All About

Good Food



ASSALAMUALAIKUM !!! aduhhh lama nya tak update blog ni masa sangat mencemburui akak tak habis2 dengan itu ini begitu begini ada2 saja yg perlu dibereskan apa lagi time ramai2 anak2 berkumpul dan sibuk jugak menziarahi sanak sedara dan rakan2, lagi seminggu ada majlis besar lagi memang tak senang duduk lagi lah ni,rasa macam nak cepat2 je masa tu berlalu supaya hati ni senang sikit doa kan ya semoga semuanya berjalan lancar dan tiada halangan apa mudah2an ..
Kali ni akak nak kongsikan gambar2 disekitar hari openhouse hariraya masa hariraya pertama tu,adalah sanak saudara sebelah hubby yg ramai datang,sebelah akak hanya kenkawan je jadi pengubat rindu,tak sabar nak tunggu seminggu lagi ada orang2 kampong pulak yg bertandang masa tu baru lah boleh speaking Kedah mari hahahaha 


Cotton Cheese Cake yang amat laris dengan kelembutan nya masa ni belum lagi ada yang berani potong



Menu openhouse laksa kedah,bihun sup dan nasi lemak jugak ketupat palas bersama rendang



Baby kecil yang jadi tumpuan maklum dah V ni mesti suka kat baby hahaha



Semua dalam gambar ni orang2 Malaysia yang tinggal kat Brunei,ada yang cikgu,kerja dengan syarikat shell dan tak kurang yang hanya dok kat umah ja tukang masakkkk dan tukang makan hahaha



My hubby dengan first cousin tak tau apa depa dok sembang tak faham hee



Anak2 buah hubby dan ipar duai  kena pandai2 cari tempat sendiri untuk makan janji kenyang oklah tu 



Lagi sessi menjamu selera anak2 buah hubby makan jangan tak makan



Sempat lagi buka lappy ini makcik time orang sibuk lega rasa dapat buka FB dan Blog 
hahaha..


Dah kebiasaan orang2 Brunei beraya mesti lengkap dengan baju melayu dan bersamping untuk sebulan bulan syawal cantik kan!!!


ASSALAMUALAIKUM adik blogger semua, tentu pagi ni masing2 sibuk kan,begitu jugak dengan kak Noor pagi2 ni nak kuar mencari bahan2 untuk buat kek ni dok belek2 blog terpandangkan kek ni mesti sedap kalau dibuat "kepala hidang" ade ke orang sebut gitu?? untuk puaskan hati budak2 kat umah ni mama sanggup buat lagi pun tak susah sangat kek ni kalau ikut cara nya dengan betul, SEDAP?? pasti ni sedap dan lembut bangat ni tak percaya mesti cuba,first time akak buat masa start berblog dulu dah lama agak2 tiga empat bulan jugak tapi masih terasa kesedapan hingga kini haha...

Mudah je cara membuat nya apa lagi kalau ada fresh blueberry tu mesti lebih hebat kek adik2 semua,jom lepas ni nak ke supermarket,kalau lambat mesti sesak ni jalan,diBrunei ni tak lah sibuk orang nak balik kampong sebab negerinya kecik je,cuma sibuk dengan orang bershopping,balik kampong pagi raya pun boleh sampai dari ujung keujung Brunei haha cute kan Brunei ni,jom semak resepi kalau ada bekenan boleh lah buat ya..




Bahan-bahan nya

  • 140 gm gula halus
  • 6 biji putih telur  * pastikan takde sikit pun kuning telur dalam putih ni tau takut tak jadi pulak nanti * pesan sifu lah ni
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sudu krim tartar
  • 50 gm mentega
  • 250 gm cream cheese
  • 100 ml susu segar
  • 60 gm tepung naik sendiri
  • 20 gm tepung jagung
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara membuatnya
  • Cairkan cream cheese,susu segar dan mentega di atas api yang perlahan,kacau selalu kemudian sejukan
  • Udah sejuk masukan kedua-dua tepung bersama kuning telur kedalam adunan cheese dan pukul lah sehingga sebati dan kemudian tambah jus lemon
  • SEBELUM NAK PUKUL PUTIH TELUR TU PASTIKAN MIXER TU KERING BETUL2 NANTI KALAU TAK JADI JANGAN SALAHKAN DEN PULAK TAU!
  • Dalam bekas yang lain pukul lah putih telur,gula dan krim tartar hingga kembang dan menjadi meringue yang macam bertanduk gitu,meringue ni kalau kita terbalikkan mangkok dia tidak akan tumpah,kalau dah jadi macam tu memang jadi lah tu ok
  • Ambil satu senduk adunan meringue masukan ke dalam adunan tepung dan kaup balikan sehiingga habis meringue tu
  • Lengserkan loyang dengan sedikit planta alaskan dengan kertas minyak dan taburkan sedikit tepung dan bakarlah dengan menggunakan cara waterbath pada suhu 160'C selama 1 jam dengan menggunakan api atas dan bawah atau sehingga masaklah
  • Keluarkan dari loyang dan sejukan,sebelum dimasukan dalam petiais sapukan filling starwberry ke,blueberry ke untuk  menambah keenakan Japanese Cheese Cake ni tapi kalau ada yang tak suka dengan filling2 ni boleh lupaka saja makan begitu saja pun dah sedap sangatttttttt...



