All About

Good Food




SELAMAT TENGAHARI UNTUK SEMUA NYA
WAH HARI NI RAJIN SIKIT MENG UPDATE TIME TENGAHARI NI
SEBAB SEMANGAT NAK MAKAN SAMBAL PETAI 
PESEN LAMA BERSAMA KULIT NI
Adakah adik2 akak yang tak reti nak makan petai  dengan kulit ni atau ada jugak yang tak mau makan petai sebab "busyuk" wlaupun isi nya saja,bagi kami orang2 veteren ni lagi busyuk lagi suka hahaha
Tapi sambal petai ni menu sepanjang zaman kan,dahulu kini dan bila2 pun makan nasi bersambal kan petai ni
 nasi mesti bertambah tambah tak percaya PASTI KENA CUBA NI..


 


Tak susah nak buat sambal ni

Yang wajib 2 papan petai dihiris dan direbus
3 sudu cili kering kisar
1/2 cawan ikan bilis yg digoreng
4 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sedikit air asam jawa
sedikit minyak utk menumis
garam dan gula


Panaskan sedikit minyak,tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi,masukan cili kisar dan tumis sehingga wangi dan berminyak,masukan air asam jawa,gula dan garam,kacau lagi biar mendidih,masukan petai dan ikan bilis,mudah dan cepat sambal ni dan yang paling best sekali sedap dimakan walaupun simple dimple..
 





ASSALAMUALAIKUM dan selamat berhujung minggu untuk semua nya ;)
Terus ke resepi sajalah ya cakap banyak pun tak guna jugak bila dah tengok benda sedap ni pasti ramai yang dah terhingin kan, sebenarnya ini lah kali pertama akak buat getuk ubi kayu ni,first time merasa getuk masa ROSTINA WIND OF CHANGE datang kat rumah bawa getuk ubi ni dan akak rasa memang sangat sedap dan ranggup tapi dah timbul menu2 baru maka tenggelam lah getuk ni,semalam SHEILA SHAFEAREEN letak kat blog dia timbul lagi semangat nak buat getuk ni kebetulan memang dah ada ubikayu yang dibeli sebab ubikayu kat umah dah jadi kayu hahaha,tapi resepinya akak ikut yang dari SHEILA cuma akak tambah jagung fresh sebab kebetulan memang dah ada jugak beli jagung,ada ke getuk bubuh jagung?,kalau tak ada orang buat biar lah kak Noor yang buat tapi kalau U all nak tau confem sedap bangat ni sebab ada rasa manis jagung tu, derhaka ke tu!!!




GETUK UBI KAYU


Sumber : HaSue  

Bahan-bahan ( 1 family )* 2 cup ubi kayu rebus tumbuk
* 1 cup kelapa parut
* 1/2 cup gula
* secubit garam
* batter mix: boleh guna batter mix kegemaran sendiri

Cara-cara
1. campurkan semua bahan hingga sebati.
2. kepal bulat-bulat.
3. celup dalam batter mix. goreng hingga kuning. jangan goreng terlalu lama, nanti pecah.

Untuk resepi batter mix
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning
  1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  4.  Celupkan ubi td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan.   


Getuk yang enak tak lama diletak dalam pinggan tu lepas tu dah tak nampak lagi
hehe



Dari petang semalam hingga ke pagi ni akak masih belum jemu makan getuk ni jom siapa nak getuk
sila ketuk pintu umah kak Noor hahaa cepatttt sebelum kehabisan..




SELAMAT MALAM !!! disini waktu ni dah lepas isyak baru boleh mengadap laptop dan segala macam,tapi lepas magrib dah selesaikan apa yang patut,biasalah malam jumaat ni baca Al-Quran mana yang termampu sementara menunggu isyak tu,mesti ada yang tertanya tak makan malam ke???
Kalau nak tau akak makan malam memang awal iaitu seawal pukul 5 - 6 petang lah sebab time tu anak akak balik sekolah dan semuanya pun dah ada dirumah terus je makan,makna nya kami makan malam sebelum waktu magrib,dari dulu sampai kini dan mungkin selagi ada hayat kot,memang mudahlah makan awal semuanya beres awal .

