Chicken Pie Untuk Makan - Makan

Chicken Pie Untuk Makan - Makan



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua nya ya, dah lama jugak kak noor tak mengupdate blog ni dua tiga hari kot LAMA KE!!! hee tak kisah lah tu tapi kalau boleh hari2 nak mengupdate blog, cuma masa tidak mengizinkan tulah 2,3 hari pun terasa lama sangat.  Hari ni kak Noor nak kongsikan resepi chicken pie yang akak buat semalam, ni versi untuk makan sendiri je, lebihan dari buat untuk tempahan, kira dah malas nak buat yg kecil2 tu jadi buat je yang simple2 ikut acuan apa yang ada kat umah ni, tak lah lawa sangat pun tapi memang sedap lah sebab inti nya dapat letak banyak2.



Resepi  :  Chicken Pie
Olahan  :  Bicara Kak Noor

BAHAN  KULIT TART
6 oz mentega
12 oz tepung gandum
1 biji telur
50 gm gula icing
sedikit garam

CARA
  • Uli semua bahan-bahan sampai jadi pastri dan masukan dalam acuan 
  • Cucukan dengan garpu supaya cepat masak, kemudian masukan inti dan di tutup lagi dengan potongan kulit tu., ikut kreativiti sendiri lah ya.
  • Disini kak Noor masukan dalam acuan foil yang kecil tu, sebab lebihan buat untuk tempahan orang.
  • Untuk orang sanggup kan buat lawa2 tapi untuk sendiri yang nak makan begini lah ala kadar je buat heee
  • Tapi tetap sedap kan hahaha 
BAHAN INTI PIE
200 ayam kisar
1 biji bawang holland di dadu
2 biji kentang di dadu
1 biji carrot di dadu kecil
1 kiub ayam
3 - 4 sudu mayonis
sedikit serbuk lada hitam
sedikit parutan cheese kraft

CARA
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bawang holland sehingga layu, masukan ayam kisar, kentang, carrot, serbuk lada hitam, kiub dan masaklah sehingga semuanya lembut dan tos kan.
  • Gaulkan dengan mayonis dan parutan cheese cheddar dan boleh lah di letakan di dalam kulit pie tadi.





MENU breakfast pagi tadi ni tulah nampak nasi goreng china kat belakang tu kan, yang ringan dan berat di campur sekali jadi nya
ADUS APA NAK JADI NI.....

13 comments:

  1. Waalllaaa Kak Noor sayangggg... bagilah barang seketul chicken pie tu buat bekal balik LD... kita tak pernah lagi buat kak ! Terliurlah pulak kak... hihihiiii.... jakunis!

    ReplyDelete
  2. sedaaaaaappppnya kakkkk...meh 4 ketoi...dapnyaaaa...=)

    ReplyDelete
  3. Bila lh nk buat pie ni kak noor...kalau dekat mau gak tompang sekaki mkan...hehehhehe...

    ReplyDelete
  4. bila kak noor dah potong adusss org cni terliur habis..ada lagi tak tu

    ReplyDelete
  5. gojes dan tembam aih pie!

    ReplyDelete
  6. cantiknya chicken pie kak noor....rasa macam nak makan! hihi

    ReplyDelete
  7. sedapnya.. terasa masih hangat bila di pegang..

    ReplyDelete
  8. Aslmkum k.Noor
    chicken pie...lamanya sy tak mkn...nak ngendeng yg k.noor hidangkan ni.sekali dgn kek pelangi kat bawah....cun warnanya...

    ReplyDelete
  9. assalam kak noor
    ni yg buat teringin nak makan he heee bila kak noor tayang disini
    rajin lah
    kena tunggu habis pru 13 baru nk operasi kat dapur semula he hee

    ReplyDelete
  10. sedap ni kak noor... dah lama tak buat ni...teringin la pulak ...by the way yg kak noor buat kecik2 untuk tempahan hari tu pon nampak comeiiiii...berkenan la...

    ReplyDelete
  11. aduhai sedap sungguh ni kak noor

    ReplyDelete
  12. macam nak dtg tolong makan je kak..

    ReplyDelete
  13. Saya jual tart tamper size 5cm, sesuai utk buat chicken pie atau fruit tart. Dibawa terus dari usa dibuat dari kayu oak. Jika minat pm saya 0193303276.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home