SALAM LEBARAN DARI AKAK SEKELUARGA YA !!



Assalamualaikum adik2 akak semua,sedar tak sedar hari ni dah 25 ramadhan bermakna hanya tinggal beberapa hari ni kita akan merayakan hari kemenangan kita setelah hampir sebulan berpuasa, masa bulan ramadhan ni terasa waktu cepat saja dari pagi sampai ke petang dah nak berbuka,mungkin sebab terlalu banyak aktiviti jadinya sehari semalam 24 jam terasa begitu singkat,takda masa langsung untuk bersantai2 depan laptop apa lagi di akhir ramadhan ni semua nak kejar dan nak dapat semoga ALLAH permudahkan lah segala urusan kita ya AMINNNNN...

Berbalik pada resepi kali ni akak nak kongsikan kukis yang telah dibuat oleh NADZ lepas tu ITA pulak yang buat tapi kedua2nya menggunakan acuan cendawan disbbkan akak takde acuan cendawan jadi akak guna je apa yg ada kat umah maka jadi lah yang seperti gambar di atas,tak tau nak kasi nama apa sebab bukan cendawan so akak namakan kukis dot dot je diharap tuan punya resepi jangan marah ya lain kali akak akan cari jugak acuan ni,apa2 pun terimakasih banyak2 pada Nadz dan Ita sebab kukis ni memang sedap dan izinkan akak kongsikan jugak resepi di blog akak ok,walaupun tak lah secantik yang U all buat tapi boleh lah sekadar untuk hidangan dipagi raya heee



PINK MUSHROOM
Bahan-bahan :
Biskut/Doh :
225 gm butter
75 gm gula icing
2 biji kuning telur
300 gm tepung gandum
90 gm tepung jagung
15 gm susu tepung
1 tsp esen vanila
1 tsp emplex

1. Pukul butter bersama gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan asen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan susu tepung, emplex, tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga sebati. Terap.
3. Letakkan topping dan bakar selama lebih kurang 20-30minit pada suhu 180'C(ikut oven masing-masing yer..)

Topping :
20 gm putih telur
100 gm gula icing
1 tsp tepung jagung
1/2 tsp esen vanila
Pewarna pilihan

1. Pukul putih telur dan gula hingga pekat (bertanduk). Masukkan tepung jagung dan esen.
2. Campurkan pewarna mengikut kesukaan dan sapukan ke atas permukaan biskut dengan hujung jari. Kemudian bakar biskut di dalam oven.( tak tau dimana silap akak tu topping nya agak kureng menjadi mungkin kurang bertanduk kot, kalau ada yang tahu boleh lah tunjukkan cemana nak kasi topping yg cantik dan menarik )






Assalamualaikum  dan selamat petang untuk semua, waduh lately memang busy bangat macam2 urusan kena dihabiskan,macam2 permintaan anak2 nak makan dari kueh sehingga ke masakan untuk berbuka tapi sekali  sekala diorang minta janji tolong didapur kira taklah penat sangat,hari ni semua nya turun dapur 4 orang puteri dan seorang putera buat cornflakes pedas ,sebab buat ni mesti kena ramai kalau tidak mau ber jam2 ni haha kerah tentera dalam rumah memang seronok biasalah budak2 ni buat kerja mesti ada hiburan apa lagi kalau tak buka laptop cerita fav diaorang...

Cornflakes pedas dah sinonim dengan orang2 Brunei setiap rumah pasti ada, hatta untuk jajan seharian pun diaorang suka dengan cornflakes pedas,jadi akak pun dah terikut2 jugak dengan selera orang Brunei jom tengok resepi mudah ni...






