Ayam Lemon Capsicum

Ayam Lemon Capsicum



ASSALAMULAIKUM dan salam 11 rejab utk semua nya, lately sangat  busy untuk update blog ni di waktu siang, hanya waktu2 begini je ada masa sedikit, memang kalau boleh hari2 nak update blog, tapi masa sangatttt mencemburui ku, TANDA SAYANG LAH TU KAN !!! tak kisah lah tu kan, berbalik pada resepi hari ni, resepi simple kegemaran anak2 kak Noor, ayam lemon capsicum, jom kita semak resepi dulu mana tau yang teringin nak try tokai buat ni...




BAHAN


  • 1 bahagian dada ayam di potong kecil
  • 1 biji lemon di parut atau di hiris kecil  kak noor tak letak
  • 1 biji bawang besar di potong bulat
  • 2 biji bawang putih di cincang halus
  • sedikit serbuk lada hitam
  • secukup nya capsicum apa warna pun ok janji happy..
  • 2 sudu air lemon
  • 1 sudu tepung gandum di bancuh dengan sedikit air
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • 1 sudu planta
  • 1 kiub ayam dan sedikit gula

CARA

  • Ayam di bersihkan dan di perapkan  dengan lemon sekejab kemudian tos kan dan gaulkan dengan sedikit serbuk lada hitam dan garam kemudian goreng.
  • Panaskan planta dan tumis lah bawang putih sehingga wangi kemudian masukan bancuhan tepung gandum dan air lemon tadi.
  • Tambahkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
  • Masukan kiub ayam dan gula dan rasa lah ikut kegemaran masing2.
  • Kalau kat rumah ni mesti nak ada rasa manis sikit baru "kick"
  • Bila kuah dan mendidih boleh lah dimasukan ayam, capsicum, kulit lemon dan bawang besar.
  • Kacau sekejab saja dan boleh lah di angkat supaya sayuran nya tak layu.
  • Ayam lemon dah siap dan boleh lah di hidangkan masa panas2 tu mmmm LAZATTT





OK  SELAMAT  MALAM 
Untuk semua sahabat dan adik2 Kak Noor
Selamat santai ya
Malam2 gini rileks lah
Esuk lagi sambung apa yang belum siap
Lepas ni dah boleh 
ZZZZZZZZZZ....


13 comments:

  1. salam kak noor..

    menarik menu ni..nampak senang nak buat dan pasti sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmuslam Bbwana, thanks ya sudi singgah sini, biasa lah hari ni santai sikit selalu nya tak sempat nak balas komen kenkawan hee, mmg sedap dik anak2 akak suka sangat ni try lah simple dimple je pun

      Delete
  2. Ni la dia cari nahas namanya. Malam2 blogwalking sapa suruh. Semua menyelerakan tau..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaaha cari nahas yg sedap ok ape tu Sue, jom gi dapoq kita tengok apa yg ada kat dapoq tu kalau tkde yg lain makan maggi pun sedap jugak ni malam2 hahaha

      Delete
  3. sedapnye kak noor..simple dan menarik dgn cili mcm3 kaler tu..anak2 mesti suka

    ReplyDelete
  4. salam kak Noor... wah lamanya tak update blog...

    nampak sedap ni kak.. kalau tgh tak selera makan..
    ada orang yang masakkan lagi sedap hi..hi..

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak noor...fiza ni selalu ja pening kepala pikir nak masak apa ayam...ni boleh try ni....fiza copy yer kak resepi ni...=)

    ReplyDelete
  6. Assalam kak noor, sedapnya resepi ni, ala2 chinese food gitu, i like :)

    ReplyDelete
  7. Salam kak noor .... Sedap yer lauk tu...

    ReplyDelete
  8. Kalau buat lauk ni kompom ayam je laku...capsicum je tinggal...hehhehe

    ReplyDelete
  9. salam kak..ayam lemon mmg sedap..tapikan bila tiba kat anak2 dia kata "ummi jgnlah masak ayam yg ada rasa limau"...hehh..

    ReplyDelete
  10. salam syg kak nor,
    ptg2 singgah sini jadi lapar..h ehhee baru bersiap2 nk mnggalkn opis..tgok menu kak nor trus tringin ..yummy

    ReplyDelete
  11. Hello friends, how is all, and what you
    want to say concerning this piece of writing, in my view its in fact
    amazing for me.

    Here is my homepage ... stargames.net

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home