CUP CAKE ni kebetulan ada lebihan oreo tak tau nak buat ape petang tadi,biasalah blog rujukan cari2 punya cari terjumpa resepi dari Matgebu ni bahan yang diperlukan semua dah ada jadinya teruskan misi lah hee,izinkan kak Noor letakan resepi CikMat kat sini ya untuk panduan anak2 akak nanti.







BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
  2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas  jaringan sebelum dihias atau dihidang begitu sahaja...(kak Noor tak ubah apa2 pun biasa lah murid  baru belajar)


Memang sedap sangat cupcake ni lembut dan gebu sekali anak2 akak lepas satu- satu dan yang paling best anak bungsu siap bawa kesekolah lagi untuk majlis hari guru nya hari ni,katanya cikgu kata SEDAP hahaha credit utk Cik Mat lah ni.



Jangan jemu tengok gambar ni boleh jugak kalau ada yang bekenan nak ambik satu dua tiga




Dengan cuaca yang lembab dan hujan ni memang sedap dilayan cupcake ni,nampak tak payung MERAH dibelakang tu lepas kena hujan makan cupcake memang TERBAIK HEHE..


SELAMAT MENCUBA TERBAIK PUNYA NI KALAU DARI MATGEBU
RUGI TAK TRY TAU..



ASSALAMUALAIKUM ! adik2 dan semua rakan2 blogger,hari ni dari pagi tadi hujan je,hajat dihati nak jogging lah sikit buang lemak2 berlebihan ni tapi keadaan cuaca tidak mengizinkan, mungkin nak suruh duduk je dalam rumah dan MEMASAK JE KOT heee,hari ni akak masak paling simple lah hanya 


SALMON BAKAR CICAH SAMBAL KICAP

Beberapa keping ikan salmon atau apa2 jenis ikan kegemaran dibersihkan dan diperapkan dengan lemon dan ketepikan 

Utk bahan perap 

Sos teriyaki secukupnya ( kebetulan ada dalam simpanan)
Sedikit serbuk lada sulah or lada hitam
Sedikit serbuk jintan putih (digoreng dan dikisar)
Sedikit kunyit serbuk
Garam dan sedikit madu 
Peraplah ikan salmon selama 15 - 20 minit atau lebih lagi baik

Panas kuali tak melekat tu atau pemanggang ajaib dan letakan sedikit minyak dan pangganglah dengan api yang perlahan sehingga masak dikedua2 belah ikan salmon .


Utk sambal kicap simple
Hiriskan cilipadi,bawang merah atau bawang besar,perahkan sedikit limau kasturi atau limau nipis campurkan kicap manis ABC atau kicap manis apa jenama pun, campur sedikit kicap masin dan gaul rata.
Ikan Salmon dan Sambal Kicap sudah sedia untuk dimakan!!!

Disaat akak menulis ni hujan masih belum berenti,kalau hujan macam ni makan apa pun 
PASTI RASA SEDAPPPPPP SAJA KAN
HUJAN PUN SALAH ~ PANAS PUN SALAH JUGAK
BEGITU LAH MANUSIA TAK PERNAH PUAS HATI DENGAN APA YANG DIBERI
KITA SEBAGAI MANUSIA SEHARUSNYA BERSYUKURLAH
DENGAN APA YANG ALLAH TELAH KURNIAKAN UTK KITA
BELAJAR REDHO DENGAN KETENTUAN ALLAH
KERANA APA YANG TERJADI TU PASTI ADA HIKMAH NYA





SELAMAT MENCUBA UTK ADIK2 AKAK YA



ASSALAMUALAIKUM dan salam pagi rabu untuk semuanya
SIHAT KE pepagi ni harapan dari akak semoga kita semua sihat walafiatlah
SEBAB kalau orang pompuan ni sakit alamat dapur tak berasap lah
MUNGKIN tekaan kak Noor salah,ada ke para2 suami yang sanggup kedapur,ce citer suami siapa yang sanggup berkuntau kat DAPUR!!! YANG PASTI suami akak bukan jenis kedapur
KALAU bini nya sakit alamat beli tapau je lah 
TAPI ALHAMDULILLAH buat masa ni dan diharap masa akan datang 
AKAN SELALU SIHAT WALAFIAT HENDAKNYA


