Ayam Panggang Rosemary Lemon Mamasya Sedap

Ayam Panggang Rosemary Lemon Mamasya Sedap



ASSALAMUALAIKUM  dan salam 3. 1. 2013 untuk semua, sungguh cepat masa berlalu, semalam baru je start sekolah anak2, hari ni dah hari ke 2 terasa masa berlalu sangat cepat, begitu lah jugak dengan kita yang jadi tukang masak ni, sekejab je menu berulang- ulang dalam seminggu tu kan, termasuk jugak dengan menu hari ni ayam panggang rosemary lemon ni, ini sebenarnya kali ke2 akak buat, first time buat tak sempat nak ambik gambar hahaha dah hancus dalam perut, kedua kali sebab dah tau sedap kasi lebih baru sempat ambik gambar, begitu lah hebat nya rasa ayam dari DAPUR MAMASYA ni, anak2 akak suka sangat dengan rasa ayam ni walaupun tak buat sos pun hingga ketulang jugak ayam ni di kerjakan aduhhh anak2 ku....

UNTUK  MAMASYA izinkan kak Noor kongsikan resepi Ayam Panggang Rosemary Lemon  kat blog akak jugak ya, thanks banyak-banyak ya.




AYAM PANGGANG ROSEMARY & LEMON 
Sumber; Blog SriRasa BiDara @ Khairiah khaizu 
Oleh; Dapurmamasya 

Dicuba lagi : Bicara Kak Noor

Bahan2 : 
1 ekor ayam - dibelah 4
5 ulas bawang putih - direbus 
1 inci halia - disagat 
1 1/2 sudu besar rosemary kering 
2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus 
2 sudu besar madu 
3 sudu besar gula perang 
Garam 
2 kiub ayam - mama letak 1 sj 
2 biji lemon - hiris 
4 sudu besar olive oil 


4 biji kentang - potong 4 dan rebus hingga hampir masak *kak noor tak guna kentang, karot dan tomato
3 biji karot - potong kecil2 memanjang                                        just ayam je..
2 biji tomato - potong 4 

Cara2 
1. Bersihkan ayam dan ketepikan. 
2. Campurkan semua bahan kecuali sayur2an dengan olive oil. Kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang. 
3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada tomato, kentang dan karot dan kemudian susun bersama2 ayam. 
4. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam @ hingga masak. Kak noor guna pemanggang ajaib tu tak masuk oven pun 
5. Hidang bersama salad dan sos lada hitam. Sos boleh buat guna air dari panggangan ayam, cuma tambah sedikit susu, serbuk lada hitam dan sos lada hitam. Masak hingga kuah agak pekat. 







SIAPA belum pernah cuba di syorkan agar mencuba resepi ni sangat sedap menepati citarasa kita dengan rasa nya yang manis masam amat memikat hatikuuuu.....




MASA  akak masak ayam ni, akak gandingkan dengan nasi minyak biasa je, tapi tulah tak sempat nak snap gambar semua nya dah hancuss INSYAALLAH pasti nak buat lagi dan sure akan di makeup lawa2 baru ambik gambar dan kasi adik2 semua tengok 
hahaha...

11 comments:

  1. x terbuat buat lgi kak...huhuhu....
    nmpk cam sedap je nie....

    ReplyDelete
  2. Anak bujang kakcik mesti suka nak mencuba masakan ini. :)

    ReplyDelete
  3. nampak sedap...... harus cuba ni...

    ReplyDelete
  4. Salam kak noor... menyelerakan tengok gambar ayam panggang kak noor... hehehe...

    ReplyDelete
  5. mmg sedap ni kak noor, tq share with us ye

    ReplyDelete
  6. Kak tumpang tanya...rosemary kering tu yg dijual dalam botol kan bukan yg fresh punya?

    ReplyDelete
  7. Kak Noor nanti kalau... kalau saya pi Brunei tolong masakan ni untuk saya... nak ratah-ratah je... nyum..nyummm!

    ReplyDelete
  8. Aslmkum kNoor
    Sy tertinggal k.api entry ayam rosemarry ni.....baru sampai..hi..hi.sama2 K.Noor.wpun tak make up tp nampak sedap...dan mmg sedap ayam rosemarry wpun tanpa sos...cukup rasanya itu...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home