All About

Good Food



ASSALAMUALIKUM
ALAHAI lama nya tak masuk sini, dah malas nak cerita pasal busy ni kan..
Manjang je tak pernah ada lampu hijau untuk mengupdate blog
Tapi ALHAMDULILLAH malam ni ada sedikit waktu
JOM layan gambar budak2 ni memang CINTA HABIS dengan USS ni




DI depan hotel murahan je sebab siang2 memang kuaw, balik tido je itu pun dah dekat pukul 12 malam, rugi kan kalau booking yang mahai heee..




ANAK2 happy bangat bila dah dapat tiket untuk masuk USS ni...







TEMPAT yang paling ramai pengunjung yang 
HOLLYWOOD ni lah






ANAK2 yang lebih tau semua tempat disini 
Kak Noor ikut je sampai lenguh kaki stop hahaha



SEMPAT lagi mengupdate FB tu aduhh...



Di sini FAR FAR AWAY fav anak2 kak Noor







Ancient Egypt last picture untuk malam ni ya, IN SYA ALLAH akan bersambong di waktu terluang lagi heee...
MEMANG best USS ni cuma bagi kita yang dah berumur tak larat nak jalan lah, kalau ada kasut roda memang best sangat boleh ronda satu Uss ni..

Assalamualaikum adik- adik kak Noor
Hari ni dah masuk hari ke3 di Singapore untuk tunaikan hajat anak-anak yg mengidam sejak lama dulu, Universal Studio Singapore memang best sangat pada anak2 akak, semua tempat dihangkut mama nya ni utk masuk, sampai naik lenguh kaki makcik ni. Untuk permulaan tengok dulu gambar yg ni INSYAALAH dah balik Brunei nanti pasti ada lagi gambar lain menyusul...



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua nya
Hari ni masih lagi berjalan raya dari pagi tadi sehingga ke petang, masih ramai yang membuat openhouse sana sini, tapi dek kerana tangki yang lama ni tak lah boleh nak penuh2 sangat haha, bak kata pepatah jangan ikut hati sangat kan
BERPADA - PADA LAH BILA MAKAN TU
NANTI SAKIT SENDIRI YANG TANGGUNG!!

RESEPI hari ni kak noor dah buat dua tiga hari lepas dah jemu makan daging ayam anak2 minta kentang bako, jadi membako je lah mama nya ni, resepi yang sangat mudah, jom semak resepi.






BAHAN

8 biji kentang kupas cuci bersih dan rebus lalu tumbuk
200 gram isi ayam atau daging kisar akak masak kejab dalam kuali
daun sup dan bawang dihiris kecil
garam dan lada sulah secukupnya

akak tambah sedikit bawang goreng
cili besar yang dihiris kecil
sedikit serbuk buah pala

Utk buat versi bunga ni akak tambah sedikit susu cair nak kasi lembut supaya senang nak tekan dalam acuan creampuff tu.

Semua bahan2  diatas disatukan dan masukan dalam piping bag yang ada nozel bunga dan tekan lah di atas try yang sudah di letakan sedikit planta, dan bakar lah selama 10 ke 15 minit dengan suhu 200'C atau sehingga agak garing lah ..

Pegedil ni anak2 kak Noor ratah je tak makan dengan nasi pun sebab tu lah laju je habis walaupun buat berkilo2 kentang haha



BOLEH LAH TRY untuk yang boring makan nasi ke, cicah sos or mayonis pun ok jugak, ikut fav masing2 lah, boleh cuba dulu  baru tau kesedapan nya pasti tak lama dalam pinggan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya, hari ni genap 28 tahun hidup bersusah bersenang dengan Mr. Perpect tu heeee , terimakasih segalanya dear ♥♥



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua adik2 kak noor
SEMOGA semua nya sihat walafiat selepas hariraya ni ya
KAK NOOR dah tak larat nak bercakap banyak
BIAR LAH gambar berbicara ya, sepanjang hariraya pertama, ke 4 dan ke 5




ANTARA tetamu kak Noor yang sempat menjamah masakan kak noor yang entahlah apa2 hahaha tapi ALHAMDULILLAH respond yang memberansangkan




PAK HAJI NAIM sibuk melayan tetamu sampai tak sempat nak duduk 



 ADUS Mak Hajah pun sama jugak dah tak dapat nak duduk tenang hahaha




KASI chance kat tetamu makan dulu pastu baru lah tuan rumah haha




INI keesukan hari nya lagi memasak lagi sebab ada yang nak datang beraya
TAK KERING tangan makcik sorang ni




KARI nenas dan ikan masin




SAMBAL tumis sotong kering




DAGING blackpepper



ACAR limau akak kak Noor

ANTARA menu kak noor yang sempat disediakan pada tetamu kak Noor yang sempat di rakamkan gambarnya, ada jugak yang tak sempat nak rakamkan gambar sebab tetamu datang sebelum ready hahaa..


