Lamb Black Pepper & Iman

Lamb Black Pepper & Iman




 ASSALAMUALAIKUM  dan selamat malam, dah dua tiga hari tak masuk sini, rasa macam lama sangat, malam ni korek-korek gambar Iman dan kambing black pepper ni,  kambing ni dah masak dua tiga lepas biasalah memang tak dapat nak update hari yang masak sebab kebizian dengan macam-macam aktiviti, jadi kalau ada yang berangan nak masak kambing black pepper ni boleh lah try resepi ni memang sedap, tapi mesti layan time panas lah bila dah sejuk kambing ni akan timbul lemak-lemak tu, jadi dah tak power rasa nya, jom semak resepi ya...

NI gambar Iman di dukong Tokwan dah pandai senyum sikit, tengok gambar je lah, maktok malam ni sebab Iman balik rumah nenek lagi satu hahaa....






Lamb Black Pepper

Bahan-bahannya
6 keping daging kambing
4 ulas bawang putih tumbuk
1 sudu besar lada hitam tumbuk
1 inci halia tumbuk
1 sudu kicap manis

Garam dan gula secukupnya
Sedikit rosemary

Cara memasaknya
1.    Bersihkan daging kambing, perapkan sekejab dengan lemon, tos kan.
2.    Masukan bahan tumbuk dalam bekas, letakkan kicap manis, garam, gula, lada hitam dan rosemary.
3.    Gaulkan dengan kambing yang telah di bersihkan.
4.    Perap selama 1 jam.
5.    Panggang dalam pemanggang ajaib, kalau tak ada boleh guna kuali biasa dengan menggunakan api yang kecil.
6.    Air perapan kambing jangan di buang, boleh di guna untuk membuat sos nya.


Sos Lada Hitam

Bahan-bahannya
1.    1 sudu besar mentega
2.    2 sudu tepung gandum
3.    1 kiub ayam
4.    1 sudu kicap manis
5.    1 sudu lada hitam tumbuk
6.    Sedikit cendawan butang
7.    Sedikit air perapan kambing
8.    Garam dan gula secukup rasa
9.    1 cawan air atau lebih ikut kegemaran masing-masing, nak pekat atau cair.

Cara memasaknya
1.    Panaskan planta dalam kuali, masukan semua bahan-bahan, mulai dari 1 hingga 9.
2.    Masukan jugak lebihan air perapan kambing.
3.    Kacau sebati dan biarkan mendidih.
4.    Dah cukup rasa boleh lah di angkat dan curahkan di atas daging kambing yang di panggang tadi.



SELAMAT MENCUBA MEMANG SEHINGGA MENJILAT JARI NI..


5 comments:

  1. Ishhh issshhh Tok Mak nii... napelah gambar saya dekat ngan kamben... alolooo cayang Iman bucuuukkkk tomeinya dia! Tak mo tengok kamben... nak gomoiiii Iman dulu!

    ReplyDelete
  2. Aduhai mak tok Iman buat auntie terliur jer tengok kambing panggang tu... ni kena buat utk merasmikan pemanggang ajaib yg dibeli di Langkawi itu hari :)

    Manis sudah senyuman Iman yg sedikit tu :)

    ReplyDelete
  3. comeinye iman.Rasa terbau2 je lam black pepper tu sampai sini

    ReplyDelete
  4. Aduhai kak noor, tak menaham tgk lamb ni hehehe!

    ReplyDelete
  5. Kak Noor! saya salin resipi ni... teringin nak buat tapi nak tukar pada ayam... tengoklah kalau saya jadi buat nanti... saya postkan gambarnya kat fb atau blog saya, k.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home