Rainbow Cheese Cake Testing - Testing

Rainbow Cheese Cake Testing - Testing



ASSALMUALAIKUM dan salam jumaat pada adik2 akak yang tak jemu2 singgah kesini, kak Noor minta maaf banyak kerana kadang2 masa mencemburui sangat, akak tak dapat nak berkunjung balas di blog adik2, ada blog tu tak dapat di buka langsung, entah dimana salah dan silapnya, antaranya ialah blog ZILA 4EVER, blog INAHAR'S, kalau ada sesiapa yg boleh tolong akak sila bagitau ya cemana nak buat, pada yang telah sudi berkunjung jutaan terimakasih IN SYA ALLAH bila ada ruang masa akan akak kunjungi kalian semua 
PERCAYA LAHHHH......

HARI ni akak nak kongsikan resepi yang biasa dah kita semua iaitu cotton cheese cake, tapi  kali ni kak noor kasi kaler sikit sebab dah teruja tengok kat FB seorang kawan tu, yang buat cheesecake yang versi rainbow ni, cari2 jugak kat internet mana tau ada resepi special utk di rainbowkan cheesecake ni tapi hampa jadi akak guna resepi 
COTTON CHEESECAKE untuk di RAINBOW KAN.




Resepi :  Rainbow Cheesecake
Olahan :  Bicara Kak Noor


BAHAN


  • 140 gm gula halus
  • 6 biji putih telur  
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sudu krim tartar
  • 50 gm mentega
  • 250 gm cream cheese
  • 100 ml susu segar
  • 60 gm tepung naik sendiri
  • 20 gm tepung jagung
  • 1 sudu besar jus lemon

CARA

  • Cairkan cream cheese, susu segar dan mentega di atas api yang perlahan, kacau selalu kemudian sejukan
  • Bila dah sejuk masukan kedua-dua tepung bersama kuning telur kedalam adunan cheese dan pukul lah sehingga sebati dan kemudian tambah jus lemon
  • SEBELUM NAK PUKUL PUTIH TELUR TU PASTIKAN MIXER TU KERING BETUL2 NANTI KALAU TAK JADI PULAK...
  • Dalam bekas yang lain pukul lah putih telur,  gula dan krim tartar hingga kembang dan menjadi meringue yang macam bertanduk gitu, meringue ni kalau kita terbalikkan mangkok dia tidak akan tumpah,kalau dah jadi macam tu memang jadi lah tu ok
  • Ambil satu senduk adunan meringue masukan ke dalam adunan tepung dan kaup balikan sehiingga habis meringue tu
  • Lengserkan loyang dengan sedikit planta alaskan dengan kertas minyak dan taburkan sedikit tepung dan bakarlah dengan menggunakan cara waterbath pada suhu 160'C selama 1 jam dengan menggunakan api atas dan bawah atau sehingga masaklah
  • Keluarkan dari loyang dan sejukan,sebelum dimasukan dalam petiais sapukan filling starwberry ke,blueberry ke untuk  menambah keenakan Cotton Cheese Cake ni tapi kalau ada yang tak suka dengan filling2 ni boleh lupakan saja makan begitu saja pun dah sedap sangatttttttt...

Untuk yang versi rainbow ni adunan tu kak noor bahagi 5 bahagian dan letakan warna2 pelangi anda,  kemudian masukan lah setiap warna didalam loyang dan jangan di kacau biarkan adunan tu mengalir sendiri dan dibakar seperti biasa.
Pada yang pakar buat kek memang akan jadi lebih cantik tapi pada kak noor yang kureng pakar ni 
OK ok aje lah tapi rasa nya akan test lagi
IN SYA ALLAH







Terlupa lah pulak, yang didasar kek tu akak letakan oreo yang telah hancurkan dan letak sedikit mentega supaya adunan menjadi lembab mudah kita tekan kat dalam loyang tu ok




DAH PUAS jamu mata biar lah kak noor jamu selera ya, memang sedap sangat sebab cheesecake memang tak dapat di nafikan kelembutan dan kesedapan tu kan, hari ni cheesecake bertambah ceria dengan warna2 pelangi JOM try ...


14 comments:

  1. kak noor.. kasi alamat nak terjah.. lapar tengok kek tu.. mula2 biasa je nampak kat luar kan.. tapi gah di dlm.. perghhhh terus nak sepotong ni... nak wat minum petang ni...

    ReplyDelete
  2. wah meleleh ayaq liuq..amek tempahan x?bestnye klu ade org pandai wat kek duk dekat2 ngan rumah.nk wat sendri selalu xjadi.huhuhu. anyway feel free to visit my blog as well . wwww.vitaminsite.blogspot.com Tq

    ReplyDelete
  3. ayoo kak noor ni pelangi lepas hujan ni nak jugak eh..siap oreo bagai mau tak nak..

    ReplyDelete
  4. waiyoooo... cerianya dapur kak Noor dengan RCCnya tu....

    ReplyDelete
  5. assalam kak noor
    kak sedapnya , mesti sedap dgn cheese
    kalernya pun cantik
    dpt sepotong pun cukup ni kak noor

    ReplyDelete
  6. Dahlah warna mengancam, kakak tengok sampai tak kelip mata dalam hati gigih betul Kak Noor buat - cantik, gebu kalau dapat satu slice pun jadilah hihi...

    ReplyDelete
  7. Kak Noor..jangan lupakan daku...

    ReplyDelete
  8. salam rindu kaknoor..xleh buka blog kita ek kak? kak noor guna mozilla ke..cer try guna google chrome lak ker tengok..kot boleh..sebab kalu ikut mmg xder masalah nk buka blog kita..pepun nk minta 2 potong rainbow cake tu wat cukai..hehe!!

    ReplyDelete
  9. salam kak nor..

    x sangka ada versi cheese rainbow kek ni.apapun, cantik dan nampak moist

    ReplyDelete
  10. Salam kak noor..mmg cantik dan gebu la kak..,kalu dapat sepotong kan bestttt:-)

    ReplyDelete
  11. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home