Asam Pedas Ayam Kekasih

Asam Pedas Ayam Kekasih



ASSALAMUALAIKUM selamat pagi semua sahabat dan rakan2 blogger, hari ni tak mau cakap panjang2 sebab masih lagi busy dengan macam2 projek chewahh!!!! 
Kak Noor nak kongsikan satu resepi dari buku resepi
RESEPI 6 SAHABAT  keluaran NORHAYATI BERAHIM
Dalam buku ni ada resepi dari adik kak Noor Anita Mohd Sharkawi (Balqis Nazid)
Dah lama akak dapat buku ni tapi belum lagi ada kesempatan untuk mencuba, ALHAMDULILLAH  dua tiga hari lepas akak mencuba asam pedas ayam ni wowww memang sedap sebab sebelum ni memang tak pernah buat asam pedas kalau ayam, biasa nya ikan je kalau asam pedas tu,  memang sedap sangat sehingga Pak Haji menghirup kuah asam pedas tu hahaa..




ITU dia tuan punya buku ni Anita Mohd Sharkawi (Fb) tu atau lebih biasa di panggil 
Balqis Nazid je, boleh jugak melawat blog nya Balqisnazid.blogspot.com 
Dalam buku ni banyak mengandungi resepi2 hebat dari 6 sahabat ni termasuk resepi dari NB penulis buku tersohor ni sendiri yang memuatkan menu2 Turki iaitu sebelah Pak Senyit hubby Puan Norhayati Berahim ni, yang berminat boleh lah berkunjung di toko2 buku pasti akan dapat buku ni, jom tengok resepi!!



NI semua cili, daun kesum, bunga kantan dan ulam pegaga dan misai kucing tu adalah di kutip dari kebun kecik kat tepi2 umah akak, semua ni tanam dalam pasu je pun tapi alhamdulillah kalau di siram dan di baja memang segar bugar lah dia kan heee

Jom semak resepi asam pedas yang sedap ni



4-5 camca besar minyak
1/2 ekor ayam dipotong enam  * kak noor potong kecil lah tak kira pulak berapa hee
500ml air
4 ulas bawang putih di tumbuk
1 1/2 biji bawang besar di tumbuk
Se inci halia ditumbuk
15 tangkai cili kering di kisar * boleh tambah atau kurang ikut fav
1 keping asam gelugor atau asam keping
Bunga kantan di potong kecil
Setangkai daun kesum
Seinci lengkuas di titik
Garam dan perasa secukupnya



CARA NYA

  1. Tumis bahan- bahan yang di tumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata, biarkan sehingga ayam sedikit empuk.
  3. Tambah air dan daun kesum.
  4. Akhir sekali bunga kantan, asam keping, garam dan perasa.



INI LAH  hasil nya  asam pedas tu first time jugak buat asam pedas ayam ni memang nak buat lagi PASTI...

22 comments:

  1. sedap juga ye kalau ayam dibuat asam pedas?
    norhayati ibrahim tu bukan ke penulis novel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishy, mmg betul lah tu NB tu penulis novel tersohor hehe, dan confem asam pedas ayam ni sedp haha

      Delete
  2. Kakcik pernah juga masak asam pedas ayam. Sedap juga rasanya...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time saya dah jatuh cinta lah kakcik dengan asam pedas ayam ni lagi pedas lagi bestttt

      Delete
  3. Salam Kak Noor...sedappnya kak noor.. dah lama mori tak buat...hehee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh dah pernah buat ke Mori akak je yg tak pernah try kan sbb asam pedas ni sinonim dgn ikan jdnya tak tak tau jugak boleh buat asam pedas..

      Delete
  4. Kalau org Johor Kak Noor apa pun kita masak asam pedas. Ayam, daging, ikan semua kami masak asam pedas apa lagi kalau ada kenduri asam pedas bagaikan resepi wajib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya kakzakie, orang johor ke?? patut lah semua di asam pedaskan hehee best jugak tu,kita boleh bandingkan dlm banyak2 asam pedas yg mana yg best kan heee

      Delete
  5. tak penah lak rasa atau buat asam pedas ayam...sedap ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mar, akak dah rasa memang sedap dan pasti bukan sekali mesti nak banyak kali buat asam pedas ayam ni Mar mesti cuba ni sedapppppp

      Delete
  6. Kalau gi Melaka, depa bukan takat ayam je masak asam pedas.. daging pun diorang buat masak asam pedas... kak Noor try la... saya dah pernah makan... tapi apa-apa pun saya suka ikan parang/kembung masak asam pedas... anak2 pulak suka asam pedas ikan pari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya Sweetie, Johor dan Melaka kan dah dkt maknya orang2 selatan ni suka snagat dngn asam pedas kan, jadi semua benda di asam pedaskan, insyaallah nnt nak try buat asam pedas daging pulak mana tau sedapppp, akak pun suka asam pedas kepala ikan haha hisap2 yg tulang2 tu huh tak dpt nk bayangkan betapaaaaaaaaaaaaaaaaaaa heeee

      Delete
  7. Assalam kak noor..adeh asyik kena rejek jer komen kat umah ni..)kes terlupa mai singgah ngan chrome hihi)ari ni terbang mai ngan mozzila harap xkena kick out

    Sedap Ayam asam pedas ni...seumur hiudp tak pernah makan ayam masak asam pedas..yang ikan pun tak bape nak lepas hihi...anak2 suka makan ayam dan juga asam pedas..tp mama depa tak bape lulus nk masak asam pedas...ok one day harus cube resepi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai LIna lain kali dtg umah akak ni kena morzila, chrome2 tak main lah heee sbb seberang laut tu kena naik morzila kot Lina haha

      aduh yaiiii LIna sebenarnya terlepas makanan yg sangat sedap tau kalau tak makan asam pedas, cuba cek balik dimana salah nya sampai tak boleh lepas segala asam pedas ni lugi lahhhhh

      Delete
  8. ngancam menunya kak...ngancam jiwa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Rohah dah malam ni masih ngancam ke lagi heeee dah layu ni mata akak hahaha

      Delete
  9. assalam kak noor
    sukernya sy skrg kat asam pedas ni..fuhhh memang sedap
    hari ni sil sy masak asam pedas, sayangnya kureng selera lak sb selsema hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmsalam Mama Sara sorry ya malam baru terjawab salam tu, biasa lah kita ni kan vip dah malam2 baru free sikit, oh selsema ke siannnn, tapi kalau ada asam pedas yg pedas dan panas pasti hilang tu selsema heeee

      Delete
  10. sedapnya Kak Noor.....biasanya saya buat asam pedas ayam letak daun limau je.....

    ReplyDelete
  11. Kalau asam dengan pedas memang serasi berjumpadalam periuk hehehe....tengok lauk ayam asam pedas ni pun memang berkeroncong sudah perut....

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home