Mini Red Velvet Untuk Birthday My Eldest Doughter Faizah

Mini Red Velvet Untuk Birthday My Eldest Doughter Faizah


ASSALAMUALAIKUM  semua adik2 blogger, hari ni 6 hb Februari birthday anak sulung kak Noor, dan untuk ke dua kali setelah ber blogging ni buat kek sendiri untuk birthday
ALHAMDULILLAH banyak sangat yang akak pelajari dari blog2 adik2 yang sudah master dalam membuat kek2 birthday, walaupun kek kak Noor tak lah secantik taukeh2 kek yang lain tapi dah syukur sangat dah boleh buat kek dengan air tangan sendiri dan di makan oleh family, dan sekarang ni dah mula berjinak2 dengan bisnis sikit2 hasil dari ber bw ni...kalau dulu bila nak birthday start lah membooking kek sana sini, dah lah mahal pastu pulak tak ikut selera kita, tapi sekarang ni bila nak birthday mesti dah ingat nak buat kek apa hahahaa
Alhamdulillah akak selalu merujuk ke blog SITI DELIMA untuk kek ni, blog RAHEL pun akak sekodeng jugak, blog QASEY HONEY, IZAH, ZILA dan ramai lagi blog yang lain sorry tak tersebut nama2 kat sini, memang banyak lah ilmu yang akak dapat sejak ber blog ni, terimakasih semua nya hanya ALLAH dapat membalas budi adik2 semua yang sudi berkongsi ilmu2 berguna.





Untuk kek red velvet ni kak noor sekodeng kat blog  CT DELIMA, thanks Ct disini akak kongsikan resepi Ct tu di blog akak jugak ya, lagipun kek ni first time akak buat jadi nak cari yang mini dulu takut tak jadi pulak kalau buat yang besar2 tu, tapi alhamdulillah menjadi jugak lah pada kak noor yang tak pandai ni kan heee, jom tengok resepi pulak bahan2 nya tak banyak sangat pun sebab dia ni kecik je...






Mini Red Velvet Cake
Di Olah : Che CT

Bahan-bahan:
1 biji putih telur gred A
2 sudu besar gula kaster
2 sudu besar mentega cair
1 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan tepung gandum dan buangkan 1 sudu kecil tepung. 
1 sudu kecil serbuk koko
1/8 sudu kecil baking soda
1/8 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu besar buttermilk
1/8 sudu kecil cuka masak
1/2 sudu kecil pewarna merah

Bekas tin susu aluminium (sebagai loyang pembakar).
Kak Noor guna loyang panjang biasa tu je lepas tu di potong dua
Sebab takde acuan bulat macam CT 
Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar kepada 180'C.
2. Pastikan tin aluminium benar-benar bersih dan kering.  Gris sedikit mentega dan taburkan sedikit tepung. ketuk lebihan tepung. Potong kecil bulat kertas minyak dan letakkan di bahagian bawah tin. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk kecil, pukul putih telur dan gula dengan whisk hingga sebati. Tambah mentega cair dan esen vanila dan pukul lagi.
4. Tambah bahan-bahan kering, gaul dengan lembut sekadar becampur saja. Masukkan buttermilk, cuka dan pewarna merah, kacau segera dan sebati. Tuangkan adunan ke dalam tin dan bakar selama 25-30 minit atau uji dengan mencucuk lidi (sehingga lidi keluar bersih tanpa adunan melekat).
5. Biarkan kek sejuk sepenuhnya. Keluarkan kek dari tin (lalukan sedikit dengan pisau ditepinya supaya kek mudah dikeluarkan).
6. Potong kek kepada 2 atau 3 bahagian yang sama rata kemuadian sapukan dengan creamcheese atau buttercream kegemaran anda di antara lapisan tersebut. selamat mencuba.

Untuk cream tu kak noor guna whipping cream je nak cepat lah tu kan pukul je sampai kental pastu make up ala kadar ..




Yang tudung biru tu tuan punya kek tapi dia jauh di sinun nampak nya kena lah mama je yang potong ni kan sebab mama yang buat heeee




INSYAALLAH  nanti kakak balik time summer nanti mama buat kek besar lagi ok

Doa mama untuk kakak semoga sihat walafiat, jaga aurat jaga solat, dan tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk menghabiskan PhD hanya setahun je lagi, walaupun sebenarnya kakak dah booring duduk di negera 4 musim tu yang hampir 10 tahun sudah
Semoga ALLAH bagi kekuatan pada kakak ya mama tau kakak boleh sebenarnya walaupun di mulut kakak kata payah dan susah  sebab dah final year ni.
INSYAALLAH kalau ada rezeki kita jumpa lagi sebelum hari raya puasa nanti yeahhhh...




16 comments:

  1. Happy Besday kat anak kak noor...semuga dia memperoleh kejayaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Mori mudah2an amin2 di atas doa nya :)

      Delete
  2. happy birthday!

    red velvet..saya suke!

    ReplyDelete
  3. HEPI BESDAY BUAT ANAK YG CEMERLANG NI SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALANYA, IN SHAA ALLAH

    ReplyDelete
  4. happy birthday utk anak kak nor!
    cantiknya RV kak nor ni

    ReplyDelete
  5. La...besday girlnya jauh diperantauan ke kak....alahai...hepy besday....:-)

    Nie la kek yg akak tayang tdi eh....geram2....!! Rvc mmg sedap....:-)

    ReplyDelete
  6. salam rindu kak noor..hepi besday wat faizah ye..moga berjaya ngan cemerlangnye dlm final exam..amin! bak sepotong RVC tu kak..ada lg x??

    ReplyDelete
  7. happy birthday buat besday girl yg comel tu... bertuah badan kedua2nya.. Faizah ada mama yang sgt prihatin & penyayang.. siap buat kek walau tuan punya badan tak dpt pulang lagi.. juga kak Noor yg punya anak yg bijak & cemerlang spt Faizah.. tahniah buat kedua2nya..

    ReplyDelete
  8. As'salamualaikum Kak Noor :)

    Aminnn Ya Allah..moga termakbul doa dari IBU nya. Happy birthday Faizah!!

    Terima kasih kak Noor sebab sudi mencuba resipi dari Dapur CT. Alhamdulillah..semoga kak Noor happy dengan resipi tu ya kak. lap you kak Noor ;)

    ReplyDelete
  9. epy birtday tuk anak tu, tahniah kak dah berjaya buat kek velvet yg sedap ni

    ReplyDelete
  10. Salam Happy Birthday saya buat si kakak... moga berjaya memperolehi Ph.D

    ReplyDelete
  11. HAPPY BIRTHDAY buat KAKAK ya.. My eldest pun baru celebrated her besday 4 Feb ari tu.. gelarannya di dalam family pun KAKAK juga.. Bila nak potong kek tu..? Nak le minta sepotong..

    ReplyDelete
  12. assalam kak noor
    hepi besday buat ank sulong kak nor tu ye
    cantik kek mama ni

    ReplyDelete
  13. kasih seorang ibu mmg begitulah pancarannya.buat kek walau anak tiada di sisi..semoga diberkati Allah buat si kakak

    ReplyDelete
  14. terima kasih banyak untuk berbagi informasi, Semoga Tuhan memberikan yang terbaik buat Kita Semua

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home