Karipap Pusar Inti Kacang Merah

Karipap Pusar Inti Kacang Merah




ASSALAMUALAIKUM dan selamat sejahtera untuk semua nya yang sudi berkunjung di blog akak yang tenggelam timbul ni, maklum lah banyak kerja perlu di bereskan, kalau boleh dan ada masa memang nak sentiasa ber BW dan berkunjung di blog kenkawan tapi apa kan daya ku, sekarang ni masa amat mencemburui, tapi ALHAMDULILLAH sekarang ni dah ada maid baru lebihkurang seminggu lah syukur sangat dapat maid yang menepati citarasa akak sekeluarga, patut lah yang dulu2 tu pergi ada yang 2 bulan, ada jugak 4 bulan, lari dari rumah, rupa nya ALLAH nak menggantikan yang lebih baik, menutup aurat dan tak berkira kerja apa pun, semoga yang ni akan bertahan lah AMIN YA ROBBAL ALAMIN..





BILA dah ada maid start lah merajinkan diri buat itu ini, hari ni akak nak kongsikan resepi karipap pusar yang intinya paste kacang merah, siapa yang peminat kacang memang sangat sedap karipap ni ranggup dan ada manis2 agak ada kelainan lah
Resepi ni sebenarnya akak rujuk dari blog Spices Journey yang nampak sangat cantik dan mengancam karipap yang SHEILA Spices Journey buat, jadi nya ada yang tak tahan nengok, kebetulan dah ada paste kacang hitam untuk memudahkan kerja tak payah buat inti jadinya akak buat lah karipap yang simple ni, untuk SHEILA izinkan akak share resepi Sheila kat blog akak jugak ya utk rujukan kenkawan lain istimewa utk anak2 akak yang dah besar panjang tu...

BAHAN DOH A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin


BAHAN DOH B
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/2 cawan air anggaran

BAHAN INTI
Kak Noor guna paste kacang merah yang ready made tu, tapi kalau tak ada boleh jugak guna kacang merah tu, di rebus sehingga empuk dan lembut, masukan gula secukupnya tambah sedikit garam, lepas tu kisar lah supaya tak nampak berbiji-biji dan lebih cantik.

CARA MEMBUAT NYA

Satukan semua bahan doh A.  Gaul hingga sebati dan boleh di kepal atau dibulatkan.  Bahagikan kepada 4 bahagian dan bentuk lah menjadi bulat dan ketepikan.

Untuk doh B panaskan minyak, dan tuang dalam kedalam mangkok yang berisi tepung, buat satu kawasan lekuk ditengah tepung untuk menuangkan minyak panas tu.  Gaul rata dengan senduk atau sudu ( AWAS MINYAK PANAS!!) sehingga menjadi serbuk roti.  Bancuhkan bersama air dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli.  Uli hingga sebati dan agak  tak melekat di tangan.  Doh di bahagi 4 dan dibulatkan.

Gelekan 1 bahagian doh B yang telah di gelekkan tadi dan masukan 1 bahagian dari doh A .  Bungkus menjadi bulat dan ketepikan.  Ulangi untuk doh2 seterusnya. 

Doh yang telah disatukan tadi di gelek sederhana tidak tebal dan tidak nipis. Kemudian  gulung dan gelekan lagi sekali ke atasnya.  Sama macam tadi sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya, selepas proses ini rehatkan doh sebentar lebihkurang 15 minit agar mesra dan lembut.

Ambil doh dan potong 6 untuk karipap biasa, tapi akak buat karipap ni yang bentuk nya bulat makna nya guna dua lapisan untuk satu biji karipap tu, jadi mestilah lebih nipis, untuk karipap ni kak noor potong  10 untuk dapat 5 biji karipap pada satu doh. Gelekan sedang2 saja jangan terlalu nipis masukan inti dan tutup dengan satu lagi lapisan dan klim lah cantik2 ya..

Untuk menggorengkan panaskan minyak biar betul-betul panas dengan api yang sedang2 tapi jangan terlalu kecil sangat takut karipap ni menyerap minyak jadi nya pandai-pandai tukang masak lah ya, goreng biar keperangan gitu baru lah di angkat dan tos kan, kemudian boleh lah dihidangkan dengan minuman kegemaran masing2 ya...memang malatop ni..





SELAMAT MENCUBA UNTUK ADIK2 SEMUA YA
DAH BIASA KITA MAKAN KARIPAP INTI PEDAS KALI NI BIARLAH YANG INTI MANIS PULAK DI TAMBAH DENGAN RANGGUP KARIPAP NI MEMANG SEDAP.


16 comments:

  1. Salam kak...apa kabo lama tak komen kat sini..pagi2 dah tayang karipap ni...:)

    ReplyDelete
  2. Assalam n good morning kak noor.. Amboi sedapnya klu dpt sarapan karipap pusar ni..

    ReplyDelete
  3. Cantik kejadian pusarnya...rangup jer nmpk... bestnya !!

    ReplyDelete
  4. assalam kak Noor..wah2 udah la karipap bulat,pusing2 lak tu..nampak montok sekali hihi..
    Kulit pun rangup la...hati memang teringin nk cuba..tapi apa kan daya,yg tak pusing pun tak reti..beli aje lah 5 ketoi 2 hengget hihi

    ReplyDelete
  5. X pernh buat inti kacang lagi..nnti blh try :-)

    ReplyDelete
  6. rajinnya kak noor buat...umi masih gagal...kena cuba lagi...nak cantik mcm kak noor punya

    ReplyDelete
  7. Salam kak noor...

    cantik karipap kak noor...

    ReplyDelete
  8. salam syg kak nor..
    wahh brputar2 giteww..x pernah lg rasa yg ada inti kacang dlmnya kak..biasa mkn pau kacang jew..mesti sedap nie..

    ReplyDelete
  9. assalam kak noor
    lawa la kak noor karipap ni
    tak penah makan yg berinti kacang merah tp kacang merah tu memang sedap, sure blh try nanti ni

    ReplyDelete
  10. As'kum Kak Noor sayang yang cantik dan ayu... anggun bak bidadari... wahh! ayat power sha turunkan kat sini.. sebab takut Kak Noor merajuk sebab lama sha tak singgah sini.. sha busy Kak Noor.. harap maklum... hari ni i free so i try my best untuk BW.. sebanyak rumah kengkawan yang boleh..

    Dan Kak Noor.. sha datang dapur Kak Noor tetiba ada karipap pusar.. terus biji mata ni berputar-putar..... sambil tapak tangan lap mulut.. ngencessss.............

    SAlam penuh kasih sayang buat Kak Noor yang awet.. muahhzzzzzzz

    ReplyDelete
  11. Tahun lepas kan dah buat karipap ni? (ewah, tahun lepas punya cerita nak ungkit kat sini plak! kheh..kheh..kheh...)

    Kak Noor saya selalu 'feil'lah kalau bab karipap... bukan takat menguli dohnya... menggorengnya pun 'feil' Kulitnya tu tak licin... bengkak bengkik. Orang kata minyak misti panaslah... goreng tenggelamlah... sume dah ikut tapi tetap tak cantik jugak... habih apalagi petuanya?

    ReplyDelete
  12. Cantik molek jer karipap posing ni Kak Noor...gue jeles la bab tak sempat2 lagi nak membuatnya..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home