Pucuk Ubi Lemak Ikan Masin

Pucuk Ubi Lemak Ikan Masin



ASSALAMUALAIKUM  dan salam Pru 13 hari ni 5 Mei 2013,  tentu ramai yang dah ke tempat mengundi dan membuang undi masing2, kak Noor hanya dapat memerhati dari jauh je, memang dah tak dapat balik mengundi pun.  Apa2 pun kak Noor doa kan agar semua nya berjalan lancar dan pangkah lah yang terbaik yang dapat membantu rakyat dunia dan akhirat.

Berbalik pada resepi hari minggu ni lemak pucuk ubi ikan masin menu semalam yang sangat membuka selera ketika makan tengahari atau makan malam, jom kita tengok resepi yang mudah je ni tarak susah simple dimple dan yang penting sedappp.




BAHAN
Secukupnya pucuk ubi di rebus sehingga lembut
1 1/2 cawan santan
Secukupnya ikan masin ( disini kak noor guna kepala ikan masin )

BAHAN TUMBUK
5 ulas bawang merah
10 biji cili padi ( merah & hijau  )
1 inci kunyit hidup
garam dan gula secukupnya


CARA


  • Masukan santan dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak lah sehingga mendidih, kemudian masukan ikan masin dan pucuk ubi.
  • Pastikan masak dengan api yang perlahan dan kacau selalu agar tak pecah minyak.
  • Masukan garam dan sedikit je gula untuk rasa yang lebih segar.
  • Dah masak boleh lah di tutup api dan hidangkan dengan nasi panas dan sambal belacan
  • WAH susah mau cakap lah...





SELAMAT BERSANTAI  UNTUK  SEMUA  YANG  SUDAH MENGUNDI TU
TENTU TAK SABAR NAK MENUNGGU  KEPUTUSAN MALAM NANTI KAN
TAK KURANG JUGAK YANG IKUT MENYIBUK 
KAK NOOR  YANG  KAT BRUNEI NI JUGAK HEEE
BEST KAN MACAM RAYA LAH PULAK.....


4 comments:

  1. Walaupun simple dimple tapi rasanya ngalahkan ayam goreng Kak Noor!

    ReplyDelete
  2. Sayur macam ni la yg kita suka sangat....menggamit selera..

    ReplyDelete
  3. pun baru buat sabtyu lepas, habis satu periuk !

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home