All About

Good Food

ASSALAMUALAIKUM 
Salam hari minggu untuk semua nya, semoga sihat walafiat hendaknya walau apa pun aktiviti adik-adik hari ni ya.
Hari ni kak noor nak kongsikan satu lagi resepi dari negara mata biru, LAMINGTONS ni, sekali pandang memang macam kuih kosui kita tu kan tapi sebenarnya yang ni ialah kek, memang nak ambil gambar yang di patahkan Lamingtons ni untuk nampak kuning yang kat dalam tapi tak sempat sekali pandang rupanya dah licin kek ni dalam pinggan hahaa
Itu lah panahan Lamingtons ni boleh tengok resepi kat bawah ni yang sudah kak Noor translate kan ikut bahasa kita lah.


RESEPI LAMINGTONS

BAHAN KEK
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1/2 cawan mentega tanpa garam
3/4 cawan gula
2 biji telur A
1 sudu kecil vanila
1/2 cawan susu segar

BAHAN FROSTING
4 cawan gula icing di ayak
1/3 cawan koko powder
3 sudu besar mentega
1/2 cawan susu segar

BAHAN COATING
2 cawan kelapa parut yang telah di goreng kering.

CARA NYA
1. Panaskan oven pada 350 F or 180 C
2. Lapiskan tray cake dengan kertas minyak dan sedikit planta.
3. Dalam mangkok besar ayak, tepung, baking powder dan garam.
4. Putar mentega sehingga lembut masukan gula dan putar lagi sehingga kembang.
5. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga sebati.
6. Tambahkan esen vanilla dan kacau biar bersatu, dengan mengguna low speed mixer masukan tepung dan susu secara berperingkat2 sehingga habis.
7. Masukan adunan dalam loyang dan bakar lah selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.
8. Sejukkan kemudian potong kepada 16 bahagian 5 cm setiap satu.
9. Dengan menggunakan double boil panaskan gula, koko. mentega dan susu, kacau sehingga sebati.
10.Letakan Lamingtons ni atas wire rack, sudu kan chocolate frosting di atas setiap cake, dan roll kan dengan kelapa yang telah di goreng .
11.Buat lah sehingga semua Lamingtons diselaputi chocolate dan kelapa.
12. LAMINGTONS sedia untuk di santap.

I TELL U sedapppppp bangat ni sampai tak sempat nak ambil gambar bila di belah.




INI SEBAB KELAPA DAH HABIS JADI KAK NOOR SALUT KAN DENGAN BADAM
SEDAP JUGAK NI
SELAMAT MENCUBA 
GERENTI TAK RUGI TAU..




ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat adik2 tersayang.
SEJAK dah naik pangkat ni semakin sibuk dengan macam2 benda, RVC menu tertangguh nak update, dah lama buat sebeno nya, baru hari ni dapat menulis resepi nya.

SEBENAR nya resepi nya sama dengan RVC Brownies yang akak buat sebelum ni cuma kali ni di cupcake kan je supaya senang nak mamam, takyah nak potong2  lagi, cuma masa nak buat agak lambat sikit, dan cheese yang kat atas agak banyak pakai, tak semua dapat di cheese kan kat atas tu, tapi best jugak sebab akak memang kurang suka cheese, jadi yang takDE cheese 
PASTI NYA TUKANG MASAK YANG PUUUUUUUUNYAAAAAAAA
HAHAA...





