Bicara Kak Noor

Top Food Blogs

mytasteindonesia.com

Kerabu ULam & Perut Yang Mudah.

11


ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu  untuk semua nya yang sudi singgah di blog kak Noor yang tak seberapa ni, dah hari  minggu rupa nya kan,  tentu ramai yang busy dengan macam2 agenda,  lagipun tak lama lagi nak pilihanraya tentu masing2 dah tak sabar nak mengundi kan, ada buat baju raya ke time pilihanraya ni !!! haha kak Noor jugak yang melepas ni tak pernah mengundi seumur hidup ku bila dah datang ke Brunei ni nasib badan..




OK lah hari minggu ni tak payahlah  banyak cakap kan jom lah kita tengok resepi kampongan ni, sebenarnya daun ulam semua tu semua nya di ambil disekeliling rumah je, yang di tanam hanya dalam pasu2 kecil supaya senang nak jaga dan nak bubuh baja.




Resepi  :  Kerabu Ulam & Perut Yang Mudah
Olahan  :  Bicara Kak Noor

BAHAN
Daun selom
Daun pegaga
Daun kemangi
Daun kari
Daun kadok
Cekur atau kencur
2 kuntum bungan kantan di hiris kecil
1/4 cawan ikan bilis di panggang
4 ulas bawang merah dihiris
3 batang serai dihiris nipis
5 biji cili padi hiris nipis
5 biji limau kasturi ambil air nya
1/2 kg perut lembu di rebus sehingga lembut dan dihiris kecil
garam dan sedikit gula

CARA
  • Semua daun2 ulam di hiris kecil dan ketepikan
  • Ulam2 tu kak noor agak2 saja lah campuran semua daun lebihkurang dalam 2 cawan lah
  • Masukan hirisan bawang merah, serai, cilipadi, air limau, perut, garam dan gula, gaul kan biarkan sebati, kemudian baru lah campurkan daun ulam dan bunga kantan, gaul sebati.
  • Akhirnya di tabur dengan ikan bilis panggang.
  • Rasa lah asam garam nya kalau kurang boleh lah di tambah mana yang perlu.
Untuk makluman semua kerabu ni kak noor tak letak belacan sebab bos besaq tak suka belacan dan yang sewaktu dengan nya, jadi nya kak noor gantikan dengan ikan bilis je, memang sedap lah walaupun no belacan anymore heee pada yang suka boleh letak ok takde masaalah.








Pada yang takda ulam kat rumah boleh lah ke pasar, ulam nya terpulang pada kegemaran masing2 apa2 ulam pun ok je, misal nya daun gajus ke, putat ke, atau apa yang ada di rumah lah ok jangan stress kalau takde ulam yang kak noor sebutkan kat atas tu...

OK cukup untuk hari ni jumpa lagi esuk lusa...

11 comments: Leave Your Comments

  1. Bestnya Kak Noor! Idea yang sangat bagus ni... selalunya kalau perut buat kerabu kami campur dengan pucuk paku & taugeh je... ni nampak sangat sedap kak!

    ReplyDelete
  2. Assalam Kak Noor..
    Menarik kerabu nih..nk masuk list jgk la..
    Nanti kalau ada masa nk cuba...

    ReplyDelete
  3. Suke kak, sukee..tang perut tu paling kita suka

    ReplyDelete
  4. Suka gak kerabu mcm ni..tapi tang perut tu kureng sikit le kak noor..:-)

    ReplyDelete
  5. sedapnya kerabu ulam perut tu kaknoor.lama tak makan.buat sndiri mmg tak penah la ina

    ReplyDelete
  6. bestnyer k.noor.. nak bawak lari semangkuk ya.. :)

    ReplyDelete
  7. aduh aduh...ni mau nambah nasi nye kak noor...

    ReplyDelete
  8. Yang ni memang pembuka selera...konfirm tak mkn nasi dah klu jumpa ni..

    ReplyDelete
  9. Aslmkum k.Noor
    sedapnya kerabu ulam perut itu...dah lama tak mkn kerabu perut.sy kalau kerabu suka meratah.

    ReplyDelete

Fish

klik-klik nuffnang