Copyrights @ Journal 2014 - Designed By Templateism - SEO Plugin by MyBloggerLab

Saturday, January 26, 2013

,

Pindang Ikan Kembung Menu Diet...

Share


ASSALAMUALAIKUM dan selamat tengahari untuk semua adik2 blogger, aduh rasa nya lama sangat tak ber Bw ni, biasa lah hari2 busy je kan, hatta hari ni pun curi2 masa sikit nak ber Bw, baru 2 hari tak update hahaha sehari ku rasa setahun, dua hari 2 tahun lah pulak rasa nya, menu hari ni yang paling mudah dan simple sangat, dah tak larat nak berlemak, ber ayam berdaging, hari ni ber ikan lah pulak, kalau kat Brunei masak macam ni dipanggil Ikan Rebus tapi kalau belah kita di panggil Pindang ke Singgang ok kot kan kedua2nya..

Dah lapo ni jom tengok resepi lah ya zoommmm.....




BAHAN

2 ekor ikan kembong dibersihkan
1 batang serai di ketuk
3 ke 4 helai daun kesum
2 keping asam keping


BAHAN TUMBUK

1/2 inci halia
4 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
garam dan perasa secukup nya


CARA

Masukan bahan tumbuk dalam periuk bersama air secukupnya, tambahkan asam keping dan serai jugak garam dan perasa dan biarkan mendidih.  Dah cukup rasa masam pedas masin tu boleh lah masukan ikan dan daun kesum golek2kan je ikan sebab kalau lama2 nanti hancur pulak
Pindang kita dah siapppp boleh lah makan dengan nasi putih yang panas wow...

SEDAPPP.




DIET ni masa ingat je, kadang2 tu makan tak hingat dunia jugak hee, ok jugak kan janji ingat, daripada tak ingat langsung BAHAYO TU....

6 comments:

  1. aii... rasa nak cekau je ikan kembung tu... tapi gambar je... telan air liur aje laa...

    ReplyDelete
  2. Assamualaikum akk hrp sihat...lauk fv juga ni...dan salah satu manu bajet juga....org dlm pantang dan yg x bepantang pun boleh mkn juga....sdp harum letak daun kesum....

    ReplyDelete
  3. assalam kak noor
    sedap kak lauk gini sy sukerrr he he leh letak kuah lebih hirup fuhhh memang layanlah

    ReplyDelete
  4. Slmt berhujumg minggu k.Noor
    dah terhidangpun snow cheese cake di rumah k.Noor...yumm
    sy suka lauk ikan simple gini..rebus..pindang...tp nak mkn dg sambal atau cicah dg ulam..lagi selera mkn...

    ReplyDelete
  5. Assalam kak noor.. hamboihhh.. meleleh air liur nengok ikan tu posing dalam kuah tu.. :b

    ReplyDelete
  6. Macam ikan selar bukan kembung ni

    ReplyDelete