All About

Good Food




ASSALAMUALAIKUM dan salam pagi jumaat yang mulia semoga kalian didalam sihat dan walafiat hendaknya disamping tugasan yang tak pernah henti nya ni kan..

Pagi ni nak kongsi resepi homemade burger, hari2 anak2 dok tengok tv TLC, AFC jadi ketagih dengan menu yang disediakan, mama yang jadi sasaran, jadi nak tak nak terpaksa cuba buat burger ni, memang sedap lah buat sendiri, lagipun banyak dapat makan heee jom lah tengok resepi yang mudah ni..


1 kg daging atau ayam cincang dicuci dan toskan 
1/4 cawan bawang putih cincang
1 sudu halia cincang
1 cawan breakcrumbs
2 biji telur
1 sudu lada hitam kisar
Serbuk rempah lima secukupnya
2 sudu serbuk paprika *boleh kurang kalau tak suka pedas
Garam dan gula sikit serta serbuk perasa
Kebetulan ada lebihan cheese mozarella kak Noor masukan sikit
* Boleh jugak kurangkan jumlah daging tu untuk percubaan, sebenarnya yang ni kedua kali buat, first time buat sekali hadap saja confirm tak cukup, jadi kedua kali nah amik sampai 1 kg haha, memang puas makan budak2 ni..

Gaulkan semua bahan2 diatas dan perapkan adunan dalam  bentuk fav masing2 dan masukan dalam frezer untuk mudah kita potong nanti, bila dah agak keras sikit senang dipotong ikut ketebalan sendiri, tapi kalau lebih nipis lebih bagus dapat banyak dan daging tu pun mudah masak bila di gorengkan nanti
Dah siap potong boleh terus panggangkan di atas pemanggang ajaib dengan letakan sedikit minyak, boleh jugak salutkan dengan breakcrumbs utk meriahkan burger tu.
Selesai memanggang atau menggoreng boleh lah dimakan begitu saja ke atau di buat sandwich tingkat2 macam fav anak2 akak ni,  siapa sakit mulut tak boleh makan ni sebab kena nganga besar hahaha, tapi berbaloiii sedap sangat sebab ikut citarasa sendiri nak lebih ke nak kurangkan benda2 fav kita

SELAMAT MENCUBA PADA YANG SUDI




YANG BENTUK  TIGASEGI NI UTK ANAK DARA MAMA HEHE
\



YANG NI PULAK UNTUK SATU2NYA BOY MAMA LEBIH BESAR
MEMANG TAKDE UTK MAMA SEBAB MAMA RATAH JE SEKEPING BURGER
DAH CUKUP KENYANG..




Assalamualaikum  dan selamat pagi, hari ni dah hari kamis cepat nya masa berlalu kan..
Sebenarnya cupcakes ni testing dari anak kak Noor untuk birthday kawan nya, aduh anak mama yang nombor 4 ni rajin sangat membaking walaupun umur nya baru 16 tahun dan masih sibuk sekolah, tapi bila ada masa senggang dia tu nak membaking je, ALHAMDULILLAH biar lah mana tau suatu hari nanti dapat jadi Masterchef hahaa verangan-rangan tak salah kan heee..


Agak rumit jugak lah tapi dah dia nak buat akak jadi helper je lah tolong sikit2 je tapi memang sedap lah berbaloi lah dengan kerumitan dia tu kan, sebab cookies tu kena buat dulu dan masuk petiais untuk buat esuknya lagi

Tapi resepi nya dalam bahasa omputih lah biasa lah budak2 ni kalau mencari resepi semua nya yang Pak Cik  Om tu, malas nak tukar2 bahasa lagi akak copy and paste je..







Chocolate Chip Cookie Dough Cupcakes
with Cookie Dough Buttercream Frosting

For the cookie dough:
2 sticks softened butter
3/4 cup sugar
3/4 cup brown sugar
4 tbsp milk
1 tbsp vanilla
2 1/2 cups all purpose flour
1/4 tsp. salt
1 cup mini chocolate chips

For the cupcakes:
3 sticks softened butter
1 1/2 cups light brown sugar, packed
4 large eggs
2 2/3 cups all purpose flour
1 tsp. baking powder
1 tsp. baking soda
1/4 tsp. salt
1 cup milk
2 tsp. vanilla extract

For the frosting:
3 sticks softened butter
3/4 cup light brown sugar, packed
3 1/2 cups powdered sugar
1/2 tsp. salt
2 tbsp. milk
1 tsp. vanilla extract
Directions:

To make the cookie dough, combine the butter and sugars in a mixing bowl and cream on medium-high speed until light and fluffy, about 2 mins. Beat in milk and vanilla until incorporated and smooth. Beat in the flour and salt until just combined. Stir in the chocolate chips. Using a 1.5 tbsp scoop, shape the dough into balls or tubes. Freeze on a parchment lined baking sheet overnight.


