All About

Good Food



ASSALAMAUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua adik2 blogger yang masih sudi singgah ke sini,  hari ni dari pagi2 lagi kempen kat luar rumah biasa lah, asyik dok kat dalam rumah manjang sekali keluar kat luar tak sedar rupa nya dah ada ubi kayu yang boleh di tuai, sebab ubi kayu dah terjongol keluar hahaa menunggu tuan nya keluar dari rumah je, jadi dalam hati memang dok teringat nak buat lepat ni sebab dah lama tak makan, sampai lah hajat petang ni nak makan lepat ubi, resepi nya sangat mudah, ikut resepi akak lah ...






1 kilo ubikayu di parut 
1 bungkus serbuk santan tak kisah lah jenama apa janji halal
3/4 cawan gula merah
2 sudu tepung ubi
secubit garam
daun pisang secukup nya

  Ubikayu yang telah di parut di perah buang air nya supaya hilang rasa pahit2. 
 Masukan semua bahan2 santan, gula merah,tepung ubi dan garam dan gaul sebati.
  Kacau biar sebati dan mesra semua nya 
 Kemudian boleh lah di bungkus di dalam daun pisang dan di kukus.
  Kukusan mesti lah di panaskan terlebih dahulu tau baru lah masukan lepat ni.
 Kukus lah selama 15 ke 20 minit atau sehingga masak
Boleh lah di hidangkan dengan kopi panas lepat ubikayu ni lazattt sangat
PADA YANG SUKA MEMANG TAK CUKUP SATU HEHE...





OPPPSS terlupa lah pulak, akak masukan sedikit pewarna kuning dalam adunan ubi nak bagi cantik lah kononnnn....




LEPAT UBI  bebas dimakan bila2 masa saja hatta waktu malam2 macam ni heeee jom
Melepatttttt......


ASSALAMUALAIKUM  dan salam sabtu untuk semua, hari ni dah 29 hb disember, rasa nya sabtu terakhir untuk tahun 2012 ni, hanya tinggal beberapa hari lagi kita akan melangkah masuk ke tahun baru 2013,  dan rasa nya dalam tahun 2012 jugak hanya sekali je akak makan sardin dan termasuk yang ni dua kali lah hahahaa, bukan ape sebab dalam umah ni tak de yang minat sardin pun, ni pun kes nak cepat semalam banyak agenda perlu dibereskan, korek2 dalam kabinet dapur ada lagi satu tin sardin nasib belum expired boleh lah jadi peneman nasi putih...



MASAK sardin ni yang paling simple sekali tapi AWASSSSS  jangan di amalkan sangat sardin ni kan ada jugak akak dengar tak baik utk kesihatan tapi kalau setahun 2x kira oklah tu kan waktu darurat di maafkan heee..

BAHAN NYA
1 tin sardin
2 sudu cili kisar
1 kuntum bunga kantan dihiris
1 biji tomato di belah empat
1 biji limau nipis ambik jus nya
2 tangkai daun bawang
1 biji bawang besar di hiris kecil
2 biji bawang putih di hiris
Cilipadi untuk yang suka pedas
garam dan sedikit gula


CARA NYA

PANASKAN sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga layu, masukan cili kisar dan masak lah sehingga pecah minyak, masukan tomato dan bawang besar jugak sardin, kacau perlahan supaya sardin tidak rosak, perahkan limau nipis, masukan garam dan gula jugak bunga kantan, tak perlu lama sangat sebab kantan tu sedap di makan mentah je lebih wangi.
Dah masak boleh lah di taburkan dengan daun bawang dan hirisan limau nipis jugak cilipadi supaya lebih pedas, masam dan wangi kantan tu, try lah mesti sedap walaupun 
HANYA SATU TIN SARDIN HEHEEE...




SAMBAL sardin yang telah siap sedap dimakan dengan nasi putih yang panas atau sejuk heee
tapi kalau nasi panas lebih hebat rasa nya 




UNTUK lebih pedas boleh lah tambah yang 5 biji kat atas kantan tu ya pasti berasap dan terangkat  caya lah...




ASSALAMUALAIKUM  dan salam kamis untuk semua, masa cuti2 ni mesti nak hidangkan menu anak2, spaghetti ni salah satu menu yang tak boleh tinggal oleh anak2 akak, setiap minggu mesti sekali kena masak spaghetti,  yang fav sangat spaghetti blognese ni maksud nya kuah nya mesti merah hahaha, pernah akak masak kuah carbonara kureng mendapat sambutan, jadi nya amat jarang masak yang ala carbonara tu, walaupun sebenarnya tukang masak suka  yg carbonara tu, apa nak buat, nak buat berjenis2 kuah memang malas lah ikut saja lah selagi terdaya kan...