Berbalik pada resepi hari ni akak teruja dengan donut IZAH yang di post kan pada 
24 hb september iaitu pada hari isnin dua hari lepas, lepas tu esuknya kat blog ARAH lagi kiranya resepi ni  panas dan meletop2 lagi ni,kak Noor tak ubah apa2 pun sebab dah dengar dari IZAH MUFFIN LOVER donut ni lembut,gebu dan sedap,so buat apa lagi kita nak derhaka kan,memang terbukti lembut,gebu dan  pastinya sedap,sampai anak kak Noor cakap donut beli HAHAHA kembang semangkok ke dua mangkok mama nya ni,untuk  IZAH CUTE izinkan akak kongsikan resepi donut Izah kat blog akak ya untuk panduan anak2 cucu cicit nanti suatu hari.



DONUT LEMBUT SALUT COKLAT
by: Izah

2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sk gula

*satukan bahan diatas biar berbuih untuk memastikan yis aktif

3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2 - 2 1/2 sb butter / marjerin ( kak noor guna hanya 2 sudu )


Satukan tepung, gula, garam, susu tepung kedalam mangkok yang besar.  Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung.  Tuangkan telur, air, yis, dan marjerin.  Uli sehingga licin atau tak melekat ditangan.  Biarkan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukan donut anda.
Biarkan sebentar donut naik *15 - 20*minit dan goreng dengan minyak yang panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat
Sedia  dinikmati


Penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2



KEMAIN LAGI DONUT NI SEMPAT LAGI BUAT GIMNASTIK 
ATAS ARAHAN BOSS HEHE



INI KES LEBIHAN COKLAT TU MAIN LOREK JE MANA YANG PATUT



DONUT NAK TUNJUK SIAPA JOHAN MASING2 GIMNASTIK LAH PULOK



SORRY KALAU COKLATNYA LINTANG PUKANG 
TAK LAH SECANTIK SIFU IZAH TU HEEEE


WALAUPUN TAK CANTIK TAPI RASA NYA YANG PENTING, SANGAT SEDAP
SIAPA YANG BELUM CUBA CEPAT2 TRY MEMANG TAK RUGI
SEBAB TU LAH ORANG SEBERANG LAUT CHINA SELATAN NI
TRY DULU HAHA
JANGAN JELES WAKTU NI AKAK SEDANG MENIKMATI DONUT SEDAP,GEBU DAN LEMBUT.

ASSALAMUALAIKUM !!!!!!!!!!
APA KABAR ADIK2 AKAK HARI NI SIHAT KE!!
HARAPAN DARI AKAK SEMOGA SEMUA NYA SIHAT WALAFIAT LAH
DAN SEMOGA CERIA JUGAK UNTUK AWET MUDO TAU
JANGAN MASAM2 MUKO NANTI REJEKI LARIIIIII..





HARI ni akak nak kongsikan resepi mudah lagi yang pernah dibuat jugak, tak hingat lah pulak bila buat tapi masa dulu buat tkde breadcrumbs yang colour golden ni,dah lama mencari akhirnya dapat jugak breadcrumbs golden,masih lagi akak kekalkan resepi dari DAPUR IBUNDO memang sedap dan terbaik lah sebab kentang digoreng dahulu bukan direbus lebih ranggup kru krap.





Bahan nya
8 biji kentang kupas cuci bersih dan goreng lalu tumbuk
200 gram isi ayam dikisar akak masak kejab dalam kuali
daun sup dan bawang dihiris kecil
garam dan lada sulah secukupnya

Semua bahan2 diatas disatukan dan di bulatkan atau dileperkan,celupkan dengan telur kemudian celup lagi sekali dengan breadcrumbs dan gorenglah sehingga masak,dihidangkan bersama sos fav masing2 




ANAK-ANAK SUKA SANGAT PEGEDIL MACAM NI SEKEJAB JE LESAP DARI DALAM PINGGAN TAK PERCAYA CUBA LAH PASTI NAK LAGI DAN LAGI KAN BUNDO CAYANG



