Bicara Kak Noor

Top Food Blogs

mytasteindonesia.com

Sambal Tumis Sotong Kering

9
 ASSALAMUALAIKUM dan salam sayang dari kak Noor buat adik2 blogger semua semoga semua nya sihat walafiat dan selamat bercuti pada yang bercuti dan enjoy the holiday. Hari ni Kak Noor nak kongsikan satu resepi yang tak mampu di tolak oleh ramai orang kalau peminat sotong kering lah, tapi kalau yang tak boleh makan sotong disebabkan oleh gatal ke ape tengok saja lah ya sambil telan ayo liyo..




BIASA nya kalau sambal sotong di gandingkan dengan nasi lemak tapi, rasa nya kalau dengan nasi lemak lagi lah terlajak perahu nasi tu kan, masa masak sotong akak gandingkan dengan nasi putih je itu pun dah tak terkawal dah heee. oklah jom tengok resepi dulu yuk..


BAHAN

5 ekor sotong kering sederhana besar di rendam semalaman
3 ke 4 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar air asam jawa pekat
garam, minyak dan perasa secukupnya

CARA

1.  Sotong kering yang telah di rendam  di potong kecil dibersihkan dan di toskan.
2.  Panaskan kuali masukan minyak secukupnya dan tumis lah bahan kisar sehingga wangi dan garing masukan sedikit air dan kacau biar rata
3.  Masukan sotong dan masak lah sehingga sotong betul-betul lembut, masukan air asam jawa, garam dan gula merah dan kacau lagi biar rata.
4.  Biarkan sambal sotong ni merenih dengan api yang perlahan supaya pecah minyak dan nampak cantik sambal tu.
5.  Dah masak boleh lah diangkat dan di hidangkan dengan nasi putih atau nasi lemak

Memang kaw - kaw sambal sotong ni







SELAMAT menjamu selera dan selamat berhujung minggu jugak semoga 
SELAMAT lah dalam apa jua perkerjaan yg kita lakukan.

9 comments: Leave Your Comments

  1. ya allah kakkkk..ini mmg kegemaran izwa kak!!so so sedapppppppp :D

    ReplyDelete
  2. Selamat berhujung minggu kak...merah nya sambal...nak sikit:)

    ReplyDelete
  3. Suka gak makan sotong kering ni, tapi leceh dan lambat sikit nak memasaknya dibandingkan dengan sotong segar.. nampak sedap kak Nor

    ReplyDelete
  4. suke makan tapi lmbt skit nak ngunyahnye sbb gigi goyang. hehee

    ReplyDelete
  5. Betullah Kak Noor dgn nasi putih pun dah terlajak-lahak makan apa lagi dgn nasi lemak. Merahnya dah menawan mata yg melihat. Sedapnyaaaa...

    ReplyDelete
  6. mmg sedap! seingat sy masa zaman anak dara tak pernah msk / mkn sambal sotong kering... sehinggalah berhijrah ke Selangor ni barulah pandai mkn... hehehe... sedap rupanya.. tu tgk sambal akak tu lagilah terliur dibuatnya...

    ReplyDelete
  7. Setakat ni Amie tak gatal2 kak Noor... bagilah semangkuk! Tetap habis punya Amie ratah2...

    ReplyDelete
  8. Sotong2 ni lambat nk laku kat umh sury kak noor..tapi kalau ada nasi lemak laku pulak..pelik ..ssotong kering ni femes kalau time pose kalau kat kampung,depa buat sotong tutok..sedap tau...cicah dengan sos cili..:-D

    ReplyDelete
  9. Kak Noor sotong kering rendam dgn air biasa tau ada ubat dia

    ReplyDelete

Fish

klik-klik nuffnang