Red Velvet Brownies Cheese Cupcake

Bahan-bahannya

250gm butter
½ cawan minyak jagung
2 sudu besar serbuk koko
200 ml yogurt biasa
1 ¼ cawan gula kaster
2 biji telur grade A
2 cawan tepung kek
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh lemon/cuka
1 sudu teh  pewarna gel


Cara-membuatnya

1.    Cairkan mentega dan minyak jagung dengan menggunakan double boiler, sejukan.
2.    Ayak tepung kek dengan serbuk koko
3.    Pukul gula kaster dan telur sehingga sebati,masukan campuran mentega dan minyak jagung, gaul sebati.
4.    Tambah yogurt yang telah di campur pewarna merah pukul sebentar hingga rata.
5.    Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan adun lah sehingga rata masukan vanilla kacau rata.
6.    Asingkan 2-3 sudu besar untuk lorek.
7.    Masukan cuka dan soda bicarbonate dalam bekas kecil, kacau dan tuangkan dalam baki adunan dengan cepat.
8.    Sediakan cawan kek dan tuang lah adunan sehingga ¾ paras cawan kek.
9.    Buatlah sehingga habis adunan dan bakar dengan suhu 200’C selama 30 minit.







Bahan Lapisan Cheese

350 gm cream cheese
1 cawan gula icing
1 biji telur grade A
1 sudu besar jus lemon

Cara membuatnya
1.    Putar cream cheese sehingga berkrim masukan gula icing dan putar lagi sehingga sebati.
2.    Masukan telur dan putar sehingga berkilat, tuangkan jus lemon, kacau rata.
3.    Tuangkan di atas cupcake yang telah di bakar tadi sehingga habis dan loreklah dengan lebihan adunan merah di atas nya.
4.    Bakar lagi sekali selama 20 minit dengan suhu 200’C atau sehingga adunan cheese keras.
5.    Rvc dah boleh di santap.




SELAMAT MENCUBA YA
KALAU ADA YANG BELUM TRY TU 
DI REKEMEN KAN BROWNIES NI 
SEDAPPPP..
MOISTTTT
PASTI NYA NAK LAG DAN LAGI..




ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang  untuk semua adik-adik kak Noor, rasa nya dah lama sangat tak ber BW lagi, yalah dah naik pangkat tugas makin banyak, nak masuk sini pun masa sangat terhad, tapi kerinduaan menggamit untuk mengupdate blog hari ni.

RESEPI ni dari anak ke4 yang pantang ada cuti sikit dari sekolah pasti nak membaking, ALHAMDULILLAH di kala mummy sibuk dengan cucu baru, ada jugak yang buat menu minum petang, tak lah sunyi dapur petang-petang kan.

UNTUK yang nak mencuba resepi ni boleh klik di http://m.joyofbaking.com/muffins/ChocolateMuffins.html
MEMANG SEDAP kalau yang ada chocolate ni kan, jadi boleh lah try ya, mesti nak buat berkali- kali jom!!!




CUACA disini agak mendong- mendong gitu memang makan apa pun sedap saja, jadi sebelum cucu menangis minta dokong maktok nak makan muffin hahaa..

SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA YA
CAYA LAH TAK RUGI TAU!!
LAGIPUN BAHAN-BAHAN NYA MUDAH JE PUN..


Alhamdulillah dah beberapa hari menanti kelahiran cucu pertama, akhirnya dengan rasminya hari ni mokcik dah jadi Tok dan Tok Wan, lepas ni mungkin dah tak sibuk didapur tapi sibuk dengan urusan cucu lah pulok !!!


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua sahabat maya, semoga semua nya sihat walafiat disamping tugasan harian ya..




MALAM ni nak kongsi satu resepi cupcake yang sangat sedap, untuk adik2 yang rajin mencuba boleh lah try, memang agak rumit sikit lah sebab ada 3 adunan, tapi berbaloii membuatnya. Ini pun anak kak Noor yang buat untuk jualan di sekolah bagi mengutip derma untuk sumbangan ke luar negara, dah tak ingat negara mana hee..




Pada yang nak resepi boleh lah klik pada link ni , rugi tak mencuba resepi ni sangat sedap dan cepat je hilang dari pandangan mata kasar  hahaa...




NAMPAK tak lelehan coklat tu waduh bagiii tak sabar nak buat lagi ni rasa nya..



DIDALAM nya ada krim kastad yang sangat sedap bila digandingkan dengan rasa kek yang sponge tu, ditambah dengan coklat, waduh2 teruja sangat bila MAKAN..

