Ayam Masak Merah Kak Noor

Ayam Masak Merah Kak Noor



ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi pada semua family dan friends rakan2 blogger dan yang paling istimewa untuk semua  anak2 mama yang sangat suka dengan ayam masak merah ni, bila pulang bercuti je selalu akak tanya nak mama masak apa?? takde lain permintaan diaorang mesti nak suruh masak ayam masak merah ni, baik kakak atau pun adik2, jadi hari ni akak sibukkan diri menulis blog ni untuk rujukan anak2 tersayang yang jauh dimata dekat dihati, tapi kalau takde bahan2 yang mama tulis nanti tu, takpa janji ada bahan asas dah ok tu, asalkan masakan kita merah jadi lah ayam masak merah kan, cuma rasa nya kureng sikit lah, tapi kalau time lapar tu apa2 pun sodap ja kan..






JOM terus ke resepi lah ya..

Resepi : Ayam masak merah
Olahan : Bicara Kak Noor

Bahan kisar

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 batang serai
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup


1/2 ekor ayam di potong kecil dan dibersihkan
3 sudu cili kisar
3 sudu sos tomato atau sos cili pun ok
minyak untuk menggoreng dan menumis
garam dan gula

Untuk hiasan

1/2 biji bawang besar dibelah
4 biji cili hijau
1 biji tomato di belah 4

Caranya

1.  Kesemua bahan di atas di kisar halus dan ambil sesudu untuk di perapkan dengan ayam dan tambahkan sedikit garam, peraplah lebihkurang 10 ke 15 minit baru lah digoreng hampir masak dan tos kan.

2.  Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak dengan api yang perlahan, bukan ape pun takut dapor kotor sebab tumisan tu gerenti mercik punya hehee..

3.  Kemudian dah pecah minyak boleh lah masukan cili kisar dan tomato sos, kacau lagi biar rata dan kalau perlu boleh lah tambah sedikit air.

4.  Bila cili dah wangi lagi sekali boleh lah masukan ayam, garam dan gula dan biar kan merenih sehingga betul-betul masak, tambahkan bahan hiasan.

5.  Masak merah kita dah siap dan boleh lah menjamu selera dengan nasi putih atau nasi tomato, tapi untuk hari ni memang dah standbye nasi putih je pun takut terlajak makan banyak heee, tapi CONFEM WANGI masak merah yg campur serai dan lengkuas ni heee.

Untuk anak2 mama yang jauh tu, yang takda serai ke, lengkuas ke, boleh lah bubuh mana yang ada saja, kalau sekadar halia dan cili kisar jugak sos pun dah ok jugak,  sedap jugak masak merah tu, jangan tunggu semua ada bahan baru nak buat masak merah tau...








JANGAN BIMBANG MASAK MERAH AKAK TAK MASUKAN BUNGA TELANG NI
HANYA HIASAN SEMATA - MATA
CANTIK KAN....



Masih sempat mencuba siapa yang belum masak untuk hari ni yuk
Ikut my style nyaman bah itu..



7 comments:

  1. hiasan bunga telang tu yg mahal...he he.. sorry first time typo error merata2.. very clumsy

    ReplyDelete
  2. Sodapnya... kak noor.. peberet si Nabil ni.. ratah camtu jer :D

    ReplyDelete
  3. kak noor nak 2 ketui buat mkn malam.....:)) sedap!!!

    ReplyDelete
  4. sedap errr ayam masak merah...
    bunga telang tu mmg cantik dipandang..sejuk mata memandang kan kak..

    ReplyDelete
  5. He he ehh... Kak Noor... bunga telang yang cantik berseri tu seharusnya ada dalam entri Amie sebab kita dok tayang nasi kerabu, Encik Suami petik sekuntum2 bunga telang dari rumah kawan dia...
    Tu ayam masak merah tu memang fav ramai kak! Sedap!

    ReplyDelete
  6. Aslmkum k.Noor
    wpun anak2 k.Noor jauh dimata....dg ada blog dpt juga belajar masakan dg mama mrk...apatah lagi masakan kegemaran kan.
    kalau ayam masak merah....anak sy yg no 4 mmg cukup suka.
    cantik bunga talang itu...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home