All About

Good Food


ASSALAMUALAIKUM semua adik2 blogger atau adik2 tak blogger pun yang sudi berkunjung disini, hari ni kak Noor nak kongsikan resepi ikan kukus yang simple, apa saja yang ada kat rumah kita yang sesuai boleh dimasukan dalam ikan kukus ni.  Sebab yang buat dia kan janji sedap je, Kak Noor sebenar nya suka sampah sarap kat atas ikan tu je, lepas tu kalau ikan pulak suka ambil yang kepala maksudnya yang tulang2 tu , sirip ke, ekor ke asalkan tak banyak isi mesti kegemaran akak hee...




RESEPI nya sangat mudah, jom kalau ada yang nak try kita tengok resepi dulu

RESEPI    : IKAN KUKUS MACAM-MACAM RASA
OLAHAN : BICARA KAK NOOR

BAHAN
1 ekor ikan besar di bersihkan 
Diperapkan dengan limau kasturi, minyak bijan dan sos tiram lebihkurang 10 minit, kemudian kukus lah sehingga masak.

BAHAN HIRIS
3 batang serai
1 inci halia
3 ulas bawang putih dicincang
5 batang lobak masin 
2 biji cili merah
5 biji cili padi
2 kuntum bunga kantan
1 sudu sos tiram
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menumis


CARA
Panaskan kuali masukkan sedikit  minyak, dan tumislah bahan hiris, di mulai dengan serai, halia bawang putih dan lobak masin, gorenglah sehingga layu dan wangi, kemudian diikuti dengan sos tiram dan air yang keluar dari hasil kukus ikan tadi sedikit saja tak perlu banyak sangat.
Bolehlah masukan cili padi dan besar juga bunga kantan, tak perlu lama sangat di atas api.
Letakan garam dan gula secukupnya dan boleh lah di curahkan di atas ikan yang telah di kukus tu
Ikan kukus kita sudah sedia dimakan bersama dengan nasi panas2...





ANAK2 dan hubby suka ikan kukus yang berkuah jadi air dari ikan kukus tu memang tak di buang sebab dia orang suka wangi nya tu untuk "menyelurppppp"




BAGI kak Noor tak dapat ikan pun takpe janji dapat barang2 kat atas ikan tu haha, macam2 kan fav orang ni..



OK cukup sampai disini dulu jumpa lagi ESUK LUSA bila keadaan mengizinkan ok..
SELAMAT MENJAMU SELERA heeeee




ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua warga blog yang sudi singgah disini, hari ni kak Noor nak kongsikan resepi chicken pie yang di buat masa kedatangan tetamu dari semenanjung seminggu yang lepas, jadi jangan minta lagi tau bau pun dah takde waktu ni hee, tapi memang sedap lah tetamu kata jadi tukang masak pun kembang kempis jugak lah hehe

RESEPI ni akak rujuk di blog ITA MASAM MANIS cuma resepi Ita guna serbuk kari , tapi kak Noor tak letak kari, dan gantikan dengan lada hitam kisar, sekali lagi akak minta izin dari Ita utk kongsikan di blog kak Noor jugak ya, sorry akak ubah sikit2 ikut selera penghuni rumah ni..




MASA potong tu tak sempat nak snap gambar sebab dah ramai2 yang menghadap tu memang cepat lah licin kan tak pe tengok yg bolat saja lah ya hee





Resepi asal : CURRY CHICKEN PIE
                             :  Pu3Bay
Dicuba oleh    :   Bicara Kak Noor
                             


Doh
150gram butter - ita letak 230 gm butter
280gram tepung gandum - ita letak 350 gm tepung
1 biji kuning telur dipukul - ita tak letak
secubit garam halus 
1 sudu teh gula halus
sedikit air ice - ita tambah

* adunan ita lebihkan kerana ita buat dalam bekas pie yg besar. 
Kak Noor pun ikut Ita buat dlm bekas besar..