Bahan2nya
1 kotak nestle cornflakes
3 ulas bawang merah ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu cili kering kisar * nak lebih pedas boleh tambah
2 sudu butter or planta
4 sudu honey *lebih tu boleh tapi akan terlalu  melekat cornflakes tu
sedikit bijan goreng tanpa minyak
sedikit ikan bilis dipanggang dlm oven supaya ranggup
apa sja kekacang kesukaan yang sudah dipanggang*disini akak guna badam dan gajus 



Cara nya
Panaskan planta atau butter dalam kuali  yang besar kemudian tumiskan bahan tumbuk biar agak garing dan wangi,masukan cili kisar dan kacau lagi biar pecah minyak,kak Noor tak masukan garam sebab benda2 sampingan tu dah masin ,elok guna api yang sederhana supaya tak "terbersin" nanti ,masukan madu dan kacau lah sampai berbuih dan kering air cili tu tutup api
masukan cornflakes,bilis,kekacang,bijan dan gaul rata biar sebati
kalau untuk hidangan hariraya ke majlis kecil2 tu akak suka masukan dalam cup kertas kecil lepas tu panaskan dalam oven agak2 10 ke 15 minit untuk mengeraskan cornflakes ni bila kita makan tak lah terjatuh2 senang je masuk mulut lagi pun lebih sedap cornflakes ni akan lebih ranggup bila dia sejuk lepas daripada oven tu..




SELAMAT MENYAMBUT HARIRAYA AIDILFITRI 
UNTUK ADIK2 AKAK DAN MAAFKAN SEGALA KESALAHAN AKAK 
ANDAINYA ADA SALAH DAN SILAP TANPA SEDAR YA HEE
BIASALAH KITA MANUSIA BIASA TAK SUNYI DARI MEMBUAT SALAH

SAYANG ADIK2 AKAK SEMUA !!!!!




ASSALAMUALAIKUM !!
Agak2 dah berapa balang kuih dah adik2 akak ni dapat mengukis biskut ya!!
Bagi kak Noor kemeriahan hariraya ni lebih ke anak2 lah kueh apa yang di request maka kueh itu lah yang kak Noor buat,lagipun rasanya semua kueh manis sangat taklah sesuai dengan jiwa raga orang2 veteren macam akak ni kan hehee apa lagi yang bercoklat segala ni
Kueh yang akak nak kongsikan hari ni pun memang sedang2 manis lah heheee kalau yang kita suka tu oklah kan manis,biskut almond london ni akak sekodeng dari blog RAHEL COMEY tu sebab resepi yang akak buat sebelum ni memang sepenuhnya guna tepung gandum tapi yang Rahel punya ni ada kelainan dan rasanya jugak pasti berbeza dan semestinya sedap dan crunchy,mesti adik2 semua cuba resepi ni dari segi hiasan atas nya pun biasalah akak letak badam je tapi idea Rahel letak sikit eksesoris lain biar nampak sikit
KELAINAN gitu kan..



Almond London

Sumber:Nizamadey

Bahan:(150 biji)
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara;
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
   Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam kertas cawan.Taburkan badam cincang di atasnya.Biarkan ia kering. Siap disimpan.

Selamat mencuba.






Thanks Rahel akak kongsikan resepi Rahel kat blog akak jugak ya sedap anak2 puji tahun ni mama pandai buat biskut almond london yang nyaman bah!!! hehee


Assalamulaikum dan selamat petang semua nya,semakin dekat dengan hariraya semakin sibuk lah semua kaum2 ibu kan,macam2 benda nak buat tapi kita hanya diberikan dua tangan dan dua kaki sahaja jadi semua kerja terpaksa lah ikut kemampuan kaki dan tangan sendiri,masakan udang garing daun kesum ni pun sebenarnya dah agak lama akak masa tapi kerana keterbatasan waktu baru hari ni dapat masuk entri nasib ada gambar kalau tidak mesti dah takde bukti lagi, resepi ni pun akak sekodeng dari 
blog AMIE'S LITTLE KITCHEN dan DAPUR IBUNDO dan ramai lagi rakan2 blogger yang sudah buat sorry akak tak tertulis  ya sebab nampak sedap je tulah akak pun buat tapi memang berbaloi2 sebab semua anak2 suka sangat dengan keranggupan udang ni,terimakasih banyak2 untuk semua sifu kita izinkan akak kongsikan resepi U all kat blog akak jugak ok untuk panduan rakan2 dan anak2 semua..




Bahan
500 gm udang

Bahan perap
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil lada hitam 
1 sudu besar tepung jagung & sedikit garam

Bahan cincang
6 ulas bawang putih
3 cam halia
1 tangkai daun kari
1 tangkai daun kesum
1 tangkai daun selasih
1 biji bawang besar (bundo tambah) 
1 biji cili merah
minyak untuk menggoreng



Caranya

Kelar bahagian belakang udang dan bersihkan nya
Gaulkan udang bersama bahan perap dan biarkan seketika
Panaskan minyak dan goreng udang sehingga garing, angkat dan toskan minyaknya
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebikkkurang 2 sudu besar sahaja.
Tumis bawang putih dan bawang besar dan halia sehingga agak garing
Masukan cili merah diikuti daun kesum,daun selasih dan daun kari
Sentiasa kacau supaya tidak hangus,goreng sehingga garing
Masukan semula udang dan gaul rata.





