All About

Good Food




ASSALAMUALAIKUM dan salam isnin untuk semua yang sudi singgah sini, hari ni kak Noor nak jamu mata adik2 semua dengan nasi ayam yang sedap ni, resepi nya biasa saja macam yang pernah kak Noor buat cuma yang ni agak kuning, sebab ternampakkan safron, jadi terlintas lah pulak nak letak safron supaya biar berkaler gitu



LAGIPUN pepagi dah bersoal jawab dengan anak2 nak makan apa, itu ini, jadi nasi ayam yang jadi pilihan, so lepas jadi driver kak Noor terus berkuntan kat dapur maka hasilnya 
Nasi Ayam Safron ni , jom semak resepi dulu ya mana tau ada yang teringin nak buat tenghari ni sempat lagi kot ..



Nasi Ayam

Bahan Ayam
1 ekor ayam
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Bahan Perap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan

Cara memasak ayam
1.    Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2.    Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
3.    Masak air sehingga mendidih dan masukan ayam perlahankan api sehingga ayam setengah masak.
4.    Angkat ayam dan tos kan, kemudian perap lagi dengan bahan perap lebihkurang 30 minit.
5.    Gorenglah ayam dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.
6.    Angkat dan baru lah di potong kecil


Bahan Nasi Ayam
5 cawan beras wangi
2 sudu mentega
5 ulas bawang merah kisar
2 ulas bawang putih kisar
1 inci halia kisar
3 helai daun pandan
1 cawan susu segar
1 kiub ayam
sedikit safron
Sedikit garam
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga

Cara memasaknya
1.    Panaskan mentega dan tumis lah bahan kisar dan bahan rempah sehingga wangi.
2.    Masukan separuh daripada air rebusan ayam tadi.
3.    Tambahkan susu segar, garam, daun pandan, kiub ayam
4.    Masukan beras yang telah di cuci jugak separuh lagi air rebusan ayam.
5.    Lebihkan sukatan air 1 cawan dari sukatan beras.
6.    Masukan beras didalam rice cooker dan masaklah seperti biasa
7.  Sudah nasi tanak taburkan sedikit safron di atas nasi biarkan 10 minit, baru di kacau.



Bahan Sambal Nasi Ayam

10 biji Thailand
5 biji cili besar
4 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan
Sedikit air rebusan ayam
Cara memasaknya

1.    Kisar cili Thailand, cili besar, bawang putih dan halia.
2.    Jangan terlalu halus biar sedikit kasar.
3.    Masak di atas api yang sederhana tambah kicap manis, garam, gula, cuka, minyak bijan dan sedikit air rebusan ayam.
4.    Masak sehingga pekat dan berkilat angkat.


Bahan Sambal Kicap

Tumiskan sedikit bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk dengan sedikit minyak bijan, tambahkan kicap manis dan masin dan air rebusan ayam, masak sehingga mendidih dan angkat.





ASSALAMULAIKUM dan selamat petang pada sesiapa saja yang sudi singgah di blog kak Noor, kebizian yang melampau dengan macam-macam tugasan, membuatkan kak Noor masak yang ala-ala simple-dimple je hari ni, sebenarnya dah berbulan jugak simpan tepung florenta tu dalam petiais sebab takut tak ok kalau simpan di luar, kebetulan masa ke Singapore baru ni singgah KL, sempat lah ke BAGUS ternampak tepung florenta ni, terus tangkap 2 peket je pun hahahaha, ALHAMDULILLAH baru hari ni dapat membuatnya walaupun sebenarnya simple sangat cara nak buat florentine cookies ni.



LAGIPUN bahan-bahan semua dah ada nak dengan tak nak saja nak buat cookies ni, bahan-bahan memang dah stok banyak kat rumah al maklum kalau ada yang mengorder apa-apa senang takyah kelamkabut ke kedai segala, lagipun kalau barangan kering memang tahan disimpan, adus berceloteh lah pulak maktok ni kan.. jom tengok resepi yang sangat sangat mudah ni..

Bahan-bahannya

200 gm tepung florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci 
20 gm bijan ( putih + hitam )

Cara membuatnya.
1. Badam dan kuaci di panggang sekejab dalam oven pada suhu 160'C selama 5 - 10 minit
2. Satukan semua bahan-bahan dan gaul rata.
3. Sebenarnya boleh jugak kita bakar dalam loyang, tapi kak noor masukan dalam dulang muffin yang ada 12 lubang tu, sebab kurang rajin nak potong masa panas-panas tu ..
4. Bakarlah pada suhu 160'C selama 10 - 15 minit.
5. Dah siap florenta cookies ni sedapppp sangat haha

KAK NOOR memang suka apa saja yang berunsurkan kekacang ni, tambahan yang ni ranggup adussss, kalau dah habis pasti nak buat lagi sebab tepung masih berbaki heee





ASSALAMUALAIKUM dan selamat tengahari adik-adik semua
Pasti nya waktu ni dah makan tengahari kan, kak Noor hari ni santai sikit sebab cuti makan tengahari dapat lah buat aktiviti lain, kebetulan ada yang menempah rainbow cheesecake, jadi taklah kelam kabut masak banyak-banyak untuk tengahari hee..