Gaulkan tepung dengan gula halus  dan garam hingga rata.
Masukkan butter. Butter ni pastikan dalam keadaan sejuk baru keluar dari peti ais. Potong kiub kecil2 kalau ia macam dah nak lembut masukkan balik dalam peti ais bagi keras semula.
Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.
Tambahkan sedikit2 air ais. Masukkan air ais tu sesudu dulu kalau adunan dah boleh lembut dam mudah di bentuk dah tak payah letak air ais lagi kalau masih berderai tambahkan lagi sesudu dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yg lembut dan tak melekat di tangan.
Bahagikan doh kepada dua.
Balut doh dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais semula anggaran 1/2 jam.


Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. 
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh.
Adunan pie yg dah siap ni kita balut balik dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais sementara kita buat lapik tutup pie pula. 
Canai pula adunan yang satu lagi dengan kaedah yg sama.
Ini adalah untuk membuat penutup pie kita.
Potong dengan roller cutter anggaran 1 cm lebar dan panjangnya biarlah dapat menutupi pie tadi.

Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
Buat secara mengayam tikar iaitu berselang- seli.
Atau boleh bungkus sahaja permukaan pie tadi dengan doh yang kita canai nipis.

Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.





Inti Pie

1 biji kentang - potong dadu dan di goreng
2 ketul bahagian dada ayam - di potong dadu
1 biji lobak merah - di dadu kalau nak guna mix vegetable pon boleh
cendawan butang - jika suka Kak Noor tak letak cendawan

Bahan Tumis

1 labu bawang besar  di dadu
2 ulas bawang putih - ita tambah
2 sudu minyak masak
gula - secukup rasa
garam - secukup rasa
1 sudu besar sos tiram - ita tak letak
1 sudu besar rempah kari - untuk buat curry chicken pie *tak letak
1 kiub ayam - atau stock ayam
serbuk lada sulah - secukup rasa ita tak letak *kak noor ganti dgn lada hitam kisar
1 sudu besar tepung jagung - larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air


Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya. 
Panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar bawang putih hingga naik bau.
kemudian masukkn bahan rempah kari dan ayam masak hingga ayam empuk.
Tambahkan stock ayam , garam dan gula secukup rasa.
Kemudian barulah masukkan kentang, cendawan butang dan mix vegetable.
Perasakan semuanya.
Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie nih shg menjadi pekat 
Sejukkan inti pie.


Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit.
Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan. 
Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie.





ALHAMDULILLAH chicken pie yang sedap dengan keranggupan carrot yang segar bugar tu, tak cukup chicken pie sanggup meratah carrot tu jadi rabbit jab ...


ASSALAMUALAIKUM adik2 blogger tersayang  diharap sihat dan sejahtera hendaknya, dah seminggu tak bersantai kat blog ni, terasa begitu lama sangat, dalam masa seminggu jugak macam2 perkara terjadi, antara nya kembali nya ke rahmatullah seorang ulama yang sebenarnya menjadi ipar kepada akak, kebetulan semasa kematian nya tu, anak2 arwah masih bercuti di rumah kak Noor di Brunei ni, jadi terpaksa lah diaorang pulang dengan segera ke Kedah yang hanya sempat tinggal diBrunei cuma dua hari saja, itu lah ya kita merancang ALLAH menentukan, yang sedih arwah dan isteri( adik kak Noor ) jugak memang merancang nak ke Brunei tapi disebabkan kesihatan tidak mengizinkan jadi terpaksa di batalkan.  Yang lain2 ahli rombongan masih meneruskan percutian ke Sabah dan Sarawak dan pulang semula keBrunei dan hari ni sempat kak Noor hantar ke airport dan ALHAMDULILLAH masing2 dah selamat sampai ke pangkuan keluarga masing2 di Pahang dan Kedah.

