All About

Good Food


ASSALAMUALAIKUM  dan salam akhir tahun untuk semua nya, selamat datang tahun 2014, hari ni last entry untuk tahun ni, tahun depan tak tau lagi nak letak resepi apa heee, resepi ni kak noor sekodeng dari blog CT Zaliedana, dah lama teringin nak buat, tapi tak terbuat sehingga lah ramai anak-anak yang balik, semalam baru lah sampai hajat nak buat sebab ramai yang nak makan, jadi lah last entry untuk tahun ni dengan PRETZEL ni, untuk CT izinkan akak  letak resepi kat blog kak noor jugak ya untuk rujukan anak-anak suatu hari nanti.




 PRETZEL
by: Beldandy
Sumber Rcp:- Kak Azlita 

1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh  yeast (Aku ltak 11/2Sdt)
2 sudu besar gula perang
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung roti(Aku letak Tepung SRF)
3 cawan tepung gandum

Penyediaan
2 cawan air suam
2 sudu besar soda bikarbonate (Aku ltak 1sdu besar soda n 1cwn air suam jerk)
secubit garam
4 sudu besar mentega - di cairkan
Badam cincang - jika suka
sebutir telur - dipukul jika suka 

Campurkan yeast dengan 1 1/2 cawan air suam.
Tambahkan gula dan garam. Kacau sehingga larut dan biarkan sehingga yeast mengembang.
Campurkan tepung gandum dan tepung roti dan uli sehingga adunan menjadi doh yg lembut dan kenyal.
Rehatkan doh selama 1/2 jam.

Bila doh telah mengembang, sediakan bahan penyediaan.
Sediakan dulang pembakar dan oleskan dgn butter
Panaskan oven pada suhu 180C
Larutkan soda bikarbonate bersama 2 cawan air suam dan kacau.
Ambil sedikit doh dan roll panjang seperti tali setebal 1/2 inc.
Pintalkan doh dan bentukkan seperti pretzel.
Celupkan pretzel kedalam air soda dan susun atas dulang pembakar
Sapukan telur diatas pretzel dan taburkan badam jika suka.
Biarkan ia naik sekejap dalam 30 minit
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat 
Pretzel sedap di makan bersama caremel
Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembapan.



UNTUK yang belum mencuba sila lah ya, memang sedap akak tak sempat nak buat sos nya pun, makan panas-panas sekejab je licin, insyaALLAH tahun depan nak buat lagi ni hahaha..





ASSALAMUALAIKUM  dan salam 30 disember untuk semua.
ESUK lusa kita akan melangkah ke tahun baru, takde azam lah rasa nya, hanya nak jadi lebih baik dan lebih rajin beribadah dari tahun lepas,  lebih rajin memasak untuk family, kerana tiada yang lebih baik selain dari melihat anak-anak dan suami  makan hasil masakan kita dengan selera sekali , betul tak??

Ok lah jom tengok resepi akak hari ni, yang biasa-biasa saja takda yang luar biasa pun, hanya green curry je, sebab lama dah tak masak ni mesti sesekali terasa teringin kan...




Green Curry

§  2 sudu besar jus limau nipis
§  3 sudu besar sos ikan
§  1 sudu kecil gula merah
§  2 cawan santan pekat
§  1 batang serai di ketuk

Bahan Kisar
§  1 batang serai
§  7 biji cili padi
§  2 ulas bawang merah
§  5 ulas bawang putih
§  1 inci lengkuas
§  ½ cawan daun ketumbar
§  ½ cawan daun kemangi
§  ½ sudu teh serbuk jintan puih
§  ½ sudu teh serbuk lada putih
§  ½ sudu teh serbuk ketumbar


Cara membuat:
1.    Dalam kuali besar masukan separuh daripada santan dan masak sehingga wangi dan pecah minyak dengan menggunakan api yang sederhana.
2.    Masukan separuh bahan kisar dan serai, kacau sehingga sebati.
3.    Buatlah sehingga habis santan dan bahan kisar yang di selang seli sehingga kuah menjadi pekat dan pecah minyak.
4.    Masukan ayam dan sedikit air, sos ikan, gula merah dan kacau rata, boleh tambah garam kalau kurang rasa.
5.    Bila ayam sudah masak boleh lah masukan jus limau, kacau sekejab dan tutup api
6.    Taburkan dengan hirisan daun limau purut dan sedia dihidangkan.