BAHAN-BAHAN
1 bungkus spaghetti direbus sehingga lembut tos kan dan di gaulkan dengan sedikit planta
1 bungkus sosej ayam atau daging di parut kasar
1 labu bawang besar didadu
secukupnya brokoli dicelur kemudian di rendamkan dalam ketulan ais
1/2 botol cili sos maggi
sedikit cili flakes ( tak nak pun ok ) kali ni akak tak guna flakes
sedikit sos tiram
sedikit pasli kering ( tkde pun takpe) takde stok 
secukupnya cheese cheddar di parut * takde jugak haha
planta utk menumis

CARA NYA
Panaskan sedikit planta dan tumiskan bawang besar sehingga wangi,masukan parutan sosej dan cili sos,sos tiram,cili flakes dan masaklah sehingga mendidih, kalau perlu boleh lah tambah sedikit air dan biarkan kuah merenih dan kemerah2an boleh lah ditutup api

BILA MENGHIDANG LETAKAN SPAGHETTI YANG DIPERLUKAN, CURAHKAN KUAH,TABURKAN CHEESE CHEDDAR DAN PASLI JUGAK LETAKAN BROKOLI  YG TELAH DI CELUR TADI

TAPI KALAU TAKDA SAYURAN PUN OK CUKUP SEKADAR KUAH NYA SUDAH MAMPU  MENGHABISKAN SE PINGGAN SPAGHETTI






INI pulak jus apple, time ingat lah buat untuk di gandingkan dengan spaghetti ni, cara nya mudah sangat, potong dua biji epal hijau, buangkan biji dan potong kiub, jangan buang kulit nya tau, biarkan bersama kulit dan blend kan bersama sedikit ais, tak payah gula biarkan rasa ori apple tu, blendkan sehingga hancur dan boleh lah dituangkan dalam gelas fav dan hidangkan dengan sepinggan spaghetti blognese ni
MEMANG SEDAP  HARUS DI CUBA OLEH ADIK2 SEMUA..




DI ANTARA KEBAIKAN APPLE HIJAU IALAH:-

Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.




KALAU  TAK  LALU NAK MAKAN APPLE HIJAU TU, MULAKAN DENGAN APPLE MERAH DULU, DAH  BIASA DENGAN APPLE MERAH  BARU LAH BOLEH DI TERUSKAN DENGAN APPLE HIJAU OK...







ASSALAMUALAIKUM  dan salam hari selasa 25 hb disember 2012, wah sedar tak sedar lagi seminggu kita akan masuk ke tahun baru 2013, begitu cepat rasa nya masa berlalu,  dan umur kita pun akan bertambah lagi setahun atau berhenti setakat  ini  tiada siapa yang tau, hanya ALLAH yang mengetahui segala nya, jadi untuk peringatan diri sendiri jugak ni kena tingkatkan amalan lah mana yang kurang tu,  semoga ALLAH mendorongkan kita ke arah kebaikan lah
AMIN YA  ROBBAL ' ALAMIN





HARI INI  Kak Noor nak kongsikan resepi yang dah lama akak tak buat, semalam dah anak2 teringin nak makan, maka mama pun  buat lah CHURROS ni sebab kalau buat benda yang diaorang tak makan memang tak habis punya, kita yang jadi tong sampah dok habiskan segala makanan nak buang sayang,  jadi mama lah yang semakin hari semakin tembam 
hahaha...



Bahan-bahan nya
  • 1 cawan air
  • 100 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • minyak untuk menggoreng
  • secukupnya gula kastor
  • sedikit serbuk kayu manis
  • Untuk yang suka coklat boleh lah  masak coklat bersama dengan susu segar sampai cair dan boleh lah dicicah dengan churros ni
Cara membuatnya
  • Masukan air didalam periuk dan masukan mentega, biarkan sehingga mendidih dan mentega menjadi cair
  • Campurkan sedikit garam dalam adunan tepung dan masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata supaya ia nya tidak berketul dan bila tepung sudah tidak melekat di kuali boleh lah ditutup api dan biarkan sejuk
  • Bila adunan dah betul2 sejuk baru masukan telur  dan kacau biar sebati 
  • * jangan masukan telur ketika adunan masih panas nanti telur akan masak dan churros tidak akan naik *
  • Panaskan minyak, kemudian masukan adunan dalam beg piping yang ber nozel bintang dan paipkan ke dalam minyak panas tadi.
  •  Gorenglah sehingga kekuningan, angkat dan toskan terpulang pada selera masing2 samaada nak bergula atau bercoklat.