SELAMAT MENCUBA TAU !!!

 ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat yang barokah pada semua adik-adik yang sudi singgah dan jenjalan di blog kak Noor, semoga sihat walafiat hendaknya, selamat santai untuk warga Brunei kerana hari ni cuti pada yang kerja dengan goverment,tapi pada yg kerja swasta hari ni kerja macam biasa.

NAK TANYA ADIK-ADIK SEMUA, AGAK-AGAK SURIRUMAH BILA LAH AGAKNYA DAPAT CUTI YA HAHAA, HARI-HARI NON STOP OOOO KERJA KERJA..
MASAK MAKAN TIDUR REHAT...
HARI-HARI BUAT BENDA YANG SAMA.
ADA TAK YANG JEMU??
BAGI KAK NOOR KALAU BENDA TU KITA SUKA BUAT, DAN MINAT YANG SANGAT DALAM DALAM, TAK JEMU LAH KAN, MALAHAN SUKA SUKA, HARI-HARI MASAK PUN TAK KISAH, UNTUK MASAK TENGAHARI MALAM PUN DAH DOK FIKIR KAN..
ADIK-ADIK KAK NOOR YANG LAIN CEMANA? SUKA KE TIDAK AKTIVITI SURIRUMAH MACAM KAK NOOR NI??




RESEPI KITA hari ni ialah MACAROON jom semak resepi kat SINI ya sebab memang dah berulang-ulang kali kak Noor buat guna resepi ni, memang menjadi-jadi kalau tak percaya mesti kena cuba lah sendiri..




YANG BEST MACAROON ni kita boleh buat macam-macam Rona Roni yang boleh menyerlahkan kecantikan macaroon tu kan, tak kenal maka tak cinta, sekarang ni kak Noor memang suka sangat buat sebab dah menjadi, kalau dulu memang on off je kejab jadi kejab tak jadi, tapi ALHAMDULILLAH sekarang dah selesa sikit lah.




UNTUK FILLING boleh jugak guna butter cream dan klik kat SINI untuk resepi nya ya, dan kalau kurang rajin boleh saja guna nutella atau peanut butter.
Ok adik-adik dan anak-anak yang sudi berkunjung ke sini
SELAMAT SANTAI DAN BERGUMBIRA SELALU YA.

ASSALAMUALAIKUM adik-adik kak Noor, semoga sihat walafiat hendaknya di hari rabu ni, terimakasih banyak-banyak pada yang sudi wish di atas ucapan ulangtahun kak Noor di entri yang lepas, semoga kalian jugak di rahmati oleh ALLAH swt dan di dalam rahmat dan pemeliharaanNYA jua.





KALI ini kak Noor nak kongsikan gambar-gambar menarik semasa kak Noor dan anak-anak berkunjung ke kota SINGA baru ni, sungguhpun SINGAPURA sebuah negeri yang sangat maju, tapi di National Orchid Garden ni terserlah alam semulajadi yang sangat unik yang memukau pandangan mata kita untuk berlama-lama dalam taman ini, kalau boleh rasa nya nak datang lagi dan lagi kesini..




DISINI LAH bermula ORCHID GARDEN tu walaupun kena bayar sikit,tapi rasa nya puas mata memandang lebih beratus-ratus jenis ORCHID kat sini, udara yang sejuk aduhh, kalau datang sebelah pagi memang sangat tenang dan nyaman lagi rasanya..




TENGOKLAH pasangan bangau ni jeles I..



TAK MAU lepas peluang bergambar dengan anak sulung kak Noor, yang sekarang ni dah terbang semula ke UK, adus rindu lah pulak..



CUKUP LAH sampai disini dulu gambar nya kalau ada permintaan boleh tambah lagi, tapi kalau takde entri esuk lusa boleh letak resepi pulak, tapi memang gila lah bila tengok ORCHID kat sini, macam nak bawa balik ja naik plane tapi takut punya pasal sekadar jamu mata saja lah disini.

