ASSALMUALAIKUM dan salam jumaat pada adik2 akak yang tak jemu2 singgah kesini, kak Noor minta maaf banyak kerana kadang2 masa mencemburui sangat, akak tak dapat nak berkunjung balas di blog adik2, ada blog tu tak dapat di buka langsung, entah dimana salah dan silapnya, antaranya ialah blog ZILA 4EVER, blog INAHAR'S, kalau ada sesiapa yg boleh tolong akak sila bagitau ya cemana nak buat, pada yang telah sudi berkunjung jutaan terimakasih IN SYA ALLAH bila ada ruang masa akan akak kunjungi kalian semua
PERCAYA LAHHHH......
HARI ni akak nak kongsikan resepi yang biasa dah kita semua iaitu cotton cheese cake, tapi kali ni kak noor kasi kaler sikit sebab dah teruja tengok kat FB seorang kawan tu, yang buat cheesecake yang versi rainbow ni, cari2 jugak kat internet mana tau ada resepi special utk di rainbowkan cheesecake ni tapi hampa jadi akak guna resepi
COTTON CHEESECAKE untuk di RAINBOW KAN.
Resepi : Rainbow Cheesecake
Olahan : Bicara Kak Noor
BAHAN
- 140 gm gula halus
- 6 biji putih telur
- 6 biji kuning telur
- 1 sudu krim tartar
- 50 gm mentega
- 250 gm cream cheese
- 100 ml susu segar
- 60 gm tepung naik sendiri
- 20 gm tepung jagung
- 1 sudu besar jus lemon
CARA
- Cairkan cream cheese, susu segar dan mentega di atas api yang perlahan, kacau selalu kemudian sejukan
- Bila dah sejuk masukan kedua-dua tepung bersama kuning telur kedalam adunan cheese dan pukul lah sehingga sebati dan kemudian tambah jus lemon
- SEBELUM NAK PUKUL PUTIH TELUR TU PASTIKAN MIXER TU KERING BETUL2 NANTI KALAU TAK JADI PULAK...
- Dalam bekas yang lain pukul lah putih telur, gula dan krim tartar hingga kembang dan menjadi meringue yang macam bertanduk gitu, meringue ni kalau kita terbalikkan mangkok dia tidak akan tumpah,kalau dah jadi macam tu memang jadi lah tu ok
- Ambil satu senduk adunan meringue masukan ke dalam adunan tepung dan kaup balikan sehiingga habis meringue tu
- Lengserkan loyang dengan sedikit planta alaskan dengan kertas minyak dan taburkan sedikit tepung dan bakarlah dengan menggunakan cara waterbath pada suhu 160'C selama 1 jam dengan menggunakan api atas dan bawah atau sehingga masaklah
- Keluarkan dari loyang dan sejukan,sebelum dimasukan dalam petiais sapukan filling starwberry ke,blueberry ke untuk menambah keenakan Cotton Cheese Cake ni tapi kalau ada yang tak suka dengan filling2 ni boleh lupakan saja makan begitu saja pun dah sedap sangatttttttt...
Untuk yang versi rainbow ni adunan tu kak noor bahagi 5 bahagian dan letakan warna2 pelangi anda, kemudian masukan lah setiap warna didalam loyang dan jangan di kacau biarkan adunan tu mengalir sendiri dan dibakar seperti biasa.
Pada yang pakar buat kek memang akan jadi lebih cantik tapi pada kak noor yang kureng pakar ni
OK ok aje lah tapi rasa nya akan test lagi
IN SYA ALLAH
Terlupa lah pulak, yang didasar kek tu akak letakan oreo yang telah hancurkan dan letak sedikit mentega supaya adunan menjadi lembab mudah kita tekan kat dalam loyang tu ok
DAH PUAS jamu mata biar lah kak noor jamu selera ya, memang sedap sangat sebab cheesecake memang tak dapat di nafikan kelembutan dan kesedapan tu kan, hari ni cheesecake bertambah ceria dengan warna2 pelangi JOM try ...