DALAM gambar takda daun limau purut so pada yang ada tu boleh lah letak kan ya supaya lebih wangi dan pastinya sedappp.



ASSALAMUALAIKUM  dan selamat petang untuk semua adik-adik kak Noor dan pengunjung yang sudi meluangkan masa bertandang di blog yang suam-suam kuku ini, kejab ada kejab hilang macam biskut, kesuntukan masa dengan macam-macam tugas membuatkan takde ruang langsung untuk melawat blog sendiri apa lagi blog kenkawan, sorry dorry  ya, tambahan pulak sekarang ni, semua anak-anak UK balik bercuti di rumah, jadi full house lah rumah, apa lagi meja makan pun mesti full jugak dengan macam-macam request dari anak-anak, ini salah satu kegemaran anak-anak kat umah ni.

BUTTER PRAWN
Jom tengok resepi dulu, tak susah sebenarnya nak buat, cuma kadangkala tak menjadi jugak, tapi kali ini alhamdulillah boleh lah...







Butter Prawn

Bahan –bahannya
10 ekor udang saiz besar dibersihkan
4 biji kuning telur
2 ulas bawang putih dicincang
½ halia dicincang
3 tangkai daun kari
7 biji cili padi hiris
100 gm mentega
Gula secukupnya

Cara memasaknya
1.    Cairkan mentega dengan api yang perlahan didalam kuali.
2.    Bila dah cukup panas tuangkan perlahan-lahan kuning telur sambil di kacau tanpa henti dengan senduk.
3.    Angkat dan tapis sebaik saja minyak mentega tadi berbuih dan ketepikan.
4.    Dengan menggunakan minyak yang sama goreng udang hingga masak, angkat dan toskan.
5.    Kemudian cairkan sedikit mentega atau minyak anggaran 1 sudu besar tumis bawang putih dan halia hingga garing.
6.    Masukan daun kari, cilipadi dan gula dan kacau sebati.
7.    Masukan udang dan separuh daripada telur tadi dan gaulkan dan boleh lah ditutup api.
8.    Taburkan lebihan telur tadi dan gaul rata, boleh lah dihidangkan panas-panas bersama dengan nasi putih.






ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua nya, ALHAMDULILLAH di malam ini dapat lagi kak noor berbicara di blog usang ini, syukur di atas segala nikmat kesihatan dan segalanya yang ALLAH berikan, nampaknya kita sudah menghampiri tahun 2013 hanya beberapa hari saja lagi, semoga ALLAH mengizinkan kita semua bertemu di tahun 2014 
INSYA ALLAH.

OK lah jom terus tengok resepi simple dari kak noor hari ni, walaupun simple tapi sedap dan gebus, rugi kalau tak mencuba, bahan-bahan nya memang dah sedia ada di rumah pun...




BAHAN
1 1/2 cawan tepung serbaguna
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bikarbonat soda
1/2 sudu kecil garam
3 biji pisang di hancurkan
3/4 cawan gula
1 biji telur
1/3 cawan mentega di cairkan

CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan oven dengan suhu 175'C .
2. Ayak tepung, baking powder, baking soda dan garam, ketepikan.
3. Dalam bekas yang besar, campurkan pisang, gula, telur dan mentega, kacau biar sebati.
4. Masukan adunan tepung, kacau sebati dan masukan kedalam acuan muffin.
5. Bakar selama 20 - 30 minit atau sehingga masak.




SELAMAT MENCUBA UNTUK ADIK-ADIK KAK NOOR SEMUA YA..
KONFEM SEDAPPPPPPP



ASSALAMUALAIKUM adik-adik bloggers semua nya, dah lama jugak kak noor tak masuk sini, dah bersawang-sawang dah ni rasa nya, terpaksa bawak vacuum dulu hahaha, itu lah siapa kata tugas surirumah ni enteng dan senang kan, macam-macam kerja nak kena settle kan dari awal pagi sehingga ke malam, sampai tak menang tangan, asyik kalahhhhhhh je kan..., sebelum U all boring dengan cerita kak noor baik lah terus ke resepi saja lah ya, hari ni akak nak kongsikan kek roll tapak kuda yang sangat famous  di Brunei ni, boleh di katakan setiap rumah, di hari raya mesti ada kek roll ni ibaratnya macam kena ada ketupat lah pada setiap rumah di Malaysia, jom kita terus ke resepi ya..







