Lamingtons Yang Sangat Digemari Di Australia

Lamingtons Yang Sangat Digemari Di Australia

ASSALAMUALAIKUM 
Salam hari minggu untuk semua nya, semoga sihat walafiat hendaknya walau apa pun aktiviti adik-adik hari ni ya.
Hari ni kak noor nak kongsikan satu lagi resepi dari negara mata biru, LAMINGTONS ni, sekali pandang memang macam kuih kosui kita tu kan tapi sebenarnya yang ni ialah kek, memang nak ambil gambar yang di patahkan Lamingtons ni untuk nampak kuning yang kat dalam tapi tak sempat sekali pandang rupanya dah licin kek ni dalam pinggan hahaa
Itu lah panahan Lamingtons ni boleh tengok resepi kat bawah ni yang sudah kak Noor translate kan ikut bahasa kita lah.


RESEPI LAMINGTONS

BAHAN KEK
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan mentega tanpa garam
3/4 cawan gula
2 biji telur A
1 sudu kecil vanila
1/2 cawan susu segar

BAHAN FROSTING
4 cawan gula icing di ayak
1/3 cawan koko powder
3 sudu besar mentega
1/2 cawan susu segar

BAHAN COATING
2 cawan kelapa parut yang telah di goreng kering.

CARA NYA
1. Panaskan oven pada 350 F or 180 C
2. Lapiskan tray cake dengan kertas minyak dan sedikit planta.
3. Dalam mangkok besar ayak, tepung, baking powder dan garam.
4. Putar mentega sehingga lembut masukan gula dan putar lagi sehingga kembang.
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga sebati.
6. Tambahkan esen vanilla dan kacau biar bersatu, dengan mengguna low speed mixer masukan tepung dan susu secara berperingkat2 sehingga habis.
7. Masukan adunan dalam loyang dan bakar lah selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan kemudian potong kepada 16 bahagian 5 cm setiap satu.
9. Dengan menggunakan double boil panaskan gula, koko. mentega dan susu, kacau sehingga sebati.
10.Letakan Lamingtons ni atas wire rack, sudu kan chocolate frosting di atas setiap cake, dan roll kan dengan kelapa yang telah di goreng .
11.Buat lah sehingga semua Lamingtons diselaputi chocolate dan kelapa.
12. LAMINGTONS sedia untuk di santap.

I TELL U sedapppppp bangat ni sampai tak sempat nak ambil gambar bila di belah.




INI SEBAB KELAPA DAH HABIS JADI KAK NOOR SALUT KAN DENGAN BADAM
SEDAP JUGAK NI
SELAMAT MENCUBA 
GERENTI TAK RUGI TAU..

14 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Noor...Nampak sedap jer...amboi nak bawak bekal ke Australia ke...? Sy pun skrg tengah ngukus kek coklat kukus lembab saja teringin nak makan...

    ReplyDelete
  2. ha ha ha... saya pun ingatkan kuih kaswi tadi :)

    ReplyDelete
  3. mmg sedap lamington. dgr crita org australia nk balik brunei :-)

    ReplyDelete
  4. Kak Noor..ingatkan kuih kaswi tadi..he he..takleh tahan tengok yang salut badam tu :)

    ReplyDelete
  5. nampak sedap jer kak noor...tengok resepi cm senang jer, boleh la cuba nanti...

    ReplyDelete
  6. tu la ingatkan kaswi tadi.lamington..first time dengor

    ReplyDelete
  7. Nampak pun tau memang sedap.... Sue copy resepi ya dulu masuk list... Kak Noor kiss cucu utk sue ya.. Muaahhhh...Hee (^_^)

    ReplyDelete
  8. assalam kak noor
    nampk sedapp tu, walau sy takpenah mkn ni
    resepi menarik utk dicuba suatu hari nanti he hee

    ReplyDelete
  9. Sedapnya kak noor.... Sempat jugak mak tok baking cake ye... Abdullah Iman sedang tido ke ehe :)

    ReplyDelete
  10. heheh!!!!ros pun ingat kosui….mcm sedap je ni knoor…ada bukak order ke? blh p ambik ;)

    ReplyDelete
  11. Aduhhh... sy klo ngan makanan yang ada chocolate nih mmg abih hati kak.. Dah rupe forero rochell da.. ( erk salah spell akak jgn marah taw hihihi )

    ReplyDelete
  12. Pernah dengar juga kek ni...bersalut ciklat..sedap tu

    ReplyDelete
  13. Ya Alllllahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
    kak noorrrr... mengancammmmm jiwaaaaaaaa..
    tp nak buat malas!hahahaha
    pos kat melaka sikit boleh takkk?
    Arasy nk makan... (tetiba guna kan nama anak)

    ReplyDelete
  14. adus madammmmm tkpe guna nama anak cepat sikit sampai lamingtons ni cepat nga nga ngaaaaaaaa nak suappp ni haha

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home