MAKA bermula lah aktiviti kak Noor semula dan tempahan pertama ni ialah macaroon yang dah lama di minta oleh customer heee, resepi nya macam biasa akak selalu rujuk di blog
ITA MASAM MANIS sebab dalam blog Ita ada step by step jadi nya mudah lah walaupun dah buat banyak kali mesti nak merujuk jugak setiap kali nak buat macaroon ni, sekali lagi akak minta izin Ita kongsikan resepi Ita untuk rujukan kawan2 dan anak2 akak ok.




ALHAMDULILLAH dah selalu buat menjadi bertambah yakin dengan pengalaman dan 
"kebanyak songehan" membuat macaroon ni hahaha






BAHAN

80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna


Langkah 1  Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
Langkah 2  Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk anggaran dlm 10 minit.  Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. Bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental. Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yang dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dengan cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dengan kaedah yang sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.


Langkah 3 Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.
Langkah 4  Kemudian picitkan atas bulatan yang telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan macaroon ini untuk mengelakkan permukaan macaroon jadi berlubang bila dibakar
Rehatkan macaroon lebih kurang 30 - 45 minit. Pastikan macaroon benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macaroon ia tak melekat dekat tangan.
Panaskan oven 150C - Kak Noor  gunakan 160C mengikut kepanasan oven masing2. Oven jangan panas sangat kerana nanti macaroon pecah atau retak.
Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macaroon bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!
Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka. Kak Noor suka letak peanut butter sedap!








OK DULU lepas bercuti ni ya mood belum mari insyaALLAH jumpa lagi esuk lusa ya dan 
SELAMAT MALAM SEMUA :)




ASSALAMUALAIKUM dan selamat hari jumaat yang barokah, hari ni paling busy sebab kena buat kek birthday untuk MAISARAH 22 hb MAC dan MADIHAH  23 hb MAC jadi mama campurkan je buat satu kek, lagipun dah besar2 ni kek agak kurang diaorang ni makan, kalau dulu2 time kecik memang tak cukup, sekarang ni selalu nya berlebihan masukan dalam petiais kadang2 sampai seminggu baru habis satu kek...



Maisarah anak ke2 yang very low profile heeee




Madihah anak ke4 yang jugak sama dengan kakak nya



Setiap kali ada birthday lepas magrib memang dah jadi rutin kami membaca doa selamat semoga berkekalan amalam ini,  dan mendapat taufiq dan hidayah NYA




ESUK insyaALLAH ada keluarga dari KEDAH akan datang ke rumah Kak Noor, ramai jugak lah rombongan tu adik, kakak, ipar duai, jadi masa untuk ber blog memang terhad, jadi nya terpaksa lah kena cuti tak bergaji lah ni selama seminggu, tapi kalau keadaan mengizinkan pasti akan turun jugak ke blog jika tidak jumpa lagi kita minggu depan ya heee take care semua ya...




ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi, hari ni kak Noor nak kongsikan menu sarapan pagi pulak,yang sangat simple dimple hanya pancake  atau senang cakap lempeng atau peknga kata orang Kedah, pancake,lempeng atau peknga sedap dimakan dengan lebihan gulai semalam, apa2 pun sedap janji lawan nya mesti yang agak pedas lah



Bahan nya pun memang dah selalu ada di rumah kita, untuk pancake ni pada kak Noor suka kasi hangus atau agak garing sikit, keras2 gitu baru best cicah ayam Palembang ni. Jom tengok resepi yang sangat mudah ni walaupun mudah tapi kalau kita makan masa panas memang sangat ENJOY HAHA...




RESEPI  :  Pancake Jagung
OLAHAN : Bicara Kak Noor

BAHAN


120 gm tepung gandum
1/2 sudu besar baking powder
1/2 cawan jagung dalam tin
1 biji telur dipukul sedikit
200 ml susu segara* agak-gak lah sekadar pekat
1 biji  bawang besar didadu
2 sudu ikan bilis ditumbuk
Garam dan gula secukup rasa




CARA


  • Satu kan bahan kering campurkan jagung. ikan bilis dan telur yang telah di pukul dan kacau rata.
  • Masukan susu sedikit demi sedikit, garam dan gula.
  • Bancuhan jangan terlalu pekat dan cair.
  • Biarkan selama 10 - 15 minit
  • Panaskan non stick pan yang berukuran 4 inci dan letakkan sedikit planta, masukan adunan tadi sehingga rata dalam non stick pan tu, tutup biarkan api kecil.
  • Sudah kering permukaan pancake terbalikkan dan masaklah sehingga kekuningan.
  • Buatlah sehingga habis adunan.
  • Sedap dimakan bersama lebihan kari ke, sambal tumis atau ayam Palembang ni.