SAMPAI JUMPA LAGI YA..



ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk adik2 semua, hari ni genap lah usia kak Noor  seperti yang tersebut kat atas tu, dah tak muda dah kan, ALHAMDULILLAH ALLAH masih pinjamkan di bumi ini untuk bernafas dan berbakti pada keluarga tercinta.




INI ADA LAH sebahagian dari juadah kueh mueh yang di hidangkan semalam, majlisnya telah di advancekan sehari untuk mengambil sempena bulan syawal di Brunei ni yang masih berbaki, tahun ni rasa nya semua makanan yang dihidangkan adalah air tangan tuan umah
ALHAMDULILLAH sejak berblog kemahiran makin mantap TERIMAKASIH untuk adik2 kak Noor yang akak selalu singgah sekodeng resepi kueh mueh ni seperti
SHEILA,  ITA, AZIE, RAHEL, KAK WAN dan ramai lagi lah yang tak tersebut kat sini.

Antara kueh yang nampak kat atas tu, Macaroon, Biskut Lidah Kucing, Rvc Brownies, Tart Cheese Deco, Rvc Cookies, Donut Ball dan Kek Lapis.


SEBENARNYA jemputan nya ada lah untuk para adik-adik MALAYSIAN yang tinggal kat BRUNEI ni, yang suami-suami mereka kerja kat Brunei, masa raya dulu diaorang semua ni balik kampong masing-masing, jadi tak dapat datang masa akak buat openhouse dulu, ini pun dah kali keberapa dah tak ingat openhouse nya hahaha, asal ada yang nak singgah kat umah, tak best jugak kalau tak buat makan- makan..

FIRST & SECOND family yang sudi singgah, sorry gambarnya berfokas pada ladies only.




WITH  HUSNA yang cute..



SEMPAT POSING SEBELUM SANTAP..




LAKSA KEDAH menu wajib yang tak pernah miss dan permintaan yang sangat tinggi kat Brunei ni, tapi sayang last2 ada jugak yang tak dapat merasa sebab dah licin..



 MALAYSIAN, SINGAPOREAN & BRUNEIAN




KAUM-KAUM IBU sedang melayan selera ALHAMDULILLAH feedback yang memberangsangkan hahaha kembang semangkok makcik ni kan.



 ADIK-ADIK MALAYSIAN ku CAYANG NI..



TUAN UMAH LAKI BINI sibuk melayan tetamu hahaa..



MACAM-MACAM AKSI GUMBIRA..





ADIK-ADIK MALAYSIAN yang  sempat bergambar sebelum balik, ada jugak yang termiss tu sorry bangat pada yang lain ya..




INI BARU LAH BERGAMBAR dengan anak-anak BRUNEI kawan anak-anak kak Noor bersama Cikgu KD 




BOSS melayan tetamu lelaki ..



TETAMU kecik yang masih bersamping dan berbaju melayu
ANTARA trademark BRUNEI mesti berbaju melayu walaupun dah di akhir syawal.



ASSALAMUALAIKUM dan salam magrib untuk semua nya, di Brunei Darussalam sekarang ni sedang menunggu waktu isyak yang sekejab lagi, tak mau buang waktu godek2 blog yang dah tak berapa nak aktif ni asyik sibuk je manjang., sebenarnya dah lama masak ikan kukus ni tapi belum berkesempatan nak update, beberapa kali jugak buat siaran ulangan masak ikan kukus yang sedap ni heee, anak2 suka yang macam ni so banyak senang lah kukus je kan, jom tengok resepi mudah ni.





RESEPI    : IKAN KUKUS MACAM-MACAM RASA
OLAHAN : BICARA KAK NOOR

BAHAN
1 ekor ikan besar di bersihkan 
Diperapkan dengan limau kasturi, minyak bijan dan sos tiram lebihkurang 10 minit, kemudian kukus lah sehingga masak.

