Roll Tapak Kuda Wajib Ada Di Pagi Raya Di Brunei Darussalam

Roll Tapak Kuda Wajib Ada Di Pagi Raya Di Brunei Darussalam



ASSALAMUALAIKUM adik-adik bloggers semua nya, dah lama jugak kak noor tak masuk sini, dah bersawang-sawang dah ni rasa nya, terpaksa bawak vacuum dulu hahaha, itu lah siapa kata tugas surirumah ni enteng dan senang kan, macam-macam kerja nak kena settle kan dari awal pagi sehingga ke malam, sampai tak menang tangan, asyik kalahhhhhhh je kan..., sebelum U all boring dengan cerita kak noor baik lah terus ke resepi saja lah ya, hari ni akak nak kongsikan kek roll tapak kuda yang sangat famous  di Brunei ni, boleh di katakan setiap rumah, di hari raya mesti ada kek roll ni ibaratnya macam kena ada ketupat lah pada setiap rumah di Malaysia, jom kita terus ke resepi ya..







Roll Tapak Kuda
Bahan-bahan:

§  10 biji kuning telur
§  5 biji putih telur
§  225 gm gula kastor
§  110 gm tepung gandum
§  ½ sudu makan ovelet
§  10 gm susu tepung
§  ½ sudu makan baking powder
§  ½ sudu makan esen vanilla
§  ½ sudu makan coklat emulco
§  135 gm butter dicairkan

Cara membuat:

1.    Pukul gula dan telur sehingga kembang masukan ovelet dan pukul lagi
2.    Masukan tepung dandum,tepung susu dan baking powder yang telah diayak bersama kedalam adunan
3.    Pukul sehingga kembang, kemudian masukan mentega yang dicairkan dan gaul rata
4.    Ambil 300 gm adunan tadi dicampur dengan coklat emulco dan gaul rata
5.    Masukan adunan coklat tadi dalam acuan agak-agak rata permukaan
6.    Selebihnya adunan kuning masukan dalam piping bag dan picit ke atas adunan coklat sehingga rata dan bakar dengan menggunakan api atas dan bawah dalam suhu 200 C
7.    Bila sudah masak terbalikan kek ni dan potong lah agak-agak utk boleh dilipat
8.    Sapu nutella atas warna coklat dan lipat dua menggunakan plastic wrapping
9.    Sudah selesai bolehlah dimasukan dalam petiais utk mengeraskan nya dan supaya mudah di potong.




Tak susah sebenarnya buat kek roll cuma agak rumit sikit lah, tapi praktis make perfect kan, so apa lagi sebelum tiba hariraya boleh lah di try-try dulu, nanti dah time raya dah jadi pakar..

HAHAHA betul lah tu kan...

8 comments:

  1. ni yg suka datang umh kak noor ni...meriah ngn resepi best2....

    ReplyDelete
  2. Yang paling senangnya buat kt kedai la k.nor kann... heeeeeeee.... nmpk sedap je ni...

    ReplyDelete
  3. tapak kuda pun dah jadi kek ye kak noor... kena rajin nak buat ye... rumit tengok cars buatnya...

    ReplyDelete
  4. beriya pi demo dgn kak liza .. salin resepi semua. sampai la tak buat lagi hehehe ... pssst: nutella murah kat sini

    ReplyDelete
  5. Salam, thanks K.Noor sudi kongsi resepi, masuk dalam list dulu...nampak sedap sangat roll tapak kuda ni.

    ReplyDelete
  6. kek roll tapak kuda..1st time saya dengar nama makanan nie..

    ReplyDelete
  7. assalam nk tny mmg jmlah mentega melebihi jumlah tepung ye?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home