Muffin Coklat Pisang & Kawan2 Sambut Tetamu Hari Ni..

Muffin Coklat Pisang & Kawan2 Sambut Tetamu Hari Ni..


ASSALAMUALAIKUM 
SALAM hari minggu untuk semua yang sudi berkunjung kesini, semoga sihat2 saja dihari cuti ni ya, akak agak sibuk hari ni sebab ada tetamu yang sudi berkunjung kerumah, nak jugak buat persiapan ala kadar, walaupun sebenar nya tetamu tak minta pun apa2 kan, tapi dalam hati ni kalau ada orang yang sudi singgah kat rumah kalau sekadar air kosong je macam tak sedap rasa nya, so merajinkan diri lah buat serba sikit menu  yang kak Noor tau..



Muffin ni akak sekodeng dari dapur CHEF HANIELIZA, kebetulan pulak dah ada pisang yang di bawa oleh sahabat yang jugak berkunjung semalam, daripada pisang tu lebam dan hitam gitu je baik buat muffin ni ramai jugak yg minat sebab ada coklat tu






Muffin Pisang Coklat
                 Muffin Pisang Coklat Rice
Olahan  : Bicara Kak Noor

140 gm butter atau majerin
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan tepung gandum ~  diayak ( kak Noor guna self raising flour )
1 s/k baking powder ~ diayak
1 cawan pisang ~ yang telah dilenyek ( blend je senang )
2 s/b serbuk koko
1/2 cawan coklat cip ( kak Noor guna potongan coklat bar )
Sedikit badam cincang ~ untuk hiasan ( sedikit hirisan pisang )

Panaskan suhu oven pada 180C
Sediakan cup kertas secukupnya dan susunkan dalam loyang muffin
Ketepikan

Gaulkan butter dengan gula sehingga sebati.
Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau sebati.
Masukkan tepung yg telah diayakkan.
Masukkan pisang dan serbuk koko. Kacau rata.
Masukkan coklat cip dan kacau lagi ( potongan coklat )
Masukkan adunan dalam muffin cup.
Taburkan sedikit coklat cip dan sedikit badam cincang di atasnya ( hirisan pisang )
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
Sejukkan atas redai kueh dan hidangkan.







Karipap tu kebetulan dah  buat utk frozen tu maka nya goreng je, cotton cheesecake pulak main campak2 je resepi nya dah ada dalam blog ni, boleh cari sendiri ya sebab dah banyak kali buat mendapat sambutan hangat hahaha





Dan yang kat atas ni hanya mee bakso je, disamping sambal2 kesayangan ku, supaya tetamu tak lah makan manis2 je kan nak jugak merasa yang agak pedes2 gitu, ada yang teringin tak??
Jom sila terbang ke, berenang ke hahaa
Tak tau lah apa kata tetamu hari ni sedap ke tak sedap ke, janji tugas den selosai  heee

LATEST NEWS
Tetamu kata sedap hahaha
Semuanya memikat jiwa chewahhhh
Kembang semangkok makcik ni heeeee

Nota kaki
Pada siapa yang sudi boleh lah LIKE kat pages
Dapur Kak Noor kat Fb tu ya 
Untuk meriahkan dapur akak yang masih baru ni dengan rakan2 blogger
Baru hampir 3 mingu open dapur tu, belum ramai yang LIKE
ITU  PUN  KALAU  SUDI  LAH  YA...
Thanks  banyak2 pada yang susah2 tekan LIKE :) :)

12 comments:

  1. assalam kak noor
    memang mengancam menu2 kak noor ni, kalu sy jadi tetamu pun tentu puas makan ni he he macam2 ada tu
    rajin kak noor ni

    ReplyDelete
  2. nasib baik jauh, nak berenang takut x sampai lak.... tengok jer la menu sedap2 tu sambil telan air liur. glupppp!

    ReplyDelete
  3. Kak Nor

    saya kalau tengok masakan akan memang terliur la.... untung orang2 keliling akak dapat merasa masakan akak ni

    ReplyDelete
  4. kalau Kak Noor yang masak konpem sedap nih...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak Nor,
    Nak tanya soalan luar tajuk ni..
    Kak Nor ni asal dari mana?

    P/s;
    Sham ada terima fren req di FB.. betul ke itu klon Kak Nor?

    ReplyDelete
  6. bertuahnya kalau jadi tetamu kaknoor.Bila la nak rasa masakan kak noor ni ye

    ReplyDelete
  7. as salam k.noor...
    tak kan kembang semangkuk jer kat noor...mana cukup..kalau ucu yg jd tukang makan masa tu..mesti buat mukax malu lah minta tapau bw blk...

    ReplyDelete
  8. andai rumah kak Noor disebelah rumah saya, dah lama saya terbang...(kalau tuan rumah jemput..ekehkeh,,,)

    ReplyDelete
  9. Sila jeles ya dengan juadah yang kak Noor sediakan untuk tetamu ni.... Boleh berenang tapi takut tak sampai... stamina tak power... mana tahu belum sempat landing di Pantai Brunei... jerung dah tunggu... waaaa!

    Saya nak yang macam ni juga kalau nanti saya gi Brunei....

    ReplyDelete
  10. Sedapnya muffin tu... bertuah tetamu kak noor :D

    ReplyDelete
  11. Aslmkum k.Noor
    bila tahu ada tetamu nak dtg ...sikit sebnyk rasa nak masak jugakan....hidang buat tetamu...ralat rasanya kalau tak da masak apa2.tp tengok hidangan k.Noor ni special ada mee bakso, kek dll.
    re; jubah itu mmg labuh maklumlah saiz Arab...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home