BAHAN HIRIS
3 batang serai
1 inci halia
3 ulas bawang putih dicincang
5 batang lobak masin 
2 biji cili merah
5 biji cili padi
2 kuntum bunga kantan
1 sudu sos tiram
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menumis



CARA
Panaskan kuali masukkan sedikit  minyak, dan tumislah bahan hiris, di mulai dengan serai, halia bawang putih dan lobak masin, gorenglah sehingga layu dan wangi, kemudian diikuti dengan sos tiram dan air yang keluar dari hasil kukus ikan tadi sedikit saja tak perlu banyak sangat.
Bolehlah masukan cili padi dan besar juga bunga kantan, tak perlu lama sangat di atas api.
Letakan garam dan gula secukupnya dan boleh lah di curahkan di atas ikan yang telah di kukus tu
Ikan kukus kita sudah sedia dimakan bersama dengan nasi panas2...




OK selamat malam semua ada masa kita jumpa lagi ya
Hari ni last day syawal utk Malaysia kan, tapi kat Brunei esuk last day, ada openhouse lagiii U heee


ASSALAMUALAIKUM dan salam 25 syawal untuk warga BRUNEI DARUSSALAM dan salam 26 syawal untuk warga MALAYSIA semua, sejak dua menjak ni masa sangat mencemburui akak sehingga tiada langsung ada waktu untuk mengupdate blog comel ni dan berjumpa adik2 semua, sejak hariraya AIDILFITRI sibuk dengan openhouse segala, lepas tu ronda2 KOTA SINGA dengan anak2, dah balik sibuk lagi openhouse semula dan MAJLIS PERKAHWINAN sedara terdekat, aduss hari ni akak luangkan sedikit waktu, ini pun sebab puasa syawal yang sudah last day hari ni, jadi nya tak masak tengahari agak longgar sikit lah aktiviti tu hahaaa...

BERBALIK pada resepi kali ni BISKUT LIDAH KUCING RAINBOW yang telah di open sesame sekarang ni, sebenarnya masa bulan puasa dah ramai yang minta biskut ni tapi kerana kesibukan yang melampau jadi nya tempahan tertangguh lah, pada warga BRUNEI DARUSSALAM yang ingin merasa biskut ni boleh lah WA Kak Noor ya atau PM kat FB atau boleh ke pages Dapur Kak Noor jugak, disana dah ada nombor akak ok.





Biskut  Lidah Kucing Rainbow

Bahan
 250 gm Butter
175 gm gula Kastor
100 ml putih telur
200gm Tepung Gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu emplex (perangup biskut)

Warna : Unggu, Biru, Hijau, Kuning, Oren dan Merah





CARA


1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex dan ketepikan.

2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukkan telur sedikit demi sikit hingga 
    sebati.

3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi didalam adunan dan pukul sebati.

4. Bahagikan adunan  kepada 6 bahagian dan warnakan mengikut warna rainbow

5. Masukkan kedalam piping bag yang telah di letakkan nozel no 8 

6. Panaskan Oven 150C dan bakarlah selama 15 minit atau sehingga masak dan ranggup.

7. Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.




MEMANG larissss sangat biskut ni, jadi sesiapa yang tak nak try memang rugi lah ya, tapi mesti kena ada acuan Lidah Kucing ni baru senang, kalau adik2 nak tahu kak Noor sampai cari acuan ni kat SINGAPORE dah kebetulan bawa anak2 tapi tak jumpa, masa balik singgah KL ada kawan bawa kat kedai bakery BAGUS tu memang bagus sungguh lah sebab kat sana memang banyakkk acuan ni, tak sia2 akak singgah KL sebelum balik BRUNEI





OKLAH sampai disini dulu ya, esuk lusa kita jumpa lagi kalau masa mengizinkan, jangan lupa untuk warga 
BRUNEI DARUSSALAM yang nak order biskut ni dan biskut yang lain boleh lah 
WA Kak Noor  8739160 lebih mudah...
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home