All About

Good Food




 ASSALAMUALAIKUM  dan selamat malam, dah dua tiga hari tak masuk sini, rasa macam lama sangat, malam ni korek-korek gambar Iman dan kambing black pepper ni,  kambing ni dah masak dua tiga lepas biasalah memang tak dapat nak update hari yang masak sebab kebizian dengan macam-macam aktiviti, jadi kalau ada yang berangan nak masak kambing black pepper ni boleh lah try resepi ni memang sedap, tapi mesti layan time panas lah bila dah sejuk kambing ni akan timbul lemak-lemak tu, jadi dah tak power rasa nya, jom semak resepi ya...

NI gambar Iman di dukong Tokwan dah pandai senyum sikit, tengok gambar je lah, maktok malam ni sebab Iman balik rumah nenek lagi satu hahaa....






Lamb Black Pepper

Bahan-bahannya
6 keping daging kambing
4 ulas bawang putih tumbuk
1 sudu besar lada hitam tumbuk
1 inci halia tumbuk
1 sudu kicap manis

Garam dan gula secukupnya
Sedikit rosemary

Cara memasaknya
1.    Bersihkan daging kambing, perapkan sekejab dengan lemon, tos kan.
2.    Masukan bahan tumbuk dalam bekas, letakkan kicap manis, garam, gula, lada hitam dan rosemary.
3.    Gaulkan dengan kambing yang telah di bersihkan.
4.    Perap selama 1 jam.
5.    Panggang dalam pemanggang ajaib, kalau tak ada boleh guna kuali biasa dengan menggunakan api yang kecil.
6.    Air perapan kambing jangan di buang, boleh di guna untuk membuat sos nya.


Sos Lada Hitam

Bahan-bahannya
1.    1 sudu besar mentega
2.    2 sudu tepung gandum
3.    1 kiub ayam
4.    1 sudu kicap manis
5.    1 sudu lada hitam tumbuk
6.    Sedikit cendawan butang
7.    Sedikit air perapan kambing
8.    Garam dan gula secukup rasa
9.    1 cawan air atau lebih ikut kegemaran masing-masing, nak pekat atau cair.

Cara memasaknya
1.    Panaskan planta dalam kuali, masukan semua bahan-bahan, mulai dari 1 hingga 9.
2.    Masukan jugak lebihan air perapan kambing.
3.    Kacau sebati dan biarkan mendidih.
4.    Dah cukup rasa boleh lah di angkat dan curahkan di atas daging kambing yang di panggang tadi.



SELAMAT MENCUBA MEMANG SEHINGGA MENJILAT JARI NI..



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua nya, hari ni memang tersangat sibuk rasa nya dengan macam-macam aktiviti luar dan dalam rumah, waduh macam vvip lah pulak maktok ni sibuk kan, tapi sesibuk mana pun masak tetap masak, hari ni kak noor nak kongsi satu resepi mudah dolu2 punya resepi Pajri Nenas, rasa nya sekarang ni orang dah kurang makan pajeri kan, mungkin sebab banyak resepi-resepi baru yang keluar jadi nya resepi lama ni sudah tak di gemari lagi, ye ke??? tapi bagi kak Noor kalau masak pajeri ni makan nasi mesti bertambah, tambahan pulak kalau di campur ikan masin kurau tu waduh waduh....
Kalau tutup mata memang dah tak nampak apa-apa hehehe....

Jom semak resepi dulu ya..




Pajeri Nenas
Bahan-bahan:

§  1 biji nenas dikupas dan dipotong ikut kesukaan sendiri
§  3 sudu rempah kari daging
§  4 keping potongan ikan kering
§  1 cawan santan
§  2 sudu kerisik
§  Sedikit bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis
§  Garam dan gula

Bahan A
§  4ulas bawang merah
§  2 ulas bawang putih
§  ½ inci halia

Cara membuat:

1.    Tumbuk bahan A
2.    Panaskan minyak dan masukkan bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis serta bahan tumbuk tadi.
3.    Masaklah sampai kekuningan, masukan bancuhan rempah kari dengan sedikit air dan kacau biar sampai naik minyak.
4.    Kemudian masukan ikan masin dan nenas jugak sedikit air dan masaklah dengan api yang kecil sehingga nenas separuh masak.
5.    Lepas tu bolehlah dimasukan santan, garam, gula serta kerisik dan masaklah sehingga kuahnya pekat.
6.  Boleh lah di layan dengan ikan pekasam goreng, atau apa saja lah yang sewaktu dengan nya.