Assalamualaikum dan salam 15 ramadhan  untuk semua adik2 akak yang masih sudi singgah disini walaupun akak dah lama tak buat entri sebab terlalu busy biasalah semua mesti kena buat sendiri baik urusan dalam dan luar rumah tapi dek kerana permintaan anak2 nak makan macaroon terpaksa lah luangkan sedikit masa,sebenarnya buat macaroon tak lah susah sangat cuma perlu perhatian lebih dan mesti kena teliti dalam penyediannya maksudnya semuanya kena betul2 kering terutamanya serbuk badam tu,rasanya dua hari jugak akak jemur kat panas matahari hahaha sebab nak kan macaroon yang menjadi - jadiii...
INI KALI KEDUA akak buat macaroon rasanya lebih confident lah daripada first time buat,dan macaroon nya lebih "berkaki" daripada yg pertama dan yang pasti lepas ni nak buat lagi untuk hariraya hehe




Untuk yang nak cuba resepi ni boleh lah KLIK DISINI RESEPI MACAROON yang kak Noor copy dari blog tersohor ITA MASAM MANIS tapi untuk yang baru2 nak try eloklah refer pada blog Ita sebab lebih lengkap step by step memang berbaloiii lah ikut resepi Ita ni,thanks ITA berkali2 akak membelek blog Ita untuk menghasilkan macaroon ni dan rasanya akak dah puas hati lah thanks bebanyak ye anak2 akak pun suka bangat, cuma diaorang ni nak kelainan sikit nak tukar filling dia dari nutella ke buttercream so akak korek lagi resepi buttercream dari blog QASEY HONEY 


BUTTERCREAM
Sumber: kembangkempis@My Resepi
Olahan: Qasey Honey 

Bahan2 ( sebiji kek )
125 gm butter
125 gm shortening
125 gm krimwell
100 gm gula aising
Cara-cara
1. Pukul butter dan shortening hingga putih. Ayak gula aising, masukkan ke dalam butter, pukul lagi hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek. 
2.  TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masa lah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.


Alhamdulillah akak guna buttercream ni untuk masukan sebagai filling macaroon sedappppp tapi kena masukan dalam petiais lah agak2 dua tiga jam atau semalaman baru sedap rasa macaroon dan buttercream tu jadi sebati, tak percaya mesti kena cuba lah ya hee


Thanks Qasey ya buttercreamnya sedappppppp dan izinkan akak kongsikan disini jugak hehehe..




Untuk makluman jugak masa membakar macaroon jangan menggunakan  kepanasan oven yang kuat sangat cukuplah sekadar 150'C kerana kalau terlalu panas macaroon akan retak dan pecah,honestly akak tunggu dipintu oven untuk tengok samaada macaroon akak pecah ke tidak,akhirnya berjaya jugak daripada yang pertama kali ada lah jugak yang pecah dan retak tapi kali ni boleh dikatakan semuanya menjadi lah
SYUKUR ALHAMDULILLAH



INSYAALLAH dalam masa terdekat nak buat lagi untuk anak sulung yang akan balik bercuti raya minggu depan ni sebab dia dah request macaroon heee biasalah anak2 suka yang manis2,bagi kita yang V ni taklah berapa suka makan cuma suka buat kalau dia menjadi tu...


Gambar pun banyak sebab suka dengan bentuk macaroon tu posing sana sini hee

t

Ni pulak gambar dari camera anak akak tak mau lepaskan peluang nak masuk blog jugak gambar macaroon yang dia ambil haha..

SELAMAT MENCUBA YA UNTUK ADIK2 AKAK
JANGAN TAKUT PASTI MENJADI PUNYA ..



ASSALAMUALAIKUM  semua adik2 blogger ya...
SORRY sangat sejak kebelakangan ni kak Noor terlalu sibuk menguruskan
PERKAHWINAN anak ke2 akak ni macam2 benda kena diuruskan maklum lah perkahwiwnan pertama
DALAM family ni belum tau apa benda yang patut dan tidak..
JADINYA masa sangat terbatas untuk melawat blog adik2 semua hari2 busy 
APA LAGI dalam bulan puasa ni  letih lesu dibuat nya
INSYAALLAH kak Noor akan melawat adik2 semua bila keadaan dah kembali tenang semula mungkin kalau ada sikit2 masa akan dicuri jugak untuk meninggalkan jejak diblog adik2 semua ya
INSYAALLAH....

JADI DIJEMPUT sesiapa yang sudi berkesempatan boleh lah datang kerumah kak Noor pada masa yang telah ditetapkan tu agak2 dalam 2 minggu lepas hariraya puasa nanti 
INSYAALLAH
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home