Pastri Puff Inti Daging

Pastri Puff Inti Daging


ASSALAMUALAIKKUM dan salam pagi isnin untuk semua pengunjung blog akak yang masih sudi bertandang samaada meninggalkan jejak atau tidak, akak harap semua nya sihat walafiat disamping tugasan harian yang tak pernah habis, malahan bertambah tapi kalau dah minat dan suka ber bw ni sedaya upaya nak jugak luangkan masa sedikit sebanyak happy kan diri sendiri dengan resepi2 mudah dan ekspres ni.  Hari ni akak nak kongsikan resepi puff pastri berinti ayam.
Jom semak resepi yuk..



BAHAN
1 peket pastri puff jenama KAWAN
1 biji telur untuk disapu atas puff

BAHAN INTI
3 biji kentang di potong dadu kecil
1 cawan isi ayam/daging di dadu kecil
1 biji bawang besar di dadu jugak kecil
2 ulas bawang putih di cincang
2 sudu serbuk kari ayam
2 tangkai daun kari di hiris kecil
sedikit planta untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Boleh ditambah sedikit cili flakes untuk lebih pedas 
Lebihkurang 1/2 atau 1 sudu besar

CARA

  • Panaskan sedikit planta bila dah cair masukan bawang putih dan bawang besar, dan kacau lah sehingga wangi.
  • Kemudian masukan bancuhan serbuk kari dan kecilkan api supaya bahan tumis tidak mudah hangus, dan kacaulah sehingga rata.
  • Bila dah agak kering air  boleh lah masukan ayam atau daging jugak kentang kacau rata dan masaklah sehingga keduanya lembut.
  • Masukan garam dan gula secukup rasa dan daun kari yang telah dihiris dan biarkan inti betul-betul kering baru lah di angkat dan disejukkan.
Kalau inti masih basah masa proses melipat puff air akan keluar jadi puff kita akan nampak tak cantik dan lembik kat tepi susah nak mengelim




CARA MELIPAT


  • Untuk memudahkan melipat  pastri puff harus di keluarkan lebih awal dari frezer supaya lebih lembut dan mudahkan kerja kita.  
  • Ambik satu keping pastri puff letakkan sesudu inti atau secukupnya dan lipat lah samaada bentuk segitiga atau secara memanjang atau apa2 bentuk ikut kreativiti masing2 dan kemaskan di tepi nya dengan garpu atau kepit.
  • Sapukan kuning telur di atas puff untuk mencantikkan warna puff tu.
  • Dah siap boleh lah di bakar dalam oven pada suhu 250'C selama 20 - 25 minit ikut kepanasan oven masing2 lah sehingga masak.
  • Siap boleh lah di santap bersama secawan kopi panas yang pastinya membuka selera .






SELAMAT MENCUBA PADA ADIK2 YANG BELUM PERNAH TRY YA..
UNTUK ANAK2 MAMA NUN JAUH DI SANA
Noor Faizah & Nabilah 
Boleh lah try mudah sangat untuk buat breakfast OK..

9 comments:

  1. kak noor, pos sikit sini..agak2 ptg ni leh sampai tak utk ina nk buka posa..posa ganti tak bis lg ni hihi.

    ReplyDelete
  2. salam kak noor..
    betul tu kak... sy ni dlm sibuk2 pun... sempat gak bw blog akak ni bila nmpak akak saji juadah sedap tu..... hehehe...

    ReplyDelete
  3. kak noor...singgah nak rasa puff rangup...

    ReplyDelete
  4. nk carik lh 'KAWAN'ni...semalam ada tgok kat kedai tapi x perasan brand apa..sedap lah kak noor..ank2 sury suka ni.



    ReplyDelete
  5. nak jugak....lama tak buat..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak Nor..Emmmm Alahai..terasa lama plak tak "mengepaff"...Guna pastry kawan memang mudah dan sedap

    ReplyDelete
  7. lama x mmbuatnya kak....bila la gaknya nak buat lgi ni....

    ReplyDelete
  8. Sedapnya Kak Noor... dapat seketui denga minuman panas secawan ni... memang nyaman aje masuk perut!

    ReplyDelete
  9. Sedap pastri puff inti daging utk minum petang....teringin la.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home