To make the cupcakes, preheat the oven to 350° F.  Line two cupcake pans with paper liners (24 total).  In the bowl of a stand mixer fitted with the paddle attachment, combine the butter and brown sugar.  Beat together on medium-high speed until light and fluffy, about 3 minutes.  Mix in the eggs one at a time, beating well after each addition and scraping down the sides of the bowl as needed.
Combine the flour, baking powder, baking soda, and salt in a medium bowl.  Stir together to blend.  Add the dry ingredients to the mixer bowl on low speed, alternating with the milk, beginning and ending with the dry ingredients, mixing each addition just until incorporated.  Blend in the vanilla.
Using a 3 tbsp scoop, fill the prepared cupcake liners 2/3 full with the cupcake batter. Place a frozen cookie dough ball on the top center of each cupcake.
Bake at 350 for 16-18 mins.


To make the frosting, combine the butter and brown sugar in a mixing bowl and cream on medium-high speed until light and fluffy.  Beat in the powdered sugar until smooth.  Beat in the salt, milk, and vanilla extract until smooth and combined.
Frost the cupcakes and sprinkle with mini chocolate chips!
Makes 24 cupcakes.






Memang sedap sangat cupcakes ni kalau nak mencuba boleh lah try tak rugi tau..







Tengok lah tekstur nya yang lembut dan gebus tu menggamit rasa nak makan dan makan lagi 




Jangan pandang lama2 sangat tau kalau ada yang nak tu 
SILA KAN LAH JANGAN MALU-MALU...





Selamat petang adik2 blogger dan rakan yang lain, dah petang baru berkesempatan mengupdate blog ni, tugas surirumah sebenarnya melebihi dari tugas kerja opis tu lah hakikat nya, tapi takpe tak boleh complain banyak2 nanti takde pahala apa yang kita buat, penat dan sia2 saja hee, walaupun apa pun
SAYA BANGGA JADI SURIRUMAH SEPENUH MASA, DAPAT KELUAR MASUK OFIS NI SUKA HATI, NAK BABAM KE BUBUK KE ...

HARI ni resepi simple je kak Noor nak kongsikan, dulu pernah tengok kat blog Matgebu, resepi terung yang letak ikan bilis ni, tapi untuk ini akak main guna resepi sendiri je, sebab ikut selera pelanggan dalam rumah ni, jom semak resepi simple dimple ni..





2 biji terung bulat dihiris nipis di lumur sedikit garam dan kunyit
sedikit ikan bilis goreng garing
1 labu bawang besar dimesin
3 ulas bawang putih di mesin
2 atau 3 sudu cili kering yang sudah di mesin
1 sudu air asam jawa
garam dan gula sikit
sedikit minyak untuk menggoreng terung


Panaskan pemanggang ajaib tu hahaa, kalau takde guna je kuali biasa tu, kak Noor suka guna pemanggang tu supaya dapat garis pada terung tu,  dan goreng lah dengan sedikit minyak hingga garing di kedua2 belah terung tu dan ketepikan

Dalam kuali yang sama masukan sedikit minyak dan masukan semua bahan2 mesin tadi, dan masak lah sehingga wangi dan berminyak, masukan air asam jawa, garam dan gula
Kacau lah sehingga pekat dan sebati, dah cukup rasa boleh lah diletakan di atas terung dan taburkan ikan bilis goreng ranggup tu.
Sedap dimakan dengan nasi yang baru angkat atau nasi sejuk pun ok jugak, memang laris kat rumah ni sebab semuanya hantu terung...




Ok selamat mencuba dan selamat minum petang
Petang ni minum dengan crepe yang masih bersisa dalam petiiais haha




Assalamualaikum dan selamat pagi untuk rakan2 blogger diharap semua nya sihat walafiat 
Tak mau cakap banyak lah hari ni sebab nak berpantun heehee

HUJAN RIBUT DI SANGKA TAUFAN
DATANG MELANDA SI PULAU JATI
SALAM BERSALAM MOHON KEMAAFAN
AGAR UKHWAH TERUS  ABADI



KALAU  ADIK  MENGAYAK TEPUNG
JANGAN TINGGAL SAKI  BERBAKI
KALAU ADIK NAK BALIK KAMPONG
BOLEH TAK KAK NOOR NAK TUMPANG SEKAKI...


