Bicara Kak Noor

Lemak Cilipadi Siput Sedut Bersama Belimbing Dan Terung Pipit

17


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua nya,  baru lepas tengok berita kat tv3 macam2 berita ada, sedih suka duka,  dan ada jugak berita yang antara percaya dan tidak 
WALLAHUAKLAM HANYA ALLAH YG LEBIH TAU SEGALANYA




Masak lemak ni ialah menu tengahari tadi, memang jarang masak ni sebab tak ramai yang makan pun, hanya dua orang je yang rajin menyedut ni, akak dan anak kedua akak Maisarah ni, yang lain tengok apa tu!! apa tu!! Mr hubby pun tak reti nak menyedut jadi semangkok besar tu kami dua beranak je yang habiskan.  Kebetulan dah terjumpa siput ni kat pasar semalam teringin jugak, resepi biasa lah siput ni tak tau yang lain selain dari masak lemak cili padi je





BAHAN
1/2 kg siput sedut
5 biji cili padi * nak lebih pun ok 
3 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 batang serai di titik
3 helai daun limau purut dihiris
4 biji belimbing buluh dibelah
2 tangkai terung pipit
2 cawan santan
garam dan perasa secukupnya

CARA
  • Bersihkan siput dengan cara meramas dengan daun pisang supaya hilang kotoran, kemudian baru lah di buang hujung nya tu dan di cuci bersih dan toskan.
  • Tumbuk atau kisar cilipadi, kunyit, bawang merah sehingga lumat.
  • Masukan bahan tumbuk dalam periuk, serai yang dititik,  tambahkan 1 cawan santan dan masak lah sehingga mendidih masukan siput.
  • Dengan menggunakan api yang perlahan selalu lah kacau supaya santan tak pecah minyak.
  • Sudah mendidih lagi sekali boleh lah masukan belimbing buluh, terung pipit, dan lebihan santan tadi bersama garam dan perasa.
  • Bila secukup rasa tutup api dan taburkan hirisan daun limau purut, dan boleh lah dihidangkan.
  • Masakan siput sedap di sedut secara meratah je, sebab kalau makan dengan nasi alamat lambat lah nasi tu habis asyik dok menyedut je heee...




Masakan kampong ni selalu nya kegemaran orang-orang veteren ni kan




INI menu peneman sang kopi petang tadi,  COTTON CHEESECAKE esuk ada rakan FB nak datang kerumah, jadi nya akak buat lah cheesecake ni atas permintaan dia jugak, maklum orang sedang pregnant kesian jugak kan, teman ni belum pernah jumpa hanya dok sembang kat wall je, esuk INSYAALLAH kalau ALLAH mengizinkan dapatlah bersua muka, rakan se daerah masa di Malaysia, sama2 merantau kat negeri orang.

Tujuan buat mini cheesecake tu supaya kalau anak2 teringin sangat dapat makan yang ni dulu sebelum nak potong esuk tu kan heehee masa akak tulis dah langsai pun "si Mini" tu

17 comments: Leave Your Comments

  1. Akak...kenape sedap sgt niiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fav siput sedut ke ni adik cayang, masih ada lagi ni ambik lah satu dua buat menyedut masa ni heee

      Delete
  2. Memang layanlah klu dapat sedut ni kak noor..

    ReplyDelete
  3. mengancam betul siput sedut tu... favourite hubby and anak mori....

    ReplyDelete
  4. Assalam kak Noor, saya panggil siput belitung..suka sangat kalau masak lemak cenggini.Tapi selalu main tunjuk yg siap masak punya kui2 sebab malas nk potong muncung tuh..
    Sedap tuh kuah pekat...crut..crutttt..meleleh kuah sampai ke siku

    ReplyDelete
  5. assalam kak noor
    patut la dengar crutt cruttt tadi he heee sedap sampai tak nampak org lalu belakang kan
    he heee asben sy dan adik beradik sy semua suker kecuali saya je kak noor , kan kan bukan apa ada cerita disebaliknya rahsiaaaaaaaaa
    cerita dulu2 ketika masih kanak2 .lama tu kan

    ReplyDelete
  6. Pitpitttt...datang nk siput sedut tu..semangkuk blh..sukex3 sgt lauk tu....:-D

    ReplyDelete
  7. Kak nor ..siput sedut ....gulai lemak ngan daun kaduk ...huhhhhh dappppnyaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chik Att, ala rugi lah lupa nak boh daun kaduk sdgkan dirumah kak noor berlambak hak tkpa lain kaliiii boh banyak kaduk jgn kodok dah noooo

      Delete
  8. As salam Kak Noor, sedapnya masak lemak tu

    ReplyDelete
  9. adeeehhh.... mana nak cari siput sedut ni Kak Noor! Terliur dibuatnya...cepatlah dapat balik kampung, nak cari siput gak!!!!

    ReplyDelete
  10. salam kak...

    huhu sipur sedut masak lemak ni if kat umah sy konpem x cukup neh...

    sume peminat blake..

    ReplyDelete
  11. sedapnya masak lemak siput..sy tak penah msk sendiri siput ni.....kalo tringin bli je...heheheh

    ReplyDelete
  12. sedap masak lemak cili api siput sedut Kak Noor tu, mmg lama tak jumpa siput sedut ni teringin plak nak makan. Betul la kan kalau meratah siput ni memang tak sedar nasi belum luak dalam pinggan sebab syok sangat menyedut siput tu hee...

    ReplyDelete
  13. kak noor..

    kalau dekat boleh gak sy tolong sedut sama siput tu kak... manalah tau kot2 akak dua beranak tak abis.. hihi...

    sy tak pernah kerjakan sendiri gulai siput ni kak.. selalu mertua yg rajin masak... itupun kalau sempat kami cari siput kat sungai berhampiran rumah... kalau siput yg terjual tu sy tak pernah msk lg...

    ReplyDelete
  14. Saya tak pandai nak mengerjakan siput ni. Biasanya beli kat restoran jer sb ianya kegemaran anak anak

    ReplyDelete

Fish

klik-klik nuffnang