Ikan Kukus Caca Marba Marbeles Bah..

Ikan Kukus Caca Marba Marbeles Bah..


ASSALAMUALAIKUM dan salam magrib untuk semua nya, di Brunei Darussalam sekarang ni sedang menunggu waktu isyak yang sekejab lagi, tak mau buang waktu godek2 blog yang dah tak berapa nak aktif ni asyik sibuk je manjang., sebenarnya dah lama masak ikan kukus ni tapi belum berkesempatan nak update, beberapa kali jugak buat siaran ulangan masak ikan kukus yang sedap ni heee, anak2 suka yang macam ni so banyak senang lah kukus je kan, jom tengok resepi mudah ni.





RESEPI    : IKAN KUKUS MACAM-MACAM RASA
OLAHAN : BICARA KAK NOOR

BAHAN
1 ekor ikan besar di bersihkan 
Diperapkan dengan limau kasturi, minyak bijan dan sos tiram lebihkurang 10 minit, kemudian kukus lah sehingga masak.

BAHAN HIRIS
3 batang serai
1 inci halia
3 ulas bawang putih dicincang
5 batang lobak masin 
2 biji cili merah
5 biji cili padi
2 kuntum bunga kantan
1 sudu sos tiram
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menumis



CARA
Panaskan kuali masukkan sedikit  minyak, dan tumislah bahan hiris, di mulai dengan serai, halia bawang putih dan lobak masin, gorenglah sehingga layu dan wangi, kemudian diikuti dengan sos tiram dan air yang keluar dari hasil kukus ikan tadi sedikit saja tak perlu banyak sangat.
Bolehlah masukan cili padi dan besar juga bunga kantan, tak perlu lama sangat di atas api.
Letakan garam dan gula secukupnya dan boleh lah di curahkan di atas ikan yang telah di kukus tu
Ikan kukus kita sudah sedia dimakan bersama dengan nasi panas2...




OK selamat malam semua ada masa kita jumpa lagi ya
Hari ni last day syawal utk Malaysia kan, tapi kat Brunei esuk last day, ada openhouse lagiii U heee

5 comments:

  1. assalm kak noor
    macm2 rasa itu yg mengoda selera ni

    ReplyDelete
  2. assalm kak noor
    macm2 rasa itu yg mengoda selera ni

    ReplyDelete
  3. Memang nampak marbles tu kak noor... yummy ;)

    ReplyDelete
  4. Assalam noor, wallah..sedapnyerrrrrrrrrrrr.... zila66 :)

    ReplyDelete
  5. menggudanya ikan itu wahai kak Noor!!!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home