KALAU ada buah strawberry pun best jugak makan dengan churros ni tapi  dah takde buah kacang badam dan jagus jadi sasaran cicah coklat, selera masing2 kan apa yang ada kat rumah semua boleh di cicah coklat tu kan heee




SELAMAT BERCUTI DAN  DRIVE SAFELY  INGAT ORANG2 TERSAYANG
JEMPUT2 LAH MAKAN CHURROS NI YA HEHEHE...



ASSALAMUALAIKUM  dan salam hari minggu untuk semua, hari ni CUTI  MASAK  nama pun hari MINGGU  kan mesti  lah rileks ja santai2 ambik angin luar rumah, kebetulan masa ni banyak bunga orkid akak yang sedang berkembang mekar, jadi  why not akak kongsikan kesegaran orkid ni dengan adik2 blogger semua, sekadar untuk jamu mata saja lah ya jangan pegang2 ~  boleh pandang2~  jalan melenggang2 ~ HAHA...




INI BORNEO ORKID 
Dah lama akak tanam tapi hingga sekarang tak pernah  putus berbunga
ALHAMDULILLAH



INI JUGAK BORNEO ORKID
Jugak tak pernah putus berbunga dan tahan lama bunga nya 




MASIH  LAGI BORNEO ORKID
Tapi yang ni agak jarang berbunga, tak tau dimana silapnya
Alhamdulillah syukur musim ni ia mampu menonjolkan bunga nya yang cantik tu




BORNEO ORKID  ni versi yang banyak kuntum, kalau tak silap dalam satu ranting ni ada sepuluh kuntum tapi kembang nya tak sama masih lagi ada kudup yg belum berbunga




INI MINI BORNEO ORKID 
Agak kecil dan mempunyai kuntum yang sangat banyak
SESUAI untuk hiasan di meja kat koridor je sayang nak letak kat luar
HAHA pilih kasih lagi tu...



BORNEO ORKID ni baru kali ke dua berbunga sejak beli, agak liat jugak lah kan





NI ORKID JENIS MOKARA MERAH
Orkid ni jenis tanam di tanah tapi kak Noor tanam dalam pasu je 
TAPI memang tak pakai tanah lah, hanya sabut dan arang je, syukur masih jugak berbunga
ASALkan ada baja yang cukup




MOKARA RINTIK HARIMAU  tak pernah putus jugak berbunga jenis ni asal habis bunga mesti ada lagi tumbuh yang baru memang GILA bunga lah ni




MOKARA oren ni memang banyak kat rumah, tapi oren nya tak sama lah, ada oren tua dan oren muda, yang ni versi muda yang tua kali ni tak nak berbunga lah pulok 
dah M kot kan heee




INI JENIS MOKARA KUNING BESAR  yang sangat besar bunga nya
KALAU nak  bandingkan dengan tapak tangan kita memang lebih besar bunga ni
TAK PERCAYA!! kena datang sendiri kat rumah heee




MOKARA KUNING lah pulak ni
PUN selalu berbunga ALHAMDULILLAH




Yang ni pulak jenis ORKID KAMPONG
BERBUNGA non stop memang meriah lah sebab satu pokok orkid tu bunga nya 
akan lebih dari satu tangkai....




INI JENIS ORKID DENDROBIUM  
Harga nya murah lah, kalau dulu akak beli 3 pokok tu hanya 10 hengget je
Tapi orkid jenis ni  bunga nya taklah se kuat orkid2 yg di atas tu 
jangka hayat bunga nya lebih pendek lah



YANG NI DAN YANG KE BAWAH- BAWAH TU 
SEMUA NYA ORKID DENDROBIUM 
CUMA BERLAINAN WARNA DAN BENTUK JE
LEBIH MURAH DAN  MUDAH UTK DI TANAM...















