Donat Keledek Oren Menu Breakfast

Donat Keledek Oren Menu Breakfast



ASSALAMUALAIKUM dan salam pagi jumaat yang berkat untuk adik2 semua, semoga hari ni hari yang paling bahagia sekali disamping tugasan harian kita,  tunaikan demi kewajipan dan semata2 mengharap redho ALLAH bukan kerana terpaksa atau kerana sesuatu hajat, kerana bimbang segala keletihan kita menguruskan rumah tangga hanya mendapat penat dan lelah saja
NAU'UZUBILLAH .....

PAGI ni akak nak kongsikan resepi donut yang akak intai dari blog IZAH, sebab nampak gebus je donut IZAH tu tapi bila kak noor buat taklah segebus sifu tu,tapi rasa nya tetap mengancam, tapi akak tukar dari labu ke keledek oren sebab memang beli keledek untuk buat donut pun.







DONUT LABU RESEPI II ( Donut keledek oren )
olahan dari donut kentang kak 1
by: izah 
olahan : kak noor

200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi kentang *izah guna labu *kak noor guna keledek oren
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
*labu dipotong baji bersama kulit. Kukuskan sehingga labu lembut.
Amik labu mengikut sukaatan dan lenyek.
*cara nya sama saja dengan izah cuma kak noor guna keledek oren.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang (labu) lenyek dan bahanbahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.




THANKS  IZAH, akak dah kongsikan resepi donut ni kat blog akak ok..
Untuk tatapan anak2 akak bila diarang berkeluarga nanti...




MEMANG sedap donut ni lembut dan gebus gebas, tapi kak noor punya tu agak kureng sikit lah beso nya tu cuma rasa nya memang mantoppp



JOM berdonut pulak kita pagi ni...


15 comments:

  1. assalamualaikum kak noor..zila belum sarapan ni..(",)ce bg seketui..

    ReplyDelete
  2. uhhhh sedap tergoda nyer tgk kuih ni!

    ReplyDelete
  3. salam knoor...ros baru buat last week. resepi yg sama gak. mmg gebus

    ReplyDelete
  4. Asslmkm kak noor.
    Sedap ni. . Suka sgt klu gn keledek kuning tu. Bau dia wangi n xtra sedap. Ni mkn seketul x cukup ni. Hee

    ReplyDelete
  5. wow banyak tayarlah kat sini...he3..sowwyyy gurau je...btw mmng sedap donut keledek ni...yatie pun dah pernah buat mmng sedap...

    ReplyDelete
  6. wahhh bestnye.. nak cuba lah..
    salin resepi sat.. nak cari bahan.. nak kuar ni gi giant.. :D

    ReplyDelete
  7. opsss.. dah.. cuma kena cari keledek oren dan mauripan je.. :) yeahh!!! harap2 project menjadi..

    ReplyDelete
  8. Tak prnh buat lagi yg versi keledek ni kak noor..nnti nk try gak...tggu mood mendonat mai dulu :-)

    ReplyDelete
  9. Ishkkk..issshhkk Kak Noor...menggoda betul donat keledek orennya tu! Tiba2 teringat pula kuih keria keledek masa kecik2 dulu...

    ReplyDelete
  10. maveles nya tengok donut nie kak noor...

    ReplyDelete
  11. Uhuhuhu.... bila la agaknya saya ni nak pandai masak macam kak noor ye... vitamin M saya banyak sangat la

    ReplyDelete
  12. assalam kak noor
    ada donut utk sarapan, mesti ni kalu kat umah sy he heee
    cantik kaler oren isinya

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home