Ikan Bilis Goreng Ubi Kentang

Ikan Bilis Goreng Ubi Kentang


ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang semuanya, hari ni hari sibuk, dari pagi keluar sampai ke tengahari, dah balik kena masak lagi, jadi masak yang paling simple dan cepat hanya ikan bilis goreng kentang campur kacang2 ni saja lah selain dari telur dan sardin, telur selalu boring jugak kan untuk selamatkan perut di waktu tengahari ni, sardin pun kabar nya tak boleh di amalkan sangat, jadi ikan bilis goreng pedas ni lah pengalas perut di tengahari ni selain dari sayur campur2. 
Mr hubby ni memang tak suka sangat beli kat kedai entah kenapa tak ikut selera nya kot, kadang  tu terlalu masin, takda rasa dan macam2 complain lagi, tapi kalau mak we dia masak semua nya ok je hahahaha angkat bakul ke naik lift tak tau lah, tak kisah lah tu kan janji makanan habis dan perut kenyang.





Resepi ni pun sangat mudah, lagipun kalau dah standbye cili kisar kat dalam petiais tu lebih memudahkan kerja kita ibu2 semua betul tak? tak sampai 10 minit dah siap menu ni, akak rasa semua orang pun pandai kan masak yang ringkas ni, tapi untuk rujukan anak2 yang baru berjinak2 dengan dapur tu disini biarlah di tuliskan resepi nya

RESEPI    : IKAN BILIS GORENG UBI KENTANG
OLAHAN : Bicara Kak Noor


BAHAN
1 cawan ikan bilis di goreng ranggup
1 biji kentang didadu dan digoreng
1/2 cawan kacang di goreng ranggup
2 sudu cili kering kisar
1 sudu cili sos
2 ulas bawang putih tumbuk
3 ulas bawang merah tumbuk
1/2 biji bawang besar di hiris
minyak secukupnya
garam dan gula

CARA
Panaskan kuali dan letakkan minyak dalam 2 sudu dan tumislah bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan cili kisar, kacau biar pecah minyak masukan cili sos,letakan garam dan gula.  Bila sudah garing dan wangi masukan ikan bilis goreng, kacang goreng dan kentang yang sudah di goreng tadi jugak bawang besar, kacau sebentar saja di atas api dan boleh lah diangkat.
Sedap dihidangkan dengan nasi panas masa2 suntuk adik2 boleh lah cuba ringkas dan sedap.




LEPAS makan ada projek di luar rumah dah menanti jadi just simple2 dah lah ya
Ok selamat bersantai untuk semua
Take care dan be happy walaupun banyak kerja menanti....


9 comments:

  1. Yang ini mmg sedap kak noor, makan dgn nasi putih panas lagi best !

    ReplyDelete
  2. memang sedap sangat ni kak noor.. dapat makan ngan nasi panas2.. perghhh.. aduhhhhh.. kenyang tak hengatt..!

    ReplyDelete
  3. menu yang evergreen... dari dulu sehingga sekarang..kan kak noor..

    ReplyDelete
  4. Baru buat semalam kak noor... anak2 suka sgt wlpn simple ;-)

    ReplyDelete
  5. bestttttt...zila nak kak noor...ni la lauk paling sedap...sempoi n relax je makan..tau2 dah tambah..

    ReplyDelete
  6. salam kak,

    housemate sy suke giler wat sambal camni...ratah pun best..

    ReplyDelete
  7. Kalau saya dah tkyah lauk lain ni kak noor.. Sedapp..

    ReplyDelete
  8. saya tambah ayam dan sotong...gempal siot..ngeh ngeh

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home