OK  SELAMAT  MENIKMATI   PANCAKE  YG   TAK   SEBERAPA  NI YA :)




ASSALAMUALAIKUM  dan selamat petang semua adik2 blogger, semoga time ni ada yang sedang santai lah ya, maklum dah petang memang time untuk kita berileks sikit lah sambil tengok  tv ke lepak2 ke, fb ke, ig ke atau sebarang aktiviti  kegemaran lah.  Hari ni kak Noor nak kongsikan resepi yang dah ramai orang pun buat kan, disebab rumah kak Noor agak ramai yang kurang suka daging jadi akak tukar ke ayam supaya lebih ramai yang dapat menikmati nya.  



RESEPI ayam Palembang ni akak intai dari blog DAPUR MAMASYA dan izinkan Kak Noor letak resepi ni kat blog akak jugak ya Mamasya supaya dapat di tengok oleh kenkawan dan anak-anak akak jugak , tapi sorry jugak sebab kak Noor dah derhaka sikit itu ini ikut kegemaran selera kat rumah akak ni yang kurang suka santan tapi suka lebih pedas .





Sumber :  FP Yulina dan Dapurmamasya
Olahan :  Bicara Kak Noor



BAHAN
1 ekor  ayam saiz sedang  dipotong  dan di gaul dengan kunyit  dan garam 
2 sudu besar  cili kering yang sudah dikisar * Kak Noor tambah 4 sudu
*7 ulas  bawang merah 
*5 ulas  bawang putih 
*2 inci halia 
*2 batang serai 
5 sudu besar  kicap manis *Kak Noor kurangkan ke4 sudu sebab tak mau hitam
1 sudu besar sos tiram 
2 cawan santan sedang pekat - 1 peket santan debu jadikan 2 cawan * Kak Noor hanya guna 1 cawan
6-7 helai daun kari  * tak letak
1/2 cawan kecil asam jawa * Kak Noor letak 2 sudu besar
garam  dan gula secukupnya

CARA 
1. Goreng ayam hingga setengah masak. Kisar semua yang bertanda *. Tumiskan bahan yang dikisar  dengan cili kering hingga garing. 


2. Dah garing masukan ayam, kacau rata ayam dengan bahan yang ditumis.
3. Kemudian  masukkan kicap, gula dan garam. Masukkan air asam jawa, daun kari dan santan.kacau rata.
4. Didihkan sehingga pekat.siap untik dihidangkan.





MEMANG sedap sangat AYAM PALEMBANG  ni, anak2 dan Mr hubby suka, termasuk lah tukang masak jugak, sebab kak Noor kalau ayam masak merah memang kurang suka tapi yang best dan sedap lagipun rasa nya agak lain lah, bila tambah cili lebih pedas wow hebat lah, Insyaallah nanti masak ayam ni pastu buat nasi lemak memang kelasssss gitu...


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk adik blogger semua, hari ni mood rajin mengupdate blog ambil mood dari Kak Wan Blog Citarasawan yang bagi inspirasi supaya lebih bersemangat untuk ber blog, jadi petang semalam maka dengan rajin nya jadi lah tart yang versi deco ala kadar ni yang di intai dari blog 
Alhamdulillah hasil dari godek2 tu dan ikut arahan sifu hasilnya memuaskan hati gue hee
Pada Kak Wan & Ita izinkan kak Noor kongsikan resepi tart ni disini jugak ya untuk rujukan anak2 suatu hari nanti.