DUA TIGA KUCING BERLARI
TERUS LAH KE RESEPI....





Untuk buat nasi lemak
Kak Noor blend  bawang besar 1 biji, halia 1/2 inci, dan 1/2 inci lengkuas, campur semua bersama santan, sukat lah beras, kak Noor guna 2 cawan beras basmathi, jadi santan nya antara 2 1/2  ke 3 cawan lah, dan masak lah macam biasa masukan dalam rice cooker dan jangan lupa garam tau!! kalau ada daun pandan boleh lah letak tapi kalau takde pun takpa jugak sebab lengkuas tu pun dah wangi..




Bahan Untuk Sambal Bilis
1 cawan ikan bilis yang sudah digoreng
3 sudu cili kering kisar
5 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sedikit belacan
1 sudu air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Caranya
Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga wangi masukan cili kisar
Kacau sehingga cili pecah minyak masukan air asam jawa, belacan, garam dan gula.
Dah secukup rasa masukan ikan bilis goreng tadi
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi lemak tadi



Untuk memasak daging panggang

 Hiris nipis daging yang kita perlukan, cuci bersih dan toskan.
Kisar kering 3 ulas bawang putih dan 1 sudu lada hitam ( untuk perap 1 kilo daging )
Lumurkan bahan kisar pada hirisan daging campurkan 1/2 sudu garam dan 2 sudu gula gaul rata dan perapkan agak2 dua tiga jam, lagi lama lagi baik lebih meresap bahan perapan tu
Letakkan sedikit minyak di dalam kuali serbaguna tu dan pangganglah di atas api yang sederhana sehingga daging masak di kedua belah,dan sehingga habis daging.


Ikan Masin 

Boleh lah guna ikan apa saja yang ada dalam stok kat rumah, akak guna ikan talang sebab ikan tu je yang ada boleh lah layan dengan nasi lemak ni selepas di goreng ranggup...

Telor Rebus dan Kacang goreng tu optional je eh  tapi rasa nya telor tu wajib kot kan, kacang tu je yg optional, suka hati lah nak lebihkan letak apa2 sebab kita yang masak dan kita jugak yang makan kan heee...





Resepi yang tak jemu dimakan sepanjang hari  
Kak Noor kalau masak nasi lemak memang untuk sehari suntuk ni 
Kes rajin lah tu kan...




SELAMAT  petang  semua nya, nampak nya masih lagi dok makan kentang, nak kasi mata biru dah tak boleh, yang boleh pakai baju biru saja, tapi kalau buat kentang macam ni tak makan nasi pun dah ok tau, mana lah tau ada yang nak turunkan spare tyre kat mana2 tu boleh try sebab pegedil ni versi bako, no minyak-minyak kira save lah sikit kononnn lah tu kan...






Bahan nya

8 biji kentang kupas cuci bersih dan rebus lalu tumbuk
200 gram isi ayam atau daging kisar akak masak kejab dalam kuali
daun sup dan bawang dihiris kecil
garam dan lada sulah secukupnya

akak tambah sedikit bawang goreng
cili besar yang dihiris kecil
sedikit serbuk buah pala

Utk buat versi bunga ni akak tambah sedikit susu cair nak kasi lembut supaya senang nak tekan dalam acuan creampuff tu.

Semua bahan2  diatas disatukan dan masukan dalam piping bag yang ada nozel bunga dan tekan lah di atas try yang sudah di letakan sedikit planta, dan bakar lah selama 10 ke 15 minit dengan suhu 200'C atau sehingga agak garing lah ..

Pegedil ni anak2 kak Noor ratah je tak makan dengan nasi pun sebab tu lah laju je habis walaupun buat berkilo2 kentang haha





SELAMAT MENCUBA UTK SEMUA PASTI SEDAP SEHINGGA MENJILAT JARIIII....



Selamat ber hari minggu untuk semua yang sudi berkunjung di blog Kak Noor, pada yang sudah bercuti selamat bercuti dan selamat makan angin lah, bagi kami di Brunei Darussalam masih belum bercuti sekolah nya, exam pun masih belum habis anak2 kat sini, tu lah kerja memasak belum selesai ni..