Assalamualaikum dan salam hari minggu untuk semua adik2 yang sudi berkunjung kesini,hari minggu hari bersantai2 kan jadi hari ni kita berrileks2 lah saja lah tak payah memasak,sekadar makan yang simple2 saja lah atau makan MAGGI hahaa sesekali boleh lah makan maggi ni jangan amalkan tau,atau kalau malas lagi boleh lah makan MANGGA saja,buat semangkok garam belacan dan duduk menyicah dari pagi sampai petang ,baru lah datang ' CHERRY BERRY ' tapi takpe sekurang2nya buang lemak2 berlebihan tu

Kat umah akak sekarang sedang musim mangga ni banyak sangat sampai tak termakan,puas sudah jiran2 kenyang dengan mangga ni, kalau adik2 ada yang teringin boleh lah singgah ambil ya utk yg dekat lah,yang jauh tu sila pandang2 saja dan telan air liur aje tau heee..



Pokok mangga ni memang tinggi lah sampai terpaksa naik atas garage untuk mengambil buah ni,tapi kerana nak  makan buah yang masam2 manis ni terpaksa sanggup naik atas apa saja hahaha



Ini lah hasil menjolok mangga semalam tu,buah yang paling besar hampir 1 kilo 300 gm,akak pun terkejut jugak belum pernah terjumpa buah sebesar ni,biasa tu yang tak sampai sekilo memang banyak lah,mungkin rezeki lepas kenduri kot hee tapi sayang adik beradik semua sudah balik untuk di kongsikan makan bersama,jugak anak2 dah dua orang terbang ketempat masing2 aduiii sedih ni huhu..



Sebijik buah mangga giant tu bersamaan dengan 2 biji buah mangga yang biasa akak makan tu,memang 
HEBAT KAN BUAH TU.


INI LAH SEBAHAGIAN DARIPADA BUAH MANGGA YANG DI AMBIL TU 
ADA YANG TERIHINGIN TAK??? 
MACAM2 BOLEH DIBUAT DENGAN MANGGA NI ANTARA NYA
SAMBAL  ~  URAP  ~ PAJERI  ~  ROJAK ~  
Pendekata menu ditangan sendiri selesaikan ikut kegemaran lah 
JANGAN JELES HAH LEPAS NI INGAT NAK BUAT ROJAK KOT..




ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi semuanya.

Saja kak Noor nak kongsikan capsicum hitam sebab ini lah first time akak tengok capsicum yang kaler gelap gini,siapa yang pernah tengok capsicum selain dari warna traffic light tu ya, macam2 sudah sekarang ni kaler sayur mayur kita, capsicum kuning yang kat atas tu pun warnanya agak pudar bukan kuning yang selalu kita tengok warnanya very light yellow chewah speaking london lah pulak ni heee..



Tapi walaupun hitam warna capsicum tetap menawan hatiku sebab ianya masih keras dan segar,tak berubah pun rasa asli capsicum walaupun kaler nya gelap macam tu, so don worry lah kalau ada adik2 terjumpa capsicum beli aje lah best jugak tengok warna yang luar biasa macam ni kan



Ini pulak resepi akak semalam tu,sebab anak2 kat umah ni teringin sangat nak makan itik so akak beli lah sekor itik yang agak besar,separuh nya dipanggang saja dan dah lesap sebaik lepas panggang,yang separuh lagi akak masak entah apa2 janji sedap je kan hee, akak dah survey sebenarnya macamana nak masak itik ni tapi malangnya akak takde sos hoisin yang selalu orang guna utk masak itik tapi akak guna sos yang ada kat umah lah iaitu sos teriyaki,ini pun  yang anak2 beli ada lebihan mama rembat je ganti sos hoisin tu

BAHAN2NYA
MAAF AKAK TIADA SUKATAN SEBAB MAIN AGAK2 JE

Secukupnya dada itik  dipotong kecil dan diperapkan dengan lemon dan garam agak2 20 minit baru dicuci
Bawang merah,putih dan halia dikisar dan perapkan pada itik yang sudah bersih tadi campurkan sos teriyaki,serbuk rempah lima,serbuk lada hitam dan sedikit gula dan garam,peraplah agak2 30 minit kemudian goreng sehingga masak dan toskan.