BLUEBERRY CHEESE TART
Sumber : Azita Zain

Kulit Tart

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan tart 

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.






Cream Cheese
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Adunan jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras.

Masukkan filling ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses untuk melorek atas cheese tart tadi.
Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yang kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. Jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidak secantik yang kita inginkan.
Untuk corak bunga ni, masukkan adunan cheese yang telah diwarnakan ke dalam piping bag dan gunting hujungnya kecil aje. Kemudian buatkan corak bunga dengan warna merah jambu dan hijau untuk daun. Untuk tangkainya, gunakan lidi yang halus, celupkan hujung lidi dalam coklat emulco dan tarik dari kudup bunga ke bawah. Tarik lembut-lembut aje..

Bila dah siap semuanya bakar semula dalam ketuhar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.




Yang pasti makan tart ni tak boleh sebijik mesti berbijik2 kan takpe sesekali kan bukan selalu pun tart ni janji ingat ok lah tu heee

ASSALAMUALAIKUM dan selamat berhari minggu untuk semua adik2 blogger yang disayangi,  diam tak diam hari ni 17hb. Mac 2013 genap lah setahun jagung blog akak yang tak seberapa ini, terimakasih banyak2 pada yang sudi berkunjung ke blog ini, samaada yang silent reader ke atau yang sudi meninggalkan komen2 menarik, tak terfikir dulu di usia yang dah setengah abad ++ ni masih mampu menulis blog masakan yang pada mula nya untuk rujukan anak2 yang jauh di seberang lautan je, tapi akhirnya dah jatuh cintan cintun pulak dengan dunia blog ni, yang mesti di lawati setiap hari, walaupun takde entry baru tapi nak jugak tengok yang kenkawan lain, biasa lah tugas surirumah ni ada kala nya dapat goyang kaki je, tapi ada kala nya sampai lenguh kaki tu lah  jadi blog pun tak "feduli" jugak...

THANKS UNTUK BALQIS NAZID YANG MULAKAN SEMUA INI
KALAU TAK KAK NOOR TAK KENAL APA ITU BLOG, TAK RETI, PAYAH DAN SEMUA YG NEGATIF TAPI ALHAMDULILLAH SEKARANG DAH OK WALAUPUN TAKLAH SEPANDAI MANA MENGURUSI BLOG NI YG PENTING BOLEH JALAN SENDIRI TAK BERGANTUNG DENGAN ORANG HEEE..



Hari ni kak Noor nak kongsikan Resepi Chocolate Cake Pops yang maker nya di beli di negeri Queen tu, dah kebetulan ada mug Kate & William tu jadi biarlah entry kali ni akak kumpulkan semuanya kak sini Nenek Queen dan cucu2 nya baru adil kan ..



Chocolate Cake Pops

BAHAN
  • 125 gm butter sejuk
  • 125 gm gula caster
  • 2 biji telur gred B
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 2 sudu besar susu segar
CARA
  • Pukul butter dan gula sehingga kembang.
  • Masukan satu persatu telur kedalam adunan dan pukul lagi hingga sebati, boleh jugak guna mixer untuk memudahkan kita.
  • Ayak tepung dan serbuk koko kedalam adunan tambahkan susu dan pukul lah sehingga sebati.
  • Panaskan cake pop maker masukan sesudu atau sehingga penuh lubang maker tu dan tutup tudung, biarkan 4-6 minit atau sehingga masak.
  • Buatlah sehingga habis adunan
  • Sepatutnya kena salut coklat lagi kat kek comey ni tapi anak2 dah tak sabar nak makan, jadi nya lain kali je akak salut coklat lawa ok.



Sebelum ni akak dah buat mini donut guna acuan cake pop ni di sebabkan permintaan yang sangat tinggi dan laris bebeno jadi nya memang tak tunggu lama lah untuk yang second round nya..





