Terimakasih Pada Yang Sudi Mendoakan Yg Baik2 Untuk Nabil

Terimakasih Pada Yang Sudi Mendoakan Yg Baik2 Untuk Nabil

 Gambar last year masa Nabil khatam Al Quran kat sekolah
Kebetulan mak teh dan mak tam dtg dari Kedah 
Rezeki utk tengok Nabil khatam
ALHAMDULILLAH 

ASSALAMUALAIKUM dikesempatan ini akak ingin mengucapkan berbanyak2 terimakasih pada yang sudi wish dan mendoakan yang baik2 untuk si bungsu akak tu, mudah2an semua doa yang baik2 itu akan menjadi kenyataan, maaf jugak sebab akak tak terbalas semua komen2 tu kerana tuntutan kerja2 yang tak pernah habis2 ni, biasa lah enjin lama kan kerja berhenti, pastu kerja lagi heee tapi hati tetap besar nak buat macam2.



Resepi rainbow cake ni akak sekodeng dari blog  ITA MASAM MANIS  thanks ITA segala tunjuk ajar nya, dan izinkan akak kongsikan di resepi ni di blog akak jugak ya.



RAINBOW CAKE
Rujukan : Zuraini Alias

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setiap bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.




Pertama kali membuat kek untuk birthday memang pengalaman yang sangat berdebar2 maklum takut tak jadi tapi bila nampak kek tu dah berkaler2 bertingkat macam tu hati dah sikit gumbira heee



Walaupun agak kurang cantik berbanding dengan chef dan tokeh2 kek yang lain tapi syukur lah sekurang2nya menjadi jugak insyaallah lain kali mesti nak try lagi, kalau rajin minggu depan ada lagi besday ni  haha



Potongan cake pun agak kurang bersih, ada tip tak nak kasi cantik bersih dan tak comot tu..
akak dah rendam pisau dengan air panas tapi masih jugak comot heeee..
Kalau ada tips kongsi kan dengan kak Noor ok ..


11 comments:

  1. Dah khatam al-quran senang la sikit... hati mak bonda kan

    saya baru je lepas makan rainbow kek kat opis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah Shidah anak kak Noor yg bungsu ni setiap tahun khatam Quran sejak dia berumur 6 tahun lagi, jadi setiap tahun cikgu akan pilih dia utk turut sama meramai kan majlis dan motivasi utk yg lain alhamdulillah bonda nya sangat gumbira heee

      Delete
  2. sidap nampaknyer rainbow cake akak tu...
    susah nk cr kat melaka ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Madam wah jumpa lagi kt sini ya, nak akak pos kan cikit ke Madam heee

      Delete
  3. Salam kak Noor, dah beberapa hari dah saya tak skodeng dapur kak Noor.. oo rupanya buat jamuan birthday. "HAPPY BIRTHDAY' buat sibujang bongsu tu...

    Berkenanlah tengok kek tu berkaler pelangi... teringin nak buat... tapi malassss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikmlsam Sweetie..
      ala utk family je jamuan tu tak larat nak buat yg besar sakit urat saraf memasak hahaha,thanks ur wish for my bungsu ya...
      akak pun truja jugak first time buat ni baru ada kepercayaan utk mendeco kek2 lain lagi ni heee

      Delete
  4. kak noor.. tiada yang lebih menyejukkan hati bila dpt tgk anak2 khatam al-quran kan kak... & pastinya nabil pun gembira bila dpt merasa kek dr air tangan bondanya...

    ReplyDelete
  5. sejut perut kak nor..alahamdulillah semua ank akk berjaya kan..hijau lagi kek tue..1 potong kak:)

    ReplyDelete
  6. Aslmkum k.Noor.
    Alhamdullilah Nabil dah khatam Al Quran....moga jadi anak yg soleh dan berjaya kelak.
    kek rainbow....menawan yg potong itu...nampak cera warnanya

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum K.Noor,
    Selamat Hari Lahir buat Nabil, moga menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan ayah dan ibumu serta berjaya didunia dan diakhirat. Aamiin..

    cantik kek yg K.Noor buat, tentu Nabil gembira dan berbangga dngn kek istimewa sentuhan air tangan mamaNya...moga gembira selalu....

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home