Mee Bandung Langgaq Style Yang Yummy

Mee Bandung Langgaq Style Yang Yummy




ASSALAMUALAIKUAM dan selamat pagi semua nya ya, akak harap semua nya sihat walafiat hendaknya disamping tugas harian yang tak pernah habis ni.  Ini menu tertangguh yang terlepas pandang, dah agak seminggu lebih kot buat mee bandung tapi tak sempat nak post dan terlupa jugaklah tu, jadi pagi ni baru lah sempat mengupdate mee ni jom kita tengok resepi yang mudah pun tarak susah2 janji ada mee dan udang jadi lah kan..




Mee Bandung Langgaq Style
Resepi :  Bicara Kak Noor


BAHAN UNTUK KUAH
1/2 kilo tulang daging di rebus
1/2 kilo udang sederhana besar
4 bungkus perencah mee bandung ADABI
2 biji telur
1/2 cawan cili sos
1 - 2 sudu cili kering kisar
5 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
Air rebusan tulang secukupnya
sedikit minyak
garam dan gula


CARA

  • Tumiskan bahan tumbuk dan sehingga layu dan masukan cili kisar dan gorenglah sehingga wangi.
  • Masukan perencah mee bandung dan air rebusan tulang dan didihkan * air rebusan bergantung kepada keperluan family sendiri lah ya nak pekat atau sedikit cair.
  • Tambahkan cili sos, garam dan gula
  • Bila dah secukup rasa boleh lah masukan udang dan pecahkan telur dan biarkan sekejab baru lah di kacau, supaya telur tidak terlalu hancur.
  • Kuah dah siap untuk di makan dengan mee...





BAHAN UNTUK MEE
1 kilo mee kuning di celur dan toskan
taugeh, daun sup, limau kasturi dan bawang goreng secukupnya.


CARA MENGHIDANG

  • Kak Noor suka letakan mee dalam pinggan, masukan kuah nya, baru letakan daun sup dan taugeh jugak bawang goreng, siapp mee bandung sedia untuk di santap, lebih ranggup hee
  • Satu lagi cara boleh masukan mee terus dalam kuah dan dimasak sekejab tapi cara ni mee tu akan sedikit lembik kak Noor tak gemar sangat.
  • Terpulang pada kegemaran masing2 lah ya...



SELAMAT MENJAMU MATA YA, SEBAB MEE NI PUN HABIS JUGAK NI
RAJINKAN DIRI  MASAK RESEPI MUDAH AKAK NI
SEDAP DAN TAK MENYUSAHKAN DIRI HEHEEE


10 comments:

  1. Wah.. bagusnya kempen utk memasak kak.. boleh jadi duta Adabi ni he he..tengok pun sodap..

    ReplyDelete
  2. meleleh air liur nengok udang beso2 tuh kak

    ReplyDelete
  3. Kak Noor,

    udang ajer tengok dah terliur..kuah mee kalau ada daging dan tulang daging mesti sedap..kita suka mee camgini..

    ReplyDelete
  4. Wow!
    Dari jauh saya datang,
    Bawa mulut dan perut lapar,
    Sampai sini Kak Noor tayang udang,
    Tak tahan liur tengok udang melingkar... ha ha hah pantun tak berapa berkualiti ni Kak Noor hihihiii...

    ReplyDelete
  5. tak pernah lg sy guna perencah mee bandong kalau buat mee bandong.. selalu dok masak gitu2 je... nampak sedp sgt tu kak noor... lama tak pekena mee bandong

    ReplyDelete
  6. Special maaa....name mee ni.terliurlah kak

    ReplyDelete
  7. waduh mgacau jiwa dbuatnya...sedapnya lahaiiii tu

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home