Memang sedap di layan masa panas2 lembut dan mmmm enak bangat ni




Apa lagi di hidangkan dalam mug KATE & WILLIAM ni kan ada yang bekenan tak?
Kesuma Angsana cemana?? selalu buat entry Kate kan mesti tergoda kan heee
AMBIL LAH mug tu kalau mau ya sekali dengan cake pop tu gratis tu..



Sebenarnya memang banyak jugak lah akak beli mug dan yg lain masa ke UK June tahun lepas, memang geram sangat tengok benda2 ni semua termasuk Cake Pop Maker ni dan harga nya rasa nya tak mahal sangat lah mampu kita beli.

Kalau ada yang belum pernah tengok maker tu ni lah dia comey je, hanyak 6 biji sekali bako memang agak lambat lah apa lagi untuk Chocolate Cake Pop akak buat dua adunan supaya puas anak2 makan 



Ok tamat sudah cerita blog yang setahun jagung ni, maaf ya kalau sekiranya kak Noor ada membuat salah dan silap semasa 365 hari bersama adik2 tersayang, Insyaallah jika masa terluang pasti akak akan mengunjungi adik2 blogger semua walaupun hanya di alam maya ni.



ASSALAMUALAIKUM semoga adik2 blogger sihat walafiat ya, petang tadi akak sibuk dok delete entah apa2 masuk kat FB tu, ramai yg kena tag oleh video tak senonoh tu kabar nya lah, kalau ada diantara adik2 blogger yg kena tag tadi sorry ya, sebenarnya bukan akak tu, puas mendelete berjam jugak lah, buang satu timbul lagi satu, sampai tukar password FB pun masih tak laku jugak,  lepas tu biarkan saja dah lenguh tangan ni haha, pergi dapur buat donut kecik ni sebab dah lama di minta oleh anak kak Noor, makan donut puas hati hilang lenguh tangan semua..







APA YANG KITA PERLU KAN

230 gm tepung gandum
125 gm gula halus
1 1/2 tsp baking powder
125g mentega cair
180ml susu segar
1 biji telur di pukul 
Gula kastor untuk di tabur

CARA MEMBUAT NYA
  •  Campurkan semua bahan kering dalam mangkok besar dan gaulkan bersama dengan mentega cair, susu dan telur.  Pukul sehingga menjadi batter  yang licin. 
  •  Panaskan donut maker, dan gris kan sedikit dengan minyak dan masukan adunan batter dan tutupkan tudung maker, dan masaklah lebihkurang 4 - 6 minit sehingga donut menjadi perang. 
  • Letakkan gula halus dalam satu bekas dan gaulkan donut yang telah di masak ni dengan gula, atau boleh jugak di ayak didalam penapis untuk mencantikan dan melicinkan donut tersebut.
Jika suka boleh jugak kita letak kan jem atau apa2 filling kat dalam donut tadi sebelum di tutup tudung maker tu ya, tapi yang ni akak tak letak apa2 pun itupun anak2 dah cakap sedap sangat heee kalau letak filling memang tak cukup satu adunan ni..




AKSI DONUT

GEBUS GEBAS MACAM TUAN DIA


AMBIK LAH SEBAKUL TU FREE OF CHARGE 



JOM MAKAN DONUT 
MASA-MASA SENGGANG NI SURE TAK CUKUP SATU
HEHEEE
ASSALAMUALAIKUM  dan selamat pagi untuk semua adik2 blogger, diharap semua nya sihat dan masih aktif  ber blog walking lah ya, sebab lately akak tengok ada yang dah tak muncul2 hehe macam akak jugak kalau sibuk memang tenggelam dek tugasan yang banyak tu..tapi walaupun tenggelam masih jugak teringat untuk ber bw ni apa nak buat dah jatuh cintan cintun dengan aktiviti alam maya ni kan..



