My Simple Bruschetta

My Simple Bruschetta


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi semua nya, hari ni rasa nya ramai yang dah sibuk dengan anak2 yang akan sekolah, termasuklah kak Noor jugak, sibuk nak buat sarapan dan lepas tu jadi supir lagi, jadi nya semua kerja nak cepat je, kemudian balik dari jadi supir berkuntau lagi kat dapur untuk makan tengahari pulak, kak Noor memang suka masak awal sebab bila dah siap masak hati jadi lega,nanti time nak makan panaskan je hee kecuali sayur lah akak masak time nak makan tu baru fresh mresh kan...







BAHAN
1 tin tuna in mayonis
Roti Peranchis secukupnya di potong tebal 1 inci atau sukahati lah
Keju mozarella secukupnya
Oregano atau parsley secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam


PANASKAN oven 200'C 
SUSUN roti peranchis dalam dulang dan sapukan dengan tuna pada keseluruhan roti
TABURKAN dengan cheese mozarella, kemudian oregano atau parsley dan serbuk lada hitam
BAKAR lebihkurang 8-10 minit sehingga keperangan 
KEMUDIAN dimakan time panas2 tu 
WADUH - WADUH  satu tray pun licin tu 
HEHEHEH....




ADA jugak bruschetta ni yang menggunakan tomato dihiris, bawang besar dan macam2 benda lagi terpulanglah pada kehendak sendiri sebab kita yang nak makan, lagi simple lagi best rasa nya, lagipun bila menggunakan cheese mozarella tu semua dah cukup rasa, pendapat kak Noor tak perlu lagi kita tambah benda lain, tapi kalau ada yang nak lebih colour boleh lah tambah kegemaran masing2 ya...




SANGAT mudah nak buat bruschetta ni kita boleh buat awal misal nya kalau untuk sarapan pagi, malam kita boleh ready buat dan simpan dalam petiais esuk pagi terus masuk oven je
MUDAH SESANGAT SANGAT KAN....
WALAUPUN  IA NYA SANGAT SIMPLE TAPI  ANAK2 AKAK SUKA
JADI MEMANG MAMA PUN HAPPY LAH BUAT BENDA YANG SENANG2 NI
HEHEE...

10 comments:

  1. thanks kak noor selalu bg mcm2 idea masakan.kadang ina buntu gak asik menu sama je...bdk2 pun bosan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kasih Ina, anak kak noor mmg suka kalau buat cam ni akak pasti anak Ina jugak betul tu pagi2 yg buntu sngt kan takut diaorang bosan asyik mkn yg sama je, akak banyak sediakan cheese mozarella kalau time sekolah, lagipun beli banyak lebih murah dri beli sikit buat stok budak2 oklah tu kan hee

      Delete
  2. Replies
    1. alhamdulillah Ayu lazatttt dan wangi cheese tu,,

      Delete
  3. Simple aje ye Kak Noor... tapi nampak menyelerakan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak suka yg simple dan sedap Mie hahah tak perlu boh banyak bahan janji sedap kan heeee

      Delete
  4. mmg nmpk simple tu Kak Noor..sedap pulak tu...tp yg simple tu la yg liat utk dbuat..hehe..
    slmt thn bru buat akak skeluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah ya lah Qasey U kan expert tulah mesti nk try yg complicated kan heee akak ni agak M lah nk dok lama2 kt dapur tu kalau boleh hari2 nak masak yg simple dimple kapadia je haha

      thanks ucapan yg sama jugak utk QH ya

      Delete
  5. Sng kn kak nor..memlm prepr pagi dh lh msuk oven..nmpk sdap la..leh buat jgk ne.

    ReplyDelete
  6. yang ni mmg kena cuba, happy new year ye kak

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home