaa biasalah budak2 mungkin tak tahu nak guna bahan atau takde masa nak mencari bahan,jadi masa kat sana akak masak apa yang ada je janji ada garam dan gula dan beras,ni baru lah rasa selesa sikit semua bahan2 tersedia,banyak songeh kan makcik ni..



Balik di rumah anak2 yang ditinggalkan minta mama buatkan creampuf yang dah lama jugak tak buat,sebab kalau takda permintaan memang benda  ni dok sejuk2 dalam petiais tu kecuali kalau diaorang minta mesti licin punya,resepi ni kak Noor ambil dari Chef Liza di Brunei ni yang dah lama dia bagi,alhamdulillah memang menjadi lah kalau ikut aturannya dan tak banyak pun guna bahan2 hanya

1 1/2 cawan air atau 1/4 liter air
125 gm tepung gandum di ayak dengan sedikit garam
100 gm planta
3 biji telur ( buang satu telur putih )
1/2 sudu gula halus

Air,planta dan gula dimasak sehingga mendidih,kecikkan api kemudian masukan tepung dan kacau sehingga tidak melekat ditepi periuk,sejukan lebihkurang 15 minit,masukan telur satu persatu kemudian barulah diputar dengan mixer sehingga kembang,gunakan nozel berbunga bintang,dan picit lah diatas tray yg disapu sedikit majerin,renjiskan sedikit air sejuk sebelum dibakar dengan suhu 200'C selama 30 minit atau sehingga masak..

Untuk kastadnya

Masukan satu tin susu cair + satu tin air + 5 ke 6 sudu tepung kastad + gula secukup rasa
Masaklah sehingga mendidih dan pekat dengan api yang kecil,dah sejuk baru di belah puf tadi dan masukan cream kastad ni dan sedia untuk dihidangkan.



Kalau panas2 memang tak lama kat atas towel merah tu 





NI sebahagian souvenir murahan yang sempat dibeli...untuk RAHEL TOMEY yang bertanya apa yang kak Noor beli ni je yang boleh dikongsi,ada lah sikit yg kena sensor, itu kena buka pintu belakang aje tau, lagipun time summer ni "benda" tu memang banyak yang cantikk tergoda akak



INI koleksi baklava yang berjenis2 yang dibeli disana memang sedap sebab banyak kacang,kalau ke Harrods tak beli benda ni memang tak sah sebab rasa nya sangat sedapp maklum akak tak pandai buat bukan macam MASTERCHEF SHA  dia pernah buat baklava ni suatu waktu dulu,akak hanya gigit jari je,sekarang ni time akak pulak yang makan  SHA hahaha



Minyak wangi yang dikirim oleh anak2 dan rakan2 jugak untuk tuan tanah jugak heheee


Sebahagian daripada fridge magnet yang sempat di rembat,banyak jugak yang hilang tu sebab dah kasi kenkawan kat KL dulu heee,takpelah orang sedekah menambah rezeki bukan mengurang betul lah tu kan!!!




ASSALAMUALAIKUM adik2 akak cayang!!!rasa nya cukup lah setakat ini kak Noor bercerita pasal London dan segala nya disana,nanti lama2 sangat pasti ada yang jemu dan jelak pulak kan..
Terus ke main point lah ya, biasalah kalau anak2 bawa jalan mesti tempat yang senang cari makanan halal dan of course lah nak sedap jugak kan, anak sulung akak dah hampir 8 tahun kat London jadinya dia dah jadi master dalam bab makanan halal ni,jadi tempat yang dia bawa mama dan bapa ialah WESTFIELD iaitu complex membeli belah yang terbesar lah rasa nya kot sebab semuanya ada kat sini termasuk restoran Malaysia yang terkenal iaitu Restaurant JOM MAKAN, kalau makan kat sini tak boleh nak bandingkan harga Malaysia dengan London sebab kalau bandingkan pasti nya semua nya pengsan sebab terlalu mahal sangat,sepingggan mee atau nasi dah 7 or 8 pound, kalau duit Malaysia didarab dengan 6 kot, jangan ada yang pengsan pulak ya!!!tapi daripada keletihan dan kelaparan baik lah hati suka dengan KEKENYANGAN heee sabo je lah



Tengok tu Pakcik Lebai ni dah licin tu makanan nya mesti lah sedappppp kan!!lagipun sayangkan bayar mahaiiii makan sikit baik kebas je semuanya berbaloiiiii2...



Ini pulak gambar makcik  kat Paddington Station otw nak ke Bath rumah anak kedua yang nak grad tu,sempat lagi beli majalah masak Jamie Oliver tu macam2 masakan ada kat sana,tunggu akak buat testing nanti ya..



Memetik strawberry fresh kat Oxford saat yang tak boleh dilupakan,macam tak nak balik bila kat sini seronok sesangat sangat...



Ditepi ladang strawberry tu ada restaurant dan tempat untuk diaorang buat majlis kawin patut lah cantik sangat dengan hiasan dan landskap menambat jiwa akak..