Hari ni kak Noor nak kongsikan satu resepi yang akak intai dari blog 
IZAH MUFFIN LOVER , bekenan sangat tengok browmies IZAH tu jadi akak buatlah tapi ada jugak lah akak derhaka sikit tambah susu segar sebab akak tengok adunan tu agak kental takut pulak keras jadi nya terus tambah susu segar sikit, hehee jangan marah ya IZAH akak derhaka resepi Izah sebab akak suka yg lebih lembut sebab dah takde gigi ni heeee dan izinkan akak kongsikan jugak resepi ni di blog akak ikut "penderhakaan" yg di buat ya tak banyak pun derhaka sure tak kena buang negeri kot ...




BEST NUTELLA BROWNIES


BAHAN
113gm butter
1/2 cup serbuk koko 
3/4 cup gula 
1/2 cup nutella
85 gm coklat di potong
2 biji telur
1/2 cup tepung
1/2 sk garam
* 1/2 sk baking powder - saya tambah kak noor pun tambah
1/4 cawan susu segar  kak noor tambah

CARA NYA

Satukan butter dan serbuk koko ke dalam mangkuk dan panaskan sebentar sehingga butter cair ke dalam oven. * Saya buat cara double boiling sehingga butter cair.
Apabila butter cair, pukul sehingga keduanya sebati, licin dan lembut.
Kemudian masukkan pula gula, nutella dan coklat potong. Kacau lagi hingga sebati dan licin.
Kemudian masukkan pula telur dan sebatikan.
Akhir ayakkan tepung, garam dan baking powder. Masukkan ke dalam bancuhan tadi. 
Kacau perlahan-lahan menggunakan spatula.
Masukkan ke dalam acuan muffin. Boleh taburkan dengan coklat chip, kismis atau kekacang.
Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.
Kak Noor letakkan dalam acuan muffin sebab senang nak makan tak payah potong 
Satu adunan dapat dalam 12 biji  acuan muffin.







Tujuan akak buat 2 versi tu satu di letak badam dan satu lagi di letak manik2 kecil tu sebabbbbbb ada yang tak suka badam, dan ada sorang tu hantu badam, jadi nya kena lah buat yg kegemaran masing2 lah haha



Selamat mencuba untuk adik2 ku sayang jugak anak2 mama resepi yang simple ni tapi sangat sedap bila makan panas, sebab coklat yang kita potong tu akan cair masa panas seolah macam "lava cake" pun ada jugak...




ASSALAMUALAIKUM dan salam selasa untuk semua nya, hari ni akak nak kongsikan resepi ulangan yang tak pernah jemu dimakan oleh anak2 kat umah ni, mesti buat 2 adunan sebab kalau satu adunan cornfirm tak cukup, jadi nya daripada tak cukup biarlah lebihkan sikit kan, tambahan pulak cuti sekolah sekarang ni disini, makanan mesti mau cukup di atas meja, didalam petiais, untuk buat ulang tayang bila2 kelaparan heee




Lagipun waffle maker kat dapur tu dah berabuk rasa nya dik kesibukan dengan tugasan yang tak pernah habis ni, jadi semalam merajinkan diri sebab ada anak kak Noor tu cakap dah lama jugak mama tak buat waffle, tak susah sebenarnya, bahan2 pun memang yang biasa ada didapur kita hari2 jom cek dulu resepi ni...





BAHAN

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan susu segar
  • 2 sudu minyak sayur( minyak biasa pun ok)
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • topping nuttela ke peanut butter ke,kaya ke terpulang taste sendiri
  • aiskrim, madu dan syrup apa2 pun boleh dimakan dengan waffle ni,selera ditangan sendiri ya

CARA
  • Panaskan waffle maker
  • Pukul telur sehingga berbuih dan campurkan semua bahan2 lain dan kacaulah sehingga sebati
  • Tuangkan bancuhan waffle ke dalam waffle maker pastikan tidak terlalu sedikit dan tidak terlalu banyak,sebab kalau sedikit tak nampak pattern,tapi kalau banyak melimpah ruah susah pulak comot jadinya,jadinya ikut arahan ada waffle maker masing2 ya


Buatlah sehingga habis adunan dan hidangkan dengan toping kegemaran masing2 ya ..




Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home