Mini Cottage Pie Ala Kak Noor Yang Simple & Sedap

Mini Cottage Pie Ala Kak Noor Yang Simple & Sedap



SELAMAT petang untuk rakan2 blogger, biasa lah kalau baru baik dari demam tu macam2 teringin nak makan termasuk lah dengan cottage pie ni , dah lama sangat tak buat benda ni , lagipun takda request anak2, tapi kali ni akak buat sebab request dari hati sendiri hahaha, kalau makan cottage pie boleh kenyang tau tak payah makan nasi sebab kentang tu pun dah dapat gantikan nasi, sesekali mulut payau boleh lah test ni kan...

RESEPI ni agak simple lah daripada cottage pie yang lain sebab ia nya tidak menggunakan sos putih dan cheese pun hanya cheddar cheese, jadi nya agak ringan lah sikit content tu KONON LAH TU KAN....




Bahan kentang

  • 500 gm kentang US * kentang ni besar dan hitam tapi ia nya lebih lembut * 
  • 2 ke 3 sudu susu cair
  • 2 sudu mentega
  • sedikit garam



Bahan-bahan inti

  • 500 gm isi ayam
  • 1 tin cendawan butang dihris kecil
  • 1/2 botol sos tiram
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 2 biji bawang besar di dadu
  • 1 buku cheese cheddar diparut
  • sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
  • sedikit garam dan gula
  • 5 sudu susu cair
  • mentega secukupnya
  • mangkuk timah secukupnya
  • kalau takde  mangkuk timah boleh lah guna bekas yang sesuai kat rumah masing ya..
Cara membuatnya inti nya

  • Panaskan sedikit mentega, kemudian tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi kemudian masukan serbuk lada hitam dan lada putih
  • Kacau biar sebati masukan isi ayam dan sos tiram,cendawan,garam dan sedikit gula.
  • Rasalah ikut citarasa sendiri utk memekatkan inti bancuhkan sedikit tepung jagung dan kacau lah biar pekat dan berkilat diangkat dan biarkan sejuk.
Cara membuat kulitnya
  • Ubi kentang direbus dan di lenyek sehingga halus kemudian masukan sedikit mentega lebihkurang 2 sudu,sedikit garam dan susu cair kedalam adunan kentang tadi
  • Gaul biar rata dan sebati.
  • Ambil sedikit inti masukan dalam mangkok timah,kemudian tutup dengan adunan kentang dan tekan lah sehingga rata menutupi semua bahagian inti,buatlah sehingga habis adunan kentang
  • Akhirnya taburkan cheese cheddar parut di atas kentang dan bakar lah sehingga cheese agak kekuningan dengan suhu 180'C selama 10 ke 15 minit .
Dah masak kuarkan dari oven dan dihidangkan panas-panas SEDAPPPPP sangat!!!






JOM dah ready untuk minum petang ni, baru je lepas kuar dari oven 
MMMMMM masih panas sila lah ya adik2 jangan malu2
LAYAN DIRI SENDIRI TAU !!!!!


12 comments:

  1. Melampau betul kak Noor buat kakak betul-betul macam nak makan aje. Tengok kak noor buat macam senang sangat. Tengok dah bersusun tu menambat mata kakak ni...

    ReplyDelete
  2. Tekak saya pun dah terasa payau ni kak noor... bagi lah satu.. sedap tengok tu :D

    ReplyDelete
  3. Kak Noor ni buat apa pun jadi, mesti sedap kan !. kim kat KA ni sikit hehehe

    ReplyDelete
  4. Selamat petang Kak Noor.... alahai kak, cute mute betul mini cpttage pienya tu....berapa biji makan boleh kenyang ni kak he he he ehh

    ReplyDelete
  5. alahai comeiiinya...nmpk pon dh tau mesti sedap...lg la dmakan panas..mau 3-4 ketui skali hadap aje kak..mmg xperlu mkn nasi lag dh...ni pon dh kenyang...lg kenyang bile dpt tgk aje..hahaha

    ReplyDelete
  6. kita tak pernah makan kak yg versi kentang, tapi compem enaklah ni kan..

    ReplyDelete
  7. Nyaman jak eh....blh lh ngetest kat dapur sury nnti...x pernh buat sendiri pie ni kak noor...mau mkn main beli je...:-)
    Nk rasa jgk mesti dh abis dh kan....

    ReplyDelete
  8. aduh aduh...comelnya mini pie...geram2 mau ambik n ngap..

    ReplyDelete
  9. kak nor,
    kasi sikit kat zila tgh mgidam nie kak..he hehe amboiii wat kita kecurr sgt2 nie kak..aiishh bila la nk cuba nie:)

    ReplyDelete
  10. Alamak Kak Nor..... saya suka sungguh pai ayam atau pai daging... nak buat jangan harap la, tak pandai... selalunya beli memang tak sedap. Susah nak cari yang sedap. huhuhu terliurnya

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home