Roti Gulung Sosej Bercheese

Roti Gulung Sosej Bercheese


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi, hari ni dah 16 januari bermakna dah dua minggu lebih kita telah berada di tahun baru ni, terasa masa begitu cepat berlalu sebab hari2 mengejar masa, walaupun hanya surirumah tapi rasa nya surirumah lah yang paling banyak kerja kan, tak pernah habis kerja sampai ke malam, sepatut nya gaji kena lebih ni kerana kerja round the clock
hahaha...


BERBALIK pada resepi hari ni, kak Noor nak kongsikan satu resepi yang simple untuk sarapan anak2 diwaktu sekolah ni, sebenar nya kalau nak cepat kita boleh buat lebih awal, contohnya waktu petang atau malam untuk sarapan esuk nya, lagipun roti ni setelah disalut semua nya boleh disimpan dalam petiais atau frezer, jadi taklah kelam kabut sangat pepagi tu, janji anak2 makan hasil air tangan ibu daripada membeli hasil air tangan orang lain betul tak???

JOM tengok resepi ...



BAHAN
6 keping roti gardenia atau apa saja kegemaran sendiri
6 batang sosej
6 keping cheese slice
1 biji telur
1/2 cawan breadcrumbs
sedikit planta untuk menggoreng


CARA
Rebus sosej sehingga masak dan tos kan.
Kukus roti lebih kurang 2 ke 3 minit untuk melembutkan nya, kemudian di gelek supaya lebih nipis mudah untuk menggulung.
Ambil sekeping roti yang telah digelek nipis, letakan cheese slice di atas roti dan kemudian letakkan sosei dan gulung kemas, gamkan dengan sedikit telur.
Roti yang telah di gulung di salutkan dengan telur dan golekkan di atas breadcrumbs.
Buat lah sehingga habis roti dan sosej.
Roti ni boleh disimpan dalam frezer ke petiais ke untuk kegunaan pada masa2 tertentu.
Bila nak menggoreng panaskan sedikit planta dan gorenglah dengan api yang kecil sehingga masak dan ranggup.
ALHAMDULILLAH sedap dimakan macam tu ke, cicah sos ke, terpulang hati masing2

TEPUK dada tanya selera heheee....





OK selamat mencuba utk adik2 semua, dan akak pasti mesti semua nya dah tau kan heee, takpe sebenarnya resepi mudah ni utk rujukan anak2 jugak sebab budak2 ni resepi yg simple macam ni pun tak tau nak buat, yang diaorang tau MAKANNNNNNN JE ...


10 comments:

  1. Aduhai Kak Noor... meleleh-leleh cheese tu buat kakak ni meleleh tengok. Kakak tak pernah buat letak cheese tak terfikir pun. Tengok kak Noor buat ni baru ada idea nak tiru juga:)

    ReplyDelete
  2. agagagaagagaa..kak kalo ngidam ni mcm mane nk dpt nie???? :D

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kak Noor,nanti nak cuba buat utk sarapan anak2 pegi sklh.

    ReplyDelete
  4. yg ini mmg sedap & selalu KA buat hehehe

    ReplyDelete
  5. bukan budak2 je yang suka. Mak bapak budak pun sama suka..

    ReplyDelete
  6. sedap ni kak Noor...wt minum ptg pon ok jugakkan..xpon wt smbil tgk tv..pasti bketul skali hadap aje..hihi

    ReplyDelete
  7. cop kak...ank2 sury suka ni...best tang cis tu......

    ReplyDelete
  8. errr kak, tang gulungan sosej ni bukan budak2 je yg sukerrr, mak budak pun takkurang juge...lagi2 ada cheese dalam tu..tak cukup 1..

    ReplyDelete
  9. wahh sedapnyaaa nak cuna buat laaa

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home