Masih lagi restaurant yang cantik tu tergoda lah nak gantung bunga macam ni..



Ditepi ladang strawberry tu sebelah satu lagi pun cantik jugak di hias makna nya ladang strawberry tu dikelilingi hiasan yang cantikkkkkkk2 belaka.



Part yang tak boleh tinggal ialah acara makan,dah letih diladang kenyangkan perut di AL - SALAM LEBANESE RESTAURANT,main tunjuk2 je sebab tak faham tulis ARAB hahaa tapi sedap jugak lah semua benda kat atas tu dimakan dengan nasi Arab yang sedap tu..



Acara wajib AMBIK GAMBAR heeeee



Dah kenyang start lah makcik ni jalan dan shopping cikitttttttt2
eksen je lebih tu haha



Tak banyak pun soping sebenar2nya meronda ja yang lebih,cuma yang tak boleh tinggal satu kedai dekat Bath ni iaitu Lakeland kedai barang dapur dan aksesori buat kuih bagai semua ada kat sini macam nak hangkut semua barang tapiiiiii....




Ni pulak time dah habis majlis graduation tu meronda lagi kat Bath terjumpa Macbook yang besar gabak ni anak2 cakap cepat mama ambik gambar kat sini,mama pun apa lagi pucuk dicita ulam mendatang lah hahaha..



Kali ke2 melawat WESTFIELD tak puas rasanya lagipun kat sini ada World Food Court 
banyak makanan se antero dunia ada disini dan yang best HALAL..




Sehari sebelum balik sempat lagi melawat kat Buckingham Palace,ni otw nak kesana melalui padang yang luas dan tengoklah tu matsalih bersantai sambil baring2 lagi..



Akhirnya dapat jugak jumpa pakcik guard yang selalu dimainkan oleh Mr.Bean tu,sayangnya kami tak masuk kedalam Istana ni sebab datang bukan time dia buka jadi nya hanya sempat bergambar kat luar saja lah



Wajah2 ceria anak2 mama heeee



Pasangan veteren pun sempat jugak bergambar kat Palace ni sesekali kan jangan jeles hah....



Macam famous sangat lah pulak ni aduiii tak malu sungguh!!!!



Pagar beso kat Palace tu jadi sasaran kami jugak hahaha


Cantikkkk...



Acara biasa dah letih singgah restaurant India,dah tak ingat nama nya tapi memang sedap lah
makan segala benda kat atas tu maklum sedang laparrrrrrrrrr...



Last day di London terpaksa ke sekolah anak ke3 di Malvern sebab ada majlis penyampaian hadiah,ni kat 
Paddington Station menunggu train posing lah dulu kan, tatau bila lagi nak kesini..


First time masuk majlis makan yang ada omputih ni,lagipun majlisnya pukul 2 petang so makan dulu lah
Alahai makanan nya tak lah mengikut selera kita tapiii kena jaga jugak hati diaorang so makan lah yang vegetarian je,Salmon dan salad heee,padan muka aku!!!mana ada sambal segala hahaha




Ni lah gambar makanan yang akak makan tu agak2 sedap tak makanan ni??? heee hanya orang yang makan saja yang tau segala nya....



Kat sini ada sorang orang Malaysia yang dah kawin dengan omputih kat Malvern ni dan dia bekas guru jugak tulah dia Mak Teh panggilan mesra pada kakak kat atas tu,sangat baik orang nya walaupun cakapnya dah sedikit berubah pelat nya tapi still ada Malaysian nya tu..



Dah masuk dewan tu dengar aje lah ape yang dicakapkan walaupun ada jugak yang 
"blur" hahaha



Yang bertudung tu orang Brunei lah yang telah kehilangan kedua orang tua nya semasa dia belajar kat UK,tapi semangat masih kental dan membolot 3 hadiah sekaligus dalam Maths,Chemist dan satu lagi akak tak ingat hehee ALHAMDULILLAH..



ACARA yang ditunggu-tunggu ke empat2 Bruneian menerima hadiah
Alhamdulillah sejuk hari mama dan bapa




Sebelum meninggalkan Malvern School sempat lagi berposing walaupun didalam hujan yang 
tak berapa lebat tapi basah jugak lah kalau tak berpayong...
Bukan apa tu tengok bunga yg bergantung yang lawa tu tak sah lah kalau tak ambik pic...



Dah sampai train station


Acara posing memosing hampir habis, babai Great Malvern panjang umor pasti datang lagi


Last call sempat bergambar dengan anak mama Nabilah, lepas ni dia kesekolah semula sebab acara belum selesai,ada Strawberry Tea pulak,kesian mama tak dapat hadir sebab train ke Paddington dah menunggu,lepas tu terus ke Heathrow flight kul 10 malam,aduh sungguh padat acara makcik dan pakcik ni dalam plane pengsan dua2nya hahaha
SELESAI 
Lepas ni baru ada N3 makan2 lagi heeee..
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home