Hari ni kak Noor nak kongsikan resepi mini doughnuts yang datang bersama cake pop maker tu, kira nya first time merasmikan cake pop maker setelah anak2 bawa balik dari UK masa bulan Julai baru ni, bukan apa terlepas pandang tempat simpan maker ni hahaa, baru ternampak dua tiga hari lepas, terus buka rupanya memang dah ada jugak resepi kat dalam maker ni jadi pilih yang mudah dulu doughnuts ni kira nya yang paling senang di buat yang best tak yah nak goreng2 kita BAKO JE....mudah kan..





WHAT YOU WILL NEED...

230 g plain flour
125g caster sugar
1 1/2 tsp baking powder
125g butter melted
180ml milk 
1 egg, lightly beaten
Castor sugar for coating

HOW TO MAKE THEM....

1.  Combine the dry ingredients together in a large bowl.  Whisk together the melted butter, milk and egg in a measuring jug and add to the dry ingredients.  Beat these together until the batter is smooth.

2.  Pre-heat the appliance, grease each mould woth vegetable oil and add enough batter to fill the mould to the brim.  Close the lid and cook for between 4-6 minutes.  The doughnuts should be golden brown and spongy when ready.

3.  Add some caster sugar to a shallow dish, and place the cooked doughnuts into this, shake them around gently to coat the balls evenly with sugar.

4.  If you  would like to inject jam into the centre, place some jam into a heatproof  bowl and microwave for 30 seconds to warm slightly, this makes it easier to inject.
Fill an injector or syringe with  jam and inject a small amount  in the centre of the doughnut.

Wah sekali sekala speaking London lah pulak makcik ni ala yang senang2 boleh lah 
Kalau yang susah2 memang menggaru jugak heeee




Doughnuts mini ni memang ada kelainan sikit sebab dia di bako je taklah terasa berminyak2 sangat konon nak makanan sihat lah tu, tapi kalau simpan icing sugar ke caster sugar ke jangan lebih2 tau nanti kena kencing manis bukan nak sihat malahan tambah sakit lah pulok..




Sila pandang2 saja tau jangan pegang2 ....




Macam snow lah pulak ni kena percikkan  dari icing sugar tu, tapi kata doc sesekali ok kot kan heee





Assalamualaikum  dan salam 10 muharam untuk semua rakan2 blogger, akak pasti hari ni tentu ramai yang berpuasa kan ALHAMDULILLAH siapa yang berkesempatan boleh lah ambil peluang ni semasa nyawa masih dikandung badan kan, sebab peluang ni belum tentu kita dapat untuk tahun depan , bila fikirkan hal2 ke depan ni agak seram sejuk jugak sebab bila2 masa saja kita tak tau masa kita kena jemput 
"KESANA" semoga ALLAH permudahkan lah segala nya AAMIIN YA ROBBAL 'ALAMIN


Nampaknya crepe durian ni dah meletop2 kan se antero nusantara ni dah macam satu fenomena lah pulak, kalau sapa yg belum merasa memang tak sah lah, tulah laptop akak sampai dah panas terlalu banyak durian kot hahaa, mula nya pasal tak dapat nak upload gambar sebab picasa dah full, godek2 pun tak dapat jugak, mula nya delete gambar lama haha tak tau siapa yg ajar!!!, pun tak dapat jugak, nak buka akaun baru tak dapat2 last2 guna akaun anak akak,  buat masa ni akak guna akaun anak akak dulu MADIHAH MOHD NAIM kalau akak komen kat blog tu nampak nama ni jangan terkezut pulak tau..

Crepe ni kali ketiga buat baru dapat upload gambar,  gambar yang atas tu  second time first time buat testing kat tekak dulu, buat masih macam basah2 sebab tak sabar nak tengok hasil nya tulah "berayaq" sikit filling nya akak letak durian, blueberry dan jagung sebab dalam rumah ni memang banyak sangat songeh, ada yg tak suka durian, jadi kena buat filling apa yang ada kat umah lah, rugi kan benda sedap tak suka takpe chef boleh makan banyak2 haaa




Resepi nya akak bekenan kat resepi dari MAMASYA bukan apa, sebab guna telur sebiji je kebetulan time angin rajin nak buat telur kureng so dapat resepi yang guna telur sebiji terus lah cuba, ALHAMDULILLAH menjadi lah jugak bagi orang first time buat, memang macam2 resepi kan crepe ni ada yang guna sampai berjenis2 tepung pun ada gak, telur yang banyak pun ada, nanti nak try jugak yang macam2 tepung tu, dan telur yang mewah tu, INSYAALLAH

Untuk Mamasya izinkan akak kongsi resepi kat sini jugak dan halal kan ya heee..