Didalam kuali panaskan sedikit minyak,tumiskan serai yang diketuk,halia dan cili kering yang dihiris kecill,tumis sehingga layu masukan bawang besar,sedikit cendawan apa saja,sos tiram,dan lebihan dari bahan perapan itik tadi masaklah sehingga kuah nya agak kering, masukan sayur campur pilihan masing2 maksudnya apa yang ada kat dalam petisejuk kita tu boleh lah dicampakan kat dalam itik ni,kalau boleh masakan itik ni agak kering lagi besttt..

SEBELUM NI AKAK BUKAN LAH PENCINTA ITIK,TAPI SEJAK MEMASAK SENDIRI  MACAM TERINGIN NAK BUAT LAGI LAH PULAK,LAGIPUN ISI NYA YANG AGAK KERAS TU BUAT AKAK TAK JEMU MAKAN , MACAM MAKAN AYAM KAMPONG LAH,MEMANG BESTTTTT,YANG BELUM MENCUBA BILA LAGI!!!!





ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua adik2 blogger
Hari ni akak nak kongsikan resepi simple turun temurun sejak berzaman dah dok buat laksa macam ni
Sebenarnya kuahnya ada lah lebihan dari masa hariraya aidilfitri dulu,dah sebulan lebih ni,akak frozenkan sebab sayang daripada membazir biarlah simpan di frezer,ALHAMDULILLAH memang masih sedap dan rasanya tiada yang kurang ,cuma kita perlu panaskan je,tapi kena stanbye awal lah kuarkan dari frezer supaya dia cair dengan sendirinya, lebih mudah kalau dah ada kuah cuma kita perlu rebus laksa je kan jimat masa dan tenaga..

UNTUK BAHAN KUAH
1 kg ikan kembung direbus dan diambil isi dan dikisar
20 biji cili kering direbus dan dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 kuntum bunga kantan
10 tangkai daun kesum
7-8 keping asam keping
garam secukup rasa

MASUKAN isi ikan yang dikisar dalam periuk bersama dengan air rebusan ikan yang sudah ditapis,asam keping,cili kisar,bawang merah,daun kesum dan bunga kantan jugak air secukupnya,dan masaklah sehingga mendidih,dan tambahlah garam dan perasa,tambahlah air ikut kegemaran masing2 ada yang suka pekat,kurangkan air dan jika suka kuah yg agak cair lebihkan air,pada selera akak kuah ni sedang2 lah tidak pekat dan cair itu lah yg POWER heee
( UNTUK KUAH NI AKAK MEMANG SENGAJA TAK TARUH BELACAN SEBAB ADA YANG TAK SUKA BELACAN)


BAHAN SAMPINGAN
Sebungkus laksa kering direbus sehingga lembut dan ditoskan
1 biji timun dihiris kecil
1 biji bawang besar dihiris kecil
1 kuntum bunga kantan dihiris
beberapa tangkai daun selom dihiris
beberapa biji cili padi dihiris
beberapa biji telur direbus
LIMAU TAKDE LAH PULAK boleh jugak ditambah kalau suka ya


DAH SIAPPPP bolehlah makan dengan kuah yang disediakan tadi,kalau tak habis kuah tu jangan dibuang tau SAYANGGGGG simpan dalam frezer bila2 nak makan just panaskan saja dan direbus laksa dan buat aksesori nya mudah kan!!!



READY UNTUK DIMAKAN  penyediaanya kurang dari  setengah jam lebih jimat masa kan..



Ni akak sengaja snapkan orkid yang berkembang pada hari masak laksa tu biasalah kalau ambik gambar kat luar macam2 benda nak snap..



Jangan keliru tau orkid oren yang atas dan bawah ni tak sama tau hanya kaler je yang sama tapi bentuknya sikittttt lainn



Boleh pandang2 jangan pegang2 tau heee



Ini bunga nya yang macam giant sikit bosar dari yg lain mungkin spesis lain kot



Yang ni geng yang oren tadi cuma kaler ni merah sikit



Orkid ni yang jarang berbunga warnanya yang macam kaler harimau tu yang buat tertariksss


Spesis ni pun agak jarang jumpa tapi bila berbunga memang tahan berbulan2 dan banyak tangkai sebab mungkin dia nak berkawan tak suka setangkai2  haha..


