Nasi Ayam Safron Marbeles

Nasi Ayam Safron Marbeles




ASSALAMUALAIKUM dan salam isnin untuk semua yang sudi singgah sini, hari ni kak Noor nak jamu mata adik2 semua dengan nasi ayam yang sedap ni, resepi nya biasa saja macam yang pernah kak Noor buat cuma yang ni agak kuning, sebab ternampakkan safron, jadi terlintas lah pulak nak letak safron supaya biar berkaler gitu



LAGIPUN pepagi dah bersoal jawab dengan anak2 nak makan apa, itu ini, jadi nasi ayam yang jadi pilihan, so lepas jadi driver kak Noor terus berkuntan kat dapur maka hasilnya 
Nasi Ayam Safron ni , jom semak resepi dulu ya mana tau ada yang teringin nak buat tenghari ni sempat lagi kot ..



Nasi Ayam

Bahan Ayam
1 ekor ayam
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Bahan Perap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan

Cara memasak ayam
1.    Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2.    Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
3.    Masak air sehingga mendidih dan masukan ayam perlahankan api sehingga ayam setengah masak.
4.    Angkat ayam dan tos kan, kemudian perap lagi dengan bahan perap lebihkurang 30 minit.
5.    Gorenglah ayam dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.
6.    Angkat dan baru lah di potong kecil


Bahan Nasi Ayam
5 cawan beras wangi
2 sudu mentega
5 ulas bawang merah kisar
2 ulas bawang putih kisar
1 inci halia kisar
3 helai daun pandan
1 cawan susu segar
1 kiub ayam
sedikit safron
Sedikit garam
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga

Cara memasaknya
1.    Panaskan mentega dan tumis lah bahan kisar dan bahan rempah sehingga wangi.
2.    Masukan separuh daripada air rebusan ayam tadi.
3.    Tambahkan susu segar, garam, daun pandan, kiub ayam
4.    Masukan beras yang telah di cuci jugak separuh lagi air rebusan ayam.
5.    Lebihkan sukatan air 1 cawan dari sukatan beras.
6.    Masukan beras didalam rice cooker dan masaklah seperti biasa
7.  Sudah nasi tanak taburkan sedikit safron di atas nasi biarkan 10 minit, baru di kacau.



Bahan Sambal Nasi Ayam

10 biji Thailand
5 biji cili besar
4 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan
Sedikit air rebusan ayam
Cara memasaknya

1.    Kisar cili Thailand, cili besar, bawang putih dan halia.
2.    Jangan terlalu halus biar sedikit kasar.
3.    Masak di atas api yang sederhana tambah kicap manis, garam, gula, cuka, minyak bijan dan sedikit air rebusan ayam.
4.    Masak sehingga pekat dan berkilat angkat.


Bahan Sambal Kicap

Tumiskan sedikit bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk dengan sedikit minyak bijan, tambahkan kicap manis dan masin dan air rebusan ayam, masak sehingga mendidih dan angkat.


10 comments:

  1. Assalamualaikum k Noor wah nampak menyelerakan nasik ayam kak noor ni...mmg peberet anak2 ni kalau baba nasik ayam ni...

    ReplyDelete
  2. Kak Noor nak ambik resipi tu... ambik je... buatnya ntah bila... kalau terbuat nanti saya beritahu dan tunjuk gambor nye.. ye!

    ReplyDelete
  3. assalam kak Noor..teringin pulak acik nak mencuba..tapi tak tau bila..

    ReplyDelete
  4. erm, dari gambar pun memang Nampak marbeles kak noor..

    ReplyDelete
  5. Sungguh menyelerakan kak Nor...cantik warna nasi tu bila letak safron. Kalau 5cawan beras, berapa banyak safron nak letak kak nor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Fiza, agak2 je akak main cubit2 je lebihkurang 1/4 sudu kecil je, kalau banyak sngt nanti semua nasi akan warna kuning jadi dah tak cantik,

      Delete
  6. confirm sedap kalau air tangan Kak Noor

    ReplyDelete
  7. kak, safron tu nak kena beli di mana??hu3

    Kecur air liuq kak tgk makanan nih uhukhukhuk

    ReplyDelete
  8. Aslmkum K.Noor

    dtg jamu mata dg nasi ayam sedap K.Noor hidangkan.....

    ReplyDelete
  9. tq share resepi kak noor pasti dicuba ni !

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home