CREPE DURIAN 
SUMBER; BLOG REEN KHAN asal dr PUAN Eyna Haneyna 
Oleh; Dapurmamasya 
RESEPI KULIT 
50 GM TEPUNG GANDUM 
1 SDB TEPUNG UBI 
1 BIJI TELUR 
2 SUDU BESAR GULA HALUS 
3 SDT BUTTER -DICAIRKAN- 
160 ML AIR 
40 ML SUSU CAIR 
1 SDK ESEN VANILA 
BOLEH LETAK PEWARNA@ PERISA BUAH2AN YANG ANDA SUKA(OPTIONAL) 

CARA2.. 
-SATUKAN TEPUNG DAN AYAK GULA HALUS 
-MASUKKAN SUSU CAIR.. 
-MASUKKAN TELUR YANG DIKACAU SEDIKIT.. 
-MASUKKAN SERBUK VANILA@PERISA 

-MASUKKAN AIR..KACAU SEBATI GUNA WHISK.. 
-MASUKKAN BUTTER YANG DICAIRKAN.. 
-TAPISKAN ADUNAN..SEDIA UNTUK DI MASAK.. 
CARA MEMASAK.. 
-GUNAKAN KUALI NON STICK PAN @KUALI LEPER YG DISAPU SEDIKIT MINYAK 
-TUANG SESENDUK KECIL ADUNAN DALAM KUALI.-JANGAN TEBAL @NIPIS SANGAT.. 
-BIARKAN MASAK SEKETIKA..BILA SUDAH MASAK TERUS ANGKAT ..TAK PERLU DITERBALIKKAN.MAKSUDNYA MASAK SEBELAH BAHAGIAN SAHAJA.. 

INTINYA.. 
-ISI DURIAN YANG DI BUANG BIJINYA - gantik choc *kak noor guna filling durian, jagung dan blueberry 
-150ML FRESH CREAM (DIPUKUL KAKU)- guna whipping cream 

CARA2 MEMBUATNYA.. 
-LETAK KEPINGAN KULIT TADI..YANG LICIN BELAH BAWAH 
-LETAK SESUDU FC..LETAK ISI DURIAN..LETAK FC LAGI DI ATASNYA.. 
-KALAU BESAR KULITNYA BANYAK LAH LETAK INTINYA 
-LIPAT KULIT SEPERTI LIPAT POPIA.. 
-SIMPAN DLM PETI SEJUK..BEBERAPA JAM SEBELUM DIMAKAN.. 




Crepe ni kali ketiga buat lepas buat masuk frezer tak sempat jugak nak potong tengok tu masih ada putih2 tanda sejuk sangat lah tu kan, tapi memang lah crepe ni sangat sedap baik durian ke jagung ke atau blueberry memang terangkat kalau dimakan time panas2..




Memang puas hati buat crepe ni sebab ramai yang suka, Pak Haji gue yang sangat cool tu pun pandai minta crepe ni ada lagi crepe yang buat hari tu??? hahaa ada chance boleh beli durian lagi nanti nak buat sampai jemu dia orang makan..




Tapi kat Brunei ni banyak durian putih je so kena bersabar lah kalau yang isi kuning baru lazat lagi kot 
INSYAALLAH nanti nak buat misi cari durian kuning pulak..





ASSALAMUALAIKUM  semua anak2 dan adik2 tersayang,  ALHAMDULILLAH kita masih lagi diberi kesempatan oleh ALLAH untuk mengecap nikmat hidup di dunia ni dengan limpahan rezeki yang tidak ternilai dan nikmat kesihatan yang selalu di dambakan setiap insan.

Muffin ni dah seminggu akak buat tapi sebab kesibukan yang memanjangkan terpaksa dibatalkan tambahan dengan laptop yang demam panas masa tu heee tulah akak lama tenggelam, takpe gambar nya masih ok kan
hehee...





Berbalik pada resepi kita hari ni ialah resepi ulangan yang tak pernah jemu di makan, lembut dan sangat moist walaupun dah dua tiga hari, resepi ni akak ambil dari buku 
FOOD   LOVERS
CUPCAKES & DELICIOUS BAKES
Tapi kali ni kebetulan ada lebihan jagung kak noor taburkan sikit sebelum di bakar tu, pada pencinta jagung memang sedap lah sebab banyak rasa, ada pisang, coklat dan jagung, caca marba gitu kan heee


1 cawan /120 gm tepung naik sendiri
2/3 cawan gula / 120gm gula
1 sudu kecil  bicabonate of soda
secubit garam
1/2 sudu teh serbuk cinnamon
100 gm dark chocolate dipotong kiub
1 biji telur
120 gm butter cair
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji pisang di lenyek * kak Noor blender supaya lebih halus tekstur pisang tu *