SEBENARNYA resepi rainbow cheesecake ni akak guna resepi cotton cheesecake yang biasa tu , cuma di letak kaler je, tapi kena awas jugak jangan terlebih warna tu nanti adunan jadi cair tak menjadi pulak, jadi untuk play safe akak guna pewarna serbuk je insya ALLAH boleh try siapa yang rajin, dah yang tak rajin nak buat boleh jugak menempah heee..

BOLEH korek-korek resepi di SINI  INSYA ALLAH menjadi don worry..



SILA JAMU mata saja ya, tuan umah jamu mata jugak sebab satu adunan yang dapat sebijik je, jadi yang ni dah ada orang punya, so tuam umah putih mata jugak haha, esuk2 tunggu mood rajin buat utk tuan umah pulak hee

OK SAMPAI disini dulu jumpa lagi di lain entri
tata titi tutu..

Assalamualaikum rakan2 bloggers.
Hari ni last day dibumi kanggaroo ni, malam nanti dah nak fly balik ke KL, dan lepas tu ke Brunei Darussalam, dengan masa yg terhad ni layan lah dulu gambar -gambar semasa kak Noor sempat melawat zoo kat Brisbane ni ya, betapa ramainya rakan-rakan yg sebelum ni kita tak pernah jumpa yang sungguh jinak.

Ok sampai disini dulu tunggu balik ke Brunei akan menyusul gambar-gambar yg lebih menarik heee..

Assalamualaikum adik2 kak noor ♥
Dah lama tak mengupdate blog ni, hari ni hari ke2 di Australia, sebenarnya tujuan asal menghantar cucu Iman untuk berjumpa dengan Abi nya, jadi dah datang jauh beribu batu baik lah jenjalan kan, rugi tu kalau memerap kat rumah saja..

Masa first day datang pengsan terus sebab dah letih 8 jam dalam flight, dari Brunei -KL - Gold Coast., lepas charging gitu gini bsru dapat jalan lagi hee..



ASSALAMUALAIKUM  dan salam hari minggu untuk semuanya.
NO RESEPI YA HARI NI COZ HARI MINGGU KAN CUTIIIIIIIII ...
HARI ni dah 18 hari cucu akak ABDULLAH IMAN, semoga Iman membesar menjadi insan soleh dan berbakti untuk bangsa dan agama bila besar nanti. 



BABY Iman yang tak banyak kerenah, mudah maktok menjaga nya.
Biasa lah cucu pertama ni kan memang lah agak jakunis sikitt haha..


DAH LAMA takada baby dalam rumah mesti agak seronok dan meriah rumah bila ada dengar tangisan baby lagi, cuma masa je kadang2 mencemburui untuk maktok berlama2 sebab very the banyak tugas lah sekarang ni.



 OK LAH dulu ya Baby Iman berundur diri sampai jumpa di lain entri
INSYA ALLAH tak lama lagi Iman akan fly ke Aussie tentu rumah maktok dah sunyi lagi.
Apa nak buat kalau rindu maktok pulak yg terbang ke Aussie haha,,,





ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua nya.
Hari-hari busy dengan macam-macam aktiviti luar dan dalam rumah.
Biasa lah sekarang ni walaupun lepas raya ada saja tempahan dari rakan-rakan.
Baru-baru ni ada yang menempah macaroon, terlupa nak snap yang banyak2 tu dah siap packing baru teringat, ni dah tinggal yang tak lawa hahaa ok lah tu sekadar jamu mata je kan
Bukan nya boleh makan pun heee....




SEPERTI biasa sebelum ni kak Noor memang dah banyak kali buat ikut resepi yang di SINI, tapi
kalau lama kita tak buat memang agak meragam jugak macaroon ni, tapi kali ni 
ALHAMDULILLAH, yang ni antara yang kureng menarik haha untuk tuan rumah ngap, yang lawa-lawa kena bagi orang lah kan..

FILLING nya pulak akak guna Nuttela, Peanut Butter dan Buttercream 
YANG mudah-mudah je kan sebab buat macaroon ni dah rumit jadi untuk filling tu biarlah  yang simple dimple je, tak lama sangat kat dapur tu, nak jugak berecon2 kat ruang tamu kan hahaha...

OKLAH selamat malam dari kak Noor
HAPPY WEEKEND UNTUK SEMUA YA...
JUMPA LAGI DI LAIN ENTRI
MUNGKIN NEXT ENTRI DI AUSTRALIA???
Siapa tahu kan kalau ada rejekiiiii



ASSALAMUALAIKUM 
Salam pagi rabu untuk semua nya ya..
Hari ni nak kongsi gambar peria ni je, baru ni akak ke Supermarket ternampak peria yang cantik ni, terus tertawan dan beli dua pek,  macam sayang je nak masak sebab cantik sangat.
Tapi  nak jugak rasa so semalam akak masak lah memang sama saja lah rasa nya dengan peria hijau tu, cuma warna nya saja yang macam albino.




KAT tempat adik-adik semua pernah tak nampak peria yang warna macam ni??
Dunia dah akhir zaman dah macam2 kaler sayur kita nampak sekarang ni kan, jagung pun akak pernah nampak warna purple, tapi tak sempat nak snap gambar, tak berani nak beli jugak sebab warna nya terlalu heavy hahaa takutttt...

Ok lah selamat memasak untuk adik2 semua ya..
SALAM SAYANG DARI KAK NOOR
BIZI-BIZI DENGAN CUCU SEKARANG NI MASAK PUN CINCAI JE..


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home