Copyrights @ Journal 2014 - Designed By Templateism - SEO Plugin by MyBloggerLab

Monday, January 21, 2013

, , ,

Ayam Panggang Rosemary Lemon & The Gang

Share


ASSALAMUALAIKUM adik2 blogger tersayang semoga sihat sejahtera hendaknya disamping tugasan harian, pertama kali kak Noor masak ayam panggang lemon, anak2 sangat teruja dan masing2 cakap sedap sedap sedap haha, lepas tu dua tiga hari kemudian memang terpaksa buat lagi dan kali ni lebih banyak dan memang puas lah anak2 makan walaupun hanya dengan nasi hujan panas dan acar timun dah memadai, tak perlu banyak2 jenis lauk, selamat mummy takyah berlama2 kat dapur kan...


RESEPI ayam panggang rosemary lemon ni boleh adik2 tengok kat SINI ya, sesiapa yang belum cuba boleh lah try memang berbaloiii, tak kisah lah nak makan dengan apa pun, di set ni akak tambah lagi sedikit sambal goreng yang menjadi fav kat rumah ni..




RESEPI NASI HUJAN PANAS

3 cawan beras basmathi dicuci bersih dan tos kan
4 cawan air
1 inci halia di hiris
4 ulas bawang merah di hiris
2 ulas bawang putih di hiris kecil
Kulit kayu manis, bunga cengkih dan lawang secukupnya
1 sudu planta
1 sudu minyak sapi *kebetulan ada dlm simpanan *
sedikit garam dan pewarna merah, kuning dan hijau

CARA MEMASAK NYA

Panaskan kuali masukan planta dan minyak sapi,  bila dah cair masukan bahan hiris dan tumislah sehingga wangi masukan kulit kayu manis, bunga cengkih dan lawang, dan kacau lagi biar sehingga wangi dan layu masukan beras dan garam kacau biar sebati, boleh lah di pindahkan ke rice cooker dan di tambah air dan masaklah seperti biasa
JANGAN LUPA  ON TAU...
Bila nasi sudah masak, buka tudung periuk dan masukan sedikit pewarna, kemudian tutup lagi tudung periuk, biarkan selama 10 ke 15 minit
Kemudian baru lah di kacau biar warna nya bertaburan hahaha, tapi tak boleh terlalu kacau jugak nanti warna nasi jadi terlalu colourfull dan gelap, tapi ikut kegemaran masing2 lah, pada kak Noor biar sekadar ada kaler je, dah cantik pada mata tua ni heeeee




SAMBAL GORENG

10 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
1/2 biji tomato
sedikit ikan bilis

SEMUA bahan2 di atas di goreng dengan sedikit minyak dah layu di tumbuk kasar dan di campur dengan sedikit garam dan gula, sambal goreng dah sedia utk dimakan yeahhh..

ACAR TIMUN

HIRIS timun, carrot, bawang besar, cili dan limau kasturi, nipis2, kemudian gaulkan dengan garam dan gula, utk lebih masam boleh jugak di campur cuka, kalau tak cukup lah dengan limau kasturi je, lepas tu boleh lah di hidangkan dengan nasi hujan panas tu




DAH SIAP satu set menu ringkas pagi ni 
ALHAMDULILLAH tak perlu banyak2 kan dah kenyang ini pun, ada rasa manis pada ayam panggang tu, masam pada acar dan pedas pada sambal wow.... nyamuk hinggap kat  tangan pun dah tak rasa ni heeee


12 comments:

  1. Kalau expert macam Kak Noor memanglah kata ringkas tapi kalau kakak nie masak macam ini mesti ambil masa dan kita terbaiklah.. sedap tu:)

    ReplyDelete
  2. Tak puas makan ayam rosemary walau dah buat beberapa kali... kalau ada masa hujung minggu ni nak buat jugalah kak Noor...kepingin banget

    ReplyDelete
  3. terima kasih byk kak noor, ada idea nak masak utk tuan suami balik outstation nanti.. pinjam resepi ye...:)

    ReplyDelete
  4. Waa....nie yg makin x sabar nak try buat nie.....cuti ni nak try la....ramai skit orng dlm umh.....

    ReplyDelete
  5. Aslmkum k.Noor
    kali ni dtg awal sikit....tumpang jamu mata dg set ayam panggang rosemarry k.noor, betul tu k.noor kalau sedap tak kira mkn dg apa....tp set nasi Minyak siap sambal k.Noor nampak special...

    ReplyDelete
  6. I like chicken and rice, looks delicious.

    ReplyDelete
  7. Salam kak noor,ayam kite dlm oven lagi tu...tuk mlm karang ;-)

    ReplyDelete
  8. sodap... sodap...
    ada pulak sambal atas nasik tu. Haduyai... ngences.

    ReplyDelete
  9. teragkat ni kak...harum menyengat tu, ada herba rosemary..

    ReplyDelete
  10. salam syg kak nor..
    peha ayam tue yg x tahan tgok..sedapp..zila pun dh lama x buat ayam rosemarry ..aisshh kecur dah nie..:)

    ReplyDelete