Untuk topping 
Potongan pisang secukupnya
butter cair 







Cara nya
Panaskan oven 350'F atau 180'C
Masukan tepung,gula,baking soda,garam ,cinnamon dan dark chocolate kedalam mixer putar bersama dengan telur dan butter suam jugak vanilla
Masukan pisang yang dilenyek dan putarlah sehingga pekat dan sebati
Sudukan 3/4 adunan dalam acuan muffin dan letakan hirisan pisang di atasnya
Sapukan dengan sedikit mentega cair diatas nya dan bakarlah selama 25 - 30 minit atau sehingga masak
ALHAMDULILLAH makan masa panas tu huh memang terangkat.






Tengoklah lelehan coklat yang potong kiub tu masa panas2 tu kita makan terasa macam larva kek lah pulak, Pak cik hubby tu di suruh rasa hahaha tak dapat sebiji mesti nak dua tiga ++++
Jom cuba sama2 kita merasa keenakan muffins ni..






ASSALAMUALAIKUM  dan salam hari minggu, diharap semua nya sihat walafiat dan selamat bercuti untuk adik2 dan mama nya jugak, kena banyak bersabar lah sebab disini belum lagi start cuti, nak buat macamana lain padang lain belalang lain pulak undeng2 nya kan, takpe dah tak dapat berjalan duduk rumah apa lagi aktiviti masak lah jawab nya..

Ni menu simple je, kebetulan ada yang offer ayam kampong, so akak beli lah dah masak rendang sebenar nya tapi tak sempat nak snap hahaha tau2 lah tak sabar nak makan sampai lupa nak snap gambar, ni yang lebihan nya masak sup je tapi di kasi rempah2 sikit lah resepi hentaman je ni tapi alhamdulillah sedap jugak





Bahan nya
1 ekor ayam kampong dibersihkan diperapkan dengan sedikit tepung dan garam,kemudian baru lah dicuci bersih untuk menghilangkan bau ayam
10 biji cili padi di mesin
5 ulas bawang merah dimesin
3 ulas bawang putih dimesin
1 inci halia dimesin
1 sudu jintan putih digoreng tanpa minyak dan dimesin kering
1 biji kentang di belah 4 atau 6
2 batang serai ketuk
1/2 batang karet dihiris bulat
1 biji tomato dibelah 4
daun sup secukupnya
sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih dan lawang
sedikit minyak untuk menumis
garam dan serbuk perasa
air secukupnya
bunga kantan siapa suka boleh lah utk mewangikan sup


Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumislah kulit kayu manis, bunga cengkih dan lawang jugak serai dan masukan bahan  mesin dan tumislah sehingga wangi, masukan ayam gaul rata dan biarkan ayam kering air baru masukan air dan masaklah sehingga ayam lembut.  Masukan kentang, karet, garam dan serbuk perasa. Dah cukup rasa baru masukan tomato dan daun sup, kak noor suka letak kantan untuk wangikan sup tu, kalau ada yg tak suka lupa kan saja ok, ni kes sayangkan bunga kantan yang berlambak2 kat rumah ni
Kemudian boleh lah dihidangkan taburkan bawang goreng baru kaw2 punya sup, tapi masa ni bawang goreng takda lain kali ya kita kasi bawang banyak2 hahaha...




Alhamdulillah sup ni memang sedap dan wangi lagi pun terasa pedas dan berempah sedap di ratah apa lagi sup ayam kampong yg agak keras2 memang BANYAK SEDAPPPPPPP....




ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk semua, pagi yang agak malas hari ni,  entah lah tak tau tahap apa dah ni kemalasan akak, pastri ni akak buat petang semalam, lepas tu di masuk petisejuk, jadi pagi ni sesudah subuh terus je di bako, mudah dan cepat terus boleh mamam panas2 dengan kopi ke, teh ke or milo or apa2 fav minuman masing2 kan...

NI pun kes sayangkan puff  pastri tu yang dah lama di beli tapi belum jugak dipedulikan, jadi kerja mudah akak masukan je sosej dan gulung lah ikut kreativiti masing2 dan bako lah sampai kuning..
Tapi rupa nya tak lah cantik dan menariksss hanya mengharapkan rasa nya saja yang agak umpphhhh lah, ni pun akak sekodeng resepi kat blog PUAN ROS SINARAN MENU tu ,cuma akak buat ikut bahan yang ada kat umah lah  janji habis puff pastri dimasak,  Ros akak kongsikan resepi di blog akak jugak ya, sebab mudah sangat mesti anak2 akak buat rujukan nanti thanks banyak ya Ros.





