SALAM LEBARAN & Biskut Lidah Kucing Yang Cantik Menarik Tertarik...

SALAM LEBARAN & Biskut Lidah Kucing Yang Cantik Menarik Tertarik...




ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua nya
Malam ni dah malam 29 ramadhan, bermakna sehari dua lagi kita akan berhariraya, di kesempatan ini kak noor ingin memohon ribuan ampon dan maaf sekiranya ada salah dan silap akak di maya ini.

SESUNGGUHNYA YANG BAIK ITU HANYA DARI ALLAH
YANG BURUK ITU ADALAH DARI KEKHILAPAN KAK NOOR SENDIRI

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN YANG SANGAT DI NANTI2 KAN OLEH SEMUA, SEMOGA AIDILFITRI KALI INI MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN AMENN..




BARU2 ini kak Noor ada mencuba biskut lidah kucing ini yang kak noor intai dari blog Kak Wan, sungguh cantik dan menarik biskut ini, anak2 suka sangat dengan warna2 pelangi yang sangat ceria tu, lagipun rasa nya pun sangat sedap dan ranggup, memang dah lama teringin nak buat sejak tengok kat blog kak Wan tapi dek kerana tak ada acuan nya, jadi tenggelam lah hasrat dihati, tapi baru2 ini ada sorang kawan akak yang ada acuan ni, tapi kebetulan dia balik beraya selama 2 minggu, dia " mengofferkan " acuan nya jadi akak pun apa lagi macam orang mengantuk di surungkan bantal lah, memang suka sangat, sampai terus order acuan ni hahaha..

Pada yang nak mencuba boleh lah ke blog kak Wan CITARASAWAN ya, memang tak rugi buat ni, dah lah cantik menarik pasti nya memikat tetamu yang datang beraya nanti kan.


OKLAH ya selamat malam jangan lupa sahur esuk mungkin sahur yang akhir atau masih ada sehari lagi??? sabo je menunggu pengumuman esuk malam ok


4 comments:

  1. As salam kak Noor.. Oh gambar famili yang sungguh cantik, anggun dan mempesonakan.. terasa sejuk hati tengok akak sekeluarga macam ni..

    Eh, tak pernah tengok biskut ni..

    Selamat hari raya. Taqqabal minna wa minkum..

    ReplyDelete
  2. Hi Kak Noor,
    Ada mata pandanglah keindahan,
    Ada mulut berbudilah pertuturan,
    Ada hati berilah kesayangan,
    Ada salah silap silalah maafkan.
    Selamat Hari Raya kepada Kak Noor dan keluarga.

    wah... biskut lidah ni cantik molek and macam rainbow. Kak Noor, betul betul pandai buat kuih, semua cantik cantik.

    Salam dari Johor Bahru.

    ReplyDelete
  3. Slmt hari raya Aidilfitri kak Noor sekeluarga.
    maaf zahir dan batin andai ada salah silap.
    ceria beraya bila semua kumpul bersama.
    suka tengok biskut itu warna2.

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya kak noor... meriah je saya tengok.. seronok bila anak2 ada semua

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home