Pekasam ni  beli je masa balik Kedah dulu, disimpan lama-lama dalam petiais memang tahan lama, masa goreng di tambah, bawang merah, cilipadi jugak serai yang di hiris, memang sedap tak percaya boleh cuba try ok...



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua bloggers yang sudi singgah di blog usang ni, kesibukan tugasan tidak mengizinkan untuk kak Noor selalu bersantai kat sini, tapi kerinduan yang mendalam terpaksa ku gagahi dengan menu yang simple dulu untuk malam ni ya..

Jom tengok resepi yang sangat mudah ni..




Kentang Putar
Bahan-bahan:

§  10 biji kentang dipotong kiub
§  1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
§  ½ cawan fresh milk
§  1 sudu mentega
§  1 kiub ayam
§  Garam secukup rasa


Cara membuat:

1.    Rebus kentang dengan sedikit garam, dah empuk toskan dan tumbuk atau lenyek lah kentang sampai hancur.
2.    Boleh jugak gunakan hand mixer dan putar supaya lebih halus.
3.    Masukan sedikit garam, lada hitam dan susu dan mentega kedalam kentang tadi dan putar sampai sebati.
4.    Masukan kentang dalam acuan bulat dan terapkan lebih cantik ada bentuk daripada letakkan kentang gitu saja.
5.    Bolehlah dimakan dengan sos lada hitam.

Bahan- bahan sos lada hitam

½ biji bawang besar di potong kasar
1 batang leek di potong kasar
1 sudu planta
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap manis
½ sudu besar lada hitam tumbuk
1 sudu tepung gandum

Cara nya
1.    Rebus bawang besar dengan leek bersama ¾ cawan air
2.    Biarkan mendidih selama 15 minit, angkat dan tos kan.
3.    Ambil air rebusan masak lagi sekali, campurkan dengan planta, sos tiram, kicap, lada hitam dan tepung gandum.
4.    Perasa kan dengan garam dan tapis lagi sekali supaya lebih licin sos dan halus.




SEJAK cucu balik dari Australia, maktok memang busy bangat, macam-macam nak kena buat, yang pasti main dengan cucu lebih best dari masak hahahaa, tapi apa nak buat hidup mesti makan, jadi hari-hari memang MEMASAKKKK cuma tak sempat update je..




ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang untuk semua adik-adik kak Noor
Semoga sihat-sihat saja hendaknya ya di petang yang bahagia ini.



Apam ni sebenarnya dah lama di masak tapi kerana dek kerana terlalu busy-busy dengan macam-macam jadi nya terperuk lah saja dekat draft tu, nasib baiklah bukan apam yang fresh, hanya gambar je, kalau apam yang fresh memang dah berkulat kan...
RESEPI nya masih sama dengan yang di SINI cuma kali ini akak letak dalam loyang yang besar dan tinggi maka nya jadi lah macam yang dalam gambar tu..


OK  Sebelum kak Noor terlupa disini kak Noor nak ingatkan untuk adik-adik dan kak Noor jugak untuk berpuasa ESUK & LUSA.


Salam. Esuk(ari tas'ua) & kamis(ari assyura) marilah kita sama2 insya Allah cuba puasa... Banyak fadhilatnya...๐Ÿ˜Š

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

“Puasalah kamu pada hari ‘Asyura dan janganlah kamu menyerupai padanya dengan orang Yahudi. Puasalah kamu (dengan puasa ‘Asyura) sehari sebelumnya atau sehari selepasnya.” (HR. al-Baihaqi dinilaikan sahih oleh as-Suyuthi)



SELAMAT berpuasa untuk sesiapa yang boleh ya dan takde bendera Jepung, dan kalau ada lebihan nasi tu boleh buat apam nasi ni untuk berbuka esuk ya.



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam adik-adik kak Noor
DAH lama tak masuk sini, dah berhabuk terus bawa vacuum ni nak sedut mana yang patut.
MEMANG busy sangat waktu sekarang ni sebab banyak projek yang belum siap.
NAK TAU projek apa rohsia dulu naaaa...
OKLAH malam ni kak Noor nak show cucu sorang ni, dah  makin debab debum dah sekarang ni.



