Nasi Lemak Pandan & The Gang

Nasi Lemak Pandan & The Gang


ASSALAMUALAIKUM adik2 kak Noor semua, rasa nya dah lama tak masuk blog ni asyik dok sibuk ja manjang, gara2 letak nasi pandan ni kat FB sana sini minta buatkan utk sekolah lah, utk makan harian lah, so kesian pada yang mengorder buat lah walaupun badan letih, tapi puas hati customer kata NYAMAN !!!

RESEPI nya pun mudah dan sama saja dengan nasi lemak biasa cuma tambah air daun pandan je untuk menghijo sikit nasi nya tu, jom semak resepi yuk!!!





 Sambal Bilis
1 cawan ikan bilis yang sudah digoreng
3 sudu cili kering kisar
5 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sedikit belacan
1 sudu air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Caranya
Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga wangi masukan cili kisar
Kacau sehingga cili pecah minyak masukan air asam jawa, belacan, garam dan gula.
Dah secukup rasa masukan ikan bilis goreng tadi
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi lemak tadi



 Nasi lemak pandan
6 ke 7 helai daun pandan di kisar bersama air utk di campur dengan santan.
Kak Noor kisar  bawang besar 1 biji, halia 1/2 inci, dan 1/2 inci lengkuas, campur semua bersama santan dan air daun pandan,  sukat lah beras, kak Noor guna 2 cawan beras wangi, jadi santan nya antara 2 1/2  ke 3 cawan lah, dan masak lah macam biasa masukan dalam rice cooker dan jangan lupa garam tau!!

Ayam goreng rempah
1/2 ekor ayam di potong besar di bersihkan
3 batang serai *
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
1/2 inci kunyit hidup *
1 biji bawang besar *

Cara
Kisar bahan yang bertanda * dan lumurkan pada ayam bersama dengan garam dan sedikit gula merah, peraplah dalam dua tiga jam kemudian gorenglah sehingga garing dan masak dan sedia dihidangkan bersama dengan nasi.




Nasi lemak pandan boleh di hidangkan dengan ulam fav masing2, kat umah kak Noor memang di kelilingi dengan ulaman walaupun hanya tanam di pasu saja tapi not bad banyak yang tumbuh dan segar bugar, jadi elok lah di makan dengan nasi lemak ni kan, disini yang sempat di ambil hanya pegaga dan ulam sambung nyawa. Timun tu kat kedai ca ya nun alif lah kan, kak noor memang takde tanam pun timun heee...

10 comments:

  1. cantik timun kak noor..tengok dah tau sedap ni kakak..wangi aroma nye..hooo x bole tahan oo..

    ReplyDelete
  2. saja suka suki je Norzila buang masa mendeco timun dgn bunga heee

    ReplyDelete
  3. salam kak....

    kalau dekat saya pun nak order..
    dah lama saya tak masak nasi lemak bertahun jugalah he..he...

    ReplyDelete
  4. Aslmkum K.Noor
    alahai comeinya timun buat bentuk bunga itu..
    nasi lemak pandan....wangi semerbak..

    ReplyDelete
  5. Asslamualaikum kak noor... pagi2 nie tengok nasi lemak tu.. mengoda selera....hehehe

    ReplyDelete
  6. Uiiiih... nak duduk lama-lama kat dapur Kak Noor. Nak jamu mata puas2 dengan nasi lemaknya yang catik, dengan timunnya yang terkeluar tu... kreatifnya idea!

    ReplyDelete
  7. cantiknya timun tu kak.rajin sungguh

    ReplyDelete
  8. Lapo ni kak...maklum x serapan lg

    ReplyDelete
  9. Betul kata kak Rohah...kita lapo ni kak Noor....

    ReplyDelete
  10. mmg sedaplah ni kak noor, terliur ngk gambar

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home