Bahan nya mudah je

1 peket pastri puff jenama kawan 
secukupnya sosej ayam atau daging
secukupnya slice cheese cheddar 
* Ros guna cheese mozarella dan parmesan
*kak noor guna hanya mozarella cheese*
1 biji telur untuk eggwash

Caranya :   Letakan pastri yang telah lembut tu,  letakan cheese slice dan sosej dah gulung lah 
ATAU 
Boleh lah di buat sesuka hati digunting dan di silang2 macam gini
Dilipat macam biasa pun boleh jugak terpulang lah ya
Sapu telur kat atas puff tu
Lepas tu bakar lah dengan api oven lebihkurang 200 C selama 20 minit atau sehingga kekuningan
Boleh dihidangkan panas2 memang terangkat..

SORRY gambar tu kureng cantik sebab ada cheese tu jadinya bila cair cheese nya meleleh keluar.
Lain kali mesti kurangkan cheese kot baru cantik kejadian puff tu.



SELAMAT MENCUBA 
ANAK2 MEMANG SUKA NI TAK TAU PULAK EMAK2 NYE TU
heeeee



ASSALAMUALAIKUM dan salam 1 muharam untuk semua adik2 blogger, ALHAMDULILLAH semalam dah beres membaca doa akhir tahun dan awal tahun, mudah2an ALLAH ampuni dosa2 kita yang telah lalu, murahkan rezeki dan panjangkan umur kita yang berkat AMIN YA ROBBAL ALAMIN

BERMULA tahun baru resepi pun agak baru sikit lah tapi sebelum ni akak hanya buat untuk ikan dori je resepi ni tapi hari ni akak try guna ayam pulak, tapi ALHAMDULILLAH SEDAP yang penting anak2 suka dengan rasa nya yang masam2 manis tu..





Bahan nya
  • 1 bahagian dada ayam di potong kecil 
  • 1 biji lemon di parut atau di hiris kecil kulit lemon
  • 1 biji bawang besar potong bulat
  • 2 biji bawang putih dicincang halus
  • sedikit serbuk lada hitam
  • Secukupnya capsicum merah,kuning dan hijau dipotong
  • kak noor hanya ada capsicum hijau je, jadi tambah cili merah je utk meriah kan ayam lemon dan sikit brocoli
  • 2 sudu air lemon
  • 1 sudu tepung gandum dibancuh dgn sedikit air
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 1 sudu planta
  • 1 kiub ayam dan sedikit gula
Cara membuatnya
  • Ayam dibersihkan dan perap sekejab dengan lemon toskan gaulkan dengan sedikit serbuk lada hitam dan garam kemudian digoreng
  • Panaskan planta dan tumislah bawang putih sehingga wangi masukan bancuhan tepung gandum dan air lemon kalau pekat tambah lah air sikit.
  • Masukan kiub ayam dan gula rasa lah ikut fav masing2 tapi mesti ada rasa masam2 manis gitu
  • Dah mendidih bolehlah masukan ayam, capsicum merah,kuning dan hijau, kulit lemon dan bawang besar jangan terlalu lama nanti warna sayuran dah tk cantik.
  • Ayam sos lemon dah masak bolehlah dihidangkan dengan nasi panas2 teruja U wangi sangat dan yang pasti sedap anak2 suka..



SEDAP dimakan dengan nasi panas2 wow pasti bertambah  nasi ni...


ASSALAMUALAIKUM dan salam hari rabu untuk semua adik2 blogger, donat ni dah seminggu  kak Noor buat disebabkan takde internet so terperam lah segala gambar2 ni, tapi donat nya walaupun takde internet tetap jugak habis sebab sedap sangat sehingga menjilat jari jemari...

AKHIRNYA hari ni baru lah internet ok setelah hampir seminggu jugak mati kutu, tak tau nak buat apa, dah macam2 aktiviti buat  tapi kadang2 terfikir best jugak kalau tak de internet banyakkkkkkkkk masa terluang boleh di isi dengan kerja yang selama ni kita terlepas pandang hahaa, ada jugak hikmah nya tu...





Resepi ni kak Noor sekodeng dari blog IZAH ML yang tersohor dengan crepe nya masa ni, memang sedap sangat INSYAALLAH nanti pasti nak try crepe haha dah ketinggalan kot kak Noor ni,rasa nya ramai yg dah mencuba, lagipun kita masak ikut permintaan kan heee..