Roll Tapak Kuda
Bahan-bahan:

§  10 biji kuning telur
§  5 biji putih telur
§  225 gm gula kastor
§  110 gm tepung gandum
§  ½ sudu makan ovelet
§  10 gm susu tepung
§  ½ sudu makan baking powder
§  ½ sudu makan esen vanilla
§  ½ sudu makan coklat emulco
§  135 gm butter dicairkan

Cara membuat:

1.    Pukul gula dan telur sehingga kembang masukan ovelet dan pukul lagi
2.    Masukan tepung dandum,tepung susu dan baking powder yang telah diayak bersama kedalam adunan
3.    Pukul sehingga kembang, kemudian masukan mentega yang dicairkan dan gaul rata
4.    Ambil 300 gm adunan tadi dicampur dengan coklat emulco dan gaul rata
5.    Masukan adunan coklat tadi dalam acuan agak-agak rata permukaan
6.    Selebihnya adunan kuning masukan dalam piping bag dan picit ke atas adunan coklat sehingga rata dan bakar dengan menggunakan api atas dan bawah dalam suhu 200 C
7.    Bila sudah masak terbalikan kek ni dan potong lah agak-agak utk boleh dilipat
8.    Sapu nutella atas warna coklat dan lipat dua menggunakan plastic wrapping
9.    Sudah selesai bolehlah dimasukan dalam petiais utk mengeraskan nya dan supaya mudah di potong.




Tak susah sebenarnya buat kek roll cuma agak rumit sikit lah, tapi praktis make perfect kan, so apa lagi sebelum tiba hariraya boleh lah di try-try dulu, nanti dah time raya dah jadi pakar..

HAHAHA betul lah tu kan...



ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk semua nya, semoga adik-adik sihat-sihat sejahtera hendaknya, di musim banjir ni di harap semua nya berhati-hati lah ya sebab malang tak ber bau, macam-macam dugaan ALLAH berikan pada makhloknya mengikut kemampuan masing-masing, harap kita semua redho lah kerana sesuatu perkara itu tidak akan berlaku melainkan dengan izin ALLAH TAALA JUA....

HARI NI kak noor nak kongsikan resepi yang dah biasa pun kak noor buat sebelum ni, ini menu ulangan order dari customer jom semak resepi dulu, mesti sedap kan kalau tak tak kan customer nak order lagi kan heeee....



Chilled Blueberry Tart

Bahan-bahannya
170 gm mentega
50 gm gula icing
1 biji telur gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuatnya
1.    Pukul mentega dan gula sehingga sebati.
2.    Masukan telur dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga rata.
3.    Masukan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
4.    Doh yang baik seeloknya disimpan dalam petiais semalaman.
5.    Ambil sedikit adunan, tekan kedalam acuan tart, cucuk dengan garpu, bakar lah pada suhu 200’C selama 25 minit atau sehingga masak.

Bahan-bahan cheese cream
250 gm cream cheese Philadelphia dibiarkan pada suhu bilik.
100 gm non diary whipping cream diputar sehingga bertanduk
70 gm gula icing
4 sudu besar blueberry filling
Blueberry filling untuk diisi didalam tart

Cara membuatnya
1.    Isikan satu sudu kecil blueberry filling kedalam semua tart, untuk mudah boleh jugak masukan filling dalam piping bag dan picitkan saja kedalam tart.
2.    Putar cream cheese dan gula icing sehingga licin dan tambah 4 sudu besar blueberry filling dan putar lagi sehingga rata.
3.    Masukan whipping cream dan kaup balikan sehingga rata.
4.    Masukan adunan cream cheese kedalam piping bag yang sudah di letak nozel bulat.
5.    Paipkan kedalam tart yang telah di letakan filling tadi.
6.    Buatlah sehingga habis dan sejukan didalam petisejuk sebelum di hidangkan.


SELAMAT MENCUBA YA 
BUAT JANGAN TAK BUAT TAU PASTI SEDAP
GERENTI NI...

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home