Nasi Lemak Yang Bukan Buah Bidara heeeee...

Nasi Lemak Yang Bukan Buah Bidara heeeee...



ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi semua, masih sempat lagi ucap selamat pagi ke ni, rasa nya kalau belum pukul 12 tengahari masih pagi kan, hari ni merangkap dari pagi sampai ke petang ni makan nasi lemak, sebab baru berbaloiiii  masak sekali makan 3 ke 4 kali hee
Menu ni akak dah try banyak kali dan kalau ada yang mencoba boleh lah tengok resepi nasi lemak ni kat SINI ya, sebenarnya tak susah pun nasi lemak ni, bukan apa sebelum ni dah tengok kat blog Mori dok tayang nasi lemak daun pisang ni, sebelum tu blog CMG kot, apa lagi tahan lah  akak dan anak2 nengok kan, so hari tu terus buat satu peyok bosar dan makan je hari ni seharian..




RASA mudah pulak kalau bungkus ni anytime anywhere boleh makan




ADA yang teringin tak ?? sudi2 kan lah ya heee


YANG pasti tuan umah dah boleh santai lepas ni dan boleh goyang kaki tengok tv WHI sambil makan nasi lemak ni...

9 comments:

  1. Amboi senangnya hati... tak elok tau makan sambil menggoyang2 kaki. Org tua2 marah.. masa makan duduk elok-elok jgn bertenggong cam tu tak baik... : )

    Psst! iye ke buat tu... macam beli je... berbungkus-bungkus dengan surat khabar.... musykil2... haha... jgn marahhhhh!....hehehe...

    iya, iya... kak Noor buat! tau... kak pandai masak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg senang hati skrg ni sbb baru dpt santai ni Sweetie, mana lak bertinggong makan kt atas kerusi la adik cayang..

      eh tak percaya ke, sumpah wallah buat sendiri, sbb tengok kt blog cmg tu dia lapis lagi dgn suratkhabar so ikut lah, lagipun daun pisang tu kecik benor, tulah sampai terbuka kt atas tu tk dpt tutup habis,,

      semua orang pandai masak kalau sekadar nasi lemak ni kan, U punya lagi sedapppppppp kan

      Delete
    2. mestilah Sweetie merajuk pada yang sayang heeeee, kalau merajuk pada yg tak peduli sia2 saja kan betul tak dear :)

      Delete
  2. aduhai sedapnyer kak noor letak pulak atas daun pisang perghhhhh!

    ReplyDelete
  3. salam Kak Noor, sambal tu...eeee gerammmm

    ReplyDelete
  4. Kak Noor cayangggggg!
    yang tak tahan bila nampak nasi lemak ni tang daun pisangnya! Mengundang seribu satu nostalgia... sebab kita membesar dengan nasi lemak... he he ehhh syahdunya!

    ReplyDelete
  5. kak noor....nk sebungkus, berapa hinggit ni hihikk
    sedappp nampk tu dgn ayam goreng, kalu gini takyah mkm tengahari dah kan
    kita sabtu br dpt msk nasi lemak

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home