YANG NI  tak pasti dari jenis mana tapi daun nya macam pensil kecil dan panjang
TAPI  bunga nya menariksss













SEBENARNYA  DI RUMAH  KAK NOOR  ada banyak lagi orkid yang masa ni takda berbunga seperti ORKID VANDA, ORKID MOKARA, DENDROBIUM &  ORKID HUTAN yang masih "MOGOK" haahaa tapi takpe tuan nya sabar menunggu sehingga orkid2 ni berbunga lagi

AMACAM ada tak adik2 akak yang berminat nak tanam ORKID!!!
INSYAALLAH lain kali kasi chance yang belum berbunga pulak masuk blog haha





ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI untuk semua adik2 blogger yang masih sudi singgah disini,  hari ni nak show bubur pulut hitam yang dah lama akak tak buat dan merasa,  sebenar nya dah lama nampak beras pulut hitam dalam petiais dok sibuk buat itu ini, tak terbuat bubur ni, lagipun kat rumah anak2 memileh sangat tak suka bubur macam ni, kalau akak buat bubur ni, Pakwe akak saja yang makan dengan Makwe nya hahaaa




SEMALAM TU bertekad walaupun yang makan hanya dua orang nak buat jugak bubur pulut hitam ni, sebab makanan tradisi ni sesekali layan memang best, apa lagi kalau dimasak pekat, manis dan suam2 kuku aduhh menang terangkat ni...

UNTUK adik2 yang tak pernah buat jom tengok resepi mudah ni


1 cawan pulut hitam di goreng atau di sangrai dalam kuali sekejab biar wangi baru lah di rebus sehingga lembut bersama daun pandan
1 tongkol jagung di hiris ambik isi nya
2 cawan santan pekat
1 cawan gula putih * boleh kurang untuk yg tak suka manis
secubit garam
sedikit sagu yang direndam terlebih dahulu
2 helai daun pandan


BILA beras pulut hitam sudah lembut masukan gula,  garam dan jagung, kacau biarkan gula hancur baru masukan sagu
Kacau lagi biarkan sagu kembang baru masukan santan dan tunggu sehingga mendidih boleh lah di angkat dan di hidangkan..






KALAU kita masak terbanyak dan tak habis dimakan bubur ni boleh di simpan dalam tempat frezer biarkan keras, lepas tu kalau rajin buat lah tahi minyak dan taburkan di atas bubur ni memang sedap sebab akak dah cuba buat, tunggu rajin akak pun nak buat tahi minyak lagi sebab bubur ni memang dah sedia buat banyak hahaa...



ASSALAMUALAIKUM  dan selamat pagi jumaat untuk semua yang sudi singgah kesini, samaada meninggalkan jejak ke tidak, tak jadi masaalah, ni ialah menu tertangguh minggu lepas, tak sempat nak update di atas sebab2 yang tak dapat di elak kan, menu  cuti sekolah lah ni kalau ramai2 kat umah memang anak2 akan minta mee yang berkuah2 gini mungkin boring jugak bergoreng2 je kan...
 Untuk senang kerja mama buat mee sup tulang gear box ni je, rebus lama2 dan tunggu sampai lembut sangat mudah








BAHAN

1 bungkus mee kuning kering,rebus sampai agak lembut toskan dan gaul dengan minyak bijan
1/2 kilo tulang daging direbus sehingga lembut
Yang ni akak guna gear box rezeki masa gi umah kawan dia kasi percuma heehe rezeki jangan di tolak kan...
Halia 1 inci + 3 ulas bawang putih + 1 biji  bawang besar dikisar
1 sudu rempah sup +sedikit jintan putih goreng dan kisar kering
Kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkeh secukupnya
sedikit kicap manis dan garam

CARA NYA

Rebus tulang sehingga lembut.
Masukan bahan kisar, rempah sup, jintan putih, bunga cengkih, lawang dan kayu manis dalam periuk tulang yang direbus tadi dan biarkan mendidih dan boleh lah dimasukan garam secukup rasa
Kak Noor suka campur sedikit kicap manis untuk mencantikkan kuah sup tu agak kehitaman dan rasa pun lebih ummpphhhh, dah cukup rasa boleh lah ditutup api

SAMBAL  SERBUK CILI

Untuk buat sambal cili tu,panaskan sedikit minyak, masukan sedikit halia dan bawang putih yg ditumbuk, tumis sehingga wangi, baru masukan cili serbuk, garam dan gula,masaklah  dengan api yg perlahan dan kalau perlu tambah sedikit air, dah pekat boleh lah diangkat.

BAHAN TABUR

Sedikit daun bawang, taugeh, limau kasturi dan lobak masin yang dihiris kecil di rendam dgn air panas dan ditoskan
Bolehlah dihidangkan dengan mee yang dilumur minyak bijan tadi. + 1 sudu sambal cili + daun bawang  + bawang goreng + kuah tulang gear box SEDAPNYAAAAAAAAA...




