Telur Terubuk Masin Masak Lemak Dengan Nenas

Telur Terubuk Masin Masak Lemak Dengan Nenas


ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang adik2 tersayang..
SEMOGA semua nya sihat walafiat hendaknya disamping tugasan harian
HARI NI kak Noor nak kongsikan menu orang2 tua lah yang berlemak2 macam ni, gara2 terjumpa telur ikan terubuk masin dalam frezer selepas sessi mengemas frezer semalam, yalah asyik membeli barang letak atas sedangkan yang lama tu tertimbus akhirnya di lupakan
ALHAMDULILLAH masih segar telur ikan masin tu dan rasa nya mmmm sangat sedap, tapi jaga2 je bertambah nasi dek menu ni adoiiii....




RESEPI nya macam biasa lah bahan2  untuk masak lemak biasa tu, jom tengok resepi mudah dari kak Noor


Resepi : Telur Terubok Masin Masak Lemak Dgn Nenas
Sumber: Bicara Kak Noor

Bahan 

2 cawan santan pekat
7 biji cili padi hijau tumbuk
3 biji cili padi merah di tumbuk
1 inci kunyit hidup tumbuk
3 ulas bawang merah tumbuk
secukupnya telur ikan terubuk di rendam dulu
daun selasih secukupnya
garam dan sedikit gula


Caranya
  • Masukan santan pekat dalam periuk, tambahkan bahan tumbuk dan kacau selalu supaya tak pecah minyak
  • Bila  santan mendidih masukan telur ikan dan nenas
  • Masaklah dengan api yang perlahan sehingga mendidih dan telur lembut
  • Akhirnya boleh lah masukan daun selasih
  • Tambah garam dan sedikit gula ikut selera sendiri
  • Lepas tu boleh lah ditutup api dan sediakan nasi panas - panas memang terangkat SANGAT !!!!










ALHAMDULILLAH lepas ni nak dinner dah ni jom
SAMA2 menjamu selera kampong ni ...

11 comments:

  1. kak noorrrr!!!!
    kita tengah lapar walaupun baru lepas pelahap 3 ketul karipap balance pagi tadi nye... uwaaaaaa.. telo ikan tu.. nakkkkkkk!!!!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kak Noor,terliur Nurul tgk,lama dah x mkn telur terubuk nie,mahalkan harga telur terubuk nie.

    ReplyDelete
  3. Kak Noooooor! sedapnya. Kecur air liur den dah ha... kenapakah kak nor begitu 'kejam' masak dan tunjuk lauk ni pada kitaorang. hu..hu..hu Nak pergi kat batu belah batu bertangkup lah....

    ReplyDelete
  4. Telur2 ikan mmg sy suka kak, x kiralah ikan apapun (jgn ikan jerung dah lah...hehee)..mmg terangkat je pinggan ke periuk nasi...

    ReplyDelete
  5. Membangkitkan selera di tengah malam buta...makoii...sedap tu...

    ReplyDelete
  6. Aduhai kak Noor ku sayang.. Meleleh ayor lior nengok telo terubuk tu.. Mana nak carik.. Huwaaa..

    ReplyDelete
  7. Bosa2 je telur ikan tu ye..masak lomak dengan nanas mmg mantap ..

    ReplyDelete
  8. assalam kak noor
    terliur tgknya kak, telur ikan dgn nenas tu
    makan tengahari bertambah rasanya kalu ada lauk ni

    ReplyDelete
  9. Asslmkm Kak Noor... Dah makan pun jadi lapo balik tengok masakan tu. Tak penah lagi makan telo ikan terubuk masin...Nampak sedap sangattt

    ReplyDelete
  10. As salam. Aduhaai menelan air liur tengok masak lemak telur ikan. Saya mmg suka sgt telur ikan

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home