Nasi Dagang Cara Mudah Bersama Ikan Belanak Goreng

Nasi Dagang Cara Mudah Bersama Ikan Belanak Goreng



ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi pada yang masih sudi berkunjung ke sini, hari ni kak Noor nak kongsikan resepi nasi dagang ikut cara kak Noor sendiri lah, sebab malas jugak nak kukus tapi akak masuk je ke rice cooker, tapi ALHAMDULILLAH rasa nya pun boleh tahan jugak lah janji cukup masin masam nya memang jadi lah tu kan...



Resepi  :  Nasi Dagang Cara Mudah Bersama Ikan Belanak Goreng
Olahan  :  Bicara Kak Noor

Resepi  Nasi
BAHAN

3 cawan beras ( kak Noor campur basmathi dan beras wangi )
2 peket santan jadikan 4 cawan
1 inci halia hiris
1/2 biji bawang besar hiris
sedikit halba
garam secukupnya

CARA

Bersihkan beras dan rendam lebihkurang 20 minit.
Masukan separuh hirisan halia, bawang besar, halba kedalam rice cooker, campurkan 3 cawan santan jugak garam dan akhirnya beras yang sudah di rendam tadi dan masaklah seperti masak nasi biasa .  Bila nasi dah tanak masukan lebihan hirisan bawang dan halia jugak halba bersama dengan santan lebihan tadi, gaul rata dan on kan semula rice cooker dan tunggu lah sehingga ia masak lagi sekali . 



Resepi Gulai Ikan
BAHAN

1 ekor ikan selunsung *tak tau diMalaysia panggil ikan apa sebab takde ikan tongkol lah ni*
Bersihkan ikan, gaul dengan garam dan kunyit dan goreng sekejab

BAHAN KISAR

15 biji cili kering*
2 batang serai*
1 inci lengkuas*
1/2 inci halia*
4 ulas bawang putih*
7 ulas bawang merah*
10 biji cili padi
3 sudu rempah nasi dagang
3 cawan santan 
garam gula dan asam keping secukupnya

CARA

Panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan kisar bersama dengan rempah nasi dagang, sehingga wangi dan pecah minyak, masukan santan dan masaklah sehingga pecah minyak lagi sekali.  Memang lama untuk menghasilkan gulai yang merah, beberapa jam juga di atas api masak dengan api yang perlahan. Dah pecah minyak bolehlah masukan garam dan gula, cilipadi, asam  keping.  Akhir sekali masukan ikan yang telah di goreng kedalam gulai dan siap untuk dihidangkan.



INI pulak ikan belanak masam masin yang dah ready pun di bawa dari Kedah, di goreng dengan bawang dan cili, memang sedap di layan dengan nasi dagang, cukup semua rasa, lemak, pedas, masin dan masam baru lah terangkat.




Resepi Acar
Timun dan carrot secukupnya di hiris memanjang, gaulkan bersama dengan bawang besar dan cili merah, dicampur dengan sedikit cuka dan gula jugak garam, gaul sebati dan boleh lah dihidangkan dengan set nasi dagang, walaupun kurang macthing kot makan dengan ikan masin tu, tapi kalau dah suko layan lah saja..




OK Nasi dagang bersama gulai ikan jugak ikan masin belanak dan acar dah ready jom makan!!!
Kat sini makan mesti awal supaya dapat rehat awal haha

8 comments:

  1. Awalnya Kak Noor siapp masak2...uuu..suka betul makan nasi dagang ni...sedap banget..

    ReplyDelete
  2. udahhhhhh!!!
    fengsan tau masuk sini.. meleleh woooo.. tengok gulai ikan tu sudah.. meleleh minyak tu.. sedappppnyaaaa!!! haiishhh...
    ikan belanak goreng mmg feveret nani.. sedap sedap sedap.. x 1000 kali.. hmmmm tak tau nak komen dah ni.. 10 bintang lah..

    ReplyDelete
  3. Ya ampunn kak noor.. Tak tahannya nengok.. Huhuu..

    ReplyDelete
  4. alamak,,,, mmg feveret KA ni kak noor...

    ReplyDelete
  5. sedapnyer kak noor..
    lama tak pekena nasi dagang... meleleh air lior...

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Noor, sedapnya nasi dagang tu... agak2 kalau 2 peket santan tu sama ke dgn 1 ktk santan. x reti nak agaklah...

    Murni

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam Murni, akak rasa sama kot sbb santan peket ni rasanya kurang lemak sikit, tulah akak letak dua peket, tapi kalau yg dlm kotak tu lebih berlemak, boleh lah tu, 2 peket = 1 kotak, alah kita yg buat dia kan terpulang lah pada kita nak lebih berlemak dan berkrim letak banyak2 santan hee

      Delete
  7. waduh..dap..daap..daapnyer kak noor!!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home