Copyrights @ Journal 2014 - Designed By Templateism - SEO Plugin by MyBloggerLab

Saturday, January 26, 2013

,

Bestnya Main Snow Kenyang Ni...

Share
ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk semua adik2 blogger
SELAMAT bercuti dan berehat 
KAK NOOR pun hari ni cuti masak sebab nak kejemputan orang kawin hehee
UNTUK anak2 yang tak mau pergi tu dah akak sediakan spaghetti bolognese banyak2
BIARKAN diaorang dok buat ulang tayang sampai habis spaghetti tu hahaaa
HARI NI akak nak kongsikan gambar anak2 masa snow turun dengan lebat nya di UK baru ni
TAPI sayang sebab diaorang tak dapat nak join sekali sebab sorang kat Uni of Bath di Somerset, dan sorang kat Uni of Imperial di centre London, kena ber snow dengan kawan2 saja lah
ALHAMDULILLAH asal anak2 mama happy mama sudah cukup gumbira tu...



Nabilah anak ketiga kak Noor bersama rakan2 serumah sedang ber snow2..



Dah merah hidung tu tapi tahan je demi nak ambik gambar heeee syabas Nabilah and her friend..



SEMUA nya gumbira tu maklum negeri kita hanya hujan je kan sesekali tu biarlah..
Kalau tak salah tahun ni yang paling sejuk sejak 20 tahun kabar nya lah akak pun dengar dari anak2 jugak...




NABILAH sedang nak buat snowman lah tu..




INI pemandangan dari rumah anak sulung akak FAIZAH, sayang masa akak datang sini tahun lepas masa bulan Julai tu takde snow sebab masa tu musim summer, kalau tak dapat jugak buat ais kacang hahaha...



INI jalan nak ke UNI budak2 ni dah duduk lama2 pandai dah cari shortcut, semoga ALLAH pelihara anak2 akak sepanjang mereka di rantauan AMIN YA ROBBAL ALAMIN




KESIAN anak mama sanggup bersejuk demi mama 
Sebab mama minta gambar snow hahaha pecah rohsia ni




SANGGUP duduk lagi atas kerusi yang ada ais tu adoiiiiii pasti sejuk punggung kan 




TIME snow ni takda snowman tak sah lah kan sana sini mesti ada benda putih bolat tu..




TAPI rasa nya bukan nya kita sorang kan sibuk ambik gambar tengok tu kat belakang ramai jugak lembaga hitam2 tu kan ...




MESTI dah tak tahan sejuk ni dah pakai payung tu




TER MISS gambar Nabilah tunjuk terer pegang ais tu huh kalau mama dapat mesti dok ingat nak buat ABC kan hahaha

TAMAT sudah semoga adik2 blogger enjoy ya 
ADA yang nak ikut tak !!! INSYAALLAH dua tahun lagi kot akak kesana sebab anak sulung tu habis PhD nak gi konvo lah 
JOM MENABUNG HAHAA, cakap pada diri sendiri lah ni...


10 comments:

  1. seronoknye Nabilah main salji..salam ziarah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Emaa sudi ziarah kt sini, mmg syok kan teringin kita yg dok panas2 ni teirngin sngt nk merasai..

      Delete
  2. Assalamualaikum Kak Noor,
    mmng seronok tngk anak2 dngn snow ni kan...syukur alhamdulillah diaorang dpt sesuaikan diri dngn cuaca sejuk di UK..kalau musim panas terasalah mcm kat Msia...kan...

    ReplyDelete
  3. assalam kak noor
    bestnya kan betul2 dpt pegang snow tu, tp sy tak thn he he ank2 memang kalu berjam pun ok. ingat firstime main snow kat genting isshhh tak sanggup 5 minit dah gigil. kat ict pun tp ank2 ha ha blh ja tahan tu
    seronk ank2 kak nor belajar disana

    ReplyDelete
  4. waaaa...... bestnya main snow. Masa saya gi Beijing tahun lepas sempat main snow ... beku sejuk giler, kalau snow tebal cam gini tak sanggup nak duduk lama2

    ReplyDelete
  5. Tumpang gumbira Kak Noor...& sejuknya brrrrrrrr!!!

    ReplyDelete
  6. Salam kak Noor, masa saya sampai London 4 hari lepas, salji dah cair... saya tinggalkan London dan terus ke Sheffield ikut si abang. sebab nak main snow.. Sepanjang lebuh raya di kiri kanan jalan... subhanallah.. cantiknya... salji memutih. Tapi di sheffield ni pun salji dah cair, tpi sempatlah main-main masa hari sampai tu.

    Tadi saya gi pasar, beli buah-buahan... kat luar tu angin kuat dan teramatlah sejuknya... si abang belum balik kuliah lagi.

    ReplyDelete
  7. waaa bestnyrr...bilalah Malaysia nak ada snowkan..hehe...mustahil ...

    ReplyDelete
  8. Menarik..teringin rasanya melihat negara orang.. takde kesempatan lagi.

    ReplyDelete
  9. Aslmkum K.Noor
    seronok anak2 k.Noor main snow....biarpun sejukkk tp ceria bila snow turun.suka tengok view snow...memutih.....

    ReplyDelete