GEAR BOX  ni akak dah potong supaya senang nak makan kalau tidak tak muat mangkok comel tu hahaaa




MEE yang jenis berkuah macam ni, memang fav sangat budak2 kat umah ni, sanggup diaorang tak makan nasi  kalau ada mee kuah sup ke kuah pedas ke, apa saja jenis mee memang fav diaorang termasuk pasta dan spaghetti jugak macam2 jenis lagi, pokoknya yang selain dari nasi memang dia orang suka sangat, terbalik lah pulak dengan tukang masak ni, nasi tetap nasi walaupun makan benda lain.
TU LAH BADAN TUKANG MASAK MAINTAIN GEMUK HAHAHAHA...




SELAMAT PAGI  semua nya yg sudi berkunjung kesini, hari ni hari malas lagi, nasi lemak sekali masak untuk  tiga kali makan hahaha, pagi tengahari dan malam, kadang2 mood kerajinan hilang bila badan terlalu letih kan, jadi makan pun ala kadar aje lah janji kenyang, nasi lemak memang mudah utk disediakan apa lagi bila kita guna santan kotak lagiiiiiiiii mudah..


BAHAN NASI LEMAK 

3 cawan beras basmathi
1 kotak santan segera 250 ml  + air jadikan 4 cawan 
sedikit hirisan halia
2 batang serai diketuk
sedikit garam 

Cuci beras dan masukan kedalam rice cooker bersama semua bahan2 nasi lemak dan ON kan tau, jangan lupa pulak! kes naya tu hee


UNTUK SAMBAL TELUR

Didihkan air sehingga betul2 menggelegak, pecah kan telur perlahan2, kemudian angkat lah jgn terlalu lama telur akan keras, buat lah sehingga habis telur yang di perlukan dan ketepikan

Tumiskan bawang merah dan putih yang telah di tumbuk, dah agak wangi masukan cili kisar seberapa banyak yang suka, budak2 kat umah suka yang pedas2 jadi akak masukan dalam 3 ke 4 sudu jugak lah, letakan gula merah, air asam jawa dan garam, dan masak lah sehingga betul2 kering dan curahkan ke atas telur yg telah di rebus pecah tadi, lembut dan enak bangat dong..

AYAM GORENG tu akak guna kan ayam segera frozen tu je biarkan 1/2 jam setelah kuar dari frezer dan goreng lah, mudah kan nak makan nasi lemak akak ni simple dan tak ambik banyak masa kat dapur time malas lah






SAMBAL TELUR PECAH  YG PEDAS NYA 
YA AMPUNNNNNNN!!!!




JOM MAKAN NASI LEMAK LAPO LAH PULAK NI 
TENGOK MERAH PUTIH TU 
HAHAAA



SELAMAT MALAM  semua adik2 blogger wah hari ni semangat sikit nak show rainbow cake yang baru first time buat SE UMUR hidup akak hahaha aduhh dah setengah abad baru lah sampai hajat dihati ini, walaupun kureng kemas dan masih comot - mot tu tapi dalam hati ini gumbira sangat2 sebab dah berjaya rainbowkan  kek tu, INSYAALLAH next month akan buat lagi dengan lebih menariksss lagi chewah, bukan ape tak sabar nak potong dan tengok rainbow tu...





RESEPI ni akak sekodeng dari blog ITA MASAM MANIS, tapi akak cuma ikut resepi untuk kek je, yang cream nya belum cuba sebab yang ni baru testing yang penting rainbow tu dah jadi kan heee, akak cuma guna nutella je di atas setiap lapisan kek tu.  Untuk ITA MASAM MANIS izinkan akak kongsikan resepi  ni kat blog akak ya untuk rujukan anak2 nanti THANKS banyak2 sangat sedap kek ni dapat pujian dari Tuan Haji hahaha..

Resepi yang telah di alih bahasa oleh kak Zu.. hehe TQ kak Zu..

RAINBOW CAKE
Rujukan : Zuraini Alias

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
AKAK hanya buat 5 lapisan je sebab loyang tu ada 5 je malas nak tukar2 lagi, dalam rajin tu ada jugak malas nya haha..
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.






WALAUPUN comot kelihatan kek ni tapi rasa nya sangat sedap heee takde yang nak puji kan pasti adik2 blogger cakap sangat tak cantik dan comot, takpe akak terima bulan Januari dah tak lama pasti nak buat lagi untuk busday boy akak yang sorang terkonteng2 tu




KALAU hati dah suka comot pun nampak cantik je pada orang yang se umur hidup baru nak mengtest buat kek ni KESIAN KAN orang lain dah sampai jauh akak baru nak merangkak2 macam baby hahaha, tkpe janji belajar kan...
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home