DAH pandai tengok tv jugak kata Ummi nya, ish budak-budak zaman sekarang ni memang cepat pandai, sekarang ni IMan baru 53 hari, dah bolat - bolat je badan dia.



TERBARU dapat kabar yang barut pun dah tak muat dengan Iman ni 
ADUSS hanya sebulan lebih je pakai barut, kat Oz mana ada jual kan.
SO terpaksa lah bolat- bolat je macam gini..



INI PULAK gaya baby boss yang sedang tengok TV hahaa 
INSYAALLAH seminggu lagi maktok dapat jumpa IMan yeyyyy
OK LAH ya jumpa lagi di lain entry kalau tak busy-busy dengan kerja yang tak pernah 
HABIS HABIS HABIS ni 


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat malam untuk semua yang sudi singgah, hari ni akak nak kongsikan satu resepi yang di buat oleh anak dara akak ni, nampaknya kuah dah tumpah kenasi hahaha, pantang ada cuti mesti dia nak membaking.

Resepi ni anak akak Madihah cari kat Joy's Baking tu dan sudah akak alih bahasa ikut bahasa yang senang untuk kita semua kan, sapa nak mencuba boleh lah try tokai sedap, rasa nya ala-ala cloud 9 gitu.

JOM TENGOK RESEPI YANG MUDAH DAN SEDAP NI.





Millionaire Shortbread

Bahan shortbread

¾ cawan mentega tanpa garam
¼ cawan gula
½ sudu kecil esen vanilla
1 ½ cawan tepung
¼ sudu kecil garam

Bahan karamel
400 gm susu pekat manis
½ sudu besar mentega

Chocolate glaze
170 gm coklat masakan
½ sudu besar mentega

Cara membuat shortbread

1.    Panaskan oven 180’C .
2.    Alaskan loyang 9 x 9 dengan foil dan bubuh sedikit mentega.
3.    Didalam mixer, pukul mentega dan gula sehingga kembang, campurkan dengan vanilla dan pukul lagi.
4.    Masukan tepung dan garam pukul sehingga sebati.
5.    Kemudian masukan adunan didalam loyang dan tekan sehingga padat.
6.    Bakar lah selama 20 minit sehingga menjadi kekuningan keluarkan dari oven dan sejukan.

Cara membuat karamel

1.    Masukan susu pekat manis dan mentega  dalam periuk dan panaskan denga cara double boil
2.    Kacau sehingga karamel pekat dan bertukar menjadi warna keperangan.
3.    Curahkan di atas shortbread dan sejukan didalam petiais selama 30 minit.

Cara membuat coklat glaze

1.    Cairkan coklat dan mentega dengan cara double boil.
2.    Biarkan sejuk sekejab dan curahkan coklat di atas lapisan karamel .
3.    Masukan dalam petiais lebihkurang 15 minit, potong shortbread kepada beberapa bahagian.
4.    Shortbread sedia dihidangkan.
5.    Boleh tahan sehingga seminggu jika disimpan dalam petiais, dan akan tahan lebih lama jika di frozenkan.






Jangan takut mencuba tau mesti jadi punya don worry
ORANG JAUH sila jamu mata saja nooo...




ASSALAMUALAIKUM  dan happy weekend untuk adik - adik semua...
SEMOGA semua nya sihat walafiat hendaknya ya
HARI NI akak nak kongsi resepi yang sangat simple tapi sedap
JOM semak resepi yang sangatttttttttt mudah..




Bahan-bahannya
1 kg udang yang sederhana besar
1 peket kulit popia yang kecil
1 biji telur
cheese cheddar secukupnya
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
1. Bersihkan udang buang semua kulit kecuali ekor nya saja ditinggalkan.
2. Gaulkan udang dengan sedikit garam dan cheese.
3. Pastikan cheese tidak terlalu banyak nanti tak cantik masa goreng.
4. Letakkan kulit popia, letakkan udang dan balut lah seperti biasa.
5. Tinggalkan bahagian ekor udang disebelah luar,
6. Gam kan dengan telur supaya kulit popia tidak terbuka masa menggoreng.
7. Gorenglah dengan minyak yang banyak sekejab saja asalkan kekuningan.
8. Tos kan dan popia sedia di hidang kan panas - panas.

SELAMAT MENCUBA untuk semua adik - adik
TIDAK SYAK LAGI memang sangat sedappp.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home