Ini orkid biasa je tapi warna nya menggoda kan purple gitu..
SELAMAT MENJAMU MATA YA JANGAN JELES TAU!!!



ASSALAMUALAIKUM  untuk semua pengunjung yang masih sudi terbang keblog akak yang tak seberapa  ini, biasa lah orang2 V ni masakan pun semuanya main nak cepat dan yang anak2 suka,walaupun kita kureng suka tapi atas permintaan anak2 mama akan buat asalkan diaorang happy

Sebenarnya spaghetti ni akak dah buat hari minggu lepas tak sempat nak update, biasalah kalau hari minggu mesti nak yang berat2 sebab full house lah katakan lagipun resepi akak ni memang simple sangat sebab akak hanya menggunakan sosej je,boleh lah siapa yg rajin menggunakan daging ayam atau daging cincang,tapi dah selalu akak buat guna sosej kalau buat guna yg lain mesti anak2 complain kenapa kuah spaghetti tu rasa lain??? so nak tak nak kena kekalkan menggunakan SOSEJ AYAM 

BAHAN-BAHAN
1 bungkus spaghetti direbus sehingga lembut tos kan dan di gaulkan dengan sedikit planta
1 bungkus sosej ayam atau daging di parut kasar
1 labu bawang besar didadu
secukupnya cauliflower di celur boleh jugak guna brokoli 
1/2 botol cili sos maggi
sedikit cili flakes ( tak nak pun ok )
sedikit sos tiram
sedikit pasli kering ( tkde pun takpe)
secukupnya cheese cheddar di parut
planta utk menumis

CARA NYA
Panaskan sedikit planta dan tumiskan bawang besar sehingga wangi,masukan parutan sosej dan cili sos,sos tiram,cili flakes dan masaklah sehingga mendidih,kalau perlu boleh lah tambah sedikit air dan biarkan kuah merenih dan kemerah2an boleh lah ditutup api

BILA MENGHIDANG LETAKAN SPAGHETTI YANG DIPERLUKAN, CURAHKAN KUAH,TABURKAN CHEESE CHEDDAR DAN PASLI JUGAK LETAKAN CAULIFLOWER YG TELAH DI CELUR TADI

SPAGHETTI SEDIA UNTUK DI MAKAN 





SELAMAT MENCUBA UNTUK SIAPA YANG SUDI 
INI RESEPI SPAGHETTI YANG TELAH DI MELAYUKAN HAHAHA....


Selamat  tengahari dan selamat bersantai untuk semua surirumah macam akak ni,lain lah kalau adik2 yang bekerja tu time gini mesti masih di ofis kan,tak dapat nak santai macam orang kat rumah boleh makan,tidur BW dan FB dan macam2 aktiviti luaran lagi, walau apa pun yang kita buat dan kena buat biarlah dengan ikhlas pasti kerja tu menjadi dan sedappp contohnya tengok ikan percik kat atas ni nampak 
SEDAP TAK!!!!! walaupun tak lah meriah cantik dan colourful tapi rasanya baru 
TAU sedap sangat...

Bahan2 nya akak olah ikut citarasa sendiri

4 ekor ikan kembung yg agak besar dibersihkan 
5 ulas bawang merah kisar
2 batang serai kisar
1 inci lengkuas kisar
1 sudu lada hitam kisar
5 biji cili padi kisar
1 cawan santan pekat
sedikit garam dan gula

Masukan bahan kisar dan santan dalam periuk dan masaklah sehingga wangi kemudian masukan garam dan gula jugak masukan ikan
Bila ikan dah agak masak keluarkan ikan masukan dalam tray dan pangganglah sehingga agak garing
Dah masak boleh lah curahkan baki lebihan kuah tadi di atas ikan dan panggang semula atau boleh jugak dimakan terus sebab semua sudah masak
TAK PAYAH TUNGGU LAMA2 UNTUK SANTAP KAN...





Pada selera kak Noor memang sedap ikan percik ni tak tau lah pulak selera adik2 dan rakan2 yg lain,makan dengan nasi putih atau nasi minyak pun sodap ni
CUBA LAH YA PASTI NAK COBA DAN COBA LAGI...
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home