Mufin Pisang Yang Sangat Gebus

Mufin Pisang Yang Sangat Gebus


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua nya, ALHAMDULILLAH di malam ini dapat lagi kak noor berbicara di blog usang ini, syukur di atas segala nikmat kesihatan dan segalanya yang ALLAH berikan, nampaknya kita sudah menghampiri tahun 2013 hanya beberapa hari saja lagi, semoga ALLAH mengizinkan kita semua bertemu di tahun 2014 
INSYA ALLAH.

OK lah jom terus tengok resepi simple dari kak noor hari ni, walaupun simple tapi sedap dan gebus, rugi kalau tak mencuba, bahan-bahan nya memang dah sedia ada di rumah pun...




BAHAN
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bikarbonat soda
1/2 sudu kecil garam
3 biji pisang di hancurkan
3/4 cawan gula
1 biji telur
1/3 cawan mentega di cairkan

CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan oven dengan suhu 175'C .
2. Ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam, ketepikan.
3. Dalam bekas yang besar, campurkan pisang, gula, telur dan mentega, kacau biar sebati.
4. Masukan adunan tepung, kacau sebati dan masukan kedalam acuan muffin.
5. Bakar selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.




SELAMAT MENCUBA UNTUK ADIK-ADIK KAK NOOR SEMUA YA..
KONFEM SEDAPPPPPPP

7 comments:

  1. Sedapnya tengok muffin maktok Iman ni... nampak kegebusssannnya ;)

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH YATI, sebijik tak cukup ni haha

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Noor...tengah2 mlm ni ,kalu hidang dgn kopi panas mmg laju ni....

    ReplyDelete
  4. nak buat la kak kalau dtg rajin. ada ripe banana kat dapor tuha. nampak best je mapin ni. amik resepi ye kak. mekasihhh

    ReplyDelete
  5. Akk nor leh tukar dgn kek pulut hitam zila nie..he hee..nmpk comel2 kak..

    ReplyDelete
  6. Salam kak Noor. Saya pun kalau ada pisang ranum suka buat muffin. Anak2 suka...tengok muffin kak noor ni nampak kegebuannya. Boleh try resepi ni pulak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmussalm Fiza, disini pun sama muffin mmg fav anak2 ni apa lagi yg ada pisang senang nak ke bilik kecik heee

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home