Polos Red Velvet Cupcake Untuk Makan-makan

Polos Red Velvet Cupcake Untuk Makan-makan


ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang untuk semua pengunjung blog akak, baik anak2 atau mak anak2 heee, semalam akak menggodek RVC ni just untuk makan2 je lagipun ada yang minta akak buatkan RVC ni, jadi try lah selak resepi kenkawan, terjumpa resepi dari ANNA QAWINA bekenan lah pulak, jadi akak try buat 1/2 je adunan tu, biasa lah kan nak cepat, sambil sukat sambil masuk mixer, ingat dah ok lah semua separuh akak sukat tu, tiba2 bila dah RVC dalam oven baru teringat yang buttermilk tu akak masuk semua untuk satu adunan, untuk sedapkan hati kata takpe lah sebab untuk makan2 je tak jadi pun ok lah sendiri yg nak makan.   Tapi bila oven dah berbunyi TING!!!!! cepat2 akak gi bukak, macam ok lah naik tapi tak lah tinggi sangat, dah sejuk sikit akak rasa lah RVC yang terlebih buttermilk tu adusssss rupanya sangat lembut dan sedap, suruh anak2 rasa dan akak cerita lah dari A-Z yg akak terlebih buttermilk tu, tapi dia orang cakap yang ni lebih sedap dari yang akak buat sebelum ni, hahaa 
ALHAMDULILLAH 
Ingat bila nak buat untuk orang mesti nak lebihkan buttermilk ni supaya lebih soft dan moist..



Pada adik2 yang belum pernah mencuba resepi ni sila lah godek2 resepi ni memang sangat sedap, rasa nya lain kali buat ingat nak lebihkan buttermilk lagi, daripada tak sengaja kepada sengaja lah pulak, kalau tak percaya cakap akak  mesti kena try sendiri tau, baru tau keenakan RVC yang lembut ni

Untuk ANNA QAWINA  izinkan akak share resepi tu kat sini tapi akak buat versi tersilap ni lah ya sebab dah jatuh cinta dengan benda silap ni heeee






RED VELVET CUPCAKES
Sumber : Nurul@cake2u

Bahan-bahan
 
A:
  • 300 g tpg gandum
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camt baking powder
  • 1 camt soda bicarbonate
  • 1 camt garam

B:
  • 125 g mentega tawar(saya guna tatura unsalted butter)*Ana guna buttercup
  • 280 g gula castor

C:
  • 2 biji telur (gred B)

D:
  • 1 camt esen vanilla
  • 1 camt cuka putih
  • 1 camb pewarna merah

E:
  • 240ml buttermilk(saya guna jenama Pauls-ada dijual di cold storage & kedai2 bakeri supply) *Ana guna bancuhan susu segar/susu cair dgn cuka (Campurkan 240ml susu segar (susu cair ) dan 1 sdb cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)*edit 04/04/2012*


Kak noor hanya guna separuh je dari sukatan resepi di atas  tapi buttermilk tu akak guna semua untuk sukatan satu adunan, ALHAMDULILLAH sedap sangat
Sebab untuk makan2 je jadi akak tak letak icing apa2 pun.

Cream cheese icing:
  • 360 g cream cheese
  • 70 g mentega
  • 200g gula icing

CARA-CARA:
  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Masukkan batter/adunan dalam acuan cupcake dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Isi 1/2 cup sahaja ya..
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

Untuk Icing:
 
  • Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masuk kan gula icing ...kacau sebati.
  • Hiaskan ikut suka.




Tengoklah bila di belah aduhh betapa moist nya kek tu sampai sekarang ni masih lembut tau
mmmm yummy mummy....


7 comments:

  1. saya pun dah mark resepi ni kak noor, rasa teringin nak makan kek berkeju, dengan aising keju lembut aihhhh rasa dah meleleh dah... :)

    ReplyDelete
  2. RVC memang sedapkan Kak Noor... Encik Suami kalau makan RVC tak tahu nak berhenti ha ha ahhh.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Noor,
    Anak anak saya kalau dapat kek ni, berulang ulang depa mai angkut. Kalau ada tempahan mesti kena buat lebih huhuhu....

    ReplyDelete
  4. Salam kak noor,haritu dh buat resepi tokey nii...ni nk buat lagi pun guna resepi jgk..kli nk letak buttermilk lebih lah jgk ikut kk noor lah...sbb suka moist...:-D

    ReplyDelete
  5. Salam kak noor,haritu dh buat resepi tokey nii...ni nk buat lagi pun guna resepi jgk..kli nk letak buttermilk lebih lah jgk ikut kk noor lah...sbb suka moist...:-D

    ReplyDelete
  6. Slmt berhujung minggu k.Noor
    mmg jadi moist kek bila letak susu lebih....kira experiment jugak ni kan. tp RVC mmg sedapp....

    ReplyDelete
  7. ada kelainna sikit red velvet yg ni ye kak...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home