SEKALI LAGI kak Noor nak kongsikan resepi donut ni ya IZAH  tapi kali ni akak kasi marble sikit je kat donut tu sebab nak buat versi gula, dulu pernah akak buat versi coklat, jangan marah boss IZAH ya akak derhaka sikitttttt je heeee






DONUT LEMBUT SALUT COKLAT
by: izah

2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula

*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.


3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin



Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. * Part ni akak bahagi 2 dan kalerkan satu pink dan satu biru, kemudian campurkan kedua nya *Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
Sedia dinikmati.


penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.




SORRY  gambar yang kurang jelas sikit maklum camera cap anak ayam je, nanti lah ada rezeki tukar camera cap bapak ayam pulak kan mana tau gambar yg lebih terang benderang kan...



SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA..


PEGEDIL KENTANG 


ASSALAMUALAIKUM  dan salam pagi jumaat untuk semua adik2 kak Noor..
Pegedil ni  menu yang tak pernah jemu diminta oleh anak2 akak, buat lah berapa kilo kentang pun pasti akan habis di ratah oleh mereka, ngap ngap ngap tak sedar sepinggan pegedil licin apa lagi kalau cicah sos ke, or di cicah mayonis gini laku je macam goreng pisang panas hahaa...


LEBIH sedap kentang yang digoreng daripada di rebus, kali ini akak ubah suai sikit ikut apa yang ada kat umah ni, cuba semak resepi ya...

Resepi asal adalah dari BUNDO yang terer bab2 pegedil ni terimakasih Bundo saya tak jemu membuat pegedil resepi Bundo haha kongsi lagi ya...







Bahan nya
8 biji kentang kupas cuci bersih dan goreng lalu tumbuk
200 gram isi ayam dikisar akak masak kejab dalam kuali
daun sup dan bawang dihiris kecil
garam dan lada sulah secukupnya
akak tambah sedikit bawang goreng
cili besar yang dihiris kecil
sedikit serbuk buah pala

Semua bahan2 diatas disatukan dan di bulatkan atau dileperkan,celupkan dengan telur kemudian celup lagi sekali dengan breadcrumbs dan gorenglah sehingga masak,dihidangkan bersama sos fav masing2

Pegedil ni anak2 kak Noor ratah je tak makan dengan nasi pun sebab tu lah laju je habis walaupun buat berkilo2 kentang haha




Assalamualaikum dan salam pagi kamis, sebenarnya hari ni dah kehabisan sayur, makan tetap jugak mesti kena makan, so akak goreng je bihun bodo - bodo * bodo-bodo makna nya goreng bihun takda sayur dan simple sangat bahasa orang Kedah lah tu hehee*
Jadi supaya nampak bihun ni lebih pandai sikit akak gulung je dengan telur dadar.
ALHAMDULILLAH sedap kalau dimakan masa panas-panas dan ditambah cili hiris ke cili jeruk ke dan ditabur dengan bawang goreng rezeki jugak tu kan pagi2 ni asalkan kenyang dan boleh sambung memasak lagi selepas ni, dan bolehlah pergi pasar beli sayur mayur.




Bahan dan caranya macam biasa lah, yang selalu kita goreng bihun atau mee tu, nama nya pun bodo kan mesti tak banyak bahan sangat, kak Noor hanya tumiskan bawang putih dan bawang merah yg ditumbuk dengan sedikit cilipadi, lepas tu bubuh cili sos dan kicap manis, tambah air sikit, masukan bihun dan gorenglah sampai masak, rasa garam lepas tu angkat.



Untuk menggulung bihun ni, kak Noor buat telur dadar dua biji telur kecik je, boleh jugak masuk garam sikit ke tak masuk garam pun boleh jugak sebab bihun kita sudah ada rasa  kan, lepas buat telur dadar letak kan bihun bodo tu dan gulung lah, pasti dia dah jadi pandai kan bihun ni heee, letakan cilipadi dan taburkan bawang goreng * psstttt bawang goreng tu homemade tau haha ranggup  dan sedap * makan panas2 pulak.
Memang terangkat ni....




Untuk yang tak suka bihun boleh lah jugak guna mee yg sudah di goreng, kalau ada sayur tak salah jugak nak letakan jadi tak lah nama bihun bodo or mee bodo lagi, terpulang lah kreativiti masing2 ya..
SELAMAT MENCUBA UTK ADIK2 SEMUA
SIMPLE YANG SEDAP :)
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home