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam :)
ALHAMDULILLAH dah dua hari berturut2 berjalan hari ni dapat santai sikit sebelah malam, baru lah dapat mengupdate blog yang agak berabuk sikit ni sejak akhir puasa dulu.  Apa nak buat tuntutan tugas yang tak henti2nya. 

ALHAMDULILLAH walaupun sibuk dapat jugak menyediakan sedikit juadah utk tetamu pada hari raya baru ni, tapi yang simple2 sja lah, boleh adik2 tengok sendiri dalam gambar contoh laksa kedah, kuzi dan yang paling laris dan latest menu Daging sekilo Bawang sekilo.




INI sebelum tetamu datang dapat santai sikit..




Hidangan yang ala kadar saja




Laksa Kedah menu yang tak dapat di tinggalkan setiap kali hariraya, kalau takda mesti ada yang bertanya, so dah jadi kewajipan memang kena buat laksa, bila ketupat takda pulak sambutan disini, jadi terpaksa buat yang paling mendapat sambutan lah..




LENGANGGG sebelum ada tetamu datang




LANGSIR yang jarang bertukar tapi 
I DONT  CARE hehee



LAKSA menu yg paling ngetoppsss




BEFORE orang datang sempat posing kejab




ANTARA tetamu yang paling awal sekali datang my friend 
LINDA & YATIE




ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua nya
Malam ni dah malam 29 ramadhan, bermakna sehari dua lagi kita akan berhariraya, di kesempatan ini kak noor ingin memohon ribuan ampon dan maaf sekiranya ada salah dan silap akak di maya ini.

SESUNGGUHNYA YANG BAIK ITU HANYA DARI ALLAH
YANG BURUK ITU ADALAH DARI KEKHILAPAN KAK NOOR SENDIRI

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN YANG SANGAT DI NANTI2 KAN OLEH SEMUA, SEMOGA AIDILFITRI KALI INI MEMBAWA SERIBU KEBERKATAN AMENN..




BARU2 ini kak Noor ada mencuba biskut lidah kucing ini yang kak noor intai dari blog Kak Wan, sungguh cantik dan menarik biskut ini, anak2 suka sangat dengan warna2 pelangi yang sangat ceria tu, lagipun rasa nya pun sangat sedap dan ranggup, memang dah lama teringin nak buat sejak tengok kat blog kak Wan tapi dek kerana tak ada acuan nya, jadi tenggelam lah hasrat dihati, tapi baru2 ini ada sorang kawan akak yang ada acuan ni, tapi kebetulan dia balik beraya selama 2 minggu, dia " mengofferkan " acuan nya jadi akak pun apa lagi macam orang mengantuk di surungkan bantal lah, memang suka sangat, sampai terus order acuan ni hahaha..

Pada yang nak mencuba boleh lah ke blog kak Wan CITARASAWAN ya, memang tak rugi buat ni, dah lah cantik menarik pasti nya memikat tetamu yang datang beraya nanti kan.


OKLAH ya selamat malam jangan lupa sahur esuk mungkin sahur yang akhir atau masih ada sehari lagi??? sabo je menunggu pengumuman esuk malam ok




ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang semua nya, hari ni masih mood gumbira kerana kepulangan anakanda sulung kak noor untuk bercuti dan berhariraya di rumah.
ALHAMDULILLAH sempat jugak berpuasa di negeri sendiri berbanding puasa di UK yang hampir 18 jam, walaupun tak lama tapi INSYAALLAH mama akan memenuhi permintaan anakanda tersayang heheee
LAGIPUN dah banyak ole2 ni kan mesti nak kena masak sedap2 lepas ni hee
JANGAN JELES AHH...




IBU-IBU memang tak dapat dipisahkan dengan HANDBAG kan
BETUL TAK??



KU SANGKA SATU RUPANYA DUA HEEE
ALHAMDULILLAH



NI MUG sempena royal baby tu memang di pesan lah suruh beli heee
untuk kenangan


ALHAMDULILLAH untuk menambah koleksi ni..

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home